04 November 2013

Tahniah...

30 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah (kanan), Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (dua, kanan) dan Timbalan Presiden PAS, Mohd Sabu (tiga, kiri) dan bersama yang lain meraikan kemenangan calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat (tiga, kanan) pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Yan pada Isnin. Foto G.C.TAN / THE STAR

Terima kasih kepada pengundi dan jentera parti - Mohd Azam


30 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

YAN: Wakil Rakyat bagi Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau yang baru, YB. Ustaz Mohd Azam Abdul Samat berikrar untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dengan berkesan.
Menurut Mohd Azam, kemenangannya juga merupakan kejayaan kepada rakyat yang mahu PAS kekal mewakili mereka di DUN Sungai Limau.

BN kalah di Sungai Limau, Mukhriz sebut alasan yang lucu dan tidak munasabah.

30 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir memberi reaksi awal diatas kekalahan  BN dalam PRK Sungai limau dengan mempersoalkan Jumlah penghuni pondok agama yang merupakan orang luar tetapi didaftarkan sebagai pengundi Sungai Limau yang disifatnya menyumbang kepada kekalahan BN dalam pilihan raya kecil itu. Satu alasan yang lucu dan tidak munasabah.

"Bagi pihak kami antara persoalan timbul ialah bagaimana satu daerah mengundi seperti Bukit Besar boleh mempunyai jumlah pengundi yg begitu ramai di satu tempat. Katanya.

Presiden PAS ucap tahniah dan terima kasih.


30 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Tuan Guru Presiden PAS mengucapkan tahniah kepada pengundi di DUN Sungai Limau yang memberikan kepercayaan kepada calon PAS dalam Pilihanraya Kecil pada hari ini 4 Nov 2013. 

Katanya PAS akan memastikan amanah yang diberikan kepada wakil rakyat baru DUN Sungai Limau ini dilaksanakan dengan sebaiknya. 

SPR Umum PAS Menang PRK Sungai Limau

30 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -


YB. Ust. Mohd Azam Samat berada dipentas semasa diumumkan sebagai pemenang PRK Sg Limau.

Calon PAS, Ust. Mohd Azam Samat  dengan rasmi di istiharkan SPR sebagai pemenang PRK Sungai Limau di pusat penjumlahan umdi di SMK Agama Yan di mana calon PAS itu berjaya mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau dengan mendapat majoriti sebanyak  1084 undi.

Rasmi : PAS Menang PRK Sungai Limau

30 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Pengumuman rasmi dari SPR di pusat penjumlahan umdi di SMK Agama Yan di mana calon PAS Ust. Mohd Azam mendahului dengan majoriti  961 undi.

PAS - 11,455 dan BN 10, 494.

Ust. Mohd Azam hampir pasti diumumkan sebagai pemenang kerana hanya satu peti undi lagi belum diumumkan SPR

Keputusan Tidak Rasmi: PAS Menang PRK Sungai Limau


30 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Calon PAS PRK Sungai Limau, Ust Azam Abd Samat akan bertolak ke pusat penjumlahan undi di Dewan Lukman Al-Hakim, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan di sini.

SPR menjangkakan keputusan rasmi dapat diketahui seawal 9 malam Isnin.

Keluar PKR: Jeremy khianati rakyat Sabah


30 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Tindakan Adun Kadamaian, Jeremy Malazad mengisytiharkan melepas semua jawatan serta keluar daripada PKR hari ini tidak lain dan tidak bukan merupakan satu pengkhianatan besar kepada rakyat Sabah dan Malaysia. 

Sehubungan itu, PKR mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak beretika itu, tegas Naib Presiden parti itu, Tian Chua bagi pihak Setiausaha Agung dalam satu kenyataan malam ini.

Terkini 8.00 mlm, PAS menang 1201 undi

30 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Terkini PRK Sungai Limau,  PAS - 12,034, BN- 10,842, PAS menang 1201 undi.

Penjumlahan Undi Bermula, Tak rasmi : PAS menang

30 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

PAS menang di DUN Sg Limau dengan majoriti kira-kira 1,000 undi, menurut maklumat daripada pusat perjumlahan kedua-dua parti, PAS dan BN.

Tidak rasmi (daripada pusat perjumlahan undi BN): PAS dahului dengan majoriti 1,083 undi.

Daripada PAS pula, keputusan tak rasmi tunjukkan PAS depani dengan majoriti 1,118 undi.

85.5 Peratus Keluar Mengundi


30 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

AN: Seramai 23,249 daripada 27,222 pengundi berdaftar selesai melaksanakan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau sehingga proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang Isnin.
Menurut data yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan keluar mengundi pada PRK kali ini ialah sebanyak 85.5 peratus.

Pusat mengundi ditutup jam 5.00 petang : 83.2% Keluar Mengundi Hingga 4 Petang


30 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Pusat mengundi bagi PRK sungai limau baru saja ditutup jam 5.00 petang sebentar tadi.

Setelah lapan jam sehingga jam 4.00 petang, proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dibuka, seramai 22,642 orang atau 83.2 peratus pengundi sudah menjalankan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi.

Suspek Rompak Kedai Emas Ditahan Reman Sehingga 10 November


30 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pengawal keselamatan Filipina, yang didakwa merompak sebuah kedai barang kemas tempat dia bekerja di Setapak, minggu lalu akan ditahan reman oleh polis sehingga 10 November untuk membantu siasatan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah mengesahkan perkara ini sambil menambah kes itu disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana rompakan bersenjata.

Polis larang sebarang perarakan, konvoi

30 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

YAN - Polis Kedah hari ini melarang sebarang aktiviti perarakan atau konvoi bermotosikal selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan keputusan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau malam ini.
   
