01 Mac 2012

Tahi Manusia jatuh Dari Kapal Terbang Mengenai Manusia di bawah

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Artie Hughes, warga Amerika menerima nasib malang. Ketika sedang menikmati ketenangan malam bersama dengan isterinya di luar rumahnya yang terletak di wilayah Malverne, New York, Amerika Syarikat , dia menerima kotoran manusia dari langit.

Ketika itu pukul 8.30 malam, pada Khamis (23/2/2012), najis berminyak hitam pekat jatuh ke halaman belakang rumah Artie yang terletak di New York, mengenai baju dan wajahnya. Memang sial.

Pada mulanya dia tidak mengetahui dari mana datangnya cairan hitam itu, namun ketika dia memandang ke atas, dia melihat sebuah pesawat terbang di atas rumahnya. Dia percaya cairan itu merupakan kotoran manusia yang dibuang dari dalam tandas pesawat terbang tersebut.

"Pesawat itu terbang betul-betul di atas kami, kemudian isteri saya mengatakan, ya Tuhan hujan turun, tetapi saya kata, bukan, itu bukan hujan," kata nya seperti dikutip dari Dailymail, Rabu (29/2/2012).

Ternyata bukan Artie sorang yang sial kejatuhan najis manusia, seorang jirannya, Laurence Major Jr, mengaku menerima nasib serupa. Ia mengatakan cairan berbau busuk tersebut, menimpa dirinya juga, teras rumahnya.

Cairan itu, sesudahnya baru diketahui sebagai kotoran manusia. "Polis mengatakan telah berbicara dengan seseorang otoriti bandar atau FAA dan berkata, 'ya, sepertinya ada insiden tandas bocor.' ujar Artie.

Namun Juru cakap FAA belum boleh mengkonfirmasi cairan itu berasal dari pesawat terbang, akan tetapi pihaknya tengah melakukan penyiasatan keatas insiden itu.

Jika kotoran ini terbukti berasal dari pesawat, FAA menurutnya akan meminta mereka untuk memeriksa setiap kebocoran, dan mempastikan pemeliharaan pesawat.

posted by indah.com

ZIONIS TEMPATAN LEBIH BAHAYA DARI ZIONIS DI ISRAEL

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

ramai yg terlepas pandang mengenai asal usul dan juga connection antara nabi muhammad saw dan nabi isa as. kedua-dua nabi ni asal dari nabi ibrahim as. selepas nabi ibrahim, semua nabi yang Allah utuskan adalah berasal dari keturunan nabi ibrahim as. secara ringkasnya, nabi ibrahim mempunyai dua isteri, isteri pertama melahirkan nabi ishak dan isteri kedua melahirkan nabi ismail.

dari nabi ishak dtg lah nabi isa dan dari nabi ismail dtg lah nabi muhammad saw. maknanya, semua adik beradik. saya bersetuju dgn tuan tt bahawa bangsa yahudi bukanlah bangsa yang patut disalahkan. ramai org yahudi yang beragama judaism menentang pembentukan negara israel. menurut mereka, pembentukan negara israel adalah menyalahi agama mereka. dan di palestine, sebelum tahun 1948, mmg org yahudi dan arab palestine telah hidup bersama tanpa apa-apa masalah.

di bandar jaffa umpamanya, telah wujud kerjasama ekonomi antara org2 arab palestine dan org2 yahudi. mereka mengeksport buah oren jaffa. jaffa ialah bandar yg terkemuka dan juga dikenali sebagai bandar yang memberikan kerja kepada org2 egypt dan mediteranean timur. sila tgk dokumentari pasa jaffa orange kalau nak tahu lebih lanjut. bukan bangsa yang patut di salahkan tetapi org yang membawa ideologi yang patut di salahkan. dan ideologi ini di bawa oleh sesiapa yang percaya kepada ideologi ini tak kira bangsa apa pun. kira macam agama jgklah..tak kira bangsa apa pun sebab agama adalah cara hidup.

By Anonymous

Tragis ! Lelaki Ini Terbakar Hidup-hidup Ketika Nyalakan Api Untuk Merokok

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

TRIBUNNEWS.COM - Gary Allen Baning (43) lelaki dari North Carolina, Amerika Syarikat , meninggal dunia secara tragis. Ia secara tidak sengaja membakar dirinya sendiri.

Menurut Polis Havelock, North Carolina, AS, polis menerima telepon gawat darurat sekitar pukul 09.55 waktu setempat, Isnin (27/2/2012). Laporan yang diterima menyebut Gary tak sengaja meminum minyak tanah.

Dilansir AP, Juru cakap Kota Haverlock, Diane Miller, merinci kronologis peristiwa itu. Gary tengah berada di dalam apartmennya bersama seorang teman. Ia menenggak minyak tanah yang ada di dalam sebuah botol, ia mengira itu merupakan minuman.

Setelah meminum seteguk, ia baru mengetahui cairan yang ada di dalam botol tersebut adalah minyak tanah , lalu dia segera memuntahkannya. Tak lama berselang, Gary pergi ke luar apartmen untuk menghisap sebatang rokok, namun ketika ia menyalakan rokoknya, api segera menyambar tubuhnya. Api rupanya menjalar ke organ tubuh Gary yang sebelumnya terguyur minyak tanah yang diminumnya.
Insiden itu sedang disiasat oleh Polis Havelock.

indah/-

Mengapa AirAsia untung, MAS gulung tikar?

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak kerajaan melakukan sesuatu bagi mengelakkan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) terus mengalami kerugian.

Dalam laporan terbaru menunjukkan MAS mencatat kerugian untuk tahun 2011 sebanyak RM2.52 bilion.

“DPPM mempersoalkan mengapa syarikat tersebut mengalami kerugian begitu banyak untuk tahun lepas.

“Apakah ia berpunca dari kelemahan dari segi urus tadbir dan strategi perniagaan yang tidak berkesan?” tanya Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor.

Katanya, keadaan ekonomi global yang tidak berkembang dengan sihat tidak boleh dijadikan alasan mengapa MAS rugi kerana banyak lagi syarikat penerbangan negara serantau mencatat keuntungan yang baik.

Bagi DPPM, ujarnya MAS perlu dipulihkan bagi menyelamatkannya dari terus mengalami kerugian.

Menurutnya lagi, MAS adalah sistem penerbangan utama negara, justeru ia tidak patut dibiarkan gulung tikar.

Katanuya, mungkin pihak pengurusan MAS belajar dengan syarikat penerbangan seperti AirAsia yang terus cemerlang dengan keuntungan.

Beliau menambah, AirAsia yang baru ditubuhkan beberapa tahun lepas dan hanya mempunyai operasi perniagaan yang lebih kecil mampu membina empayar kejayaan mereka.

“Apakah rahsia kejayaan ini sehingga mampu melakar kejayaan bermakna sebaliknya MAS pula menanggung kerugian?” katanya.

Baginya, MAS adalah identiti penerbangan utama negara, kegagalan MAS bererti kegagalan negara dalam melahirkan syarikat penerbangan bertaraf dunia.

Justeru, ujarnya imej negara pula akan jatuh di peringkat antarabangsa kerana gagal mengurus syarikat penerbangannya setanding dengan syarikat penerbangan negara-negara lainnya.

“Tidak ada ertinya kehebatan lapangan terbang negara ini bertaraf dunia dan mendapat pengiktirafan antarabangsa sekiranya syarikat yang menguruskan sistem penerbangan utama negara pula gagal menempatkan kedudukannya,” ujarnya.

Rakyat Malaysia, kata beliau pastinya malu apabila mendengar MAS terus mencatat kerugian buat beberapa tahun lagi dan akhirnya terpaksa menggulung tikar dan menyerah kalah.

