Pada pandangan kebanyakan orang, Tibet merupakan tempat asal agama Buddha aliran Tibet yang semua penduduknya adalah penganut agama Buddha. Namun sebenarnya, terdapat sekelompok penduduk Islam yang bermastautin dan mempunyai ciri-ciri budaya tersendiri yang ketara juga hidup dalam bandar Lhasa, iaitu "kota suci" agama Buddha aliran Tibet. Adat resam kehidupan mereka hampir sama dengan etnik Tibet. Mereka bertutur dan menguasai bahasa Tibet, memakai pakaian etnik Tibet dalam kebanyakan hari perayaan dan biasanya melayan tetamu dengan teh mentega. Menurut cerita, kumpulan pertama penduduk Islam telah berhijrah dari Kashmir ke Tibet pada abad ke-8 Masihi. Lama-kelamaan, satu demi satu kumpulan penduduk Islam yang berpindah ke Lhasa, Tibet sehingga wujudnya kawasan kediaman penduduk Islam yang besar di Tibet.
Mereka dipanggil sebagai "Khache" oleh penduduk tempatan yang lain. Ini mungkin disebabkan nenek moyang mereka, iaitu penduduk Islam terawal di kawasan Tibet yang berasal daripada Kashmir. Kashmir dibunyikan dengan "Khache Yul" dalam bahasa Tibet kuno.
Masjid Besar Lhasa Tibet terletak di jalan Hebalin, iaitu sebuah kawasan lama bandar Lhasa. Terletak tidak jauh dari masjid ini ialah Kuil Jokhang yang masyhur. Jikalau kita memandang jauh dari lokasi yang tinggi, kita dapat melihat sebuah menara yang dipasang dengan hiasan bulan sabit amat jelas kelihatan antara kompleks bangunan yang mempunyai corak seni bina tradisional etnik Tibet.
Terdapat sebuah pintu gerbang yang diperbuat daripada kayu di depan pintu utama masjid tersebut. Di atas pintu gerbang ini tertulis nama masjid ini dalam bahasa Arab, Tibet dan Mandarin. Bangunan-bangunan dalam masjid tersebut bukan sahaja mempunyai ciri-ciri agama Islam, malah turut memaparkan keistimewaan seni bina tempatan. Walaupun kedudukannya berhampiran dengan kuil-kuil Buddha, namun rekabentuk bangunan masjid tersebut selari dengan rekabentuk keseluruhan bandar Lhasa yang mencerminkan keharmonian antara budaya dan agama yang berlainan bagi pelbagai etnik.
CRI/-
05 Februari 2010
Mendekati Orang Islam di TibetⅠ
Liwat II: Kondo Desa Damansara jadi tumpuan
Kes perbicaraan hari kedua kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim tertumpu di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansar di ibu negara, lokasi bekas timbalan perdana menteri itu dituduh melakukan kesalahan tersebut.
Rombongan hakim, pihak pendakwaan dan pembelaan serta Anwar, Mohd Saiful dan Zambri Idrus, peguam pemerhati bagi pihak Mohd Saiful, meninggalkan mahkamah pada 11.43 pagi.
Anwar yang turut berada di lokasi tidak naik ke kondominium itu, sebaliknya berada dalam kenderaan Mazda MPV hitam.
Sebelum itu, perbicaraan pagi tadi diadakan secara tertutup. Wartawan tidak dibenarkan mengikuti perbicaraan itu.
Peguam utama Anwar, Karpal Singh, semalam memohon agar keterangan Saiful didengar secara tertutup kerana saksi itu telah menceritakan apa yang berlaku di kondiminium berkenaan semasa disoal semalam.
Dalam keterangannya itu, Mohd Saiful memberitahu mahkamah bahawa Anwar mahu mengadakan hubungan seks dengannya apabila dia pergi ke kondominium itu untuk menyerahkan beberapa dokumen kepada Anwar.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.
Kemaskini laporan dari Mahkamah Tinggi:
Selepas mendengar hujah pihak peguambela, Hakim Mohd Zabidin berkata penggunaan perkataan 'lagi' oleh Utusan Malaysia adalah 'nakal'.
Mahkamah kemudiannya berihat selama lima minit untuk membolehkan hakim memutuskan perkara tersebut.
Malaysiakini/-
Zamby merepek dan meracau lagi.
OLEH: JJ (htpp://www.joharapat.blogspot.c0m)
Setelah kena `hentam' dengan pimpinan Pakatan Rakyat berikutan cabaran Zambry supaya 28 ADUN Pakatan Rakyat meletakkan jawatan bagi diadakan semua pilihanraya di kawasan tersebut, hari ini Zambry meracau lagi. Tidak tahan dengan `pukulan maut' dari Pakatan Rakyat yang menghentamnya , kini Zambry bangkit lagi dengan nada marahnya cuma ayatnya sahaja berubah.
"Jadi kalau benar mereka berjuang untuk parti, letaklah jawatan. Kalau betul biarlah sesiapa yang bertanding atas nama simbol. Inilah mereka, kata saya tidak masuk akal, dangkal, bodoh dan sebagainya, tetapi yang bercakap soal pembubaran ini bukan saya." Lapor sinar harian hari ini.
Berkata lagi Menteri Besar Kerajaan Kudeta BN Perak itu lagi, Pakatan Rakyat menuduh beliau dangkal, sebenarnya mereka yang paling dangkal dalam memahami demokrasi. Sebelum itu dia cabar 24 ADUN PR letak jawatan. Setelah kena hentam teruk, kali ini Zambry ulangi kebodohannya., jika PR Perak berjuang untuk parti, semua wakil rakyat pembangkang wajar meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada pelapisnya bertanding melawan BN. Pulak dah. Merepek lagi Zambry ni.
Lagi banyak bercakap lagi nampakkan ketidakcerdikan Zambry, minta pula pelapis wakil rakyat PR pula bertanding. Hang ni Zambry, lagi banyak bercakap lagi `tak ketahuan', hang ni merepek dan meracau lagi, Lebih baik diam lagi elok.
Awat hang ni , takut sangatkah dengan DS Nizar, Idham Lim, Nga Kor Ham, Nga kor Ming dan ramai lagi wakil rakyat PR yang berani `tibai' hang. Hang memang suka jika DS Nizar, Nga Ko Ham, Nga Kor Ming serta lain lain ada dalam Dewan Undangan Negeri kerana mereka paling kuat hentam hang dan Umno/BN.
Zambry bercakap kena guna akal, sebagai orang politik Zambry kena berhati hati bercakap, guna `kepala otak' jangan guna `kepala lutut. Hang tuduh mereka pentingkan diri, hang tu macam mana? Orang yang ada otak dan waras pemikirannya, tidak mahu perintah negeri dengan cara rampas kuasa orang lain . Macam orang hendak bernikah juga, orang yang ada otak dan waras fikirannya akan cari wanita pilihannya untuk dijadikan isterinya. Dia tidak rampas isteri orang untuk dijadikan isterinya. Tetapi nampaknya pemimpin pemimpin Umno/BN Perak suka kepada `hak yang dirampas' .
Hang kata wakil rakyat PR pentingkan diri, hang memang suka cakap macam tu sebab hang tidak ada modal lain nak bercakap. DS Nizar telah berkali kali bercakap, jika dia menang kes di Mahkamah Perseketuan 9 Februari ini, hari itu juga dia menghadap Sultan Perak untuk mohon DUN dibubarkan, serah kuasa pada rakyat untuk buat pilihan, parti mana yang rakyat hendak dipilih, BN atau PR. Ini bermakna DS Nizar dan wakil rakyat PR tidak pentingkan diri. Hang faham tak apa yang Nizar katakan itu, atau buat tak faham.
Sekarang ini siapa yang gilakan kuasa, DS Nizar atau Zambry. Nizar sanggup pergi menghadap Sultan Perak untuk mohon DUN dibubarkan. Jika dibubarkan belum pasti PR menang dan belum pasti juga BN kalah. Tetapi Nizar sanggup berbuat demikian, ertinya Nizar tidak gila kuasa. Yang gilakan kuasa siapa? `Lu fikitlah sendiri'.
Zambry jangan merepek dan meracau macam YB Midah dulu yang kata tindakan PR Perak menghina institusi sultan Perak berkaitan isu bubar DUN. Hari ini `Opah Midah' tu merepek lagi, katanya, " sebenarnya tuduhan yang menyatakan Menteri Besar sebagai pengecut, sebenarnya mereka yang pengecut. Mereka bimbang sokongan terhadap mereka berkurangan. Dalam masa yang saya saya tidak nampak desakan meminta pembubaran DUN daripada kalangan rakyat".
Midah oii, kalau tidak pengecut kenapa Zambry tak pergi menghadap Sultan Perak mohon DUN dibubarkan. Kalau berani dan `anak jantan' pergilah mohon DUN dibubarkan. Kenapa tak pergi. Hang jawab sendiri.
