05 Julai 2021

Arab Saudi luluskan rancangan keselamatan haji

 

RIYADH: Arab Saudi meluluskan rancangan keselamatan umum berkaitan musim haji 1442H, bersesuaian dengan langkah berjaga-jaga dan prosedur pencegahan yang dilaksanakan untuk memerangi pandemik COVID-19.

18 pekebun durian direman 2 hari

  Sebahagian pekebun durian yang dikenakan perintah reman dua hari bagi membantu siasatan menceroboh HSK Batu Talam.

Sebahagian pekebun durian yang dikenakan perintah reman dua hari bagi membantu siasatan menceroboh HSK Batu Talam.

KUANTAN: Seramai 18 pekebun yang ditahan kerana disyaki menceroboh Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam di Raub, direman dua hari, bermula hari ini.

Perintah reman itu dibuat Penolong Pendaftar Mahkamah Raub, Yusri Wanu Suki, pagi ini.

Dewan Rakyat bersidang bermula 26 Julai: Pejabat PM


KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 diadakan selama lima hari bermula 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos ini bagi Dewan Rakyat.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya, berkata Dewan Negara pula akan bersidang selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Ogos ini.

Ahli Parlimen, senator Pas diarah turun padang

 


Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA LUMPUR - Pas mengarahkan semua ahli Parlimen dan senator daripada parti itu supaya segera turun padang bagi menggerakkan program Bantuan Bakul Makanan.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia bagi menjaga kebajikan golongan terjejas akibat pandemik Covid-19 dengan memanfaatkan segala kemudahan disediakan.

Korban nahas pesawat tentera Filipina meningkat kepada 50

 Nahas pesawat tentera mengorbankan 47 anggota tentera dan tiga orang awam di Pulau Jolo. - Foto AFP

Nahas pesawat tentera mengorbankan 47 anggota tentera dan tiga orang awam di Pulau Jolo. - Foto AFP

MOSCOW: Jumlah korban dalam nahas pesawat tentera Filipina pada Ahad meningkat kepada 50 orang, sementara 49 yang lain cedera, lapor Sputnik, menurut ABS CBN memetik jurucakap Tentera Filipina.

Pandemik Covid-19 dan pandemik politiking

 

SELURUH dunia kini masih dilanda penularan wabak pandemik Covid-19, sehingga tidak ada negara yang telah berjaya menghapuskan pandemik ini dan kesan sampingannya terhadap kehidupan rakyat. Termasuklah juga negara paling maju dan kaya, kerana apa yang berlaku adalah ketetapan Allah SWT yang tiada kuasa dapat melawan kehendak-Nya.

Bantuan bakul makanan oleh kerajaan, hubungi pusat khidmat Ahli Parlimen.

OPERASI PENGUATKUASAAN HUTAN SIMPAN KEKAL: UMMAHMENYOKONG KETEGASAN KERAJAAN NEGERI PAHANG

 
1. Berikutan dengan tularnya  beberapa rakaman video dan foto yang memaparkan provokasi yang melampau oleh pengusaha kebun haram terhadap Pasukan penguatkuasaan Hutan Simpan Kekal (HSK) di Batu Talam dengan keluasan yang dianggarkan sekitar 250 ekar. Penguatkuasaan  tersebut telah dilakukan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) bersama-sama  dengan agensi kerajaan termasuk kerjasama penuh oleh Pasukan Polis Di Raja Malaysia(PDRM) dari IPD Raub dan operasi ini tertumpu kepada tindakan  memusnahkan tanaman durian secara haram dan menyita sebarang barangan termasuk kenderaan serta membuat tangkapan terhadap mana-mana individu yang telah menceroboh tanah HSK ini. 

Malaysia Airlines terbangkan kontinjen negara ke Olimpik Tokyo

 

KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia Airlines diberi penghormatan untuk menerbangkan para atlet dan pegawai Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa syarikat penerbangan Malaysia Airlines telah dilantik sebagai rakan penerbangan rasmi bagi kontinjen Malaysia yang bertanding dalam 10 acara sukan di Olimpik Tokyo, yang dijadual bermula 23 Julai hingga 8 Ogos ini.

8 peratus penduduk Malaysia lengkap suntikan vaksin

 Orang Kurang Upaya (OKU) cacat penglihatan Muhammad Mustaqim Ramlan, 30, (kanan) menerima suntikan vaksin COVID-19 di pusat pemberian vaksin (PPV) Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Gong Badak semalam. - Foto BERNAMA

Orang Kurang Upaya (OKU) cacat penglihatan Muhammad Mustaqim Ramlan, 30, (kanan) menerima suntikan vaksin COVID-19 di pusat pemberian vaksin (PPV) Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Gong Badak semalam. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,618,316 orang atau lapan peratus daripada populasi di negara ini sudah menerima suntikan dos kedua vaksin, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka setakat semalam.

2 lelaki menyelinap keluar PKPD PPR Pantai Ria diburu

 RAKAMAN video menunjukkan dua lelaki dipercayai penagih dadah melarikan diri dari PPR Pantai Ria, Pantai Dalam. - Foto ihsan pembaca

RAKAMAN video menunjukkan dua lelaki dipercayai penagih dadah melarikan diri dari PPR Pantai Ria, Pantai Dalam. - Foto ihsan pembaca

KUALA LUMPUR: Dua lelaki dipercayai penagih dadah sedang diburu polis selepas melarikan diri dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Pantai Dalam di sini yang kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata satu laporan polis dibuat di Balai Polis Pantai susulan tular di media sosial satu rakaman video berkaitan kejadian itu, hari ini.

Zuma enggan serah diri jalani hukuman penjara

  Bekas Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma. - Foto AFP

Bekas Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma. - Foto AFP

NKANDLA, AFRIKA SELATAN: Bekas Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma, diperintah menyerah diri bagi memulakan hukuman penjara 15 bulan kerana menghina mahkamah.

Ia susulan kenyataan beliau yang menegaskan tidak akan akur dengan tarikh ditetapkan mahkamah untuk berbuat demikian.

Hanya warga asing lengkap vaksin dibenar masuk Indonesia

  Petugas menguruskan jenazah mangsa COVID-19 di tanah perkuburan Bekasi. Indonesia merekodkan 493 kematian Sabtu lalu. - Foto AFP

Petugas menguruskan jenazah mangsa COVID-19 di tanah perkuburan Bekasi. Indonesia merekodkan 493 kematian Sabtu lalu. - Foto AFP

JAKARTA: Indonesia hanya membenarkan warga asing yang lengkap menerima vaksin memasuki negara itu mulai esok.

Jurucakap Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, berkata setiap warga asing dikehendaki menunjukkan kad vaksin yang membuktikan mereka divaksin sepenuhnya.