“Apakah lagi kebanggaan rakyat Malaysia pada industri penerbangan negara?” soalnya.

Harakah Daily

Surat kepada Israel dedah sikap pura-pura BN

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Pendedahan surat-surat yang ditulis Tun Dr Mahathir Mohammad kepada tiga Perdana Menteri Israel – Yitzhak Rabin, Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak mengesakan kebenaran dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan membuktikan sikap kepura-puraan Dr Mahathir selama ini.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, Mahathir sering tampil dengan imej luaran yang mengambil sikap keras dengan Israel dan memfitnah Anwar sebagai ‘pro-Yahudi’, namun secara senyap-senyap rapat dengan pemimpin Zionis.

“Mahathir pula bertemu dan berhubungan dengan PM-PM Israel dan menegaskan berulang kali keinginannya mengadakan hubungan antara Malaysia dengan Israel. Malah hasrat ini dilahirkan menerusi tulisan tangan di dalam suratnya kepada Yitzhak Rabin.

“Pendedahan ini telah mengesahkan apa yang dikatakan PKR selama ini. Mahathir dan Najib harus menghentikan kepuraan ini,“ katanya.

Sebelum ini kata Saifuddin lagi, Anwar diserang teruk oleh pemimpin dan media Umno-BN apabila disoal akhbar antarabangsa Wall Street Journal berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin.

Ketika itu, Anwar menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.

Sikap berbaik dengan Israel itu juga kata Saifuddin diteruskan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang melantik APCO sebagai perunding kerajaan BN.

Sedangkan ujarnya, antara penasihat APCO adalah Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel.

“Kerajaan Malaysia juga selama ini mengambil sikap berat sebelah di dalam isu Palestin dengan hanya mengiktiraf Fatah, tanpa mengambilkira Hamas yang telah dipilih rakyat Palestin.

“Ini membuktikan kerajaan Umno-BN tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat dan Israel,” tegasnya.

Harakah Daily

Makanan Bergoreng Beri Risiko Lebih Tinggi Wanita Berusia Kena Strok

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

WASHINGTON: Wanita berusia yang makan sejumlah besar kandungan lemak dalam makanan berlemak dan makanan dipanggang menghadapi risiko lebih tingi menghadapi strok berbanding wanita yang mengamalkan diet dengan makanan kandungan lemak rendah, menurut kajian di Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.

Bagaimanapun, penggunaan aspirin boleh mengurangkan risiko-risiko itu, kata penyelidik dari Universiti North Carolina yang melakukan penemuan tersebut yang diterbitkan dalam laporan Tahunan Neurologi.

Data itu berdasarkan kajian terbesar yang dilakukan terhadap wanita menopous dan tabiat makan mereka, melibatkan seramai 87,025 wanita berusia antara 50 sehingga 79 tahun yang mempunyai kesihatan baik ketika melakukan kajian tersebut.

Wanita yang dilaporkan mengamalkan diet dengan makanan kandungan trans-asid lemak yang tinggi atau bersamaan dengan 6.1 gram sehari menunjukkan risiko 39 peratus lebih tinggi menghadapi strok berbanding wanita yang makan 2.2 gram kandungan itu sehari.

Para penyelidik tidak menjumpai mana-mana kaitan antara risiko strok dan berapa jumlah kandungan lemak yang dimakan oleh wanita atau tahap diet kolestrol mereka.

Bagaimanapun, aspirin menunjukkan kandungan itu menggurangkan pengambilan lemak dan risiko penyakit strok yang memberi kesan kepada hampir 800,000 orang di AS, punca keempat keempat di negara itu. - AFP

Rumah Terbalik Pertama Di Malaysia Dengan Mesej Alam Sekitar

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Yee menunjukkan rumah terbalik yang dibinanya di Kampung Bantayan-Telibong di Sabah. Foto ihsan Alexander Yee.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki kelahiran Sabah membelanjakan setengah juta ringgit bagi membina rumah terbalik pertama di Malaysia yang menyampaikan mesej alam sekitar.

Alexander Yee berkata, struktur rumah luar biasa yang terletak di Kampung Bantayan-Telibong, kira-kira 40 kilometer dari bandar itu amat berbaloi.

“Jika kita terus mengeksploitasi sumber semulajadi secara berterusan, lambat laun kita akan melihat dunia ‘terbalik’ (musnah),” kata Yee yang memiliki firma binaan selain mengusahakan rumah penginapan untuk pelancong di taman hidupan liar daerah Kinabatangan di pantai timur Sabah.

Yee menunjukkan rumah yang berkeluasan 140 kaki persegi itu dilengkapi dengan kemudahan lengkap termasuk ruang tamu, bilik mandi, ruang makan dan juga dapur yang mempunyai ciri-ciri tradisional Sabah.

Dia berkata, semuanya diletakkan secara terbalik dan ini termasuk peti sejuk, dapur memasak dan periuk nasi di dapur serta mesin jahit.

Pembinaan rumah terbalik itu mengambil masa hampir enam bulan melibatkan bumbung, dinding dan lantai yang diperkukuhkan dengan hiasan dalaman yang membuatkannya seperti tergantung.
Hiasan dalaman di dalam rumah diletakkan secara terbalik seolah-olah seperti tergantung.

Yee berkata, pengunjung boleh melawat rumah terbalik itu.

Bayaran masuk berharga RM18 bagi orang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berusia sehingga 12 tahun.

Bagi mereka yang mempunyai MyKad boleh mengunjungi rumah terbalik itu dengan bayaran RM10.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai rumah terbaik Yee di laman sosial Facebook yang dibuka untuk rekaan terbaru itu.

mstar/-

Terjun bersama basikal dari jambatan

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

DAM FLINT terjun bersama sebuah basikal dari Jambatan Garry dekat Pitlochry, Scotland kelmarin.

PITLOCHRY, Scotland - Seorang pemuda, Adam Flint terjun dengan menggunakan tali bersama sebuah basikal dari Jambatan Garry dekat sini kelmarin.

Flint, 26, membuat terjunan bagi mempromosikan aktiviti mengayuh basikal di Highland Perthshire.

Dia mengasaskan sebuah pertubuhan sukan bagi mempromosikan sukan mengayuh basikal di kawasan tersebut.

Menurut Flint, dia berasa gementar sebelum membuat terjunan dari ketinggian 40 meter. - Agensi

Lembah Harapan sinar baharu pesakit kusta

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

CALET yang didiami Ah Tong ini memberinya semangat untuk terus hidup dan tinggal di Lembah Harapan.

SEHINGGA pertengahan abad yang lalu, kusta merupakan penyakit yang amat ditakuti dan penghidapnya disisihkan kerana bimbang dijangkiti. Kusta yang juga dikenali sebagai penyakit Hansen merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Mycobacterium leprae. Hansen atau nama sebenarnya G. A. Hansen ialah individu pertama yang menemui bakteria Mycobacterium leprae.

Penyakit kusta dahulunya tidak dapat diubati dan menyebabkan penghidapnya mengalami kecacatan kekal. Stigma sosial terhadap penyakit ini begitu kuat sehinggakan pesakit kusta terpaksa disingkir dan diasingkan di sebuah penempatan kusta yang jauh daripada orang ramai.

Penyakit berjangkit yang kronik itu biasanya memberi kesan kepada kulit dan saraf pesakit dan mempunyai manifestasi klinikal yang luas. Pada masa kini, penyakit kusta mudah dirawat dengan menggunakan pelbagai antibiotik.