Midah oii, memanglah hang tak nampak desakan minta DUN bubar daripada kalangan rakyat sebab rakyat tidak pergi tunjuk perasaan depan pejabat Menteri Besar. Rakyat Perak tidak berdemontrasi kat jalan raya sebab kalau buat demontrasi kena tangkap polis. Tak kan mereka mahu ditangkap. Hang fikirlah sendiri. Hang mahu seluruh rakyat berhimpunan kat pejabat MB minta DUN dibubarkan, memang tak berlakulah perkara itu.
Tetapi jika hang dan Zambry keluarkan kenyataan jika rakyat mahu DUN dibubarkan, mereka boleh berhimpun tunjuk perasaan depan pejabat Menteri Besar, dalam masa yang sama beri jaminan pihak polis tidak bertindak tangkap mereka. Jika itu yang diucapkan, saya percaya besoknya ratusan ribu rakyat akan tunjuk perasaan desak Zambry menghadap Sultan mohon DUN dibubarkan.
Mohon bubar DUN bukan untuk seronok seronok tetapi mahu kuasa rakyat dikembalikan. Hanya orang yang tidak waras sahaja tidak mahu kuasa rakyat dikembalikan dan tidak bersetuju DUN dibubarkan. Tanya wakil rakyat Umno/BN minta DUN dibubarkan, pasti jawabnya tidak perlu. Jika wakil rakyat BN itu desak Zambry supaya bersetuju dengan cadangan DUN dibubarkan, sahihlah wakil rakyat itu memang kurang siuman.
Macam kita pergi Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, kita pergi kat pesakit di situ, kita kata kat pesakit itu, hang ni gila, pasti dia kata dia tak gila. Atau kita lihat seorang pesakit di situ sedang pegang joran, didepanya ada sebuah baldi berisi air. Kita pergi kat pesakit tu dan tanya dia, hang pacing itu ada ikan tak dalam baldi itu. Orang gila akan jawab " hang ni gila ke. mana ada ikan dalam baldi ini".
Samalah jika kita katakan Zambry dan wakil Umno gila kuasa , minta Zambry dan wakil rakyat Umno/BN bubarkan DUN, pasti mereka jawab `gilakah PR' suruh kami bubar DUN.
Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam
Email : Yanieda Imran
Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."
Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.
Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.
Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.
Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.
Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.
Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.
Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."
Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.
======================================================================
= Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu."
Kongres Penyokong PAS Bukti Keislaman Perjuangan
Oleh : Nash Ar-Rawy
Kemantapan Gerakan Islam PAS yang senantiasa konsisten dan itqamah dengan perjuangan untuk menegakkan agama dan memerintah dunia dengannya ; membuka ruang uslup dakwah dan pendekatan berani melakukan tajdid (refomasi) yang Islamik dan kondusif dengan situasi dan kondisi iklim politik dan waqi’ persepsi massa dewasa ini.. Menghapuskan ‘Islamophobia’ ke atas Gerakan Islam PAS yang serasi dengan massa tanpa menggadaikan prinsip Islam sebagai teras perjuangan semakin di minati rahmai. Bahkan , paderi , sami budda dan hindu pun sudah mula merasai kehadiran PAS selaku Gerakan Islam di persada politik negara dan di hati masyarakat yang berbilang kaum dan agama.
Bermula dengan sokongan daripada masyarakat bukan Islam yang menganggotai Kelab Penyokong PAS yang bertukar kepada Himpunan Penyokong PAS dan yang terkini; di ‘upgrade” dan dinamakan sebagai KONGRES PENYOKONG PAS yang setaraf dengan Dewan Pemuda PAS, Dewan Muslimat PAS dan Dewan Ulamak PAS yang mempunyai wakil di Muktamar Agung PAS dan selaku SAYAP BARU dalam PAS yang mempunyai keahlian seramai 20,000 orang anggota
Sayap Baru PAS ini ; KPP( Kongres Penyokong PAS) mempunyai platformnya sendiri bebas bergerak di dalam lingkungan perlembagaan parti di peringkat nasional, negeri dan daerah sebagai jambatan emas di antara PAS dengan masyarakat pelbagai kaum, etnik dan agama sebagai aset terpenting di dalam Islam membuktikan bahawa Islam itu universal dan PAS FOR ALL bukan sahaja dari segi teorinya semata-mata tetapi PAS bukan retorik namun bersifat realistik dan praktikal bukan cuma idealistik sahaja. Syabas kepada PAS dan kepemimpinan Ulamaknya yang sukses membawa Gerakan Islam PAS bertaraf ‘multi-racial’ dan ‘multi-religious’ tanpa menggadaikan fundamental Islam yang di bawanya kerana Islam itu : “ Rahmatan lil ‘Alameen “ dan “Ad-Deen Waddaulah “ ( Agama dan Pemerintahan )
Gerakan Islam PAS berterus terang dan tiada bersikap hipokrat di dalam menangani problema massa. Sistem Islam yang terang-terang menentang apa saja bentuk kezaliman , nasionalisma, racialisma, komunialisma, nepotisma, kronisma dan parochialisma ; sebaliknya bersifat universal dan sejagat. Justeru, merupakan sistem yang paling sesuai dan kondusif dengan masyarakat majmuk dan releven dengan fitrah semulajadi manusia yang berasal daripada satu moyang dan adik beradik ; iaitu, keturunan Nabi Adam dan Hawa . Masaalah pegangan agama itu pilihan masing-masing ; “ La iqrohafiddeen” ( Tiada paksaan dalam agama) ; Cuma dalam konteks penganut Islam “ Ad-Deen wa Syariah” ( Agama dan Perundangan) ; mereka terikat dengan sifir halal dan haram , demarkasi dosa dan pahala jika benar-benar ada tauhid dan iman di dalam dada .
Rakyat tanpa mengira bangsa , agama dan kumpulun etnik wajib mendapat bantuan daripada Negara Berkebajikan kerna semuanya adalah warga Malaysia . Iaitu , menolong mereka yang miskin dan benar-benar perlu di bela dan dilindungi . Bukannya mengkayakan suku-sakat kroni elit Umnoputra MelayuIslam yang segelintir itu berbanding dengan rakyat marhein yang sapu bersih saham bumiputra untuk sekitar 10 b orang sahaja MelayuIslam Jutawan; yang kaya raya di atas kesusahan rakyat jelata . Atau mengkayakan orang India seperti Ananda Krisnan dan menjutawankan orang Cina seperti Vincent Tan . Sedangkan kaum Melayu, India , Cina , Iban dan Kadazan yang terbanyak; yakni, kumpulan majoritI rakyat marhein adalah mangsa kerakusan , ketamakan dan keqorunan UBN . Menggunakan wang rakyat marhein iaitu KWSP , songlap wang Bank Islam , Tabung Haji dan wang zakat untuk kepentingan kroni. dan semborono berjoli katak dengan harta rakyat iaitu wang royalti rakyat Kelantan dan Terengganu untuk difaraid muntahkedarah sesama perompak dan kroni ; makan WANG HARAM ! Memperjudikan wang rakyat sebanyak 100 TAHUN BAJET PULAU PINANG apabila Bank Negara rugi dalam perjudian RosmahNajib dalam tukaran wang asing berjumlah RM 32 BILLION ! .seperti pendedahan KU LI .
Berdasarkan kesadaran nasional inilah penubuhan KPP ( Kongres Penyokong PAS) menjadi realiti di atas kerosakan yang telah di lakukan oleh Umno, MCA dan MIC dalam UBN dan tepat pada waktunya sesuai dengan resolusi yang pernah disarankan oleh allahyarham Prof. Dr Zulkifli Muhammad bekas Timbalan Presiden PAS.
Kongres Penyokong PAS mempunyai Ketuanya sendiri di peringkat nasional, negeri dan daerah yang dibantu oleh seorang Timbalan Ketua, Setiausaha, Penolong Setiausaha , Bendahari dan 18 orang ahli Jawatankuasa. Kongres ini mempunyai wakil di dalam Muktamar Agung PAS dan berdiri sebaris, sama tinggi dan sehak dan setaraf dengan semua dewan-dewan di dalam Muktamar Agung PAS dan Kongres ini juga mempunyai sayap wanita dan pemudanya sendiri. Menjadi jambatan PAS menyampaikan mesej dan perjuangan PAS di dalam persada politik nasional . Cuma tiada dibenarkan mengundi atau diundi di dalam menentukan pucuk pimpinan PAS ,itu sahaja , selain daripada itu , Kongres ini bebas bergerak sehebat Dewan Pemuda PAS dan Dewan Muslimat PAS; selaku SAYAP BARU PAS yang resmi, di bawah Penasihatnya Us. Salehuddin Ayub , merangkap Naib Presiden PAS.
