09 Mei 2008

Tazkirah Jumaat : mencari kedamaian

Setiap ucapan anak anak Adam itu membahayakan dirinya (tidak bermanfaat), kecuali kata kata berupa amar makruf nahi mungkar dan zikrullah (HR Tirmidzi).

Lazimnya, suatu rahmat Allah di muka bumi ini, seperti suasana kedamaian, akan terasa sekali besar maknanya oleh orang orang yang pernah hidup dalam suasana tidak damai. Sebab, tersangat berat dan sangsaranya hidup dalam keadaan tidak damai. Makanya, Islam sebagai agama rahmat menjunjung tinggi perdamaian dan mengajak seluruh umat manusia untuk berdamai dan mempertahankan nilai-nilai kedamaian dalam hidupnya.

Malah satu cara yang diajar Islam yang menjunjung tinggi perdamaian ialah menganjurkan manusia untuk bermusyawarah dalam setiap perkara. Dengan musyawarah, diharapkan semua pihak tidak salah faham terhadap perkara yang sedang dipersoalkan. Selanjutnya, Islam mengajak semua umat manusia untuk berlaku adil. Sebab, ketidakadilan adalah salah satu benih benih yang membawa perpecahan dan suasa tidak damai.

Islam juga mengajak manusia untuk bersikap diam, seandainya apa yang akan dikatakan tidak bermanfaat. Yang tidak kalah pentingnya, Islam menganjurkan manusia untuk saling memberi salam. Salam membawa makna damai. Dengan demikian, memberi salam adalah suatu usaha melahirkan kedamaian. Kesimpulannya, Islam mengajak manusia untuk mewujudkan kedamaian melalui lisan, sikap, dan perbuatan. Persoalannya sudah sampai di mana kita sudah melaksanakannya?

Rakyat bawahan macam kami memang sayang dan kasih kepada semua Raja Raja Melayu

hj sahri kg kedah berkata... Salam. Saya dari Parit Buntar.. Saya baru balik dari majlis bersama MB tadi. Malang beliau tak dapat hadir. Di surau tadi ramai yg kecewa kerana tak dapat nikmati kemeriahan merayakan kemenangan yg sangat bermakna kpd rakyat yg lama tertindas di bawah UMNO , MCA dan MIC. Wajah wajah bersih yg hadir di padang Majlis tadi semua rakyat yg berpendapatan rendah, miskin dan sederhana aja. Mereka adalah insan insan yg tertingggal dibumi bertuah ini. Mereka bukan datang dgn kereta menjalar saperti warga kelas satu BN. Mereka adalah orang kebanyakan, ada yg berniaga digerai gerai, yg bersawah sekangkang kera dan yg berjaja di pasar pasar tani saja.

Mereka adalah yg tertindas dibawah regim yg mendakwa cemerlang , terbilang dan gemilang .tetapi temberang! Balik ke rumah terus buka internet dan rasa amat meluat membaca tulisan dlm blog dan web berkaitan UMNO yg tak ada kerja lain selain kerja report POLIS. Kaji dan telaah telatah pelakon pelakon UMNO yg gila dan naik sasau kerana kalah teruk tapi masih hantuk kepala kat dinding , tak percaya ini yg terjadi iaitu kalah TKO di lima negeriIsu sayang dan hormat Sultan dan Raja Raja Melayu di jadikan bahan memutar lidah bercabang mereka. Boleh percaya kah dgn mainan lidah UMNO yg terjelir jelir itu? Sayang dan sanjung Raja raja Melayu?.


Waras ke UMNO ketika ini ?Awat anda semua yg ada dlm UMNO, yg cerdik dan yg bebal, yg nak tengelam saperti kapal titanic ingat kami ni rakyat tak sekolah? Nak perbodoh kami agar buta tentang perilaku buruk kalian semua kpd Raja raja Melayu selama ni ? Apa ni? sekejap sayang raja ,sekejap maki raja, sekejap bodek raja, , apa, dah hilang akal? Sasau?Dah tak waras? Dah hilang separuh kuasa kerana rakyat dah meluat dgn gelagat anda semua, pun tak sedar diri lagi ke? Betulkah UMNO dan pelakon pelakon nya sayang dan hormat kpd Raja dan Sultan? Dulu zaman Mahathir, siapa yg keluarkan kenyataan nak tarik balik pengiring pengiring dari Polis yg diberi kpd Raja Raja? Puak parti mana yg nak tarik balik imuniti raja raja? Lidah lidah siapa yg bercabang cabang permainkan raja di kelantan dgn menabal Sultan lain dari Sultan yg sedia ada?

TV tiga pernah siarkan ucapan Mahatihir meminta Raja Raja Melayu sign dulu pindaan perlembagaan ... eh dah lupa ka kpd siapa tu...aaa apa nama aaa!Kes perkataan "natang" dalam banner di terangganu apa tujuan, hina siapa tu? Dalam TV tiga ketika berlaku krisis raja raja dgn UMNO/Mahathir apa yg TV 3 tak siarkan "ucapan ucapan" Mahathir kpd Duli Duli Tuanku?Tak payah lah wahai puak puak UMNO nak tipu orang Melayu, Cina dan India konon anda semua sayang Raja Raja Melayu. Raja Raja Melayu pun belum tentu sayang kamu.Luka baru dan lama pun belum sembuh !Ingat Sultan sultan semua tak sekolah ke? Baginda baginda semua pun nak tergelak lihat kamu semua berlakon cari cheap publisity ,konon konon sayang le sangat anda dgn Sultan Sultan tetapi sebaliknya apa?.

Kami semua ada sekolah lah sheh!Kalau anda semua pelakon pelakon UMNO ada harga diri, ada maruah, cari isu lain lah, cari lah isu seperti motto asal yg selalu anda semua berkokok iaitu untuk agama , bangsa dan negara, (walaupun anda semua adalah "berlakon" sebagai pejuang slogan itu). Atau bagilah duit kat kami sebagai rasuah ke agar manalah tahu kami boleh undi UMNO/BN balik nanti.

Rakyat bawahan macam kami memang sayang dan kasih kepada semua Raja Raja Melayu, kasih dan sayang kpd semua umat manusia yg baik dan berhati bersih serta berakhlak mulia. Kami kasih dan rindu kpd insan insan pemimpin yg sentiasa membawa kami mengingati tuhan. Kami benci mereka yg mata duitan , kaki betina dan kaki botol. Kami meluat dan menyampah pemimpin yg bawa duit keluar negara pakai karung guni, kami benci mereka yg jadi menteri kemudian bila berhenti rupanya duit tak habis dibawa mati!.

Kami juga benci bilamana kami dengar kes menipu dan rasuah, kes mencuri, kes bunuh, kes raba semuanya ada pihak yg "terlepas pandang ". Kami bosan dan curiga dgn kes kes yg dikendali di mahkamah .Kami muak dgn suruhanjaya itu dan suruhanjaya ini tapi semuanya lakonan sang kancil yg nak lepaskan diri!Kami orang Melayu Islam, mak bapa kami didik dan ajar kami sejak kecil, jangan buat jahat, jangan mencuri, jangan membunuh. Bila kami jadi ibu dan ayah , maka kami ajar begitu juga kpd anak anak kami. Anda macama mana ? Berlakun lagi ke?


sumber asal :https://www.blogger.com/comment.g?blogID=1648034074443974415&postID=1081084774304415773&page=1

Menteri Besar melawat Parit Buntar hari ini

PARIT BUNTAR, 8 Mei:- YAB Dato' Seri Menteri Besar Perak akan mengadakan lawatan kerja dan pemimpin bersama rakyat di kawasan Parit Buntar pada hari ini. Jadual lawatannya seperti yang telah difakskan dari pejabat Menteri Besar adalah seperti berikut. Pada pukul 2.30 petang, Menteri Besar akan memulakan lawatan kerja ke Pejabat Daerah Kerian dan satu taklimat khas akan diberikan oleh pegawai daerah kerian.

Seterusnya pada pukul 3.30 petang, akan diadakan jamuan makan bersama rakyat di Dewan Merdeka, Parit Buntar. Dijangkakan seramai 3000 orang akan hadir. Kemudian pada pukul 5.00 petang pula diadakan perjumpaan dengan pimpinan Pakatan Rakyat . Pada pukul 6.00 petang, Menteri Besar akan merasmikan Pejabat Kelab Penyokong PAS dan akhir sekali diadakan Ceramah Perdana di Padang Bandaran pada pukul 9.00 malam.

Gandum oh gandum...

Pagi tadi setelah sembahyang subuh bersama rakyat, saya sempat singgah di sebuah gerai menjual roti canai. Tuan punya gerai merungut dan berkata harga gandum sangat mahal. Tidak salah katanya RM2.60 sekilo, sedangkan katanya sebelum ini cuma seringgit lebih sekilo.

Sebelum ini, saya hanya membaca di akhbar dan bukannya rungutan secara langsung dari empunya diri. Rasanya masih belum terlewat golongan peniaga kecil perlu diberi semangat untuk meneruskan usaha perniagaan yang tidak seberapa itu.

Ternyata mereka sangat tersepit dalam keadaan untuk memuaskan hati pelanggan dan mendapat sedikit keuntungan yang diharapkan. Disinilah islam menganjurkan supaya kita ikhlas dalam melakukan segala kerja harian walaupun berniaga kecil-kecilan di tepi jalan.

Sebetulnya, semua barang mengalami kenaikan secara mnedadak. secara mudah menggambarkan kerajaan gagal untuk membela nasib rakyat yang semakin miskin. Walaupun duit ada tetapi tidak cukup untuk membeli dalam menampung keperluan hidup seharian. Kalau setengsh pihak boleh berbangga dengan kenaikan gaji disebalik itu apakah nasibnya orang-orang yang tidak makan gaji?

Semoga Allah mendatangkan pemimpin yang adil untuk membetulkan segala kemelut yang semacam tidak ada kesudahannya.