Lebih kurang 84 tahun lalu, Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) mewujudkan penempatan kusta di sebuah lembah yang agak terasing di Bukit Lagong Sungai Buloh, Selangor.

Tempat itu dikenali sebagai Lembah Harapan. Ia dibuka di atas tapak seluas 200 hektar selepas wujudnya Enakmen Kusta 1926. Tujuannya adalah untuk mengasingkan pesakit kusta daripada masyarakat sepanjang mereka mendapatkan rawatan di pusat tersebut.

Penempatan kusta

RUTIN harian Ah Tong tetap berjalan seperti biasa meskipun banyak kekurangan pada diri.

Sungai Buloh merupakan pusat penempatan pesakit kusta atau Pusat Kawalan Kusta yang terbesar di tanah jajahan British sejak penubuhannya pada tahun 1926 dan yang kedua besar di dunia.

Penempatan kusta itu juga merupakan satu-satunya penempatan yang mempunyai mata wang sendiri.

Dengan penemuan ubat dan rawatan penyakit itu, pesakit kusta kini tidak lagi perlu terasing daripada masyarakat. Lalu, fungsi pusat rawatan tersebut dinaiktaraf menjadi hospital daerah pada tahun 1971 dengan panggilan Hospital Daerah Sungai Buloh.

Penghuni di Lembah Harapan pada awal penubuhan PKKN mencecah sehingga 2,000 orang. Mengikut statistik PKKN, pada tahun 2002 terdapat 398 pesakit di situ dan angka itu menurun kepada 268 pada tahun 2009.

Pada tahun 2011, jumlah pesakit kusta di wad PKKN hanya seramai 121 orang yang secara puratanya berumur 50 tahun ke atas. Antara kemudahan yang disediakan ialah plot tanah di laman chalet pesakit untuk menjalankan aktiviti pemulihan tanaman benih dan bunga sebagai sumber pendapatan mereka.

Mereka yang masih berada di pusat itu sebenarnya sembuh sepenuhnya daripada penyakit itu dan boleh pulang ke pangkuan keluarga dan masyarakat. Namun, kerana stigma ada yang memilih untuk terus tinggal di pusat tersebut sehingga akhir hayat mereka.

Ah Tong, 75, merupakan antara bekas pesakit kusta yang masih menetap di Lembah Harapan walaupun kebanyakannya sudah meninggalkan tempat itu.

Ah Tong yang berasal dari Ipoh, Perak menghidap penyakit kusta pada tahun 1950-an. Pada usia muda, dia disisih masyarakat yang beranggapan penyakit Ah Tong adalah disebabkan sumpahan.

“Saya dipandang serong oleh masyarakat setempat, paling menyedihkan saya tidak dibenarkan mandi di perigi yang disediakan, sebaliknya saya dipaksa mandi di longkang yang mengandungi bangkai ayam dan kucing,” ceritanya.

AH TONG ceria melihat tanaman buah kedondongnya subur di Lembah Harapan di Bukit Lagong Sungai Buloh.

Ah Tong yang mempunyai dua orang adik-beradik pasrah apabila ibu bapanya menghantar beliau ke Sungai Buloh pada 1960-an untuk mendapatkan rawatan.

Penyakit itu melibatkan kulit dan saraf di mana dalam tempoh itu penghidap akan kehilangan deria rasa. Kemudian kuman kusta akan menyerang bahagian hidung, tangan, belakang dan jari. Kaki kiri Ah Tong terpaksa dipotong dan kedua-dua tangannya cacat.

Pokok kedondong

Setelah disahkan bebas daripada penyakit itu, dia diberi peluang untuk kembali ke pangkuan keluarganya di Perak. Bagaimanapun keindahan Lembah Harapan yang memberikan kehidupan bermakna selama Ah Tong menerima rawatan menyebabkan dia ingin terus tinggal dengan komuniti di situ.

Ah Tong kini berjalan menggunakan tongkat dan kerusi roda yang direkanya sendiri untuk membantunya bergerak akibat kakinya yang kudung.

Kawasan sekitar rumahnya dipenuhi dengan pokok kedondong. Dia menggunakan buah kedondong untuk dijadikan benih dan menjual semula benih buah kedondong itu pada harga RM1 setiap satu. Ah Tong amat bersyukur tinggal di Lembah Harapan kerana merasakan dihargai walaupun menghidap kusta.

“Di sini saya ada tempat tinggal. Elektrik dan air percuma sepanjang saya menginap di sini,” katanya sambil memberitahu sejak pembukaan PKKN pesakit kusta diberi tempat tinggal dan keperluan asas. Mereka juga diberi elaun RM18 sehari atau RM540 sebulan.

Walaupun bekas pesakit kusta seperti Ah Tong mempunyai keazaman mengubah kehidupan dan cuba untuk bergaul dengan masyarakat luar, tidak dinafikan stigma masyarakat terhadap pesakit kusta masih menebal.

Bagi Ah Tong, tanggapan itu menjadi asam garam sepanjang kehidupannya.

“Berilah saya peluang meneruskan kehidupan saya di Lembah Harapan ini sehingga ke akhir hayat,” katanya. – Bernama

Menara komunikasi tertinggi siap dibina

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

TOKYO - Pembinaan menara komunikasi paling tinggi di dunia, Tokyo Sky Tree dengan ketinggian 634 meter di sini siap sepenuhnya semalam.

Pembinaan itu lewat dua bulan ekoran kejadian gempa dan tsunami yang melanda Jepun pada Mac tahun lalu yang menyebabkan kekurangan bahan binaan.

Tokyo Sky Tree turut diiktiraf sebagai bangunan kedua tertinggi dunia selepas Burj Khalifa di Dubai yang setinggi 828 meter.

Ketua-ketua industri pelancongan di negara ini berharap menara setinggi 634 meter itu akan dapat menarik kehadiran ramai pelancong asing.

Bilangan pelancong asing menurun di Jepun selepas bencana tsunami dan krisis nuklear yang berlaku pada tahun lalu.

Pembinaan menara di timur Tokyo itu bermula pada Julai 2008 dan mengikut jadual asal ia sepatutnya siap dibina pada Disember tahun lalu.

Tokyo Sky Tree turut mengatasi Menara Canton di Guangzhou, China yang setinggi 600 meter dan Menara CN setinggi 553 meter di pusat bandar Toronto, Kanada.

Seramai 580,000 pekerja terlibat dalam pembinaan menara itu yang menelan belanja AS$806 juta (RM2.4 bilion). - AFP

Treler angkut batu gergasi

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SEBUAH bongkah batu gergasi (dalam bulatan) seberat 340 tan berada di atas sebuah treler di Lembah Jurupa, California kelmarin.

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Selepas persediaan selama beberapa bulan, sebuah bongkah batu gergasi memulakan perjalanan sejauh 169 kilometer menuju ke Muzium Seni Daerah Los Angeles di sini.

Batu granit seberat 340 tan itu yang dipilih oleh pengukir terkenal AS, Michael Heizer sebagai bahan pamerannya, meninggalkan sebuah kuari di Riverside dekat sini lewat kelmarin.

Batu berkenaan yang setinggi bangunan dua tingkat dan berbentuk seperti titisan air mata, diangkut di atas sebuah treler sepanjang sebuah padang bola sepak.

Kenderaan itu dibina khas bagi membawa beban sekurang-kurangnya 450,000 kilogram.

Ia dijana enjin berkapasiti sehingga 650 kuasa kuda.

Sekitar 60 orang diperlukan untuk memastikan perjalanan treler berkenaan lancar terutamanya ketika kenderaan tersebut melalui selekoh sebelum ia dijadualkan tiba di destinasinya pada 10 Mac ini dalam perjalanan yang mengambil masa selama 11 hari.