Dengan kerjasama DAP dan PKR dalam PAKATAN RAKYAT bersama PAS : dipercayai KONGRES PENYOKON PAS akan memberikan tekanan dan impak yang mencemaskan kepada UBN dalam PRU13. Apabila rakyat tolak Umno dan undi PAS dan PKR dan tolak MCA DAP dan mengundi DAP, PKR dan PAS ( calun Kongres Penyokong PAS) . InsyaAllah, kekuatan PAS DAP PKR dan kehadirannya sebagai PILIHAN RAKYAT adalah ternyata lebih kondusf dan releven daripada Umno MCA MIC yang bernaunsakan perkauman dan ekstremis agama itu ; yang bakal karam dan tenggalam dengan penyakitnya sendiri dan sesama komponen ; yang tiada bisa diobat lagi . Bak kata mahathir, UMNO BUSUK SAMPAI KE USUS dan UMNO DAH TAK BOLEH BERUBAH LAGI Justeru itu, dengan pengkuan terbuka dan ‘straight forward’ Mahathir itu ; sewajarnyalah PAKATAN RAKYAT MELAYARI SATU MALAYSIA DAN SELAMATKAN MALAYSIA , InsyaAllah , Jangan diperdulikan retorik : JTR(Juara Tipu Rakyat) satu Malaysia yang menipu bukan sahaja rakyat bahkan memperbodohkan pengikut taksub umno sendiri . Tunku jual Estet untuk biaya-giat politik; tetapi pemimpin Umno sekarang kaya –raya bina ‘empire’ keluarga! Razak bagi biasiswa dan mertabat Bahasa Malaysia.di pusat pengajian dan mahkamah . Anaknya Najib ?…. Mereka yang rakus ini tiada seperti Tunku dan Razak ; seorang masuk S.46 dan seorang lagi bawa PAS masuk BN dan Hussein tendang PAS keluar ! PAS akan tetap bersama PAKATAN . Satu Malaysia tahu . “ Gunakanlah tangan anda sebagai manifestasi kuasa rakyat tumbangkan UBN dan kemenangan bagi Pakatan Rakyat di peringkat negeri dan Federal dalam PRU13 nanti, InsyaAllah! “ GOD IS THE GREATEST!
SETAHUN KUDETA : LUKA PARAH RAKYAT PERAK
Email : safarizal saleh
Kenyataan Media (3 Februari 2010)
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) bersama seluruh rakyat Negeri Perak yang cintakan demokrasi tidak dapat melupakan sejarah hitam rampasan kuasa yang telah di lakukan oleh UMNO / Barisan Nasional (BN) Negeri Perak yang sepatutnya mendahulukan rakyat di dalam memastikan keharmonian dan kesejahteraan rakyat yang telah di cabuli ini.
DPPN Pk melihat selepas rampasan kuasa awal Februari tahun lepas kerukunan rakyat tidak bersatu di dalam memastikan keunggulan Negeri Perak di letak di tempat sebaiknya. Dalam banyak keadaan suasana ini telah di cerminkan oleh rakyat ketika Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang telah di lantik sebagai Menteri Besar kudeta.
Yang lagi parah ialah kedudukan ekonomi yang terjejas teruk dan juga usaha untuk menarik pelabur tidak berjaya sama sekali. Walaupun telah di umumkan pelbagai pelaburan yang telah masuk, tetapi sebenarnya rakyat telah di tipu keadaan tersebut kerana jelas bahawa tahap ekonomi Negeri Perak masih rendah sekali.
DPPN Pk juga merasakan bahawa tahap demokrasi di Negeri Perak telah terkikis akibat rampasan kuasa tersebut. Ini jelas dapat di lihat dalam pelbagai keadaan sepanjang setahun ini. Musnahnya sistem Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak jelas berlaku terhadap Speaker DUN Perak, V. Sivakumar dan pelakuan yang telah seluruh dunia saksikan keadaan yang telah berlaku.
Badan beruniform yang sepatutnya menjaga keselamatan seperti Polis di lihat tidak bersikap profesional serta berintergeriti sepanjang berlakunya drama rampasan kuasa tersebut. Keyakinan rakyat sudah pasti tidak menyakini akan kemampuan Polis untuk memastikan keselamatan rakyat atau wakil rakyat terjamin.
Perkara terpenting di dalam menjaga kerukunan rakyat di kalangan orang Islam di tambahi luka dengan drama rampasan kuasa Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid yang telah di pelapori oleh UMNO. UMNO cuba menjadikan Masjid sebagai pentas politik mereka tanpa menghormati hak rakyat yang menjadi jamaah atau kariah di situ.
Oleh yang demikian, rakyat di seru berdoa dan bermunajat agar keadilan akan di tegakkan kembali di Negeri Perak ini. Rampasan kuasa jahat oleh UMNO / BN ini mesti di hapuskan. Rakyat perlu menolak UMNO / BN kerana mereka mengkhianati hak rakyat. UMNO / BN sebenarnya gilakan kuasa dan awal Februari tahun lepas jelas bahawa mereka tidak akan berjaya selagi tidak mempunyai kuasa.
9 Februari ini menjadi petanda aras yang perlu rakyat lihat sebagai peluang untuk mengembalikan demokrasi di Negeri Perak. Kejayaan kita bersama ialah mendaulatkan demokrasi yang sepatutnya di Negeri Perak.
DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
Resepi Masakan - Samosa
Email : mohd yusri selamat
Kulit samosa/kulit popia ~ secukupnya
Minyak ~ untuk menggoreng
Inti:
2 cawan daging kisar
500g ubi kentang ~ potong dadu dan direbus sehingga empuk, toskan
2 biji bawang besar ~ potong dadu
2 ulas bawang putih ~ cincang
1-2 sudu besar rempah kari
1 tangkai daun kari (optional)
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air
Garam dan gula ~ secukupnya
Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang dan daun kari sehingga wangi dan layu.
2. Masukkan rempah kari dan masak sehingga garing.
3. Masukkan daging dan biarkan sehingga daging masak.
4. Masukkan kentang, garam, sedikit gula dan air. Masakkan seketika sehingga air kering.
5. Tutup api dan masukkan dalam mangkuk. Sejukkan dan sedia utk membuat samosa.
Cara membuat samosa:
1. Ambil sekeping kulit samosa, Kemudian lipatlah kulit supaya menjadi kelungsung 3 segi tepat.
2. Masukkan inti dan lipatlah utk menutup samosa.
3. Akhir sekali gamkan pada hujung kulitnya dgn 'gam tepung' (bancuhan tepung gandum+air). Buat sampai habis.
4. Goreng samosa tadi dalam minyak penuh dengan api sederhana panas
Ke lokasi kecurian balak di batu 11 lebuhraya timur barat gerik kali 2
PKR Gerik, Tuesday, February 2, 2010
Layan video tinjauan.......
Semalam bermula jam 6.00 petang dari hentian rehat perah gerik kami meninjau sekali lagi ke kawasan kecurian balak di batu 11 lebuhraya timur gerik. Turut bersama rombongan ini YB Idham Lim Abdullah ADUN Titi Serong, Ustaz Razman YDP PAS Kawasan Lenggong, Saudara Mohamamad Noor Pengerusi Pakatan Rakyat Gerik serta Unit Amal dari Gerik serta Lenggong. Apabila rombongan ini sampai ke kawasan berkenaan didapati jalan masuk ke kawasan ini telah dibuatkan satu lubang besar mungkin menyekat kenderaan dari memasuki kawasan itu,nampak macam baru saja dikorek kerana sebelum ini tinjauan kali pertama ia tidak bergitu. Apabila memasuki jalan masuk kawasan ini 2 papan tanda telah dijumpai yang telah dicabutkan.
http://keadilangerik.blogspot.com
Solat Tahajud
Email : zainal ariffin
(Pengenalan)
Solat 5 waktu adalah solat bagi orang-orang mukmin dan solat Tahajud pula adalah solat untuk orang-orang soleh. menurut satu hadith;
Rasulullah SAW bersabda;
“Jika tidak kerana memberatkan umatKu, nescaya aku wajibkan Tahajud ke atas mereka”"
Kelebihan Tahajud;
Jika dilakukan solat Tahajud ini dengan cara istiqamaha maka Allah s.w.t akan memberi 3 ganjaran;
1. 1. Dapat lidah yang hikmah
2. 2. Diangkat kedarjat wali
3. 3. Lepas dari kesakitan ketika sakaratul maut
Selain itu juga;
1. * Doa-doa akan diperkenankan
2. * 2 rakaat tahajud lebih baik dari dunia dan seisinya
3. * Allah akan menunjukkan mahligai disyurga semasa sakaratul maut mendapat lampu atau cahaya dalam kubur
4. * Dapat naik kuda emas bagi suami isteri yang saling membangunkan antara satu sama lain untuk tahajud
5. * Jika kita selalu panggil orang ke masjid maka diwaktu malam Allah akan panggil kita untuk tahajud
6. * Mendekatkan kita dengan Allah dan menjauhkan kita daripada membuat dosa
Solat Tahajud (Sejarah)
Dari segi sejarahnya, sembahyang tahajud mula disyariatkan tidak lama selepas Nabi s.a.w mendapat wahyu pertama di gua Hira’. Ia dinyatakan Allah dalam surah ai-Muzammil (yang berselimut), yang diturunkan ketika Nabi s.a.w menggeletar di dalam selimut selepas baginda s.a.w mendapat wahyu pertama itu.
