04 Jun 2008

Siapa akan kena ?

Kelantangan Muhyiddin Yassin dan Rais Yatim ternyata tidak disenangi oleh banyak pihak sehingga ada yang mencadangkan mereka perlu dirujuk kepada Lembaga Disiplin kerana sering mempertikaikan keputusan parti dan meluahkannya menerusi akhbar.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, perkara terbaru yang dibangkitkan kedua-dua pemimpin itu ialah mengenai kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor ke dalam UMNO baru-baru ini.


Menurutnya, tindakan Muhyiddin dan Rais itu menampakkan kelemahan parti di mata rakyat selain memberi ruang kepada parti pembangkang untuk mengambil kesempatan terhadap pergolakan dalaman UMNO.


''Baru-baru ini, seorang menteri dan dua ahli Parlimen UMNO dikatakan boleh dihadapkan kepada Lembaga Disiplin parti kerana bertelingkah di dada akhbar kerana menyalahi pekeliling yang melarang masalah dalaman parti dibangkitkan di luar UMNO.''Kenapa dua pemimpin ini tidak boleh diambil tindakan seperti mereka bertiga," katanya.


Nampaknya masalah dalam batang tubuh UMNO sekarang sangat menguji intergriti dan kemampuan Lembaga Displin UMNO untuk mengatasi pelbnagai kemelut itu.


Sedangkan telah saya ulangi banyak kali dan saya mengulangi sekali lagi disini bahwa Lembaga Displin yang ada sekarang adalah yang paling lemah dalam sejarah UMNO.

Saya tidak hairanpun !

Seorang penganalisis politik meramalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat permohonan menyertai semula UMNO berikutan parti itu adalah satu-satunya wadah bagi membolehkan beliau mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.

Pengarah Institut Pengajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin berkata, tanda-tanda jelas perkara itu akan berlaku ialah dengan permohonan bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor untuk menyertai UMNO baru-baru ini.

Namun begitu keputusan permohonan kemasukan semula bekas pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Umno hanya akan diketahui tiga minggu lagi apabila Majlis Tertinggi (MT) bermesyuarat, kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Kenapakah sampai 3 minggu baru permohonan mereka yang melompat ini baru diketahui keputusannya. Sedangkan diperingkat awal semasa Presiden UMNO menerima borang Ezam semacam sudah diterima jadi ahli.

Muhammad yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, perkara itu perlu diputuskan Majlis Tertinggi (MT) pada mesyuarat akan datang. "Saya difahamkan MT mungkin akan bermesyuarat dalam tempoh tiga minggu lagi...tunggulah apa pun keputusannya," katanya, di sini semalam.

Sesiapapun boleh membuat ramalan menurut maklumat dan pandangan masing-masing. Namun yang pasti sejak akhir-akhir ini semua orang tahu bahawa banyak kejutan sering berlaku di Malaysia . Saya tidak hairanpun kalau semua ramalan itu benar.

Harga minyak naik mulai Ogos: Harga barang naik mulai sekarang

Ketidak cerdikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Shahrir Abdul Samad hari ini terserlah apabila beliau membayangkan harga minyak petrol dan diesel akan naik mulai Ogos depan.

Sebenarnya kenyataan ini sangat mengundang bahaya dan akan membawa kesan kepoada kenaikan harga minyak dan tidak mustahil belaku kegiatan menyorok barangan jualan sebelum kenaikan tersebut.

Kata beliau :"Ia akan berlaku... harga petrol akan naik, saya fikir mungkin dalam Ogos tahun ini apabila sistem subsidi diberi penstrukturan semula," katanya. Kenaikan harga minyak itu selari dengan penstrukturan mekanisme baru skim subsidi minyak yang dinikmati rakyat kini.

Pi mai, pi mai rakyat juga yang akan menanggung bebanan kesan dari kenyataan menteri yang tidak bertanggung jawab ini.

Siapakah yang boleh menafikan perkara ini akan menyebabkan kenaikan harga barang dengan mendadak. Istilah mudah ialah kenaikan dengan kadar menggila "khinzir". Menteri boleh main lepas cakap saja, yang susahnya rakyat marhain.

Sudah acap kali saya katakan bahawa BN adalah benar benar Bahaya Negara kerana setiap kali dia menang pilihanraya tentunya Barang Naik.