"Orang ramai datang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada bongkah batu tersebut," kata jurucakap muzium berkenaan, Miranda Carroll.

Heizer menemui bongkah batu gergasi itu enam tahun lalu dan akan menjadikan ia subjek untuk pameran terbaharunya, Levitated Mass.

Beliau merancang meletakkan bongkah batu tersebut di atas sebuah parit sepanjang 139 meter.

Para pengunjung akan dapat melihat ia kelihatan seperti terapung di udara. - Agensi

Polis rasuah RM200 didenda RM30,000

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

IPOH – Bekas anggota polis dari Balai Polis Trong, Konstabel Rozaidi Mohd Nordin, 27, dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan denda RM30,000 selepas didapati bersalah atas tiga tuduhan meminta dan menerima rasuah bernilai RM300 dan RM200, empat tahun lalu.

Tertuduh juga bakal menghadapi hukuman penjara tambahan selama enam bulan setelah gagal menjelaskan denda tersebut, semalam.

Bagaimanapun, tertuduh hanya dikenakan penjara enam bulan setelah Hakim Julie Lack Abdullah memerintahkan ketiga-tiga pertuduhan itu dijalankan serentak di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Dalam semua tuduhan yang dihadapi, bapa kepada dua anak itu meminta dan menerima suapan daripada individu sama iaitu pemandu teksi, Hamdan Din yang disyaki membawa dua pendatang tanpa izin (Pati) warganegara Indonesia.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh meminta suapan berjumlah RM300 sebagai dorongan tidak men gambil tindakan terhadap Hamdan di sebuah ladang kelapa sawit, Jalan Sungai Limau, Trong pada jam 12.50 tengah hari, 7 September 2008.

Tertuduh juga memperoleh rasuah berjumlah RM100 dari individu berkenaan pada lokasi, tarikh dan masa yang sama untuk pertuduhan kedua.

Berdasarkan pertuduhan ketiga, Rozaidi juga memperoleh rasuah berjumlah RM100 dari individu sama di Surau Khairiah, Batu 10, Trong pada jam 4 petang, 8 September 2008.

Tertuduh yang telah berkhidmat selama lima tahun dalam pasukan polis melakukan di bawah Seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 bagi pertuduhan pertama dan Seksyen 11(a) akta yang sama bagi pertuduhan kedua dan ketiga.

Semua hukuman dijatuhkan menerusi Seksyen 16 akta sama yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000.

Pada masa sama, Julie Lack juga membenarkan permohonan tertuduh menerusi peguamnya, Ahmad Zuhari Ahmad Zubair menangguhkan perlaksanaan hukuman penjara dengan syarat rayuan berkenaan difailkan hari ini sebelum jam 4 petang.

Sinar Harian

Berang sikap pemandu lori

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

TASEK – Penduduk di sini, kecewa terhadap sikap pemandu dan pengusaha lori yang tidak mementingkan keselamatan penduduk terutamanya kanak-kanak sekolah ketika melalui Jalan Tasek.

Sikap pemandu lori yang membawa muatan lebih dan memandu terlebih awal sebelum waktu persekolahan bermula menyebabkan keselamatan murid terancam.

Penduduk yang mahu dikenali sebagai Azman, 37, berkata, tindakan pemandu lori yang memandu lebih awal sebelum waktu persekolahan bermula mengecewakan penduduk.

“Pemandu lori seharusnya memandu pada jam 8 pagi selepas semua murid berada di kawasan sekolah.

“Ini adalah bagi melancarkan perjalanan pelajar ke sekolah dan sekali gus mengelak perkara yang tidak diingini seperti kemalangan ,”katanya.

Menurutnya, masalah terbabit menjadi serius apabila pemandu turut membawa muatan lebih.

“Sikap tanggungjawab dan bertimbang rasa terhadap penduduk dan pengguna jalan harus dititikberatkan,” katanya.

Katanya, beberapa hari lalu pihak berkuasa melakukan operasi terhadap masalah muatan berlebihan ini, namun pemandu lori mengambil langkah mudah untuk mengelak diri mereka daripada dikenakan tindakan.

“Pemandu yang tidak bertanggungjawab membuang tanah di atas permukaan jalan sambil memandu.

“Meskipun pengusaha lori meletakkan pengawal untuk menjaga lalu lintas di Jalan Tasek ini, namun semuanya tidak membuahkan hasil.

“Papan tanda peraturan larangan terhadap operasi lori tanah harus dibina seperti di kawasan Sungai Kechil agar tindakan dapat dilaksanakan segera, kerana nyawa pengguna kian terancam,” katanya.

Dalam pada itu, Sinar Harian turut mendapatkan maklum balas daripada Pengerusi Persatuan Pemandu Lori Wilayah Utara, Anuar Ilias.

Menurutnya, pihaknya turut mendapat aduan penduduk berhubung masalah terbabit dan bagaimanapun, dia mewakili pemandu lori lain tidak mampu menyelesaikan masalah itu disebabkan ia adalah arahan pengusaha.

“Pemandu lori hanya pekerja bawahan dan pengusaha mengeluarkan arahan supaya membawa muatan dan menghantarnya ke tapak projek pada awal pagi.

“Jika ingkar, gaji pemandu lori akan terjejas dan bagi menyelesaikan masalah ini, saya mencadangkan agar pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya agar masalah itu dapat diatasi dan menyenangkan semua pihak,” katanya.

Sinar Harian

Bersih: Mohamad Sabu, 16 lagi diarah bela diri

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan 17 orang termasuk Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Parlimen Padang serai, N. Gobalakrishnan membela diri terhadap pertuduhan terlibat dalam perhimpunan Bersih pada 2007.

Hakim Datuk Ghazali Cha mendapati terdapat kes prima facie terhadap mereka setelah meneliti hujah rayuan yang dikemukakan pihak pendakwa di Mahkamah Sesyen pada 19 November 2010.

Mereka diperintah membela diri di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Datuk Jagjit Singh Bant Singh pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian dan menaikkan ikat jamin daripada RM2,000 kepada RM5,000 setiap seorang.

Menurut Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi yang turut berada di mahkamah hari ini, sekretariat Bersih 2.0 dengan bantuan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedang menyediakan wang ikat jamin untuk setiap orang kena tuduh (OKT).

"Kesemua OKT perlu menjelaskan ikat jamin hari ini, kalau gagal mereka akan diperintah masuk lokap," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Bagaimanapun, seorang daripada OKT telah meninggal dunia tahun lalu manakala seorang lagi sakit dan tidak dapat hadir.

Mohamad Sabu, 57, dan Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 39, menghadapi dua pertuduhan iaitu tuduhan utama dan tuduhan pilihan.

Bagi tuduhan utama, mereka didakwa bersama-sama sebagai anggota perhimpunan yang menyalahi undang-undang dan boleh membawa kepada kemudaratan awam.

Bagi tuduhan pilihan, mereka didakwa bersama-sama mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut dan didakwa mengikut Seksyen 27 (5)(a) Akta Polis 1967 yang membawa hukuman denda sehingga RM10,000 dan penjara tidak melebihi setahun, jika sabit kesalahan.

Mohamad Sabu dan Tian Chua didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Istana Baru di sini pada 3.05 petang 10 November 2007.

