18 November 2008

Harga petrol, diesel turun lagi.

Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan harga petrol dan diesel sebanyak 15 sen seliter berkuatkuasa esok.

Sehubungan itu, harga runcit petrol dan diesel adalah seperti berikut:

• Petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.15 seliter kepada RM2 seliter;

• Petrol RON92 dikurangkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.90 seliter; dan

• Diesel dikurangkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.90 seliter.

Penurunan harga petrol dan diesel itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Ini merupakan kali kelima kerajaan menurunkan harga minyak petrol dan diesel.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan penurunan harga minyak petrol dan diesel sebanyak 15 sen pada 31 Oktober lalu. cinaislam
malaysiakini

Kelebihan etnik bagi Khalil

SEBAGAI wakil rakyat berbangsa Cina yang mewakili Pas, Ahli Dewan Undangan negeri Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim Abdullah, memiliki kelebihan tambahan untuk bergaul baik dengan pengundi bukan Melayu.

Dengan memeluk Islam 22 tahun lalu, Khalil yang fasih bertutur bahasa Mandarin, menggunakan kelebihan berbahasa itu dan latar belakang budayanya untuk menarik perhatian kaum bukan Melayu, terutama Cina kepada Pas.

Beliau berkata, walaupun Pas menang kerusi itu pada pilihanraya umum 8 Mac lalu, usaha masih perlu dilakukan bagi meningkatkan tahap penerimaan dan kefahaman di kalangan kaum bukan Melayu terhadap idealogi politik parti.

Walalupun kecil dalam bilangannya, beliau berkata, sokongan pengundi Cina dan India adalah penting memandangkan undi mereka membolehkannya meraih kemenangan.

Wakil rakyat berusia 44 tahun itu berkata, memenangi sokongan mereka juga penting bagi memastikan usaha seterusnya dapat dilaksanakan oleh kepimpinan parti supaya Pas boleh diterima baik oleh rakyat bukan Islam dan bukan Melayu.

Khalil juga berazam untuk mengembalikan semula kegemilangan daerah Kerian sebagai pusat pembelajaran Islam seperti yang berlaku pada 1970an dengan kehadiran banyak sekolah pondok.

Bagi mencapai hasrat itu, beliau kini sibuk mengenalpasti tapak sesuai bagi tujuan pembinaan sekolah pondok di daerah terbabit.

Sebagai usahanya dalam mempromosikan cara hidup Islam, beliau juga melantik pegawai khas untuk memantau program di masjid dan surau bagi menambah bilangan jemaah di kedua-dua rumah ibadat bagi umat Islam itu.

Prihatin dengan kekurangan calon berlayakan bagi mengisi jawatan imam, beliau berkata, permohonan sudah dikemukakan kepada Jabatan Agama Islam untuk mencari jalan dengan melatih dan menggalakkan generasi muda mengambil alih tugas itu daripada imam yang sudah uzur.

Bercakap kepada Perak News Online baru-baru ini, bekas guru itu berkata, beliau juga baru membuka pusat khidmat Adun di Taman Wawasan Jaya, dekat Parit Buntar.

Bagi membasmi kemiskinan di Titi Serong, Khalil menunjukkan beliau begitu bersungguh-sungguh dalam perkara itu dengan menubuhkan yayasan khas untuk menjaga kebajikan ibu tunggal yang tua, sakit dan terbiar.

Beliau juga berusaha gigih dengan memperkenalkan strategi bagi membantu rakyat miskin tegar memulakan perniagaan kecil-kecilan dan memastikan mereka yang tinggal dalam rumah yang uzur mendapat bantuan kewangan untuk membaiki rumah.

Mengenai pembangunan sosial, beliau bercadang untuk mengaktifkan semula semua badan bukan kerajaan (NGOS) tempatan di Titi Serong dan menggalakkan penyertaan golongan belia dalam khidmat komuniti bagi mengelak mereka terjebak dalam aktiviti negatif.

Menyentuh isu lain, wakil rakyat itu berkata, masalah banjir kilat di Taman Setiawangsa dijangka dapat diatasi tidak lama lagi kerana kerajaan negeri sudah meluluskan peruntukan RM1 juta bagi memperbaiki sistem perparitan di situ.

Katanya, beliau juga sedang berusaha mendapatkan campurtangan kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah sistem letak kereta yang dipraktikkan oleh Majlis Daerah Kerian.

Tindakan Majlis Daerah katanya, menimbulkan kemarahan rakyat kerana mengenakan bayaran letak kereta kepada pengguna di Parit Buntar tetapi pada masa sama membenarkan pengguna di Bagan Serai meletak kereta secara percuma.

Sementara itu, pesara, Ahmad Tajuddin Hawari, 69, dari Taman Kerian, berkata Pas perlu memenuhi janji yang ditetapkan pada manifesto pilihanraya iaitu mewujudkan negeri kebajikan dan memastikan rakyat miskin dan kurang bernasib baik menerima bantuan sewajarnya.