Menurut Penolong Pengarah Kajian Fatwa Jabatan Agama islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Abdul Aziz Che Kob, “Pada awalnya, sembahyang sunat tahajud hukumnya fardhu kepada Nabi. Bagaimanapun, apabila turun ayat ke-20 surah yang sama (kira-kira setahun selepas turunnya ayat pertama) Allah menjelaskan bahawa sembahyang Tahajud adalah sunat dan afdalnya ditunaikan pada sepertiga malam”. Walaupun hukumnya adalah sunat , namun bagi Nabi, bersembahyang tahajud tetap dianggap sebagai suatu kewajipan. “Ia menjadi rutin kepada hidup Nabi”, ujar beliau.
Mengenai rakaat, Abdul Aziz memberitahu, Nabi akan bersembahyang malam, termasuk tahajud, sekurang-kurangnya sebelas rakaat. Namun demikian tidak ada surah-surah tertentu yang ditetapkan supaya dibaca selepas al-Fatihah. “Selain membaca surah-surah panjang dalam al-Quran, hingga dihabiskan satu juzuk dalam satu rakaat, Nabi juga membaca surah lazim yang pendek.. Jadi para ulama sependapat lagi bahawa bagi memudahkan masyarakat menunaikan tahajud, kita boleh membaca surah-surah lazim”.
Dari segi sejarah juga diceritakan bahawa Nabi kerap bersembahyang malam hingga kakinya menggigil dan bengkak akibat terlalu lama berdiri. Bagi menjelaskan lagi keberkesanan sembahyang tahajud, Abdul Aziz membawa dua kejadian sebagai iktibar. Ia dengan jelas menunjukkan betapa pentingnya sembahyang tahajud dalam mendekatkan diri dengan Allah, membina kekuatan rohani dan keyakinan diri umat islam.
“Dalam satu peperangan, Kahalifah Umar r.a diselubungi tanda tanya kerana selepas seminggu bertempur dengan kaum musyrikin, tentera islm masih belum mendapat kemenangan. Perkara itu membinggungkannya kerana pada kebiasaannya tentera islam tidak perlu menunggu masa sebegitu lama untuk mengalahkan musuh. Malam itu, Kahalifah Umar melawat ke khemah-khemah tenteranya sedang kyusuk sembahyang tahajud, kecuali sebuah yang mana penghuninya sedang nyenyak tidur. pada keesokkan harinya kahlifah membuat keputusan yang amat mengejutkan. Beliau menyingkir semua penghuni khemah terbabit (yang tidak bersembahyang tahajud) daripada menyertai perang kerana katanya “mereka tidk mempuyai rohani yang kuat”. Akhirnya walaupun jumlah semakin berkurangan, tentera islam telah berjaya menumpaskan musuh”, kata Abdul Aziz.
Beliau juga memberitahu, salah satu faktor panglima islam terkenal, Sallehuddin al-ayubi berjaya menawan kembali Istanbul adalah kerana cuma mengambil panglima-panglima yang bersembahyang tahajud sahaja untuk mengemudi perang.”
Solat Tahajud (Fadhilat)
Sembahyang Tahajud Membawa Kepada Limpahan Rezeki
Sembahyang tahajud iaitu sembahyang sunat dua rakaat, merupakan di antara pelbagai shalat sunat yang disyariatkan oleh Allah. Ia ditunaikan apabila seseorang itu terjaga daripada tidur sementara waktu yang paling sesuai melakukannya adalah di antara sepertiga malam iaitu kira-kira dari pukul 2:30 pagi hingga menjelang subuh. “Kalau nak sembahyang sebelum tidur, iaitu selepas sembahyang isyak pun boleh, tapi lebih eloklah pada sepertiga malam kerana waktu itulah yang paling sesuai untuk seseorang itu membersihkan jiwa serta mendekatkan diri dengan Allah” kata Ustaz Muhd Shafie, setiausaha penasihat syariah sebuah syarikat makanan antarabangsa.
Sebagai seorang yang banyak membuat kajian berhubung shalat tahajud, Mohamad memberi penjelasan lanjut mengenai sembahyang itu ringkas tetapi padat. Beliau memberitahu, walaupun sembahyang tahajud dua rakaat sahaja, ia boleh ditunaikan lebih daripada itu mengikut kemampuan masing-masing. Bagaimanapun sebelum sembahyang tahajud, adalah lebih elok jika ia didahului dengan sembahyang sunat mutlak dua rakaat dan di akhiri dengan sembahyang sunat witir (jika tidak sempat menunaikannya sebelum tidur). Mengenai surah yang sepatutnya dibaca selepas al-fatihah, Mohamad memberitahu, tidak ada surah tertentu yang ditetapkan. “tapi biasannya kita baca surah al-Kafirun pada rakaat pertama dan surah al-ikhlas pada rakaat kedua. Surah al-Kafirun itu menurut Nabi fadilatnya mewakili 2/3 daripada al-Quran. Surah al-Ikhlas pula mewakili 1/2 al-Quran”.
Selain untuk meningkatkan keimanan, shalat tahajud disyariatkan Allah kerana ia mempuyai banyak hikmah dan keberkatannya. Allah menetapkan waktunya pada sepertiga malam kerana suasana ketika itu amat hening, paling sesuai untuk beribadah, bertaubat dan mendekatkan diri kepada Allah. Perkaa itu kata Mohamad, ditegaskan oleh Allah dalam surah al-Muzammil ayat 6 yang bermaksud; Sebenarnya sembahyang dan ibadah malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya.
“Selepas shalat tahajud, mohonlah ampun kepada Allah”. kata Ustaz Mohamad sambil merujuk kepada hadis Nabi s.a.w yang bermaksud, “Allah turun (kuasa/perintah) pada tiap-tiap malam langit dunia. wahai malaikat, kamu periksa semua makhluk-makhluk di muka bumi. Sesiapa yang bermohon kepadaKu (di sepertiga malam), maka makbulkan doanya. Sesiapa yang meminta kepada Aku, beri. Sesiapa yang meminta ampun kepada Aku, maka ampunkanlah ia”.
Kesempatan itulah ujarnya, yang perlu di raih oleh setiap muslim. “Jadi gunakan waktu itu untuk bertaubat, hampirkan diri dengan Allah supaya menjadi orang beriman. Orang yang selalu sembahyang malam, hatinya bersih, suci, hubungan dengan Allah cukup kuat, patuh perintah Allah dan dikasihi Allah.
Shalat tahajud mempunyai pelbagai hikmah dan fadilatnya. Fadilat itu, ujar Mohamad, antara lain djelaskan Allah dalam surah al-Israa’ ayat 79 bahawa orang yang bersembahyang tahajud akan dibangkitkanNya (di akhirat) di tempat yang terpuji. Ini dijelaskan lagi dalam hadis Rasullulah s.a.w yang bermaksud;
“Wahai manusia, bayakkanlah memberi salam, beri makan kepada orang susah, sembahyang di tengah malam di waktu orang lain sedang tidur, maka kamu masuk syurga. ”
Janji Allah itu cukup jelas kerana orang yang gemar menunaikan tahajud adalah orang yang cintakan Allah, bersih hatinya dan sentiasa memohon ampun kepada Allah untuk menyucikan dirinya daripada dosa. Mereka akan kembali kepada Allah dalam keadaan mulia dan dimasukkan ke syurga”, tegasnya.
Dengan tingkat keimanan yang tinggi, tambah Mohamad, orang-orang yang gemar bershalat tahajud akan mendapat satu lagi keistimewaan yang diingini oleh semua muslim iaitu diambil nyawanya dalam husnul khotimah (mati beriman). Kerana mereka orang-orang yang mulia, malaikat akan mengambil nyawa mereka dengan memberi salam dahulu. Kemudian barulah di ambil nyawanya di dalam keadaan dia tidak berasa sakit”, ujarnya. Demikian untungnya mereka yang gemar bersembahyang tahajud.
Selain dijanjikan syurga, kata Mohamad, orang yang gemar bersembahyang tahajud juga akan dianugerahi Allah dengan pelbagai rezeki seperti hati yang tenang, ilmu yang banyak, murah rezeki, harta terpelihara, kesihatan yang baik, anak-anak berjaya dalam kerjaya dan dihormati masyarakat. Tegas beliau, kerana besarnya fadilat sembahyang tahajud itulah Nabi s.a.w mengajak umatnya menunaikan ibadah tersebut pada setiap malam, tetapi jika tidak mampu, sekali seminggu, sekali sebulan, sekali setahun atau sekali seumur hidup.