Harakah Daily

Memaafkan Lebih Membahagiakan Daripada Membenci

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Disaat dalam kesendirian dan kesepian begitu berat beban hidup ini ketika kita disakiti atau didzalimi justru oleh orang yang kita sayangi atau orang lain, mengadu kepada Allah dengan tanpa disadari air mata itu mengalir membasahi pipi, tak kuasa untuk dibendungnya karena perih dihati,

'Ya Allah, bagaimana caranya menyembuhkan luka hati ini?' Ujian, cobaan tak kuasa untuk dipikulnya sendiri. Suatu yang mustahil untuk mengubah apa yang sudah terjadi karena luka itu teramat perih. Marah,dendam dan kecewa campur aduk,

'kamulah penyebab aku menderita begini!' Aku akan hancurkan kamu!' jika kita telah tersakiti begitu hebatnya kemarahan, hati menjadi mudah terkotori dengan nafsu membalas dendam dan ingin kembali menyakiti perbuatan orang yang telah menyakiti hati.

Kebahagiaan atau penderitaan tidak perlu mencari siapa yang bersalah, atau yang menyebabkan hidup anda menderita. Anda harus mampu memaafkan orang lain yang telah menyakiti hati anda. Mohonlah ampunan kepada Allah untuknya. Sebenarnya anda termasuk orang yang diberikan rahmat oleh Allah. Jika anda disakiti berarti anda sedang teraniaya. Orang yang teraniaya adalah orang yang sedang diuji sekaligus diberikan kemudahan oleh Allah.

Allah memberikan dua pilihan membalas perbuatannya atau memaafkan. Jika anda tidak membalas tetapi bersabar & memaafkan orang yang telah menyakiti anda maka Allah akan memberikan ampunan dosa-dosa anda dan Allah menganugerahkan kepada anda kehidupan yang lebih sehat,

indah dan membahagiakan bagi anda. "Dan bagi orang-orang yang apabila mereka diperlakukan dengan dzalim mereka membela diri. Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barangsiapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas Allah." (QS. Asy-Syuura' 39).

posted by :agussyafii

http://agussyafii.blogspot.

Umno perlu perjelas dagangan M’sia-Israel

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 1 Mac: PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) melahirkan rasa terkejut dengan pendedahan suatu maklumat di Harakahdaily pada hari ini yang mendakwa bahawa Malaysia telah berdagang dengan negara haram Israel sejak tahun 2001 lagi ataupun lebih awal dari itu.

Ketua Penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, maklumat yang dikutip dari Data Statistik Perdagangan Komoditi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menunjukkan, pada tahun 2001 sahaja, Malaysia telah mengimport USD615.924 juta (RM1,847 juta) barangan Israel.

Pada tahun itu, Malaysia telah mengeksport USD26.553 juta (RM79.65 juta) barangannya ke negara haram itu.

Pada tahun 2010, Malaysia mengimport USD798.069 juta (RM2,394 juta) barangan Israel berbanding USD85.129 juta (RM255.38 juta) barangan yang dieksport Malaysia ke Israel.

Malaysia pula dicatatkan menjadi negara ke 18 di dunia yang menerima barangan eksport dari Israel dengan Amerika menjadi negara paling banyak menerima barangan dari negara haram itu.

Dengan kedudukan ke 18, nilai eksport Israel ke Malaysia jauh lebih tinggi berbanding Cyprus yang berrada di kedudukan ke-19, Kanada (20), Taiwan (21), Japan (22), Australia (23), Singapura (24) dan Thailand (25).

“PAS WP berpandangan, kedudukan ini menunjukkan bahawa Malaysia benar-benar serius mengadakan hubungan dengan Israel.

“Dengan fakta yang dikemukakan ini, apakah alasan lain yang boleh diberikan oleh pemimpin Umno bagi menafikan maklumat ini,” ujarnya kepada Harakahdaily.

PAS WP, ujarnya merasa sedih kerana pemimpin Umno tidak menjaga sensitiviti umat Islam dunia dan negara ini.

Beliau berkata, dalam keadaan umat Islam seluruh dunia bangkit menyatakan kemarahan terhadap rejim Zionis yang zalim dan kejam itu, Malaysia pula tanpa segan silu mengadakan hubungan langsung dengan Israel.

“Soalnya, apakah pemimpin Umno menyedari perkara ini, atau pura-pura tidak sedar?

“Tidakkah mereka berfikir, wang yang dilaburkan hasil perniagaan tersebut boleh digunakan oleh Israel untuk membeli peluru buat membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa?

“Ke mana perginya suara Menteri di Jabatan Perdana Menteri selaku penasihat agama kepada Perdana Menteri, bersama ulama-ulama di dalam Umno untuk menasihati Perdana Menteri agar tidak berhubungan dengan Israel?” soalnya.

Katanya, apa yang dikesalkan adalah, pemimpin Umno BN selama ini menuduh Pakatan Rakyat dan pemimpinnya sebagai ejen Israel.

Menurutnya lagi, mereka mempolitikkan isu Israel dan Palestin dengan membesar-besarkan isu itu di khalayak, seolah-olah mereka adalah pejuang sebenar rakyat Palestin, manakala pemimpin Pakatan Rakyat pula bersekongkol dengan rejim itu.

“Apa yang berlaku menunjukkan sebenarnya pemimpin Umno adalah hipokrit, di depan rakyat ‘marah bukan main’ dengan rejim itu, di belakang pula bersalaman dan adakan hubungan langsung,” ujarnya.

Justeru itu, katanya PAS WP merasakan Umno tidak layak melaungkan perjuangan rakyat Palestin.

“PAS WP juga merasa yakin umat Islam di negara ini pasti tidak boleh menerima hakikat bahawa Malaysia sudah menjalin hubungan dengan Israel sejak sekian lama dan menolak pemimpin umat Islam seperti ini,” katanya lagi.

Harakah Daily

Tertuduh naik angin kejar wartawan

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

AYER KEROH - Seorang lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini naik angin, sebelum bertindak mengejar seorang wartawan wanita selepas dia menyedari wajahnya dirakamkan media.

Tertuduh, Muhammad Nurisham Gan Abdullah, 55, yang didakwa atas kesalahan mengedar dadah turut menengking seorang jurukamera televisyen semasa keluar dari mahkamah.

“No photographer, I am not guilty yet... (Jangan ada jurufoto, saya belum bersalah lagi),” katanya dengan suara lantang.

Tertuduh didakwa menge­dar seberat 22.5 gram dadah jenis Heroin di sebuah rumah di Jalan Johor, Semabok, kira-kira 11.50 pagi, 2 Februari lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Da­-dah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama serta dibaca di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Shazwani Ishak ketika pendakwaan memohon mahkamah memberikan tarikh sebutan semula kes bagi mengetahui berat sebenar dadah sebelum dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.

Majistret Syajaratudur Abd Rahman kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 2 April depan tanpa membenarkan tertuduh diikat jamin kerana kes mambabitkan hukuman mati mandatori.

Sinar Harian

Dua pelajar direman

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA KUBU BHARU – Dua pelajar perempuan daripada sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang remaja dibakar hidup-hidup di Kampung Sepakat dekat Bukit Tagar, 26 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, kedua-dua wanita terbabit di tahan di rumah sewa mereka di Shah Alam jam 3 petang kelmarin.

“Kita telah menahan dua pelajar wanita terbabit dan mereman mereka selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Bagaimanapun, Norel tidak mendedahkan nama kedua-dua saksi terbabit dan menegaskan siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Pada 26 Februari lalu, sebuah keluarga India di Kampung Sepakat dekat sini dikejutkan dengan kedatangan seorang remaja dikenali sebagai Mohd Syahirudin Mohd Shauki, 19, dalam keadaan 80 peratus badannya melecur dan terbakar yang meminta pertolongan.

Saksi, T Vadamalai, 56, yang ditemui di rumahnya di Lot 288 kampung terbabit segera memberikan pertolongan dan menghubungi ambulan sebelum remaja itu dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan.

