31 Julai 2017

Ujian Kehidupan

Pena Idham Lim
7 DzulQaedah 1438/ 31 July 2017.

Hidup ini sentiasa berhadapan dengan ujian yang memerlukan kekuatan untuk menghadapinya. Ujian dalam kehidupan memang bagi setiap hamba Nya tidak sama dan berbeza-beza sebagai menguji keimanan kita. Beruntuglah mereka yang terus bersabar dan sentiasa kembali dan ingat kepada Allah bila berhadapan dengan pelbagai ujian.

Sejahtera Bersama Islam.

29 Julai 2017

Keenakan beribadah

Pena Idham Lim
5 DzulQaedah 1438/28 July 2017.

Manusia sering mencari keenakan dalam setiap makanan yang dimakannya. Namun mereka lupa untuk mencari dan mendapatkan keenakan dalam beribadah.

Sejahtera Bersama Islam.

28 Julai 2017

Dunia Sementara Akhirat Selamanya.

Pena Idham Lim
4 DzulQaedah 1438/28 July 2017.

Dunia hanyalah sementara namun kerana mengejarnya manusia lupa kehidupan abadi di akhirat . Manusia boleh mengejar keseronokan dunia yang sementara walaupun berjam-jam kepanasan dan kehujanan. Begitu juga sanggup berbaris demi keenakan sepinggan nasi ,  namun sukar untuk berbaris dalam saf solat jemaah sedangkan janji Allah pasti.

Sejahtera Bersama Islam.

25 Julai 2017

Berjuanglah....

Pena Idham Lim

1 Zulkaedah 1438/25 July 2017.


Allah tidak akan tanya berapa kali kita menang dalam perjuangan menegakkan Islam, namun yang akan dipersoalkan ialah berapa banyak kita gunakan harta benda dan jiwa raga kita untuk berjuang menegakkan Islam.

Sejahtera Bersama Islam.

24 Julai 2017

Muhasabah...

Pena Idham Lim
30 Syawal 1438/24 July 2017


Hari terakhir Syawal berarti sudah sebulan Ramadhan meninggalkan kita. Begitu pantas masa berlalu namun di sana mungkin masih banyak masa yang kita sia-siakan dengan perkara yang tidak berfaedah. Marilah kita bermuhasabah...

Sejahtera Bersama Islam..

23 Julai 2017

Lautan anak muda di Ijtimak

Pena Idham Lim
29 Syawal 1438/23 July 2017


Ijtimak Kelantan 2017 berlabuh sudah dengan lautan manusia membajiri Stadium di Kota Baharu. Satu catatan yang tidak boleh disembunyikan bahawa kehadiran ramai dari golongan anak muda sepanjang 3 hari ijtimak dan membuktikan PAS digemari oleh semua lapisan masyarakat termasuk anak muda.

Sejahtera Bersama Islam.

21 Julai 2017

Hargai orang lain.

Pena Idham Lim
27 Syawal 1438H/21 July 2017


Setiap manusia dijadikan oleh Allah STW dengan sebaik-baik kejadian. Disana setiap individu pula memiliki sesuatu kelebihan dan keistemewaannya tersendiri. Kerana itu carilah kebaikan seseorang untuk kita menghormati dan menjadikan sahabat. Bukannya mencari keburukannya apa lagi sengaja memburukkan orang lain sedangkan dia punya keistemewaan yang mungkin anda pun tidak miliki.

Sejahtera Bersama Islam.

PAS Kuala Langsar Ucap Tahniah kepada Jun Hoong.

KENYATAAN MEDIA 
PAS KAWASAN KUALA KANGSAR.

21 July 2017.

PAS Kuala Langsar Ucap Tahniah kepada Jun Hoong.

1.PAS Kawasan Kuala Kangsar dengan rasa bangga mengucapkan tahniah kepada atlet terjun kelahiran negeri Perak, Cheong Jun Hoong yang memenangi pingat emas acara 10 meter platform wanita dalam Kejohanan Akuatik Dunia di Budapest beberapa hari lepas.

2. Kejayaan ini membawa kepada detik bersejarah dalam sukan akuati negara apabila seorang anak Perak mampu menjulang nama negara dipersada antarabangsa selepas beliau pernah menunjuklan kecemerlangannya dengan merangkul Pingat Perak dalam Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro.

3. Kejayaan Jun Hoong diharapkan menjadi aspirasi kepada penggemar sukan akuatik dinegeri Perak dan di Malaysia untuk terus berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan tersebut.