Memandangkan besarnya fadilat sembahyang tahajud, tetapi sukarnya untuk menunaikan sembahyang tersebut, Mohamad memberikan ‘petua’ bagi membolehkan kita melakukannya iaitu;
* Tingkatkan keimanan. Ingatlah, sembahyang ini menjadi sesuatu yang berat melainkan bagi hati yang kyusuk. Untuk dapatkan hati yang kyusuk, perlulah dibina dahulu iman di dalam jiwa. Dan seperti satu rantai, orang yang beriman akan bertambah kuat iman serta keyakinan diri mereka apabila kerap bersembahyang tahajud
* Sebelum tidur, sematkan ke dalam fikiran kita untuk bangun pada sepertiga malam, pukul tiga pagi misalnya untuk sembahyang tahajud. Insyallah pada waktu yang dikehendaki itu kita akan terjaga
* Jadikannya ia suatu kebiasaan. Walau kita tidur lewat macam mana pun, buatlah amalan bangun pada waktu yang dikehendaki untuk sembahyang tahajud.
(INGATAN) Ketam: Yang mana jantan yang man betina?
Email : Ummu Waheedah
Biasanya jika membeli ketam, saya akan pastikan beberapa perkara. Antaranya kualiti ketam. Sebab saya sudah terkena. Beli ketam sikit punya mahal RM18-RMM22 sekilo, balik rumah ketam busuk dan lopong isinya. Dulu-dulu ingat kalau beli ketam yg agak ringan dapat banyak ketam sekilo. Rupanya ketam ringan ni lopong tak ada isi.
Minggu lepas saya dan jiran sekali lagi ke Santuary resort, hajat nak beli ikan segar yg baru dibawa oleh nelayan dari laut. Kali ini kebanyakkan nelayan tidak ke laut kerana cuaca buruk. Ada dua tiga orang sahaja yg pergi menangkap udang. Walaubagaimana pun dalam perjalanan pulang , sekitar Balok ada dijual ikan , sotong dan ketam segar . Hari tu harga ketam ialah RM20 sekilo. Ketam ni nampaknya padat dan berat. Pasti sedap ni. Jadi kami singgah membeli.
Sambil memilih ketam saya menyoal penjual " Dik, ketam ni macam mana nak tahu ketam jantan ke betina? . "haa senang je kak, yg ada telur tu betina. Lalu Penjual pun menunjukkan ketam yg ada selonggok telur warna oren diluarnya . Oh begitu rupanya. menurut penjual ni, ketam betina lebih sedap dari ketam jantan. Jadi saya beli 3 ekor ketam betina, 2 ekor ketam jantan . 5 ekor sudah sekilo setengah. Jiran saya pula beli semua ketam jantan..sebab telur tu cuma menambah berat katanya. ha ha terpulanglah.
Ketam ni makanan laut kegemaran kami seisi keluarga. Boleh digoreng kunyit, masak pedas, gulai lemak , masak kari, ditumis atau dikukus bersama halia. Banyak resipi ketam ni, ikutlah citarasa masing-masing. Bila dah masak , tak lah ketara sangat perbezaan rasa ketam jantan dengan betina. Sama jer. Mungkin penjual tu nak orang beli ketam betina yg lebih berat tu... untunglah mereka. Jadi fikir2kan taktik penjual ni..
Ketam ni ada juga nama2 tertentu. Kata mak saya yg warna merah tu orang panggil ketam nyok (bahasa utara). Ada ketam nipah yg kulitnya berwarna coklat muda kadang kala berbintik hitam sedikit. Ketam nipah biasanya ada terselit diantara ketam2 biasa. Biasa dijual secara longgok. Harga berbeza2 kadang kala selonggok RM10.Ketam nipah mujarap dibuat ubat H1N1 dan denggi. Ketam biru pula tak ada nama khas yg diberikan.
Biasanya sebelum dimasak, ketam ni disiang, buang kulit belakang, buang duri2 kaki dan kakinya diketuk sedikit supaya bila nak makan nanti senang. Leceh siang ketam. Telur ketam bukanlah sedap sangat, malah kalau yg tak biasa makan tu memang akan dibuang sahaja. Jadi kalau nak untung, pilih ketam jantan yg padat. Pastikan pilih yang baunya tak hanyir iaitu jenis ketam hansem pandai jaga bau badan , he he. Macam kerang hansem yg saya ceritakan sebelum ni.. Selamat makan ketam.
sumber: Dari catatan saya di blog Petua dan resipi memasak
Mahasiswa sedia demo lagi
Mahasiswa Universiti Malaya (UM) akan terus membantah jika keputusan siasatan dakwaan penyelewengan pilihan raya kampus (PRK) Khamis lalu, tidak menyebelahi mereka.
Menurut Pengerusi, Gabungan Mahsiswa Bantah E-undi (Bantah), Mohd Aizat Mohd Salleh setakat ini mereka belum dimaklumkan mengenai hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak pengurusan universiti.
"Sekiranya perlukan tekanan, kita akan buat demonstrasi lagi," katanya.
Aizat berkata beliau bersama sepuluh wakil yang berunding dengan naib canselor Prof Ghauth Jasmon pada Jumaat lalu diberitahu keputusan PRK akan diumumkan hari ini pada jam 5 petang di Institut Pengajian Siswazah.
Pihak pengurusan bagaimanapun enggan berbincang lanjut berhubung perkara berkenaan.
"Beliau (Prof Ghauth) berkata nak buat keputusan. Dia kata sistem dah ok." kata Aizat lagi.
Menurutnya, Bantah juga memohon perbincangan lanjut dengan pihak universiti melalui e-mail tetapi belum mendapat sebarang maklum balas.
Keputusan PRK Khamis lalu digantung selepas ratusan mahasiswa daripada kumpulan yang tewas berdemonstrasi dan menuduh berlakunya penyelewengan.
Ketegangan selama dua hari itu reda seketika selepas rundingan lebih empat jam antara kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M) yang tewas dengan pihak pengurusan UM pada Jumaat lalu.
Bekas presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) Mohd Ridzuan Mohammad, turut bersama menyertai rundingan berkenaan yang mengambil keputusan menggantung keputusan sementara menunggu siasatan.
Pada pertemuan itu, naib canselor, Ghauth Jasmon juga bersetuju membenarkan kumpulan pro-M melantik perunding bagi menguji sistem undian elektronik (e-undi) yang didakwa mereka dimanipulasikan.
Sehubungan itu, kumpulan berkenaan melantik konsultan teknologi maklumat (IT) lulusan Universiti Harvard, bagi membuat laporan penuh siasatan ke atas e-undi dan laporannya dijangka diketahui hari ini.
Konsultan berkenaan dipilih atas permintaan kumpulan Pro-M dan pihak UM turut mempercayai kewibawaan mereka memandangkan Universiti Harvard telah lama menggunakan sistem tersebut.
Jumaat lalu, Ghauth juga berjanji pilihan raya kampus akan diadakan semula jika terbukti berlakunya penyelewengan.
Ini kali pertama keputusan pilihan raya kampus UM ditangguhkan pengumumannya hampir seminggu selepas hari pengundian.
Pada PRK itu kumpulan pro-Aspirasi (pro-A) berjaya menguasai Universiti Malaya dengan menyapu 21 kerusi berbanding 17 yang dimenangi oleh pro-M.
Tiga lagi kerusi dimenangi oleh calon bebas. Dua daripada calon itu kemudiannya menyatakan sokongan kepada kumpulan Aspirasi.
Malaysiakini/-
Anggota polis naik gaji
Seramai 98,747 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menikmati skim perkhidmatan baru yang membolehkan
mereka mendapat penyelarasan tiga pergerakan gaji tahunan dan kenaikan elaun Imbuhan Tetap Khidmat Polis (ITKP).
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengumumkan perkara itu hari ini berkata skim perkhidmatan baru itu berkuatkuasa pada 1 Januari tahun lepas namun tarikh pembayaran gaji mengikut skim baru itu masih belum ditetapkan.
Skim baru itu akan membolehkan mereka menikmati gaji sekurang-kurangnya RM1,500 hingga RM6,000 bergantung kepada pangkat dan perubahan jadual gaji matriks, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di Putrajaya hari ini.
"Ini merupakan usaha berterusan kementerian dalam menjaga kepentingan dan kebajikan anggota polis di seluruh negara," katanya.
Menurut beliau, pemberian gaji sebanyak itu bersesuaian dengan perubahan daripada segi kelayakan masuk Inspektor yang telah dinaik taraf daripada kelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Diploma kepada Ijazah Sarjana Muda (Kepujian), Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).