Menurut Vadamalai, remaja terbabit mengadu telah dipukul dan disimbah petrol sebelum dibakar berdekatan kawasan itu.

Polis turut menemui cebisan pakaian mangsa di tengah-tengah pembahagi jalan kira-kira 400 meter dari Plaza Tol Bukit Tagar namun sehingga kini masih berusaha mengesan lokasi sebenar mangsa dibakar.

Sinar Harian

Hilang lepas putus cinta

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SERI KEMBANGAN – “Saya nampak roh anak berjalan-jalan di depan pagar rumah dan kemudian hilang sekelip mata apabila cuba memanggilnya namanya. Sejak hilang 19 hari lalu, saya tidak tahu sama ada anak saya masih hidup atau sebaliknya,” kata Moon Nyok Lin, 50 yang mendakwa anaknya Chong Chee Kien, 29, hilang tanpa dapat dikesan dan hanya meninggalkan sebuah diari pada 10 Februari lalu.

Nyok Lin berkata, kedukaan ditanggung berdepan dengan anak lelakinya yang pernah tiga kali cuba membunuh diri terus berpanjangan apabila anak sulungnya itu tidak pulang ke rumah.

“Anak saya pernah memberitahu sudah kecewa dalam kehidupan kerana enam kali putus cinta. Perkara itu terbongkar apabila saya membaca diari yang ditinggalkan di atas meja bilik tidurnya.

“Saya bimbang kerana dia pernah cuba membunuh diri disebabkan masalah cinta. Apa yang membuatkan saya risau adalah sama ada anak itu masih hidup atau mati,” katanya.

Menurutnya, kali terakhir anaknya dilihat keluar rumah memakai jaket berwarna coklat cair, berseluar jeans dan memakai baju-T berwarna jingga.

“Saya tiada di rumah ketika dia keluar dari rumah dan dipercayai anak sulung saya itu menunggang motosikal jenis Yamaha berwarna merah putih dengan nombor pendaftaran WLL1854.

“Hanya jiran yang nampak dia keluar tanpa membawa beg pakaian. Dia tidak memaklumkan kepada mana-mana ahli keluarga tempat ditujunya dan masih gagal dihubungi sehingga kini,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan 11 Februari lalu.

Nyok Lin berkata, anaknya yang pernah dirawat di Hospital Serdang kerana masalah mental itu tidak bekerja sejak 2006 selepas putus cinta pada kali pertama.

“Selepas putus cinta, perangai anak saya memang berubah dan dia malas bekerja. Rutin hariannya hanya menonton televisyen dan melayari Internet.

“Saya yang menanggung makan minumnya selain adiknya ada memberinya wang saku untuk berbelanja,” katanya me­mak­lumkan bimbang anaknya membunuh diri kerana perkara itu pernah dinyatakan anaknya di dalam diari yang mengatakan mahu membunuh diri di sebuah rumah kosong.

Menurutnya, walau apa pun terjadi sama ada hidup atau mati, dia memohon mereka yang terserempak dengan anaknya supaya dapat menghubungi pihaknya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah yang menerima aduan daripada ibu mangsa berkata, orang ramai yang menemui pemuda itu diminta menghubungi Pejabat Komuniti Serdang di talian 03-89426381.

Sinar Harian

Rumah kosong port strategik

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SABAK FERI - Penduduk di Kampung Sabak Feri, di sini, bimbang dua rumah kosong berhampiran tangki air Perbadanan Air Pahang (Paip) dijadikan sebagai sarang penagihan dadah jika ia dibiarkan tanpa pengawasan.

Ketua Umno Cawangan Sabak Feri, Bhakhira Awang Zakaria berkata, sebuah rumah kosong dua tingkat dan sebuah lagi rumah dipercayai bekas pejabat itu sudah lama dibiarkan kosong sejak lebih dua tahun lalu.

Menurutnya, lokasi rumah tinggal itu yang terletak jauh ke dalam dan jauh dari rumah penduduk serta ditutupi semak disifatkan sebagai ‘kawasan strategik’ untuk melakukan aktiviti tidak bermoral.

“Dua rumah kosong yang sudah terbiar lama ini seharusnya dipantau pihak berkuasa kerana kita khuatir tempat ini berpotensi menjadi sarang penagih,” katanya kepada Sinar Harian.

Bhakhira mengakui pernah terserempak dengan ­beberapa lelaki di ­rumah kosong itu dalam ­ke­adaan mencurigakan ketika dia keluar dari hutan ber­hampiran selepas mencari ulam-ulaman.

“Saya pernah terserempak dengan kelibat beberapa lelaki yang tidak dikenali keluar dari rumah berkenaan tergesa-gesa dan saya percaya mungkin ada sesuatu yang mereka lakukan di situ,” katanya.

Beliau berkata, polis perlu menjalankan intipan dan pengawasan lebih kerap bagi memastikan kawasan rumah tinggal itu bebas daripada sarang penagihan dadah serta perlakuan tidak bermoral lain.

Katanya, rumah kosong itu sebelum ini pernah menjadi sasaran pencuri yang mencuri pintu, cermin tingkap, siling, mangkuk tandas dan barangan lain.

“Barangan yang bernilai kebanyakannya sudah dikebas mereka yang tidak bertanggungjawab hingga menyebabkan persekitaran tidak terurus dan rumah mengalami kerosakan teruk,” katanya.

Beliau berharap pihak berwajib dapat mengenal pasti status sebenar rumah kosong itu dan mengambil langkah terbaik bagi memastikan ­kawasan berkenaan tidak dicemari dengan kegiatan tidak bermoral.

“Saya berharap masalah ini dapat dibendung dengan segera kerana kita bimbang akan berlakunya peningkatan kes sosial anak muda terutama mereka yang terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah,” katanya.

Sinar Harian

Umno bukan lagi pejuang Melayu – bekas PPM

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU, 1 Mac: Akibat terlalu banyak dakwaan berlaku penyelewengan membabitkan kepimpinan Umno di Kubang Kerian, seorang pemimpin di peringkat cawangan tekad mahu meninggal parti tersebut.

Mat Riduan Abd Kadir,48, bekas Penyelia Pembangunan Mukim (PPM) Dun Demit (kini dikenali sebagai JKKKP) tidak mahu bersekongkol lagi dengan parti tersebut.

“Umno kini sudah lari dari perjuangan asal dan bukan lagi membela umat Melayu dan agama Islam. Kini saya sudah sedar.

“Banyak kepincangan terutamanya amanah sebagai seorang pemimpin parti. Saya mengambil langkah untuk keluar Umno dan akan bersama PAS demi memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu,” katanya ketika ditemui malam tadi.

Sebelum itu beliau diraikan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Timbalan Yang Dipertua PAS Kubang Kerian, Abdul Rahman Yunus pada pertemuan.

Mat Riduan bertugas sebagai PPM sejak 2004 sehingga tahun lepas mempunyai hubungan rapat dengan Ketua Bahagian Umno Kubang Kerian, Datuk Mohd Fauzi Ismail.

Beliau mendakwa banyak projek kerajaan pusat yang dilaksanakan di Kubang Kerian disyaki berlaku penyelewengan.

“Banyak nilai projek tidak sepadan dengan kerja-kerja dibuat. Saya syaki ada unsur-unsur penyelewengan dalam peruntukan projek dilulus kerajaan pusat,” ujar beliau.

(Tunggu pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)

Harakah Daily

Bekas Adun BN akan dedah tembelang Najib

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (gambar) berkata, beliau sedia mendedahkan tembelang sebenar sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mentadbir negara.

