17 Julai 2011

Berita Dr Lo'Lo meninggal dunia tidak benar.

15 Syaaban 1432H. [MOD] -

Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo Mohd Ghazali dikatakan kini dalam kritikal daripada penyakit barah yang dialami pemimpin PAS tersebut.

Ketika dihubungi, seorang ahli keluarganya, mengesahkan aktivis tersebut dalam keadaan kritikal. Anggota keluarga kini berkumpul menemani beliau.

"Kami minta orang ramai mendoakan kesihatannya," tambahnya.

Lo'Lo adalah anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah.

Beliau sangat aktif dalam Dewan Muslimat PAS tetapi sejak 8 Mac 2008, banyak menumpukan perhatiannya kepasda parlimen Tititwangsa, yang dimenanginya, dengan menewaskan calon BN, Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi.

Sementara itu se3mpat beredar berita angin dari pihak yang tidak dapat disahkan emngatakan Dr Lo'Lo telah meninggal dunia namun telah dinafikan oleh pihak admin yang mengendalikan twitternya.

"Berita yang mengatakan bahawa Dr Lo'Lo telah meninggal dunia adalah tidak benar" kata twitter Dr Lo'Lo.

1 ulasan:

janggutsemanggol berkata...

Al-Fatehah untuk Srikandi Islam.Ujian kpd keluarga, Muslimat PAS. Semoga ditempatkan bersama orang yg mendapat Rahmat Allah. Amin.Insyaallah.