Bagaimanapun, Hishammuddin menjelaskan bagi kategori pegawai rendah polis dan konstabel, pengurusan tertinggi PDRM masih berurusan dengan pihak agensi pusat untuk memperhalusi skala gaji termasuk imbuhan tetap.
"Penolong Penguasa Polis akan mendapat gaji matriks yang baru sebanyak RM2,130 iaitu kenaikan sebanyak RM69.72 berbanding RM2,060.28 manakala gaji akhir ialah RM5,170.53 berbanding skim lama iaitu RM4,962.39 dengan kenaikan sebanyak RM208.14," katanya.
Beliau berkata anggaran pergerakan gaji bagi Inspektor dinaikkan kepada RM2,060.28 berbanding RM1,423.50 mengikut skim lama manakala gaji akhir pada RM3,710.66 telah dinaikkan kepada RM4,962.39.
"Untuk Sarjan Lantikan, kemasukan baru adalah dengan menggunakan syarat kelayakan STPM/Diploma manakala wajaran pengambilan adalah sebanyak 20 peratus dari jumlah jawatan Sarjan," katanya.
Hishammuddin berkata kategori Sarjan dan Sarjan Mejar masing-masing menerima penambahan tiga skala tangga gaji akhir dalam skim baru iaitu daripada P1T15 kepada P1T18 dan P1T12 kepada P1T15.
"Bagi Sub Inspektor pula, ia turut melibatkan penambahan tiga skala tangga gaji akhir dalam skim baru iaitu dari P1T12 kepada P1T15," katanya.
Malaysiakini/-
'India pengemis', 'Cina jual tubuh' - 12 laporan dibuat
Sekurang-kurang 12 laporan polis dibuat ke atas pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar berhubung kenyataannya yang berbaur perkauman pada seminar 1Malaysia di Melaka, semalam.
Menurut Pengarah Siasatan Jenayah, Datuk Mohd Bakri Zinin, semua 12 laporan itu dibuat di seluruh negara dan beliau memberi jaminan siasatan terperinci akan dijalankan.
Ditanya samada Nasir akan ditahan atau diheret ke mahkamah berhubung kenyataannya itu, Mohd Bakri berkata adalah terlalu awal untuk mengulas sementara siasatan dijalankan.
“Biar kami menyiasat terlebih dahulu. Kami mesti mengumpul semua fakta dan saksi. Hanya selepas itu, kami akan menentukan samada untuk menahannya,” katanya.
Nasir dilaporkan akan disiasat bawah akta hasutan.
Ucapan Nasir di Melaka semalam itu menyebabkan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.
Dia dikatakan menimbulkan kemarahan hadirin apabila melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.
Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.
Beberapa jam selepas Malaysiakini mendedahkan berita itu, Pejabat Perdana Menteri pada satu kenyataan malam semalam mengumumkan Nasir akan meletakkan jawatan.
Menurut kenyataan media itu lagi, kenyataan Nasir juga tidak mencerminkan pandangan perdana menteri.
Nasir, tambahnya, memohon maaf terhadap sebarang kenyataannya yang menyinggung mana-mana pihak.
Malaysiakini/-
Tabung Haji isytihar bonus 5 peratus
Tabung Haji hari ini mengisytiharkan bonus pendeposit tahunannya sebanyak lima peratus bagi tahun 2009 dengan anggaran keseluruhan bayaran berjumlah RM1.1 bilion.
"Walaupun 2009 merupakan tahun yang mencabar, Tabung Haji dengan komitmen dan perancangan yang rapi masih mampu mencatat pencapaian kewangan yang boleh dibanggakan," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika mengumumkan bonus itu di Putrajaya.
Tabung Haji, yang mengumumkan kadar yang sama pada tahun sebelumnya, telah mengisytiharkan pemberian bonus interim pada kadar 2.25 peratus pada September lalu dengan jumlah bayaran RM465 juta.
"Jika dibuat perbandingan terhadap kadar purata pulangan perbankan komersil untuk simpanan tetap dan tabungan, jelas sekali pemberian bonus Tabung Haji sejak dahulu lagi mempamerkan satu kadar yang amat kompetitif," kata Jamil Khir.
Seramai 5.1 juta pendeposit Tabung Haji akan menikmati bayaran bonus itu mulai Isnin depan.
Dana pendeposit terkumpul Tabung Haji meningkat pada kadar 12 peratus tahun lalu kepada RM23 bilion daripada RM20.6 bilion tahun 2008.
Tabung Haji memperuntukkan zakat perniagaan sebanyak RM39 juta berbanding RM38 juta pada tahun sebelumnya.
Jamil Khir berkata Tabung Haji mungkin boleh membayar dengan kadar yang lebih baik untuk tahun 2010 berbanding tahun lalu memandangkan senario ekonomi semakin pulih.
Tabung Haji yang pernah membayar bonus setinggi tujuh peratus pada tahun 2007, telah mengambil kira kos tanggungan langsung haji sebanyak RM54 juta bagi musim haji 1430 hijrah yang lalu.
Ia telah mencatatkan pendapatan dan keuntungan selepas zakat masing-masing sebanyak RM1.7 bilion dan RM1.1 bilion, dan kedua-duanya meningkat pada kadar 12 peratus.
Malaysiakini/-
Ahmad Fadhli, SU akhbar baru MB Kelantan
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat melantik bekas pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Ahmad Fadhli Shaari sebagai setiausaha akhbarnya yang baru.
Ahmad Fadhli, 30, dilantik jawatan tersebut bagi menggantikan menggantikan Mohd Saiba Yaakub, yang kembali bertugas sebagai pensyarah di Kias.
Manakala awal bulan lalu bekas Pengarah Pusat Kajian Strategik, Wan Nik Wan Yussof dilantik sebagai Setiausaha Politik menggantikan Anual Bakhri Haron.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Ahmad Fadhli mengesahkan perlantikannya ke jawatan tersebut yang berkuatkuasa hari ini.
Bagaimanapun beliau akan memulakan tugas barunya itu di pejabat Menteri Besar pada Ahad ini, tambahnya.
Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli berkata beliau menganggap tugas tersebut sebagai "satu amanah yang akan dilaksanakan sebaik mungkin".
"Saya menganggap tugas itu mencabar untuk menghadapi politik hari ini. Saya menetapkan matlamat untuk membantu menteri besar berdepan dengan media," katanya.
Tidak kekok dengan media
Menurutnya, beliau tidak kekok untuk memegang jawatan itu kerana beliau adalah ketua penerangan Pemuda PAS negeri yang merangka sebarang kenyataan kepada media.
Ahmad Fadhli berasal dari Tendong merupakan pelajar Maahad Tahfiz al Quran Pulai Chondong.
Beliau berkelulusan diploma Tahfiz Al Quran Jakim pada 2000. Kemudian menyambung pelajaran ke Kias dalam bidang dakwah.
Ahmad Fadhli merupakan pelajar terbaik Kias pada 2003 dan mendapat biasiswa Yayasan Kelantan Darulnaim bagi melanjut pelajaran ke Universiti Al Azhar, Mesir dalam bidang dakwah pada 2003.
Selepas itu beliau bertugas sebagai pensyarah di Kias pada November 2004 dan sedang menyiapkan tesis sarjana dalam bidang dakwah dan kepimpinan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Ahmad Fadhli mendirikan rumah tangga dengan Nuryani Mohd Salleh, juga seorang pendidik dan mempunyai dua cahaya mata.
Malaysiakini/-
Siapa bodoh di sebalik isu royalti
Hafiz Irwan
KOTA BHARU, 3 Feb: Siapa yang diperbodoh atau menjadi bodoh dalam isu tuntutan royalti minyak di Kelantan sama ada mereka yang mengikut lunas undang-undang atau kumpulan melanggar peraturan.
Ini kesimpulan mudah bagi menjelaskan pendirian pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah apabila diperlekehkan pemimpin Umno setelah menjelaskan perkara sebenar di sebalik Akta Kemajuan Petroleum 1974.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, pemuda dan wanita Umno hendaklah menjelaskan siapa sebenarnya yang menjadi bodoh apabila menjelaskan perkara sebenar di sebalik undang-undang.
“Kemukakan bukti kalau betul kenyataan Ku Li di stadium baru-baru ini hanya untuk memperbodohkan rakyat.
“Jangan hanya mudah melatah sehingga mahu mendesak Ku Li letak jawatan, sedangkan apa yang diperkatakan perkara sebenar,” katanya ketika ditemui di sini.
Sebelum ini Ketua Pemuda Umno negeri, Anuar Safian mendesak Ku Li melepaskan jawatannya sebagai ahli parlimen BN ekoran berceramah isu royalti di Stadium Sultan Mohamad IV.
Anuar menyifatkan Ku Li memperbodohkan rakyat Kelantan kerana menjelas mengenai royalti minyak yang dituntut kerajaan negeri.
Selain itu Wanita dan Pemuda Umno Gua Musang juga dilaporkan kecewa dengan tindakan Ku Li menjelaskan perkara sebenarnya di sebalik tuntutan royalti.