Menurutnya, pendedahan tentang Najib yang menguasai perlimen Pekan sejak Allahyarham bapanya Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia itu akan dibuat dalam satu ceramahnya bersama Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu pada 15 Mac ini di Pekan, Pahang.

Mohd Ariff berkata demikian ketika ditemui dalam sesi Cakap-cakap Bersama Harakah di Pejabat Editorial Harakah dekat sini baru-baru ini.

Mohd Ariff yang juga bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan berkata, beliau sangat mengenali Najib dan peribadi Perdana Menteri itu dalam berpolitik serta pentadbiran.

Ini kerana beliau pernah menjadi orang penting Umno selaku Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan dalam mengembalikan sokongan ke atas Najib selepas hampir tewas pada Pilihan Raya Umum ke-10 (tahun 1999).

Mohd Ariff yang terkenal dengan blog Sakmongkol berkata, Najib bukanlah seorang yang tegas dalam kepimpinannya, sebaliknya hanya menggunakan taktik 'membayar' untuk mendapatkan sokongan.

Beliau yang sangat Ariff dengan sikap politik Najib berkata, Perdana Menteri itu hanya mahu dengar yang 'indah-indah sahaja'.

Ia termasuklah apa yang berlaku di Pekan semasa hampir tewas di tangan PAS pada pilihan raya umum ke-10 tahun 1999, katanya.

"Saya ada sebutkan dalam blog saya, penerima subsidi terbesar di Malaysia ini ialah Najib, kerana beliau dapat Parlimen Pekan kerana subsidi daripada kawasan Allahrayham Tun Razak, jadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) sebab baba saudaranya Perdana Menteri, dia jadi Naib ketau Pemida Umno sebab dia ikut Dato' Seri Anwar Ibrahim,

"Dia (Najib) tidak pernah berlawan, gaya dan kepimpinan itu dia tidak ada, dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin sendiri mengakui bahawa keburukan Najib ini tidak tahu mentadboir negara ini dan hilang punca,

"Najib ini tiada wawasan, dia ini mentadbir dan urus negara macam urus Umno Bahagian Pekan, dia baik dengan sana-sini bukannya untuk menyatukan, dia ini juga tidak berani, dia ini macam lalang," ujarnya lagi.

(Laporan penuh pendedahan Arif Sabri dalam Harakah cetak)

Harakah Daily

Hubungan dagang Malaysia-Israel sejak 2001

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD]

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Malaysia telah berdagang dengan negara haram Israel sejak tahun 2001 lagi ataupun lebih awal dari itu.

Menurut Data Statistik Perdagangan Komoditi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, pada tahun 2001 sahaja, Malaysia telah mengimport USD615.924 juta (RM1,847 juta) barangan Israel.

Pada tahun itu, Malaysia telah mengeksport USD26.553 juta (RM79.65 juta) barangannya ke negara haram itu.

Sejak itu, perdagangan antara Malaysia dengan Israel sentiasa saja meningkat dari tahun ke tahun.

Pada tahun 2010, Malaysia mengimport USD798.069 juta (RM2,394 juta) barangan Israel berbanding USD85.129 juta (RM255.38 juta) barangan yang dieksport Malaysia ke Israel.



(Data hubungan dagang antara Israel dan Malaysia yang dikeluarkan oleh salah satu badan di bawah PBB)

Menurut database itu juga, Malaysia adalah negara ke 18 di dunia yang menerima barangan eksport dari Israel dengan Amerika menjadi negara paling banyak menerima barangan dari negara haram itu.

Dengan kedudukan ke 18, nilai eksport Israel ke Malaysia jauh lebih tinggi berbanding Cyprus yang berrada di kedudukan ke-19, Kanada (20), Taiwan (21), Japan (22), Australia (23), Singapura (24) dan Thailand (25).

Antara barangan eksport utama Israel ke Malaysia adalah barangan elektrik dan peralatan elektronik yang bernilai USD777.940 juta (RM2,333.82 juta) pada tahun 2010.

Selain itu, Malaysia juga mengimport mesin, reaktor nuklear dan pemanas (USD4.66 juta), baja (USD3.6 juta) dan bahan kimia organik (USD2.998 juta).

Turut diimport dari Israel adalah permata, bahan kimia bukan organik, pelastik, aluminium, sayuran dan buah-buahan, optical dan bahan edible, sabun, minyak pelincir, kacang, minyak bijian, wangian dan lain-lain lagi.

Harakah Daily

Pemimpin utama PAS Islam dan soleh - Nik Aziz

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengulangi penegasannya bahawa sesiapa sahaja yang beragama Islam yang soleh boleh memimpin parti itu.

Katanya, persoalan bangsa sama ada Melayu atau sebaliknya tidak menjadi persoalan selagi mereka adalah "muslim yang soleh".

"Saya ingin mengulangi penegasan saya bahawa sesiapa sahaja yang merupakan muslim yang soleh boleh memimpin PAS sekalipun bukan berbangsa Melayu kerana bangsa tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi Allah SWT, " katanya melalui laman sosial Facebook hari ini.

Menurutnya, tiada guna sekalipun pemimpin itu Melayu, jika jahil tentang undang-undang Islam itu sendiri.

Tanpa menamakan sesiapa, Tuan Guru Nik Aziz juga turut merujuk kepada bekas seorang pemimpin Melayu negara yang disifatkannya masih meraba-raba.

"Untuk apa berbangsa Melayu jika masih mengeluarkan kenyataan yang mencerminkan kejahilan terhadap undang-undang Allah SWT?

"Saya simpati dengan salah seorang bekas pemimpin negara yang rupanya masih meraba-raba," katanya dalam nada menyindir.

Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan itu dipercayai sebagai respon terhadap kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir dalam kennyataannya semalam mencabar PAS melantik Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai Presiden PAS.

“Dulu PAS kata kita kerjasama dengan kafir. Setakat mana pemimpin bukan Islam dalam PAS?

"Sepatutnya, Lim Kit Siang menjadi Presiden PAS kerana beliau rakyat Malaysia yang mengutamakan Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada pandangan AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad kelmarin, bahawa PAS bersedia menerima bukan Islam sebagai pemimpin barisan kedua parti sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti yang dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Namun kata Dr. Dzulkefly, perkara itu tidak timbul sekarang ini, dan jika sekalipun akan dilaksanakan, perkara itu perlu diputuskan dalam muktamar parti.

Harakah Daily

MP Sabak Bernam dipenjara 6 tahun, denda RM400,000

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 1 Mac: Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri (depan) dan pembantunya, Rosli Busro, 44, dijatuhi hukuman enam tahun penjara dan denda RM400,000 atau 1 tahun penjara bagi setiap pertuduhan.

Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaraya berjaya mengemukakan bukti tanpa menimbulkan keraguan serta mengambil rayuan dari pihak pembela.

Abdul Rahman Bakri didapati bersalah kerana membuat lapan tuntutan palsu berjumlah RM80,000.

Sementera itu, pembantu khasnya, Rosli Busro yang juga didapati bersalah atas tuduhan yang sama dijatuhkan hukuman.

Hakim memerintah kesemua hukuman penjara dijalankan serentak manakala denda sebanyak RM400 ribu dikenakan bagi semua tuduhan atau 8 tahun penjara jika gagal membayar denda tersebut.

Namun, Mahkamah menangguhkan hukuman tersebut dengan ikat jamin sebanyak RM50 ribu kepada Abdul Rahman, manakala pembantu khasnya sebanyak RM30 ribu sementara menunggu kes tersebut dibawa ke Mahkamah Rayuan.