4.Walaupun Jun Hoong pernah menerima insentif sebuah unit rumah pangsapuri di Bandar Meru, di sini bernilai RM320,000 serta wang tunai sebanyak RM15,000 daripada kerajaan negeri sebagai penghargaan kepada atlet itu merangkul pingat perak di Sukan Olimpik Rio. Namun dicadangkan supaya pihak Kerajaan Negeri Perak dapat memikirkan insentif khusus atas kejayaan tebaru Jun Hoong.

5. Sukan akuatik dari segi pakaiannya tidak menepati pemakaian sukan cara Islam namun perlulah disedari bahawa pemakaian cara islam dalam sukan akuatik membolehkan kaum muslimah menyertainya . Mereka boleh berpakaian seperti yang ditawarkan oleh beberapa syarikat yang menawarkan pakaian muslimah dalam pelbagai jenis sukan termasuklah akuatik.

Dato' Drs. Khalil Idham Lim. (林川興)
Yang DiPertua
PAS Kawasan Kuala Kangsar.

19 Julai 2017

Lupa Kepada Diri Sendiri..

Pena Idham Lim
25 Syawal 1438H/19 July 2017.


Manusia sering menghitung berapa banyak doanya dimakbulkan oleh Allah SWT. Juga suka membanding kesenangan dan rezeki yang dia terima berbanding orang lain. Namun dia lupa untuk menghitung berapa banyak amalannya kepada Allah SWT. Juga berapa banyak dari nikmat Allah yang disyukuri atau telah disia-siakan.

Sejahtera Bersama Islam.

18 Julai 2017

Bukan Kebanggaan....

Pena Idham Lim
24 Syawal 1438H/18 July 2017.


Jawatan adalah amanah bukan kebanggaan apa lagi untuk mendapat pujian kerananya. Oleh itu tunaikan tanggung jawab anda dengan melaksanakan tugas semaksima mungkin supaya kita dapat menjawab segala pertanyaan bila ditanya di dunia dan di akhirat kelak..

Sejahtera Bersama Islam.

13 Julai 2017

Hati-Hati dengan adu domba.

Pena Idham Lim
19 Syawal 1438H/13 July 2017.


Hati-hati dengan manusia yang perangainya suka melaga-lagakan atau tukang adu domba atau dipanggil juga talam dua muka. Jenis manusia begini semakin ramai apa lagi semakin dekat dengan pilihanraya.

Sejahtera Bersama Islam.

12 Julai 2017

Contoh Istiqamah

Pena Idham Lim
18 Syawal 1438H/12July 2017


Bertemu dengan Hj. Zaini seorang Vateran PAS di Cawangan Ulu Piul Manong Kuala Kangsar menambahkan semangat diri ini untuk terus istiqamah dalam perjuang Islam. Apakan tidak dalam usia yang menjankau 80 tahun beliau disamping terus istiqamah dengan jamaah PAS dan terus istiqamah dalam melakukan kerja rutinnya membuat pelbagai peralatan dan barangn antik. Ketekunannya dalam menyiapkan pelbagai barangan antik membuktikan bahawa dengan minat yang mendalam apa sahaja barang terbuang  dapat menukar dan  menghasilkan pendapatan.

Sejahtera Bersama Islam.

10 Julai 2017

Dongeng Timun Cina

Pena Idham Lim
16 Syawal 1438H/10 July 2017.


Di Kelantan biasanya buah tembikai di panggil "timun cina". Ada beberapa sebab. Pertamanya dulu-dulu biasanya orang cina yang tanam di kampung dan kebetulan isinya berwarna merah yang menjadi warna kegemaran orang cina.Keduanya ada "dongeng" yang disebarkan kononnya asal usul benih timun cina adalah dari negara China dan diseludup masuk ke Tanah Melayu dengan disembunyi ditempat sulit sebab kalau diketahui Maharaja akan di hukum bunuh. Yang pertama saya setuju namun yang kedua saya saja paparkan tanpa ada fakta yang boleh disahkan kebenarannya sampai sekarang.

Sejahtera Bersama Islam.

09 Julai 2017

Terima Kasih Semua.

Pena Idham Lim
15 Syawal 1438H/ 9 July 2107.


Terima kasih kepada semua petugas yang menjayakan Program Hari Terbuka Eidulfitri PAS Kawasan Kuala Kangsar dan terima kasih kepada kepimpinan dan ahli serta penyokong PAS yang hadir bagi menyeri dan memeriahkan program. Semoga Majlis pada hari ini menguatkan lagi ukhuwah sesama kita dalam suasana kita perlu berhadapan dengan musuh politik kita dari segenap penjuru menjelang PRU ke 14 yang bakal menjelang.

Sejahtera Bersama Islam.

08 Julai 2017

Meningati dan bersiap untuk mati?

Pena Idham Lim
14 Syawal 1438H/8 July 2017.