Abdul Latif mencabar pemimpin Umno mengambil tindakan ke atas Ku Li kerana sanggup memperkatakan perkara sebenar dalam isu tuntutan royalti.
“Menghukum perbuatan yang baik bukan sahaja manusia yang marah, bahkan Tuhan sendiri akan melaknati perbuatan begitu,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Latif juga memberitahu Pemuda PAS tidak teragak-agak membuat laporan polis terhadap kenyataan pemimpin Umno yang mahu menukar royalti menjadi wang ihsan.
Baru-baru ini Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed memberitahu wang ihsan sebanyak RM20 juta akan dibayar melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan pada Mac depan.
Harakahdaily.net/-
Letak jawatan tidak cukup, guna Akta Hasutan - MCA
KUALA LUMPUR, 3 Feb: Kemarahan pelbagai pihak terhadap Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar (GAMBAR) tidak berhenti walaupun beliau telah diminta meletakkan jawatan oleh bosnya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat berkata, kerosakan telah dibuat oleh Nasir dan diambil tindakan disiplin termasuk menggunakan Akta Hasutan.
"Apa yang sangat dikesalkan lagi adalah kenyataan ini dibuat dalam majlis anjuran JASA tentang konsep 1Malaysia," kata Ong Tee Kiat.
Pengerusi Biro Perhubungan MCA, Datuk Ti Lian Ker juga mendesak agar Nasir disiasat di bawah Akta Hasutan dan diambil tindakan sebagaimana rakyat biasa yang lain.
Ini kerana kenyataan beliau itu sangat sensitif dan merupakan satu kenyuataan provokasi kepada rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Kenyataan Nasir nampaknya membayangkan sikap sebenar Umno dan pentadbiran negara terhadap konsep 1Malaysia yang dikemukakan Perdana Menteri itu.
"Kalau sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyidin Yassin) juga dilihat berbeza dengan pendirian Najib, kini Pegawai Khas Najib sendiri sudah jelas tidak bersama konsep 1Malaysia beliau," kata seorang pemerhati politik ketika mengulas kejadian ini.
Dalam kejadian di Melaka semalam, Nasir telah menyifatkan orang Cina dan India di negara ini sebagai pendatang dan kerajaan (Umno) boleh menarik taraf kerakyatan mereka bila-bila masa-masa.
Nasir juga didakwa berkata, orang Cina khasnya wanitanya datang ke Malaysia untuk menjual tubuh.
Ekoran kenyataan beliau itu, ramai peserta program anjuran JASA itu meninggalkan majlis.
Sekurang-kurang 12 laporan polis dibuat ke atas Nasir berhubung kenyataannya itu.
Menurut Pengarah Siasatan Jenayah, Datuk Mohd Bakri Zinin, semua 12 laporan itu dibuat di seluruh negara dan beliau memberi jaminan siasatan terperinci akan dijalankan.
Ditanya sama ada Nasir akan ditahan atau diheret ke mahkamah berhubung kenyataannya itu, Mohd Bakri berkata adalah terlalu awal untuk mengulas sementara siasatan dijalankan.
Di JERANTUT, pemimpin Pakatan Rakyat Jerantut membuat laporan polis berhubung kenyataan Nasir itu.
Yang Dipertua PAS kawasan, Dr Hamzah Jaafar yang selesai membuat laporan di Balai Polis di sini, mahu kerajaan mengambil tindakan serius dengan menggunakan peruntukan undang-undang yang ada bagi mencegah mana-mana pihak daripada mengeluarkan kenyataan berbau perkauman yang boleh membahayakan keselamatan dan ketenteraman awam.
“Kami memohon suatu langkah yang pro aktif dibuat bagi membendung sebarang unsur berbau hasutan dan perkauman dicegah dan diambil tindakan kerana ia boleh menjejaskan keselamatan negara dan ketenteraman awam.
"Kami menuntut pihak polis melakukan penyiasatan dan mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan atau mana-mana peruntukan undang-undang supaya perbuatan sedemikian tidak lagi berulang,” katanya.
Pengerusi Kelan Penyokong PAS Kaum India Pahang Balasubramaniam a/l Nachippan kesal dengan kenyataan itu dan mahu tindakan keras diambil.
“Kenyataan yang datang dari Pegawai Khas Perdana Menteri itu tidak boleh diterima. Tak cukup dengan minta maaf atau letak jawatan. Itu tak berkesan. Dia boleh diberi jawatan lain, kita mahu pengajaran yang keras terhadap penghasut perkauman,” katanya.
Turut hadir dalam membuat laporan polis itu ialah pimpinan PAS kawasan, ahli kelab penyokong PAS dan pimpinan DAP Jerantut.
Harakahdaily.net/-
Kes liwat: Anwar fail 'semakan kehakiman' kedua
Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 3 Feb: Ketika perbicaaan kes liwat berlangsung, pasukan peguam bela bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair 3.15 petang tadi menmfailkan satu lagi permohonan semakan kehakiman yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 1 Disember lalu.
Semakan kehakiman tersebut merujuk pada keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Zabidin Mohd Diah menolak permohonan Anwar untuk membatalkan kes liwat berasaskan pada pada laporan perubatan yang jelas menunjukkan tidak ada spesimen Anwar di dalam dubur saksi utama, Saiful Bukhari Azlan.
Inisiatif tersebut merupakan yang ke dua, selepas pasukan peguam bela Anwar membuat suatu permohonan semakan kehakiman di Istana Keadilan, Putrajaya pagi tadi – iaitu berhubung keputusan Hakim Zabidin menolak permohonan Anwar mendapatkan beberapa bahan bukti dan material penting seperti DNA Saiful, rakaman CCTV, nota doktor, senarai saksi utama daripada pasukan pendakwaraya.
Memberitahu wartawan di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kemudiannya, Sankara Nair berkata, pasukan peguam bela Anwar sedang fokus menunggu kedua-dua keputusan semakan kehakiman tersebut, yang dianggap penting untuk anak guamannya.
Media dihalang buat liputan
Sebelum pada itu, Anwar bersama-sama keluarganya disambut dengan laungan reformasi di anjung bantahan, di sini sekitar jam 2.30 petang tadi.
Turut kelihatan Ketua Strategi PKR Tian Chua dan bekas Pengerusi Gerakan Anti Rasuah dan Korupsi (Gerak) Mohd Nazri Mohd Yunus, yang baru menyertai PKR memimpin gerakan reformasi di luar kompleks mahkamah.
Dalam pada itu, pihak polis dilihat begitu agresif menghalang jurukamera dan wartawan dari membuat liputan terhadap rakyat yang menyokong Anwar.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin yang temui Harakahdaily berkata, tindakan agresif tersebut mungkin disebabkan kebanyakan media massa melaporkan Anwar berniat untuk sapina Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Rosmah Mansor; yang menurut dakwaan Anwar, mereka terbabit mendalangi konspirasi mengfitnahnya bersama Saiful.
Badrul yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR mendakwa, tindakan agresif polis tersebut mungkin disebabkan tidak mahu laporan lanjut berkaitan Anwar sapina Najib dan Rosmah dari diketahui oleh rakyat melalui media-media baru.
“Reformasi 1998 dulu banyak mengajar Polis tentang media, mungkin polis takut rakyat disedarkan dengan berita-berita lanjut berhubung niat Anwar sapina dua individu penting negara (Najib dan Rosmah),” jelas Barul Hisham.
Melihat aksi polis menghalang media dari mengambil gambar rakyat yang menyokong Anwar, Badrul mendakwa polis seolah-olah cuba bersengkongkol dengan kerajaan demi membendung kesedaran rakyat seperti era Reformasi 1998 dahulu.
Dalam perbicaraan petang ini, antara perkara yang ditanya kepada saksi utama, Saiful ialah berhubung pengajiannya dan bagaimana dia diambil sebagai pembantu peribadi Anwar.
Menjelaskan perkara itu di kandang saksi, dia mengakui gagal dalam pengajian di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) tetapi diberi peluang oleh Anwar untuk menjadi pembantu peribadi.
Dia juga memberitahu, Anwar mengarahnya memasuki pejabat untuk melakukan sesuatu dan Anwar memeluknya dari belakang lalu memasukkan sesuatu ke dalam duburnya.
Perbicaraan yang berakhir kira-kira jam 5.00 petang ini disambung pada jam 9.00 pagi esok.
Harakahdaily.net/-
Hakikat orang kanan Najib tak setuju 1Malaysia
PETALING JAYA, 3 Feb: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa menerima hakikat bahawa orang kanannya sendiri pun tidak memahami atau bersetuju dengan konsep 1Malaysia yang diwar-warkannya sendiri, apatah lagi seluruh jentera pelaksana dan barisan pimpinan BN.
