12 Jun 2009

Mustafa Ali setiausaha agung baru PAS

Datuk Mustafa Ali hari ini dilantik sebagai setiausaha agung baru PAS manakala Dr Hatta Ramli kekal memegang jawatan bendahari.

Manakala bekas dua naib presiden - Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu - yang tewas dalam pertandingan jawatan timbalan presiden - dilantik menganggotai jawatankuasa PAS pusat (lihat senarai pertama).

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Husam dan Mohamad dilantik sebagai AJK dengan tugas-tugas khas perancangan dan strategi parti.

Manakala bekas timbalan ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Idris Ahmad dilantik sebagai ketua penerangan.

Pelantikan mereka diputuskan dalam mesyuarat pertama jawatankuasa pusat di ibu negara hari ini.

Mustafa menggantikan Datuk Kamaruddin Jaafar yang menang jawatan AJK dalam pemilihan di muktamar parti itu minggu lepas.

Pelantikan Mustafa, yang juga pesuruhjaya PAS Terengganu, sudah dijangka kerana beliau merupakan penyokong kuat idea-idea yang dibawa oleh Abdul Hadi, termasuk kerajaan perpaduan.

Beliau juga pengerusi akhbar rasmi PAS Harakah dan juga memegang jawatan pengarah pilihanraya PAS sebelum rombakan yang diumumkan hari ini.

Bagi jawatan pengarah pilihanraya dan pesuruhjaya Terengganu, kekosongan yang ditinggalkan Mustafa diganti masing-masing oleh Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan Datuk Harun Taib (lihat senarai kedua).

Abdul Halim, bekas timbalan menteri besar Kelantan itu, kini ahli parlimen Pengkalan Chepa. Manakala Harun yang kini ketua Dewan Ulama diberikan memimpin Terengganu sekali lagi.

Tidak sentuh kerajaan perpaduan

Bercakap dalam sidang akhbar selepas mesyuarat AJK itu, Abdul Hadi berkata mesyuarat tidak menyentuh langsung mengenai isu kerajaan perpaduan.

Ditanya mengenai perjumpaan sulit Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan beberapa pemimpin pemimpin yang menolak kerajaan perpaduan, Abdul Hadi berkata beliau "tidak tahu".

Beliau juga menyentuh tentang pertemuannya dengan menteri mentor Singapura, Lee Kuan Yew semalam.

Abdul Hadi berkata, pertemuan tersebut atas undangan Lee yang ingin tahu dasar luar PAS, termasuk terhadap republik itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad memberitahu Malaysiakini sejurus selepas pengumuman Abdul Hadi itu bahawa beliau akan membuat keputusan dalam tempoh seminggu lagi.

"Beri saya tempoh berfikir. Saya perlu berbincang dengan kawan-kawan terlebih dahulu," katanya.


Ahli jawatankuasa baru yang dilantik:

Datuk Husam Musa, bekas naib presiden
Mohamad Sabu, bekas naib presiden
Mohd Anuar Tahir, bekas setiausaha agung PKR
Mohd Taufik Abdul Ghani, ADUN Paroi
Dr Mariah Mahamud, ahli parlimen Kota Raja
Wan Ubaidah Wan Omar, exco kerajaan Kelantan
Asmuni Awi, timbalan pesuruhajaya PAS Perak
Ahmad Dollah, timbalan pesuruhajaya PAS Sabah


Senarai pesuruhjaya PAS negeri:

Hashim Jasin (Perlis)
Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Kedah)
Saleh Man (Pulau Pinang)
* Abu Bakar Husin (Perak) – dulu Ahmad Awang
Datuk Nik Aziz Nik Mat(Kelantan)
* Datuk Harun Taib (Terengganu) – dulu Datuk Mustafa Ali
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pahang)
Datuk Dr Hassan Ali (Selangor)
Mohd Noor Mohamad (Wilayah Persekutuan)
Zulkifli Mohd Omar (Negeri Sembilan)
Abdul Ghani Abdul Rahman (Melaka)
Datuk Mahfodz Mohamad (Johor)
Mohamad Abdullah (Sabah)
Osman Moras (Sarawak)

* mengalami perubahan, sementara yang lain kekal. Malaysiakini.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

harap ajk pas pusat tolak mustapa ali yg menyebabkan punca kekalutan kerajaan perpaduan, pelantikan mustapa ali akan menyebabkan kerajaan perpaduan muncul kembali , tgk saja ya!!

Tanpa Nama berkata...

HIDUP PAS! TAHNIAH ABG MAD DAN YB HUSAM. PASTIKAN PR13 UBN DITALKINKAN.

Tanpa Nama berkata...

pelik gak nape si mustape nih jd SU?
rmai org dah knl dia nih sape..

Tanpa Nama berkata...

dah agak dah...bagilah peluang pada orang yg lebih muda dan bertenaga...tentu ada agenda tu..team dah kuat tu...

Pemburu Syahid berkata...

Salam....

TG Hj Nik Aziz kata - IDEA KERAJAAN PERPADUAN IDEA MENGARUT.

TG Hj Nik Aziz kata - INDIVIDU YANG MENCETUSKAN IDEA KERAJAAN PERPADUAN ADALAH BONEKA UMNO.


Siapakah individu itu ?

A - Mustapha Ali

B - Nasaruddin Mat Isa

C - TG Hj Hadi Awang

D - A dan B

E - Semua di atas

Baca lanjut di www.saynotomunafiqeen.blogspot.com

Abdullah Ngah berkata...

saya ingat Satuk Abu Bakar Chik pesuruhjaya PAS Terengganu bagi mengganti Datuk Mustafa Ali.

Rupa rupanya tidak menjadi realiti juga akan kehendak sesetengah akar umbi PAS Terengganu yang mahu perubahan kepimpinan.

Datuk Harun Taib macam Datuk Mustaffa Ali dan tiada cam pemimpin air panas naik, kerana ketua jelas dan nyata masih air sejuk.

member pencen keramat berkata...

Bagilah peluang kepada orang yang lebih muda dan lebih bertenaga segalanya, cukuplah beliau pegang pesuruhjaya pas terengganu aja. banyak lagi orang muda yang berkelibar didalam pas belum cuba belum tahu.

Tanpa Nama berkata...

mm

Tanpa Nama berkata...

kerajaan perpaduan ada lah kerajaan syitan...

Tanpa Nama berkata...

Drs,Doa dan harapan agar tamu dilaman YB tidak terlalu merendah rendahkan Cikgu Mustapha Ali.Sesiapa yg pernah tahu dan mengenal perjuangan PAS yg panjang pasti tidak boros memperlekehkan beliau.Tentang perbezaan pendapat perlu diyakini pimpinan adalah mereka yg matang dan berwibawa.Aduhai sdra ku bercermatlah kita dlm memberi pandangan. Nona Ratana Chulaborn.

yes berkata...

Semoga Mustaffa tidak lagi merancang ( sama ada secara sedar atau tidak ) sesuatu yang akan mempecah belahkan PAS.

Tidak di nafikan pemimpin adalah mereka yang matang. Tetapi kita mesti ingat hawa nafsu dan syaitan sentiasa menggoda sesiapa saja, matang atau tidak. Kuasa dan wang ringgit sentiasa jadi habuan untuk mengajak manusia untuk memilih jalan yang berliku

Tanpa Nama berkata...

kerajaan perpaduan....baguslah, dapatlah umat ISlam bersatu...