04 Januari 2009

Demo Anti-Israel di Indonesia.

JAKARTA - Berbagai komponen umat Islam di sejumlah kota di Indonesia kelmarin mengadakan tunjuk perasaan menentang serangan udara Israel ke Jalur Gaza yang menewaskan lebih dari 400 warga Palestin. Aksi itu berlangsung di Jakarta, Surakarta, Yogyakarta, Serang, Samarinda, dan Jember.

Di Bundaran Hotel Indonesia, Jakarta, aksi ribuan mahasiswa dikendalikan oleh Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia (KAMMI). Ketua Umum KAMMI, Ramhantoha menyatakan serangan Israel merupakan pelanggaran hak asasi manusia dan kekejaman di luar batas kemanusiaan. "Itu adalah terorisme sesungguhnya yang harus mendapat hukuman internasional," katanya.

Di Jakarta, tunjuk perasaan juga dilakukan oleh Forum Solidaritas Mahasiswa dan Pelajar untuk Palestin (FSMPP). Setelah berdemo di Bundaran Hotel Indonesia, mereka merencanakan berarak ke Kedutaan Besar Mesir di Jalan Teuku Umar, Menteng. Namun, rencana itu batal kerana dicegah oleh pihak polis .

Ada pun aksi solidariti mahasiswa yang menyebut dirinya Forum Bersama Mahasiswa Islam Surakarta di Bundaran Gladag, Surakarta, dibubarkan polis kerana tidak ada pemberitahuan sebelumnya. "Persekongkolan antarabangsa antara Amerika dan Israel harus segera diakhiri," kata Awali Imron, koordinator aksi KAMMI di Jember, Jawa Timur. "Merekalah bangsa poros syaitan yang sebenarnya di dunia ini."

Di Yogyakarta, sekitar seribu orang dari Parti Keadilan Sejahtera melakukan aksi mengutuk serangan Israel di persimpangan Pejabat Pos, Yogyakarta. Kesesakan lalu lintas tidak boleh dihindari lagi. Apalagi, kelmarin, arus pelancong yang berkunjung ke sana agak ramai . "Aksi demonstrasi di situ membuat lalu lintas menjadi perlahan.

Umat Islam Samarinda, Kalimantan Timur, mengadakan kutipan dana kemanusiaan untuk rakyat Palestin. Menurut Sarwono, ketua aksi, yang juga aktivis PKS Samarinda, dana yang terkumpul akan disalurkan ke Komisi Indonesia untuk Solidaritas Palestin (KISPA), di Jakarta. Sumber : Tempo Indonesia.

Warga Perak berhimpun mengutuk kezaliman Zionis terhadap Palestin

SATU letupan kelihatan ketika peluru berpandu yang dilepaskan pesawat Israel mengenai sasaran di utara Semenanjung Gaza semalam. Lebih 400 penduduk Gaza terkorban dan 1,700 lagi cedera sejak Israel melancarkan serangan udara sejak Sabtu lalu. - Foto AP

IPOH (02/01/2009) : Warga Perak sekali lagi mengadakan perhimpunan aman bagi membantah keganasan dan kezaliman regim zionis Israel menyerang dan membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa.


Bertempat di Masjid Sultan Idris Shah II ataupun lebih dikenali sebagai Masjid Negeri selesai solat Jumaat serta solat hajat, perhimpunan aman yang diterajui oleh Dewan Pemuda Pas Perak ini berjaya mengumpulkan hampir keseluruhan jemaah pada tengahari ini. Apatah lagi setelah jemaah mendengar khutbah tentang kezaliman zionis Israel daripada mimbar masjid yang benar-benar membakar semangat untuk mengutuk dan menyelar tindakan zionis laknatullah itu.

Ucapan yang berapi-api daripada pimpinan mendapat sorakan yang gemuruh daripada hadirin. Antara yang melaungkan kata-kata semangat serta slogan-slogan mengutuk kezaliman ini ialah Ketua Dewan pemuda PAS Perak, Ust. Norazli Musa, Wakil NGO Jamaie, Sdr. Khalilul Rahman, seorang wakil daripada Aman Palestin dan wakil dari Dewan Muslimat PAS, Ustazah Sabariah.

Turut hadir sama bagi menyatakan sokongan terhadap perhimpunan hari ini adalah Menteri Besar Perak, DS Ir Mohammad Nizar dan Timbalan Exco Agama yang juga Adun Titi Serong, YB Drs. Khalil Idham Lim.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Ust Zulkarnain Ibrahim, pungutan derma kilat untuk membantu rakyat Palestin serta membakar bendera Israel sebagai tanda simbolik bantahan terhadap kekejaman rejim zionis itu.Perhimpunan aman ini bersurai sekitar jam 2.35 petang.
saya mengambil artikel ini dari blog ajijoi.blogspot.com.-PA YB

Jet tempur Israel bedil masjid di Gaza

GAZA: Pesawat tempur Israel terus menerus menyerang sasaran pejuang Palestin di Gaza termasuk memusnahkan sebuah masjid dalam serangan hari ke-7 semalam, ketika bantahan terhadap operasi itu semakin meluas di Dunia Islam, yang menyaksikan angka kematian meningkat kepada 422 orang.

Tentera Israel menyerang wilayah yang padat dengan penduduk itu bagi hari ketujuh, dengan melancarkan kira-kira 30 serangan semalaman, mengebom pusat pelancar roket dan bangunan Hamas. BH.

Antara sasaran, sebuah masjid di bandar utara Jabaliya yang didakwa rejim Zionis sebagai pusat keganasan kerana digunakan sebagai tempat menyimpan senjata dan pusat operasi Hamas

Di bandar Ramallah, Tebing Barat, beribu-ribu warga Palestin membanjiri jalan raya dengan remaja yang melempar batu bertembung dengan polis Israel di Baitulmaqdis, berikutan gesaan Hamas agar mereka mengadakan perarakan selepas solat Jumaat.

"Kami akan mengorbankan jiwa dan darah kami demi Gaza," kata penunjuk perasaan berkali-kali, sambil melaungkan slogan pro Hamas dan menggesa anggota pergerakan Islam itu supaya 'menyerang Tel Aviv'.