Ini ekoran kenyataan rasis Datuk Nasir Safar, pegawai khas Najib yang merupakan tanda kegagalan konsep dan pelaksanaan projek 1Malaysia yang telah menelan berjuta-juta ringgit duit rakyat.
Ketua Penerangan Selangor PKR Selangor, Dr Tan Yee Kiew berkata, kenyataan Nasir itu menunjukkan kegagalan pucuk pimpinan Barisan Nasional, khususnya Najib sendiri dalam menterjemahkan konsep 1Malaysia ke dalam realiti masyarakat majmuk Malaysia.
“Hakikatnya konsep 1Malaysia di dalam papan iklan, siaran radio dan televisyen, program indoktrinasi seperti seminar dan forum, dan papan tanda klinik kesihatan lebih bersifat kepentingan hiasan tingkap yang menghabiskan wang rakyat, dan bukannya kepentingan rakyat secara keseluruhan,” ujarnya.
Katanya, walaupun Nasir telah melepaskan jawatannya bagi menjaga imej Perdana Menteri, namun pihaknya yakin rakyat akan menyokong perubahan dasar yang sebenar sepertimana dilakukan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat, dan bukannya perubahan slogan yang kosong.
Harakahdaily.net/-
Jika pemimpin PR cakap macam Nasir, pasti kena ISA
KUALA LUMPUR, 3 Feb: Jika apa yang Datuk Nasir Safar lontarkan itu disebut oleh pimpinan Pakatan Rakyat, pasti mereka sudah dipenjarakan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Tegasnya, PAS tetap menolak ISA dan Akta Hasutan dan mahu Nasir didakwa segera di mahkamah.
Katanya, jika para blogger yang menghina institusi Beraja di negara ini boleh dibicarakan, maka Nasir juga berhak untuk menerima tindakan yang serupa walaupun beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Pegawai Khas Perdana Menteri.
PAS juga, katanya bertegas mendesak pihak polis melakukan siasatan dan membuat pendakwaan terhadap Nasir yang terang-terangan menghina kaum India dan Cina di negara ini.
Tambahnya, PAS sesekali tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang mempertikaikan hak mana-mana kaum yang sah taraf sebagai warganegara ini.
Katanya, selagi Umno, MIC dan MCA masih wujud, isu perkauman akan sentiasa menjadi bahan pertikaian.
“PAS melihat tindakan Nasir ini sebagai natijah penglibatannya yang sekian lama bergelumang dengan parti perkauman Umno.
“Nasir perlu dibicarakan kerana jelas pandangannya itu telah menghina intitusi Perlembagaan negara ini yang menjamin hak setiap warganegara tanpa mengira kaum,” katanya.
Tambahnya, walaupun Nasir menafikan itu pendirian Perdana Menteri, namun jelas Perdana Menteri telah gagal untuk mengajar pegawainya untuk memahami gagasan 1 Malaysia yang dicanangkannya.
Menurutnya, jika pegawai yang rapat dengan Najib boleh menganggap gagasan itu sebagai remeh, bagaimana rakyat mahu percaya keikhlasannya terhadap dasar berkenaan.
Harakahdaily.net/-
Muslimat terharu kehilangan Kak Som
Salmah Mat Husain
PASIR PUTEH, 3 Feb: Jenazah bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Hajah Kalthom Othman, 61, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Siam, dekat sini kira-kira jam 2 petang.
Sebelum itu solat ke atas jenazah Kak Som diimamkan anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah di Masjid Ibrahimi selepas menunaikan solat Zohor.
Turut kelihatan menunaikan solat jenazah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, anggota-anggota Exco, Datuk Husam Musa, Datuk Takiyuddin Hassan dan wakil-wakil rakyat.
Isteri Presiden PAS, Toh Puan Seri Hajah Zainab Awang Ngah bersama pemimpin Dewan Muslimat PAS Terengganu turut hadir.
Selain itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh, anggota jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik dan Setiausaha Agung KeADILan, Saifudin Nasution Ismail juga hadir.
Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri, Hajah Siti Zailah Mohd Yusof berkata, kematian Kalthom merupakan kehilangan besar kepada PAS.
“Ketokohannya sukar dicari ganti memandangkan beliau seorang yang tegas dan berani dalam menyatakan kebenaran.
“Walaupun tidak lagi menerajui kepimpinan muslimat negeri, namun beliau masih lagi menjadi rujukan kami. Kami amat terharu,” ujarnya ketika ditemui di tanah perkuburan terbabit.
Abu Bakar menyifatkan ketegasan allahyarhamah sukar ditemui lagi.
“Kita berbangga dengannya dan pemergian allahyarhamah seumpama kehilangan permata yang berharga,” ujarnya.
Anggota Unit Amal Pasir Puteh terpaksa bekerja keras bagi mengawal lalu lintas memandangkan ramai orang datang menziarahinya.
Harakahdaily.net/-
Desakan heret Najib dan Rosmah bergema di mahkamah
KUALA LUMPUR, 3 Feb: Desakan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dipanggil untuk memberikan keterangan di mahkamah bergema di perkarangan mahkamah Jalan Duta di hari pertama Datuk Seri Anwar dibicarakan.
Desakan ini dibuat oleh Anwar melalui permohonan sapinanya dan dilaungkan oleh para penyokong beliau yang memenuhi ruang perkarangan mahkamah itu.
Kedua-duanya didakwa menjadi dalang kepada dakwaan terhadap Anwar dan segala keterangan yang dibuat oleh bekas pegawai peribadi Anwar, Saiful Bukhari adalah dari mereka.
Najib pada awalnya menafikan bertemu dengan Saiful namun kemudiannya mengaku Saiful datang bertemu beliau untuk mendapatkan biasiswa.
"Dalam mahkamah, Saiful berkata beliau bukanlah orang yang cerdik sebab itu dia tidak lulus dalam pelajaran di universiti dan akhirnya keluar.
"Adakah ini orangnya yang hendak diberikan biasiswa oleh Najib. Ini persoalan yang mesti diterangkan oleh Najib dan Rosmah di mahkamah," kata Samsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Angkatan Muda PKR, di perkarangan mahkamah selepas perbicaraan hari pertama.
Dalam perbicaraan itu, Saiful yang dipanggil sebagai saksi pertama berkata, beliau berhenti dari menjadi pegawai Anwar kerana tidak tahan dipaksa melakukan seks luar tabii.
Pihak pendakwa pula memberitahu mahkamah pihaknya menemui air mani Anwar di luar dan dalam dubur Saiful.
Sedang sebelum ini, doktor yang memeriksa Saiful menegaskan tidak terdapat sebarang tanda berlaku seks luar tabii it.u
"Kita akan membuat soal balas terhadap semua keterangan Saiful ini dan kita yakin akan menang," kata Anwar ketika mengulas keterangan Saiful itu.
Bagi Anwar, keterangan Saiful itu tidak mengejutkan beliau dan sudah menjangkakannya.
"Ini adalah tindakan Datuk Seri Najib untuk memburukkan nama saya...saya cabar dia dan isterinya memberikan keterangan di mahkamah tentang peranan mereka di belakang segala keterangan ini," kata Anwar.
Harakahdaily.net/-
Perkauman: PAS Pulau Pinang larang sertai demonstrasi
Mohd Sabri Said
PULAU PINANG, 4 Feb: PAS Pulau Pinang melarang semua pemimpin, ahli dan penyokong terlibat dalam mana-mana demonstrasi yang menimbulkan isu perkauman serta menjejaskan keharmonian rakyat dan kerajaan negeri.
Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Salleh Man berkata, agenda tersebut mempunyai maksud yang tersirat dan berkepentingan politik.
Ini berikutan pihak tertentu merancang mengadakan demonstrasi esok (Jumaat) di beberapa buah masjid ekoran perasaan tidak puas hati terhadap perobohan gerai oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
Dalam kenyataan kepada Harakahdaily, beliau berkata, kerajaan negeri mempunyai saluran yang boleh diketengahkan dan bukan dengan cara berdemonstrasi.
Katanya, demonstrasi itu akan memberi lampu hijau kepada pihak musuh yang senantiasa mencari punca untuk menghentam Kerajaan Pakatan Rakyat.
"Semua organisasi PAS di negeri ini disaran menjadi pemantau serta menasihati para ahli dan penyokong agar jangan terlibat dengan demonstrasi yang didalangi Umno dan Barisan Nasional," ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir menambah, tindakan mengadakan demonstrasi tidak akan menyelesaikan masalah bahkan menjadi bertambah kusut.
“Jadi untuk mengatasinya, semua parti dalam gabungan Pakatan Rakyat tidak duduk diam bagi merangka berbagai pelan bersama," jelasnya.
Menurutnya, memang tidak dinafikan ada perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat terutamanya mangsa, namun mereka diharap bersabar apabila kerajaan negeri menyediakan kawasan baru sebagai jalan penyelesaian.
Harakahdaily.net/-