12 Jun 2009

Awas : 10 laluan maut dikenal pasti

Kementerian Kerja Raya telah mengenalpasti 10 laluan maut ekoran kekerapan berlakunya kemalangan sehingga mengorbankan nyawa berpunca daripada reka bentuk permukaan jalan yang berbahaya.

Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, sepanjang tahun lalu, seramai 57 pengguna maut dan cedera ketika melalui jalan-jalan tersebut.

Laluan tersebut ialah:

1. Kilometer 8, Seksyen 189, Jalan Muar-Melaka, Tanjung Gading, Johor.

2. Kilometer 16, Jalan Batu Pahat-Kluang, Johor.

3. Seksyen 35.2, Jalan Damar Laut, Pantai Remis, Perak.

4. Kilometer 35.2, Jalan Kangar-Mengkuang Layar, Perlis.

5. Seksyen 833.1, Jalan Butterworth- Alor Setar, Kedah.

6. Seksyen 399, Jalan Kuala Terengganu-Kemaman, Terengganu.

7. Seksyen 39, Jalan Kuantan-Segamat, Pahang.

8. Seksyen 259.5, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Kelantan.

9. Kilometer 33.5, Seksyen 468, Jalan Klang-Teluk Intan, Selangor.

10. Seksyen 41.8, Jalan Serting-Tencah, Negeri Sembilan.

"Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2 juta untuk menaik taraf jalan-jalan tersebut supaya ia selamat digunakan.

"Kerja-kerja menaik taraf laluan tersebut dijangka selesai pada hujung tahun ini," katanya.

6 ulasan:

U're Rite berkata...

Sibik la lu. Apa sumbangan anda disini.

rostam berkata...

sumbangannya memberi peringatan kepada para pengguna jalan raya supaya berhati2 di jalan2 yang telah dikenalpasti selain itu pengguna jalan raya yang tak tahu sudah menjadi tahu akan jalan2 tersebut....u're rite...lu punya sumbangn apa pula?

david ahmad muniandi berkata...

disini kata peruntukkan sebanyak RM2 juta utk menaik taraf nombor 1 hingga 10, kita tunggu dan lihat sehingga hujung tahun ini anggaran berapa banyak wang rakyat telah habiskan dalam menaik taraf jalan laluan tersebut. sebab ini hanya main teka sahaja.

mael library berkata...

cara pemanduan yang merbahaya di jalan yang merbahaya.....so.... what happen next pikir2 la sendiri

Tanpa Nama berkata...

aku sokong rostam,,

noorra berkata...

Peringatan itu baik bagi manusia. Bila kita terbaca mengenainya lain masa bila kita melalui jln2 tersebut berhati2 lah...