05 Julai 2021

Korban nahas pesawat tentera Filipina meningkat kepada 50

 Nahas pesawat tentera mengorbankan 47 anggota tentera dan tiga orang awam di Pulau Jolo. - Foto AFP

Nahas pesawat tentera mengorbankan 47 anggota tentera dan tiga orang awam di Pulau Jolo. - Foto AFP

MOSCOW: Jumlah korban dalam nahas pesawat tentera Filipina pada Ahad meningkat kepada 50 orang, sementara 49 yang lain cedera, lapor Sputnik, menurut ABS CBN memetik jurucakap Tentera Filipina.

Jeneral Edgard Arevalo hari ini berkata pihak berkuasa menemui lima lagi mayat menjadikan jumlah korban terkini seramai 50. Korban termasuk 47 anggota tentera dan tiga orang awam.

Mangsa yang cedera pula termasuk 49 anggota tentera dan empat orang awam, kata Arevalo.

Lokasi nahas pesawat C-130 tentera Filipina. - Foto EPA
Lokasi nahas pesawat C-130 tentera Filipina. - Foto EPA

Terdahulu, laporan menyatakan 45 penumpang terkorban, manakala 42 yang lain terselamat.

Terdapat lebih 80 penumpang di dalam pesawat C-130 ketika ia terhempas di Pulau Jolo semalam ketika cuba mendarat dan terbabas dari landasan.

Menurut Arevalo, tentera Filipina menggantung sementara penerbangan pesawat C-130. - BERNAMA

Tragedi turut mengorbankan 47 anggota tentera dan tiga orang awam. - Foto EPA
Tragedi turut mengorbankan 47 anggota tentera dan tiga orang awam. - Foto EPA

Anggota tentera Filipina di lokasi nahas. - Foto EPA
Anggota tentera Filipina di lokasi nahas. - Foto EPA

Tragedi turut mengorbankan 47 anggota tentera dan tiga orang awam. - Foto AFP
Tragedi turut mengorbankan 47 anggota tentera dan tiga orang awam. - Foto AFP

Tiada ulasan: