05 Julai 2021

OPERASI PENGUATKUASAAN HUTAN SIMPAN KEKAL: UMMAHMENYOKONG KETEGASAN KERAJAAN NEGERI PAHANG

 
1. Berikutan dengan tularnya  beberapa rakaman video dan foto yang memaparkan provokasi yang melampau oleh pengusaha kebun haram terhadap Pasukan penguatkuasaan Hutan Simpan Kekal (HSK) di Batu Talam dengan keluasan yang dianggarkan sekitar 250 ekar. Penguatkuasaan  tersebut telah dilakukan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) bersama-sama  dengan agensi kerajaan termasuk kerjasama penuh oleh Pasukan Polis Di Raja Malaysia(PDRM) dari IPD Raub dan operasi ini tertumpu kepada tindakan  memusnahkan tanaman durian secara haram dan menyita sebarang barangan termasuk kenderaan serta membuat tangkapan terhadap mana-mana individu yang telah menceroboh tanah HSK ini. 

2. UMMAH menyokong penuh tindakan tegas oleh Kerajaan negeri Pahang di bawah kepimpinan  YAB. Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Hj. Wan Rosdy Wan Ismail.

3. Kami juga mengharapkan isu pencerbohohan tanah haram di negeri Pahang ini dapat diselesaikan dengan kadar segera khususnya bagi daerah Raub yang telah berlarutan sekian lama.

4. Sebagai mana Kenyataan rasmi dari UMMAH Raub, kami juga mengharapkan agar Kerajaan Negeri Pahang akan terus konsisten di atas ketegasan ini dan tidak berganjak ke belakang walau setapak atas segala tekanan dan provokasi melampau pihak berkaitan. Tindakan yang diambil kami yakin mengikut lunas undang-undang yang sedia ada.

5. UMMAH yakin  negara kita adalah sebuah negara yang lengkap dengan pelbagai undang-undang dalam pelbagai sudut pelanggarann undang-undang sehingga ianya boleh mendorong kepada tindakan yang segera kepada penyelesaian apa sahaja permasalah rakyat termasuk lah mengenai pencerobohan tanah di Raub.
 
KHALIL IDHAM LIM
Setiausaha Agung,
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
5 July 2021

Tiada ulasan: