12 Jun 2009

Nik Aziz bidas golongan pertahan kerajaan perpaduan

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini membidas golongan dalam parti itu yang mempertahankan cadangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk satu kerajaan perpaduan dan menyifatkan mereka ini sebagai "boneka Umno".

Katanya beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali, supaya semua pemimpin PAS dan pakatan pembangkang tidak lagi membuat kenyataan terbuka berhubung isu kerajaan campuran itu bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan ahli parti.

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat. (Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.

"Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno," katanya kepada pemberita selepas meraikan rombongan guru Kelas Fardu Ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIs) di kediaman rasminya di JKR 10 di sini, hari ini.

Nik Aziz berkata jika ada pihak yang memperkatakan mengenai kerajaan perpaduan, ia sebenarnya adalah ilham Umno.

Kepada soalan bahawa isu perpaduan ini ditimbulkan oleh Hadi sendiri, Nik Aziz berkata kenyataan itu bukannya menggambarkan kehendak PAS.

"Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," katanya.

Mengenai saranan Mustafa supaya pemimpin Pas dan pakatan pembangkang berhenti daripada mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu, Nik Aziz berkata tidak ada sebab ahli parti tidak boleh mempersoalkan isu itu.

"Soalnya tutup kerana apa? Percanggahan pendapat itu bukan datang dari PAS, tapi orang tertentu dalam PAS, dia sudah berasa bahaya bagi dia, maka dia minta tutup. Mana boleh tutup mulut manusia," katanya. Mstar.

34 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SAYA SOKONG TOK GURU NIK AZIZ SELAKU ORG LAMA DLM POLITIK TOK GURU LEBIH MEMAHAMI UBNTU SENDIRI BAK KATA TOK GURU LUKA LAMA MASIH TERASA LAGI...HIDUP TOK GURU!

Tanpa Nama berkata...

Ada sape2 tau org yg tlpon ustaz ahamd awang minta bergabung dgn BN di Perak ??!! Cepat bgtau....

Tanpa Nama berkata...

mmg jelas, padat & ikhlas pd perjuangan!

sya sokong TGNA!!

Unknown berkata...

TGNA sdiri jelas menyatakan idea kerajaan perpaduan adalah pandangan peribadi TGHH sebagai presiden PAS...dan rasanye tidak salah untuk TGHH untuk melontarkan sesuatu idea atau ijtihad kerana beliau telah melihat dari pelbagai sudut sehingga beliau berani melontarkan idea tersebut...rasanya juga tidak salah untuk melontarkan idea walau tidak dipersetujui oleh majoriti orang PAS..bukankah berijtihad dalam perkara kebaikan ini kalau salah sekalipun ijtihad masih mendapat satu pahala manakala kalau ijtihad itu betul diberi ganjaran dua pahala...kenapa ahli2 PAS terlalu keras menghentam(termasuk TGNA) idea tersebut sehinggakan seolah2 mengabaikan adat berbeza pendapat dalam perkara2 yang tidak ada nas yang jelas dan memerlukan ijtihad dari mereka yang berkelyakan seperti TGNA & TGHH...lupakah kita bahawa PR yg dibentuk bersama PKR & DAP juga bersifat 'tahalluf siyasi' yang mana tahalluf ini bukanlah bererti wala' sepenuhnya pd PR..'tahalluf siyasi' bersama PR ATAUPUN bersama UMNO adalah ijtihad yang bukan qat'ie dan didasarkan pada waqi'...juga salahkah untuk PAS bermuqabalah sekalipun untuk bermuzakarah dengan mana2 pihak sesuai dengan matlamat utama PAS yang berteraskan gerakan dakwah bukan semata2 mencari kekuasaan..Contoh mudah boleh dilihat dalam soal isu penggunaan nama Allah oleh agama lain..walaupun TGNA dan ramai lagi ulama' tersohor mengharuskan penggunaan kalimah Allah tetapi terdapat juga sebilangan ulama' tersohor lain yang mengharamkannya berdasarkan waqi' yang ada di Malaysia..hakikatnya perkara2 seperti ini adalah ijtihad yg memerlukan kebijaksanaan ulama' untuk menghuraikan dan mendefinisikannya,bukan terlalu keras berpegang pada ijtihad sendiri sehingga mengutuk sebarang ijtihad yg bertentangan dengan mereka..
Wallahua'lam........

Tanpa Nama berkata...

TIGA ABDUL HADI, NASHA & MUSTAPA

Tanpa Nama berkata...

HADI &NASH DEGIL TAK DENGAR KATA NIK AZIZ GAPO NAK JADI PUAK PUAK MU .

Tanpa Nama berkata...

si penarik beca dah bg klue sape mamat pimpinan yg kol ustaz ahmad tuh..
try layan blog penarik beca, korang pasti leh teka!

Mr. President berkata...

Hidup Tok Guru....saya sokong sepenuhnya, biar apa orang nak kata, kesetiaan saya pada Tok Guru ku ini tidak berbelah bahagi. Syabas!!!

Tanpa Nama berkata...

persoalannya bagaimana hendak menyelesaikan kemelut ini ? syaitan-syaitan sedang ketawa sebab mereka dapat menembusi dan seterusnya meretakkan perpaduan pertubuhan/parti yang memperjuangkan islam ini ...

ABU

nur mohd nidzam berkata...

BRAVO TGNA BRAVO.BIARLAH MEREKE2 YANG INGIN JOIN UMNO KELUAR PAS DAN SERTAI UMNO,TAK RUGI PAS.MEREKA INI CUMA NAK MEROMPAK BERSAMA UMNO BUKAN NAK MENGANTIKAN UMNO.OLEH ITU BIARLAH IMPIAN MEREKA MENJADI KENYATAAN,USIR MEREKA DARI PAS DAN BIARLAH MEREKA JOIN PARTI KESAYANGAN MEREKA

Tanpa Nama berkata...

Pandangan orang tidak boleh dihalang..tetapi boleh ditapis. khilaf antara kita adalah rahmat. Jadikan pandangan Tuan Guru Presiden tentang kerajaan perpaduan untuk di rencana, forum, perbincangan dan sebagainya. Bertujuan untuk membuka minda politik Islam kepada semua.wassalam

Tanpa Nama berkata...

aku ikut cakap TGNA....

kerajaan perpaduan sebenarnya ialah plan umno nak menjerat PAS...

individu2 terlibat patut sedar perangkap munafik umno...

kiranya pas bersama umno....maka aku tunggu tindakan TGNA....kalau TGNA kata keluar, maka aku akan ikut keluar parti...

aku lebih rela pangkah DAP dari pangkah parti munafik...

kamalzin berkata...

kenyataan tok guru perlu disokong 100%. kerana tok guru telah merasa pahit maung permainan umno dahulu.

kamalzin berkata...

kenyataan tok guru perlu disokong 100% kerana tok guru telah merasa pahit maung permainan umno suatu waktu dahulu

Tanpa Nama berkata...

kebenaran kelakuan ubn yg telah menodai ketika dlm perikatan misti dipendam ddlm hati org2 pas.ubn ni ibarat melepas anjing tesepit ketika ni moral ubn jatuh merodum sbab tu mengajak pas utk menubuhkan kjan perpaduan.awas para pemimpin tertinggi pas agar pisang tidak berbuah 2 kali.

Tanpa Nama berkata...

ala semua org tau itu yg telefon xlain xbukan parlimen dia kena ribut diperak baru2ni...wallahuaklam hanya allah taala yg tahu kenapa ribut boleh kena tempattu,manjong kena gegaran gempa bumi...

Tanpa Nama berkata...

tgna bidas hadi biar buta mata

Tanpa Nama berkata...

sebenar

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya dendang lama kuat membara islam tak mengajar kita begitu kita perlu banyak muhasabah jangan besar kepala

serupasekala berkata...

UNTUK LEBIH MUDAH BUAT SIDANG TERBUKA .PILIH SALAH SATU KALAU TUTUP UG CAKAP TUTUP.
KALAU DITERUS CAKAP DITERUSKAN.
TAK GUNA HADI DAN NASHA BERDIAM DIRI MAKIM LAMA MAKIN PARAH.
ORANG LAIN TUNGGU SHAJA . TAK PAYAH CAKAP TUNGGU HADI S=DAN NASHA CAKAP.

AMBO DOK ALIK TOK GURU NIK AZIZ.

john berkata...

aku sokong tuan guru nik aziz...

manusia kerdil juga. berkata...

pd pemikiran saya kita tak boleh terlalu taksub pada seseorang. sbb tak semestinya org itu sempurna. hanya nabi shj yg maksum. ye, saya juga hormati pendapat tok guru, tapi dlm hal ini saya fikir ada baiknya juga kerajaan perpaduan itu. untuk kemaslahatan bersama juga. wallahualam

Tanpa Nama berkata...

pelik... perjuangan kedua-duanya sudah bertukar dengan perjuangan peribadi... ada baik dan ada yang kontra... Nik Aziz ada kepentingan perjuangan peribadi dan serupa juga Hadi awang. mcm mana org bawah nak contoh org atas? bertelagah dan menuding jari antara org bawah perlu dielakkan. betulkan dalaman dulu.

Tanpa Nama berkata...

PAS sepatutnya kekal sebagai pertubuhan yang 100% memperjuangkan Islam tanpa perlu bergabung dengan mana2 pihak yang tidak islamik semata-mata nak mendapatkan kuasa memerintah..

Tanpa Nama berkata...

salam..TGHH dikatakan yg memulakan tentang kerajaan perpaduan ni..Mengikut kata TGNA kerajaan perpaduan yg datang dari PAS ni adalah: 1.suara sumbang 2.Boneka umno...betulkah presiden Pas selama ini dan dilantik lagi baru2 ni sebagai boneka umno..bagaimana boleh ahli2 pas selama ni duduk dibawah boneka umno...kenapa lantik boneka umno....kenapaaaaaa......heran btoi aku kat pas la ni....abis tu yg btoi2 islam n nak kan islam sape...kumpulan mana pulak...mintak tolong le sesape jwb...keliru dah aku ni

Tanpa Nama berkata...

salam..dulu sapa yg kata nk kerjasama dgn syaitan nk tgk kan islam ni..klu syaitan tu sanggup kerjasama...?????cuba siarkan...jgn di sekat pulak yeee...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum kepada semua,saya tak menyokong penubuhan kerajaan perpaduan sebab kalau kita tubuhkan pon belom tentu umno nak laksanakan Islam.mereka x perlu tunggu untuk bersatu dengan Pas untuk menjalankan Islam kerana mereka sekarang ni memerintah Malaysia.Adakah terjamin dengan bersatunya Umno-Pas akan tertegaknya Islam?t

Tanpa Nama berkata...

Saya dan rakan rakan bukan taksub dengan TGNA, tetapi kami setuju dengan pendapatnya. Itu sebab kami sokong beliau.
Kepada rakan rakan yang lain, saya syorkan, jangan tinggalkan Pas, begitu juga dengan ahli ahli kelab penyokong Pas, setialah bersama PAS. Kita sama sama bermohon kepada ALLAH agar mereka yang tidak ikhlas ini akan keluar atau terkeluar dari PAS.
ALLAH YA A'ALIM. Yang maha mengetahui segala galanya.

Tanpa Nama berkata...

Umno tu munafik...Munafik ini jangan dikatakan untuk buat kawan jemput masuk kerumah pun jangan..Apakah kamu semua ni masih nak tunjukkan jalan kebenaran kepada orang yang telah ALLAH tutupkan pintu hatinya. Lupakan lah..

Tanpa Nama berkata...

salam..kalu berterusan camni confirm pas terterap PR13...ahli akan nilai dia ni calon TGNA ke TGHH ke...mana yg x berkenan dah tentu ditolak....buat penat je kalau perjuangan selama ni jadi sia2..

Tanpa Nama berkata...

Anak Maharani

PAS Menuju Perpecahan selagimana TGNA dan TGHH berbeza pendapat secara terbuka dalam isu Perpaduan ! Kedua-dua Tuan Guru yang kita sayangi dan sanjungi nampaknya sudah melakukan kesilapan dan jatuh dalam perangkap musuh. TGHH mungkin silap dari sudut tidak membincangkan dan menerangkan kpd ahli2 PAS termasuk TGNA tentang konsep perpaduan. Namun sebagai ahli yang telah memilih beliau sebagai Preiden PAS, kita sewajarnya sentiasa bersangka baik dan perlu menerimanya sebagai ijtihad dari Pemimpin No 1 PAS. Namun amat mendukacitakan apabila ahli-ahli termasuk TGNA seolah-olah tiada wala’ kepada Presiden. Ini suatu yang amat ‘serious’ dan mendukacitakan.

Amat tidak wajar kita meperlekehkan lontaran idea TGHH yang hanya sekadar idea yang masih mempunyai ruang seluas-luasnya untuk diperdebatkan. Sebahagian besar Pemimpin2 dan ahli2 PAS lebih meraikan lontaran idea pemimpin PR lain (contohnya dalam kes Sept 16) berbanding Presiden sendiri. Walaupun kini sudah beberapa kali ditegaskan oleh TGHH bahawa isu perpaduan tidak akan diteruskan, namun ahli-ahli termasuk TGNA lebih percaya kepada pencacai dan media musuh PAS. Bagi saya, selagi 2 Tok Guru yang amat kita sanjungi ini tidak bersemuka dan menyelesaikan perselisihan ini, retak dalam PAS akan bertambah besar dan PAS akan terbelah DUA. Amat malang, tapi inilah realiti yang kita akan hadapi sekiranya para pemimpin PAS di peringkat tertinggi tidak berusaha sekeras-keras dan ikhlas demi kepentingan PAS (bukan PR, UMNO atau lain2) untuk menyelesaikan isu tersebut.

Struktur organisasi PAS juga tidak membantu apabila seolah-olah ada 2 Nakhoda dalam satu kapal, padahal Presiden sebagai orang No.1 sudah termaktub. Apa yang jelas, PAS sebagai sebuah organisasi masih rapuh dan belum bersedia untuk memimpin Malaysia. Selama ini kita begitu kuat sebagai pembangkang, tetapi kita masih belum bersedia untuk menerajui pemerintahan negara. Saya sentiasa ‘hunuszan' dengan Presiden dan menganggap semua ini sebagai ‘kaffarah’ ataupun lebih tepat lagi hidayah Allah swt dalam proses memantapkan PAS. Mungkin ramai yang tidak setuju dengan saya dan menggangap bahawa PR adalah cara terbaik dan tercepat untuk menumbangkan UMNO/BN. Tapi apakah perjuangan kita hanya setakat kesitu? PR secara keseluruhannya masih terlalu rapuh, dan kalau ditakdirkan PR dapat memerintah M’sia secepat 16 Sept lepas, apakah PAS boleh menjalankan agenda/perjuangan kita? Mungkin ia akan membawa lebih banyak fitnah da melemahkan kita. Dalam masa yang sama saya juga tidak bersetuju sebarang penggabungan dgn UMNO yang memang penuh dengan tipu muslihat, tetapi lontaran idea Presiden pastinya mempunyai strategi tersendiri.

Tanpa Nama berkata...

Sambungan dari AnakMaharani

Kenapa kita sebagai ahli tidak bersangka baik dgn Presiden? Kalaupun tidak setuju, kenapa orang yang kita kagumi seperti Us Ahmad Awang, Husam, Mahfuz, Khalid Samad, KJ dll tidak menggunakan saluran yang betul untuk ‘thrash it out’ (selesaikan) dalam mesyuarat AJK Harian PAS yang mereka menjadi sebahagian dari ahlinya. Kenapa dalam mesyuarat dah bincang dan mencapai persetujuan bersama (consensus) tetapi diluar mesyuarat masih bising lagi melalui blog dan ceramah. Ini kurang beradab. Dalam muktamar dah berdebat, mengundi dan memilih, tetapi habis muktamar masih bising ke sana sini. Ini tidak menunjukkan tahap wala’ kita dalam jemaah. Nampaknya kita terlalu mementingkan pandangan peribadi kita lebih dari keputusan jemaah.

Seruan ikhlas saya yang amat sayang pada jemaah, tolonglah wahai para pemimpin di semua peringkat, jangan diapi-apikan lagi isu perpaduan ini kerana kita menjadi semangkin tidak berpadu. Damaikanlah dan tune’lah kedua-dua Tok Guru ni agar boleh mencapai kesepakatan dalam isu perpaduan ni. Perpecahan akan menjadi semakin membesar apabila 2 Tok Guru ni semangkin berbeza secara terbuka. Ini perlu dikendurkan.

Marilah kita semua wala’ kepada Presiden yang telah sama-sama dipilih secara jamai, selagi mana dia masih taat Allah dan Rasul. Sekiranya Presiden menyimpang, perlu ada Pemimpin yang mencabar beliau untuk pemilihan parti 2 tahun lagi dan ketika itu wala’ kita perlu kepada Presiden yang baru. Kalaupun TGNA itu adalah seorang wali, wala’ saya masih kepada Presiden. Sekiranya kita semua tidak mendokong perkara asas ini, nescahya PAS akan berpecah, wal’iyazubillah. Semasa Rasulullah saw memimpin ummah, semua berwala’ kepada beliau dan Islam berjaya menewaskan musuh dan memerintah dengan cemerlang. Tetapi di zaman Saidinna Ali kaw, apabila sebahagian umat Islam tidak berwala kepada beliau, Islam berpecah sehingga berperang sesama sendiri. Ambillah pengajaran jika kita tidak mahu ia berlaku kepada PAS yang kita sayangi.

AnakMaharani

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama umno munafik
...saya sokong awak...tp mana dalil yg larang kita dakwah ngan orang munafik???

Tanpa Nama berkata...

salam...
saya cume tak faham...kenapa ketika PAS berada di landasan terbaik..tiba2 idea kerajaan perpaduan nie baru nak dilontarkan..kenapa tidak dr dulu?masyarakat bukan islam telah memilih PAS sebagai alternatif..utk mereka menolak umno..dan kiter pula cube nak buat kerajaan perpaduan ngan umno...cam takde beza dh PAS ngan umno nie..
nampak sgt ader satu pergerakan yg kurang menyenangkan dtg dr PAS terengganu..jd..klau PAS trengganu klah dulu..jgn jd kan alasan pengundi hantu..kaji dulu,mungkin ader musuh dlm selimut..seperti yg diperkatakan oleh haron din..