17 Julai 2011

Dr Lo Lo' Mohd Ghazali meninggal dunia.

15 Syaaban 1432H. [MOD] -

Ahli parlimen PAS Titiwangsa, Dr Lo Lo' Mohd Ghazali meninggal dunia pada jam 10.13 malam ini di Hospital Selayang Hospital di Kuala Lumpur. Allahyarhamah berusia 54 tahun.

Berita kematian Allahyarhamah dimaklumkan dalam laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.

Siang tadi Dr Lo' Lo' berada dalam keadaan kritikal daripada penyakit barah yang dialaminya.

Dr Lo' Lo' adalah anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah.

Beliau sangat aktif dalam Dewan Muslimat PAS tetapi sejak 8 Mac 2008, banyak menumpukan perhatiannya kepasda parlimen Tititwangsa, yang dimenanginya, dengan menewaskan calon BN, Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi.

Bagaimanapun, pilihan raya kecil tidak akan diadakan kerana tempoh parlimen sudah melepasi tiga tahun.

Kerusi Titiwangsa hanya akan diisi apabila pilihan raya umum diadakan.

sementara itu, Harakahdaily melaporkan, anak Allahyarhamah, Muhd Fawwaz, memberitahu jenazah ibunya diuruskan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat pagi esok.

Larangan hiburan hanya untuk orang Islam sahaja

15 Syaaban 1432H. [MOD] -

AMPANG, 17 Julai:Penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 sepanjang Ramadhan ini oleh kerajaan negeri Kedah tidak akan sesekali menyekat hak orang bukan Islam di negeri itu.

Sehubungan itu, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pusat hiburan di Kedah akan beroperasi seperti biasa pada bulan Ramadhan namun ia terhad kepada orang bukan Islam sahaja.

Perkara itu dijelaskan beliau pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di sebuah hotel di sini.

Turut serta pada sidang media itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

"PAS ambil jalan terbaik yang tidak boleh diselesai oleh Umno iaitu tidak menghalang hak orang bukan Islam dalam masa yang sama orang Islam tidak boleh mengerjakan maksiat

"Orang Umno buat peraturan orang Islam boleh masuk tempat maksiat, tempat judi. Kita buat pembetulan supaya pengendali pusat hiburan dikalangan orang bukan Islam buat peraturan agar orang Islam tidak boleh masuk," katanya yang juga ahli parlimen Marang.

Keputusan itu juga katanya telah dipersetujui oleh pengusaha pusat-pusat hiburan di negeri itu dan bersedia diambil tindakan termasuk menarik lesen perniagaan jika gagal berbuat demikian.

Penjelasan itu dibuat selepas mesyuarat tersebut mendengar penerangan dari wakil kerajaan negeri Kedah iaitu Setiausaha Politik kepada menteri besar, Mohd Sanusi Md Noor.

Hasrat sebenar perlaksanaan undang-undang itu kata Abdul Hadi, bertujuan mencegah orang bukan islam melakukan maksiat sepanjang bulan Ramadhan.

Bagaimanapun kekeliruan telah berlaku berhubung perkara itu ekoran media arus perdana yang tidak menyiarkan laporan tepat sehingga membangkitkan rasa kurang senang di kalangan orang bukan Islam.

"Di sana banyak perkara-perkara tidak tepat di lapor media yang sengaja dimainkan Umno Barisan Nasional.

"Kita membetulkan peraturan yang salah yang dibuat Umno. Umno membenar pusat hiburan kepada bukan Islam, dan tidak ada peraturan tegas bagi menghalang orang Islam" tambahnya.

Sementara itu, Mohd Sanusi yang ditemui selepas itu berkata, penguatkuasaan enakmen itu adalah tanggungjawab pihak polis.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebelum ini mengumumkan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang wujud sejak zaman pemerintahan Umno dilaksanakan sepenuhnya tahun ini.

Tindakan itu bagaimanapun mendapat bantahan dari beberapa pihak termasuk MCA, Gerakan dan rakan Pakatan Rakyat, DAP.

Difahamkan, kontroversi tersebut bagaimanapun selesai selepas menteri besar bertemu wakil pusat hiburan semalam bersetuju membenarkan mereka beroperasi tetapi tidak boleh membenarkan umat Islam memasuki premis mereka.

Harakahdaily/-

Berita Dr Lo'Lo meninggal dunia tidak benar.

15 Syaaban 1432H. [MOD] -

Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo Mohd Ghazali dikatakan kini dalam kritikal daripada penyakit barah yang dialami pemimpin PAS tersebut.