Beberapa hari lepas satu kejadian seorang lelaki berbangsa Tionghua mati ditikam selepas bergelut dengan peragut rantai isterinya semasa mereka keluar beriadah di awal pagi. Sehari selepas itu dan sampai pagi ini saya tidak lagi melihat warga Tionghua yang berpagi-pagi berjogging. Tentunya mereka takut kepada mati. Namun Islam jauh dari itu menganjurkan bukan takut mati tetapi kita diminta untuk mengigati mati dan bersiap untuk menghadapinya. Pastinya dengan bekalan amalan yang secukupnya.

Dalam satu Hadits bila ditanya "Orang muslim manakah yang paling cerdik?” Rasulullah SAW menjawab: “Orang yang paling banyak mengingat mati, dan paling baik persiapannya untuk kehidupan setelah mati. Mereka itulah orang-orang yang cerdik.” 

Sejahtera Bersama Islam.

07 Julai 2017

Halalkah?

Pena Idham Lim
13 Syawal 1438H/7 July 2017.


Setiap hari kita tidak terlepas dari makan dan minum. Tetapi disana sedarkah kita adakah benar-benar halal makanan dan minuman yang masuk ke perut kita. Contohnya saya dapati mee basah buatan non muslim yang beredar dalam pasaran 80 pratus dibeli oleh orang Islam . Bila ditanya kenapa membelinya rata-rata bercakap kononnya tahan lama dari basi. Sedarlah disana Islam meletakkan Halal lebih utama dari segalanya. Kembalilah kepada produk muslim yang sahih halalnya. Bertanya dahulu sebelum membeli itu yang terbaik.

Sejahtera Bersama Islam.

06 Julai 2017

Sampah Yang Sebenar.

Pena Idham Lim
12 Syawal 1438H/6 July 2017.


Secara rutin kita membuang sampah ke dalam tong sampah. Namun sedarkah kita sentiasa mengumpulkan sampah yakni dosa. Apakan tidak, pantang mendengar orang mengumpat dan berkata mengenai keburukan orang lain kita segera tumpang sekali. Sesudah itu menyebarkan tanpa usul periksa. Itulah "sampah" yang sebenarnya .

Sejahtera Bersama Islam.

05 Julai 2017

Jauhi mengata keji dan mengumpat.

Pena Idham Lim
11 Syawal 1438H/5 July 2017


Berkata di belakang apa lagi mengeji dan memburuk-burukkan orang lain adalah perkara yang dilarang didalam Islam. Sehingga Allah Berfirman dan Surah Al Humazah " Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji"..Berkata di belakang ternyata tidak boleh menyelesaikan masalah malah menambahkan dosa. Kembalilah kepada akhlak Islam selepas Ramadhan yang mendidik kita segalanya.

Sejahtera Bersama Islam

04 Julai 2017

24 jam sehari semalam.

Pena idham Lim
10 Syawal 1438H/4 July 2017.


Allah memperuntukkan kepada kita semua sehari semalam masa 24 jam. Tidak kira siapapun kita semuanya sama sahaja.Persoalannya bagaimanakah masa itu telah kita gunakan sebaik mungkin. Beruntunglah kepada mereka yang menggunakan masa untuk sentiasa mendekatkan diri kepada Tuhannya dan rugilah barang siapa yang menghambur-hamburkan masanya ke jalan yang menjauhkan dirinya dari Tuhannya.

Sejahtera Bersama Islam.

02 Julai 2017

"Bahagia".

Pena Idham Lim
8 Syawal 1438/2 July 2017.


Ziarah sepupu sebelah Isteri di hari lebaran sama-sama bangga dan bergembira dengan keluarga besar Hj. Mokhtar di Parit Tok Ngah. Mempunyai 12 anak 6 lelaki dan 6 perempuan , 49 orang cucu dan 10 orang cicit. Diusia 78 tahun beliau yang masih sihat bersama Isteri berusia 71 tahun bila ditanya apakah perasaannya dengan memiliki keluarga sebesar itu. Ringkas beliau menjawab "Bahagia". 
Allahuakbar.


Sejahtera Bersama Islam.

01 Julai 2017

Berbuat baik kepada kedua ibu bapa.

Pena Idham Lim
7 Syawal 1438H.

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa…” (al-Ahqaf, 46: 15)

Ziarah dipusara sayu hati ini melihat banyak kubur yang masih terbiar tidak terurus walau sudah seminggu lebaran. Benarlah kata-kata "seorang ibu mampu menjaga sepuluh anak" namun "sepuluh orang anak belum pasti mampu menjaga seorang ibu". Juga demikianlah mereka juga tidak mampu menjaga kubur ibunya yang pergi untuk selamanya. Walaupun untuk sekali dalam setahun.

Sejahtera Bersama Islam.