Muhasabah setelah menghampiri 100 hari jadi YB

Beberapa hari lagi 8 Jun akan menjelang menandakan akan genaplah 3 bulan atau 90 hari saya memikul amanah sebagai seorang wakil rakyat. Gelaran YB saya akui asalnya dari maksud Yang Berhormat. Namun realiti yang saya lalui dalam tempoh 90 hari lepas, YB adalah Yang Berkerja, yang Berbakti, Yang Beramanah, Yang Berjemaah, Yang Bersabar, Yang Bertenang, dan macam-macam lagi.

Sebagaimana semasa ditanya dalam banyak-banyak soalan oleh wartawan Siasah dalam temuramah di Ipoh petang tadi, antaranya beliau bertanya adakah benar dakwaan sesetengah pihak bahawa ada dikalangan wakil rakyat jadi sombong setelah menduduki jawatan tersebut.

Jawapan saya mudah sahaja, bukan melihat kepada sesiapa namun diri sendiri menjadi penilaian, prinsip peribadi saya usah dipandang orang lain namun diri sendiri adalah penentunya.

Saya berkata, bahawa selagi ada manusia yang melihat gelagat manusia yang lain pasti ada perpeksi dan penilaian yang berbeza mengikut selera masing-masing. Oleh itu jangan takut untuk dikritik selagi apa yang dilakukan tidak bercanggah dengan hukum dan syariat.

Meminjam kisah Luqman dengan anaknya berserta seekor kaldai. Mulanya mereka keduanya tidak mengenderai kaldai tersebut, sesudah itu Luqman mengenderai, diganti oleh anaknya, sesudah itu keduanya menaiki kaldai namun semuanya dianggap orang banyak sebagai salah dan tidak betul.

Demikian manusia yang bersifat manusia semuanya yang dilakukan oleh orang lain tidak betul ditambah sesudah bersarang di dalam hatinya sifat iri hati, dengki, khianat dan sebagainya.
Langkah hari mendatang adalah langkah-langkah yang memerlukan banyak kesabaran dan kesungguhan dan segala sifat yang akan memberikan kebaikan kepada semua manusia tidak mengira agama, bangsa, keturunan, pangkat dan kedudukan.

Berkata dengan kata-kata yang benar

Wahai orang-orang beriman, takutlah kalian kepada Allah dan berkatalah dengan kata-kata yang benar (QS. al-Ahzab: 70).

Siapa dapat menduga hanya kerana suatu ucapan yang keluar dari mulut seseorang, ia boleh dibunuh orang orang lain? Begitulah kenyataannya. Itu bukan kejadian yang aneh di berbagai tempat di dunia ini. Kenyataan itu menunjukkan betapa kuatnya pengaruh lisan atau kata-kata yang keluar dari mulut seseorang. Ia boleh membuat orang lain lupa diri dan bahkan lupa kepada Tuhan, sehingga sanggup membunuh orang lain. Padahal membunuh manusia adalah tergolong sebagai dosa besar. Bahkan, membunuh satu orang yang tidak bersalah dosanya seperti membunuh semua orang di dunia ini.

Memelihara mulut atau ucapan sangat ditekankan dalam ajaran Islam. Yang dimaksud memelihara mulut atau lisan adalah menjaganya agar selalu mengeluarkan kata-kata yang benar dan bermanfaat. Sabda Rasul SAW, Setiap ucapan anak-anak Adam itu membahayakan dirinya (tidak bermanfaat), kecuali kata-kata berupa amar makruf nahi mungkar dan zikrullah (HR Tirmidzi). Itu terbukti seperti dalam kejadian disebutkan di atas. Dalam hadits yang lain, Rasulullah bersabda, Yang paling banyak membuat manusia masuk ke neraka adalah kerana dua lubang, yaitu mulut dan kemaluan (HR Tirmidzi).

Lebih baik diam saja, kalau apa yang diucapkan tidak bermanfaat bagi diri sendiri atau orang lain, kata Rasulullah SAW (HR. Bukhari dan Muslim). Tentunya, diam yang beginilah yang memberia makna yang besar dalam kehidupan.
Perlu diingatkan menutup mulutnya terhadap kemungkaran yang terjadi di sekitarnya sama dengan ikut membiarkan kemungkaran itu terjadi. ,amat mendukacitakan tutup mulut yang begini yang kerap dilakukan.