Ketika dihubungi, seorang ahli keluarganya, mengesahkan aktivis tersebut dalam keadaan kritikal. Anggota keluarga kini berkumpul menemani beliau.

"Kami minta orang ramai mendoakan kesihatannya," tambahnya.

Lo'Lo adalah anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah.

Beliau sangat aktif dalam Dewan Muslimat PAS tetapi sejak 8 Mac 2008, banyak menumpukan perhatiannya kepasda parlimen Tititwangsa, yang dimenanginya, dengan menewaskan calon BN, Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi.

Sementara itu se3mpat beredar berita angin dari pihak yang tidak dapat disahkan emngatakan Dr Lo'Lo telah meninggal dunia namun telah dinafikan oleh pihak admin yang mengendalikan twitternya.

"Berita yang mengatakan bahawa Dr Lo'Lo telah meninggal dunia adalah tidak benar" kata twitter Dr Lo'Lo.

Kalau demonstrasi bukan jalan penyelesaian, kenapa polis disalahgunakan sebagai jawapannya?

15 Syaaban 1432H. [MOD] -

KENYATAAN MEDIA
PEJABAT ADUN TITI SERONG/
KEYUA SEKRETARIAT PR PERAK

Saya ingin membantah kenyataan Najib Tun Razak yang berkata bahawa demonstrasi jalanan (Bersih 2.0) di ibu kota baru-baru ini bukanlah jawapan terhadap isu masalah Negara.

Saya ingin menegaskan bahawa kekerasan PDRM terhadap rakyat yang menyertai bersih 2.0 juga bukanlah jalan penyelesaian dan ia adalah satu tindakan jenayah.

Tidakan tidak bertamaddun itu terrsebar luas dalam media baru dan buktinya rakyat boleh lihat sendiri melalui facebook , you tube dan sebagainya.

Jika benar Perdana Menteri berhasrat menyelesaikan masalah negara dengan jujur, mengapa beliau enggan bersemuka dengan rakyat, setidak-tidaknya beliau menerima pelawaan wakil ngos yg mewakili Bersih untuk duduk semeja dan berdebat mengenai mengenai 8 tuntutan dan masalah Negara yang lain, bukannya menghantar polis untuk melakukan tidakan kekerasan diluar peruntukan undang-undang terhadap rakyat yang berkumpul secara aman pada 9 julai baru-baru ini.

Nampaknya peminpin negara tidak mampu menyelesaikan masalah apa lagi sekiranya tidak menguntungkan merela dan Rakyat sendiri yang mengambil inisiatif mencari jalan penyelesaiannya, ini tidak patut berlaku kerana ia boleh menggambarkan pemimpin Negara sebagai seorang yang lembap, bagaimana Negara boleh maju jika pemimpin lembap seperti Najib Razak.

Rakyat telah mencuba sedaya upaya untuk menyuarakan teguran melalui pelbagai cara, tetapi gagal.

Bagi rakyat demonstrasi adalah jalan terakhir setelah kerajaan UMNO-BN menyekat suara rakyat yang mahukan perubahan dalam sistem politik Negara.

Alternatif oleh Perdana Menteri juga boleh disifatkan sebagai janji kosong kerana sehingga kini SPR diperkuda sepenuhnya oleh UMNO-BN untuk terus menguasai kerusi baik di peringkat DUN mahupun Parlimen.

Pengundi hantu yang boleh diperiksa sendiri oleh rakyat melalui atas talian (laman web SPR) berdasarkan pendedahan blogger pro Pakatan telah menjelaskan dengan sendiri bahawa kerajaan UMNO-BN enggan menanganinya walaupun laporan oleh wakil Pakatan telah dibuat berulang kali.

Bagi saya itulah talian hayat UMNO-BN untuk terus berkuasa di Malaysia sebagai kerajaan hantu, bukannya kerajaan rakyat, kerajaan hantu UMNO-BN sebenarnya telah lama lenyap sejak 2008 lagi jika pilihan raya umum benar-benar dilaksanakan secara adil dan telus.

Suara rakyat yang diwakili oleh selitar seratus ribu suara yang turun pada 9 Julai baru-baru ini adalah isu yang perlu perhatian serius pemimpin tertinggi Negara , malangnya Najib Razak cuba berselindung melalui pembohongan demi pembohongan yang jelas menghina demokrasi itu sendiri.

Rakyat sudah bangkit untuk menuntut demokrasi yang lebih bersih, sewmunya masih belum terlambat sekiranya Najib mahukan perubahan secara jujur. Namun persoalanya sanggupkah BN hilang kuasa kerana ?

DRS. KHALIL IDHAM LIM
PARIT BUNTAR, 17 JULAI 2011