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, larangan ini bertujuan mengelak sebarang kejadian tidak diingini seperti kesesakan lalu lintas atau kemungkinan berlaku kemalangan jalan raya akibat aktiviti terbabit.
   

ADUN Kadamaian umum keluar PKR, jadi wakil Bebas sokong BN

ADUN Kadamaian umum keluar PKR, jadi wakil Bebas sokong BN 30 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Kota Belud: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Jeremy Malajad@Malazad mengumumkan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).


Beliau adalah wakil rakyat kedua daripada PR yang keluar daripada parti dan menjadi wakil rakyat bebas. 

Ogos lalu, ADUN Luyang, Dr Hiew King Cheu mengumumkan keluar DAP. 

Morsi dibawa ke mahkamah hadapi tuduhan

30 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

KAHERAH: Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi tiba di mahkamah hari ini untuk menghadapi perbicaraan atas tuduhan terbabit dengan pembunuhan penunjuk perasaan di istana presiden pada Disember tahun lalu. 


Morsi diterbangkan khas dengan helikopter ke Akademi Polis di timur Kaherah di mana perbiacaraan diadakan dengan 14 defendan turut hadir, kata Ketua Keselamatan Kaherah, Osama al-Soghayar.

PRK Sungai Limau: 20,876 atau 76.69 peratus keluar mengundi setakat 3 petang

30 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

YAN: Setakat 3 petang, 20,876 pengundi atau 76.69 peratus daripada keseluruhan 27,222 pemilih, sudah keluar mengundi bagi pilihan raya kecil DUN Sungai Limau, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Muharram 1435H: Jangan sampai tersasar


30 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Dr Abdul Basit Abdul Rahman,
Muharram tiba lagi, tahun silih berganti dengan cepatnya, kita semakin menghampiri kiamat. Sudah bersediakah kita dengan bekalan amalan? Dalam persediaan itu jangan pula kita tersalah jalan tersasar dari yang sahih sehingga merugikan.

Ramai daripada kalangan masyarakat yang bertanya:

Benarkah sebaran mengenai catatan amalan ditutup pada akhir tahun, dibuka pada awal Muharram, dan ganjaran orang memperingatkan tentang muharram?

Ada beberapa perkara yang agak keliru dikaitkan dengan bulan Muharram. Antaranya, hijrah Rasulullah SAW dikatakan berlaku pada 1 Muharram, doa awal tahun dan buku catatan amalan ditutup dan dibuka yang baru.

Balu Azizan: Sebar SMS palsu perbuatan tak berakhlak

NONE
30 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Balu kepada Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah berkata beliau kesal dengan penyebaran SMS palsu yang mendakwa beliau menggesa pengundi memilih BN.

Menurutnya, SMS tersebut yang dikesan berlegar di kalangan warga Sungai Limau sejak jam 11 malam tadi mendakwa beliau kesal dengan penghinaan PAS ke atas Allahyarham Azizan.


Katanya, penyebaran SMS tersebut merupakan tindakan tidak berakhlak kerana turut mendakwa PAS terlibat dalam bahan kempen yang menghina Allahyarham Azizan.

Pemuda PAS Perak dapat ketua baru


30 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily/-
IPOH: Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dipilih Ketua Pemuda PAS Perak sesi 2013-2015 dalam Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Perak kali ke-30 di sebuah hotel di sini, semalam.

Timbalan ketua diamanahkan kepada Ustaz Akmal Kamaruddin sementara Ustaz Khairie Jamaluddin kekal sebagai naib.

Yang penting menang, majoriti nombor 2


30 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily/-

Analisis: Biarpun ramai pihak menjangkakan PAS mungkin berdepan kesukaran untuk mengekalkan jumlah majoriti sedia ada apatah lagi mahu menang lebih bergaya pada Pilihan Raya Kecil Sungai Limau kali ini, namun keputusan sebenar hanya akan deketahui malam ini.

Beberapa faktor dilihat menjadi teras penting dalam mencorak keputusan yang akan diperoleh malam ini.

Sepanjang 11 hari kempen, kedua-dua pihak dilihat berhati-hati dalam pendekatan mereka kerana masing-masing tahu, sebarang kesilapan akan bakal membawa padah yang membawa kalah.

PRK Sg.Limau , 17 pusat mengundi di buka jam 8.00 pagi.

30 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Suasana kempen di pusat mengundi di SMK Bt. 17 Padang Lumat.


YAN: Pengundi mula beratur seawal jam 7.30 pagi di pusat mengundi untuk membuang undi pada jam 8 pagi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.



Poroses membuang undi itu berjalan lancar dalam cuaca baik tanpa sebarang kejadian tidak diingini setakat ini.

Gempa bumi kecil gegar selatan Republik Dominican

30 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

SANTO DOMINGO: Gempa bumi kecil berukuran 4.7 magnitud melanda melanda Republik Dominican sehingga mencemaskan penduduk tetapi tiada laporan mengenai sebarang kecederaan atau kerosakan.

Penentuan siapa wakil Dun Sungai Limau hari ini

30 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily
Ustaz Azam bersama ibu (kanan beliau) dan isteri memasuki pusat pembuangan undi jam 8.25 pagi.

JERAI: Seramai 27,222 orang pengundi berdaftar layak membuang undi hari ini bagi maksud Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau.yang berlangsung hari ini.

PRK Sg.Limau , SMS palsu burukkan PAS .

30 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -


PRK Sungai Limau yang tamat kempennya pada tengah malam semalam nampaknya dicemari dengan kempen kotor dan tidak berakhlak dalam media baru.