Beliau berkata, kemampuan kerajaan negeri untuk memenuhi janji itu akan membuktikan Pakatan Rakyat yang menerajui Perak sememangnya meletakkan kebajikan rakyat sebagai perkara utama dalam pemerintahannya.cinaislam

10,000 dijangka hadir Kongres PKR

KUALA LUMPUR, 17 Nov :-Kira-kira 10,000 perwakilan, pemerhati, pemimpin komponen Pakatan Rakyat, wakil kedutaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dijangka menghadiri Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan berlangsung 29 November ini.

Biro Penerangan PKR dalam satu kenyataan berkata, kongres dua hari bertema ‘Harapan Baru’ diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam.

Katanya, kongres pertama PKR selepas Pilihan Raya Umum 8 Mac lalu, akan menyaksikan kehadiran wakil rakyat pembangkang yang ramai sejak penubuhan parti, 10 tahun lalu.

“Kongres kali ini diberikan tema ‘Harapan Baru’ atas kesedaran perlunya untuk menterjemahkan kuasa rakyat yang disaksikan dalam pilihan raya umum lalu kepada kuasa perubahan yang jitu ke arah Malaysia yang adil dan demokrasi.

“Kongres ini juga pertama kali diadakan sejak Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pembangkang, selain membuka ruang kepada perwakilan membahaskan dasar perjuangan parti secara umum serta polisi pentadbiran negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat secara khususnya,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, kenyataan berkenaan berkata sayap parti, iaitu Angkatan Muda dan Wanita pula akan mengadakan kongres mereka secara berasingan pada 28 November.

“Kongres mereka akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali di stadium berkenaan. Selepas perasmian, Angkatan Muda akan terus bersidang di Stadium Malawati, manakala Wanita pula akan bersidang di Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor.

“Orang ramai juga dijemput untuk mendengar pidato umum Anwar pada malam 29 November ini di stadium berkenaan,” kata kenyataan itu . cinaislam

Abag Mie mengamuk sakan !

Kemelut dam komponen BN berjangkit dalam batang tubuh MIC, hari ini kita terkejut dengan kenyataan yang saya anggap keras dari Samy Vellu yang menampakkan sikap dirinya yang sebenar akibat sekali lagi dicabar oleh orang bawahannya.

Samy Vellu, berkata sesiapa saja boleh mencabarnya bagi jawatan itu pada pemilihan presiden parti berkenaan sebaik Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) memutuskan tarikh pemilihan. Beliau berkata, MIC sentiasa mengamalkan demokrasi dan pihak atau pemimpin boleh bertanding apa juga jawatan termasuk jawatan tertinggi parti.

Katanya "sesiapa boleh bertanding. Saya minta 100 orang bertanding jawatan presiden,”

Ini kali pertama Samy Vellu mengulas keputusan bekas Naib Presiden MIC, Datuk M Muthupalaniappan bertanding jawatan nombor satu parti itu selepas berdiam diri sebelum ini.

“Difahamkan, pemilihan jawatan Presiden MIC akan diadakan Februari atau Mac depan, manakala jawatan tertinggi lain ketika mesyuarat agung parti yang dijadualkan September. cinaislam

Siapa ayam yang dimaksudkan Rais ?

Isu politik wang yang sedang menjadi perkara yang hangat diperkatakan oleh orang di dalam batang tubuh dan di luar UMNO sendiri. Hari ini media menyiarkan ulasan yang saya anggap agak keras dan sinis dari Rais Yatim mengenai perkara tersebut.

Umumnya mengetahui kalau layak saya katakan bahawa nafas setiap pemimpin yang ada di dalam barisan kepimpinan UMNO disemua peringkat adalah bergantung sebanyak mana mereka ketalah "membajai" tempatnya dengan politik wang. Semakin tinggi jawatan semakin banyak wang dikeluarkan agar kedudukannya makin kuat dan tidak tersisih.

Namun begitu Rais Yatim, berkata beliau tidak rela menjadi hamba kepada politik wang yang boleh menghancurkan parti itu sebelum pilihan raya umum akan datang. Rais yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno berkata, kekukuhan parti yang berusia 62 tahun itu akan lebur jika pemimpinnya masih menabur wang untuk membeli undi daripada perwakilan bahagian bagi memastikan terpilih dalam pemilihan Umno nanti.

"Kalau Umno tidak sedar, parti itu kini seperti ayam dalam raga - berlaga sesama sendiri sehingga ada yang cedera dan mati... malah mereka yang di luar pula melihat berapa banyakkah yang mati atau disembelih," katanya.

Saya tidak pasti yang mana ayam yang dimaksudkan oleh Rais, tetapi dialah yang tahu siapa yang dimaksudkannya?

Menteri Luar itu berkata, lebih cepat Lembaga Disiplin Umno mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit dengan politik wang, adalah lebih baik.

"Saya tidak akan tunduk kepada permainan (politik wang)," katanya ketika ditanya mengenai peluang beliau memenangi jawatan Naib Presiden Umno selepas menjadi calon terakhir mendapat pencalonan mencukupi bertanding pada pemilihan Mac depan.

Bagaimanapun, katanya, beliau enggan menuding jari siapakah yang bermain politik wang dan berkata: "Ia sudah diketahui umum." cinaislam