12 April 2014

Adun DAP minta elaun guru KAFA dinaikkan

13 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -
SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara, Ng Sze Han mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Negeri untuk menaikkan elaun guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Selangor.

Beliau berkata, elaun yang diterima kini perlu segera dinaikkan, terutama bagi guru KAFA yang berkhidmat di kawasan bandar yang terpaksa berdepan kos hidup yang tinggi.

Katanya, Kerajaan Negeri perlu mengambil kira beban yang ditanggung pendidik KAFA dan membela nasib mereka yang lama diabai Barisan Nasional (BN).

“Saya menemui beberapa guru KAFA dan mereka menyuarakan keluhan bahawa elaun yang diterima masih tidak mencukupi terutama di kawasan bandar seperti Puchong.

TG Haron Din terima kunjungan Najib di IJN

13 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Timbalan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Dr Haron Din yang kini mendapat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), menerima kunjungan dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tengah hari tadi.

Pemergian Pak Hamid : Gugurnya sebutir bintang

13 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -
Saya mendapat khabar sedih pemergian mengejut Abdul Hamid bin Abdul Kadir (Pak Hamid) Ketua jurulatih kawad kebangsaan Jabatan AMAL dari Johor ke rahmatullah pagi tadi jam 10 pagi.
Beliau dikatakan sedang mengadakan latihan kepada anggota AMAL dalam program kursus kepimpinan AMAL di Sepang  dan rebah secara tiba-tiba dan kemudiannya disahkan meninggal dunia.

Dalam usianya 59 tahun  beliau mengabadikan dirinya kepada perjuangan Islam dan memilih AMAL sebagai medan kebaktiannya. Beliau adalah anggota AMAL terlatih, dedikasi, sabar dan komited terhadap tugasannya.

Beliau sanggup meredah hutan, mengharungi banjir dan lumpur untuk hadir dan bertugas di mana lokasi di arahkan.
Menjaga lalulintas, parkir, menjaga keselamatan dan kebersihan dalam sesuatu program besar PAS tidak menjadikan beliau kekok dan jemu dengan tugasannya itu.
Demi jemaah, dalam usia senja itu beliau gagahkan diri bersama anak-anak muda yang jauh 20 tahun dari usianya.

M'sia ada 5,000 bilion meter padu air bawah tanah

13 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -

Malaysia dianggarkan mempunyai kira-kira 5,000 bilion meter padu simpanan air bawah tanah yang belum diusik, kata Pengarah Institut Pengurusan Alam Sekitar dan Sumber Air, Universiti Teknologi Malaysia, Profesor Dr Abdull Rahim Mohd Yusoff.
Beliau berkata jumlah itu berdasarkan kajian yang pernah dilakukan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) pada 1982.