Semalam, di mahkamah yang sama hakim telah membuat keputusan mendapati kedua-duanya bersalah terhadap tuduhan tersebut, namun atas rayuan pihak peguam bela keputusan menjatuhkan hukuman ditunda ke hari ini.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Tertuduh didapati membuat tuntutan palsu sebanyak RM10,000 setiap satu di antara 21 Januari dan 4 Februari 2008 ketika menjadi Adun Sungai Ayer Tawar.

Pendakwaan dikendalikan oleh Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa manakala peguam Kamarul Hisham Kamaruddin mewakili Abdul Rahman.

Sementara itu, mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakan jika beliau disabitkan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan beliau tidak mendapat pengampunan.

Harakah Daily

Undang-undang terhadap propaganda gay dilulus

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

ST. PETERSBURG, RUSIA 1 Mac - Penggubal undang-undang St. Petersburg, bandar kedua terbesar di negara ini, semalam meluluskan peraturan yang mengenakan saman di atas kesalahan menyebarkan `propaganda’ gay di kalangan golongan bawah umur.

Ia masih memerlukan kelulusan Gabenor bandar tersebut sebelum ia dijangka dikuatkuasakan dalam beberapa minggu lalu.

Peraturan itu akan mengenakan saman sehingga 5,000 rouble (RM527) ke atas individu dan 500,000 rouble (RM52,700) ke atas syarikat menyebarkan `propaganda’ yang boleh merosakkan kesihatan, moral dan rohani mereka yang dibawah umur.

Seorang pengkritik undang-undang berkata, kelulusan rang undang-undang itu boleh digunakan untuk menyekat komuniti homoseksual. - REUTERS

Selangor cetak semula borang rumah mampu milik

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Borang pendaftaran untuk membeli Rumah Mampu Milik (RMM) Negeri Selangor telah dicetak semula, kata Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan negeri Iskandar A. Samad (gambar).

Katanya, borang-borang boleh diperolehi dari Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) di Tingkat 5, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40503 Shah Alam.

Beliau memberitahu, borang-borang tersebut mulai dijual pada bulan Jun tahun lepas apabila Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melancarkan RMM mereka di Bandar Baru Bangi.

“Walau bagaimanapun kesemua 2,700 borang bagi cetakan pertama telah habis dijual dan memerlukan cetakan kedua,” ujarnya lagi.

Jelasnya, setiap borang telah dijual dengan harga RM5 yang termasuk kos memproses.

Katanya, untuk projek RMM PKNS di Bangi, sebanyak 640 permohonan telah diterima untuk 124 unit yang dibina.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini menambah, nama-nama mereka yang terpilih untuk membeli RMM itu telah dipamerkan di dalam laman web LPHS selama 2 minggu mulai 16 Disember lepas.

“Tetapi dengan pengumuman bahawa 136 unit RMM akan disiapkan oleh sebuah pemaju swasta di Sg. Long, Kajang pada bulan September ini maka adalah dijangka lebih ramai yang akan mendapatkan borang ini,” ujarnya yang juga Adun Chempaka.

Katanya, mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi LPHS di talian 03-5544 7078.

Harakah Daily

Kerugian MAS kerana pengurusan tidak pro

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Kerugian mengejutkan sebanyak RM2.52 bilion yang dialami oleh syarikat penerbangan kebangsaan Malaysia Airlines (MAS) untuk tahun 2011 adalah peringatan jelas bahawa salah urus dan model bisnes yang gagal telah mengakibatkan krisis dalam syarikat penerbangan yang pernah menjadi kebanggaan ramai apabila simpanan tunainya juga sudah hampir kehausan.

Sebenarnya, MAS sudah pun mula menjunam sejak pemergian Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala pada tahun 2009, apabila keuntungan bersihnya telah merudum dari tahun ke tahun.

Keuntungan RM490 juta pada tahun 2009 telah diikuti oleh keuntungan RM234 juta pada 2010 dan kemudiannya kerugian sebanyak RM2.52 bilion untuk tahun 2011.

Kerugian yang dialami ini jauh berbeza dengan prestasi beberapa tahun lalu apabila Datuk Seri Idris Jala telah dilantik untuk memulihkan MAS sebagai CEO.

Beliau dilantik pada tahun 2005 dan telah berjaya mencatatkan keuntungan RM850 juta pada tahun 2007 berbanding dengan kerugian RM1.3 bilion hanya 2 tahun sebelum itu.

Idris telah memulihkan MAS tetapi semua usahanya sudah sia-sia sekarang. Adakah kita memerlukan Datuk Seri Idris Jala untuk kembali menerajui kokpit MAS untuk menyelamatkannya?

Di samping kerugian yang teruk itu, simpanan tunai MAS telah diseparuhkan kepada RM1 bilion pada akhir tahun lepas daripada RM2.1 bilion pada akhir tahun 2010, sementara aset bersih telah menurun daripada RM3.5 bilion kepada RM1.1 bilion.

Dalam kata lain, MAS sudah tidak lagi terbang dengan bahan api tetapi hanya terbang dengan asap. Inilah pewarisan “piratisation” atau perompakan yang menyamar sebagai penswastaan dan kemudian pengambil alihan semula oleh kerajaan secara tidak keruan.

Malah tindakan Kerajaan Persekutuan untuk menyelamatkan MAS pada tahun 2001 dengan membayar dua kali ganda harga pasaran tidak dapat membantu.
Kerajaan Persekutuan telah membayar RM1.8 bilion ataupun RM8 setiap saham kepada Tan Sri Tajudin Ramli walaupun harga pasaran pada masa itu hanya RM3.68 setiap saham.

MAS tidak boleh menyalahkan keadaan ekonomi global yang kurang sihat kerana Singapore Airlines telah mencatatkan keuntungan untuk tahun lepas.

Malah, kita tidak perlu pergi jauh kerana syarikat penerbangan bajet tempatan Air Asia pun telah mengalahkan MAS.

Kita hanya perlu melihat permodalan pasaran Air Asia yang bernilai RM10.1 bilion, berbanding MAS yang hanya bernilai RM4.8 bilion.

Meskipun Air Asia hanya berumur satu dekad dan jauh lebih kecil dari segi operasi, ia bernilai lebih dua kali ganda dalam permodalan pasaran.

Tentunya terdapat masalah apabila syarikat penerbangan bajet yang mengenakan caj yang lebih rendah boleh lebih berjaya dan untung berbanding syarikat penerbangan yang mengenakan caj yang tinggi.

Daya maju syarikat penerbangan kebangsaan kita akan terus dipersoalkan melainkan isu-isu fundamental diselesaikan. Adakah ianya satu masalah model bisnes yang gagal atau pengurusan yang gagal, ataupun kedua-duanya?

Adalah jelas bahawa cara untuk mengelakkan aset kebangsaan kita daripada terhempas adalah untuk menggunakan model bisnes baru yang berdasarkan prinsip Cekap, Akauntabel dan Telus yang telah membawa kejayaan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Bukan sahaja kita berjaya meyakinkan dan menarik pelabur dan menjadi destinasi pelaburan pembuatan nombor satu di Malaysia untuk dua tahun berturut-turut pada tahun 2010 dan 2011, Pulau Pinang juga telah mencatatkan lebihan bajet pada setiap tahun sejak 2008 dan telah mengurangkan hutang Kerajaan Negeri sebanyak 95% daripada RM630 juta kepada RM30 juta.

Model bisnes yang sedang digunakan MAS jelas sudah gagal.

Sekiranya MAS terus menggunakan kaedah perancangan pusat dan membenarkan campur tangan politik yang membiakkan rasuah dan ketidak cekapan, syarikat penerbangan kebangsaan kita akan ditakdirkan untuk gagal.

Akhirnya, soalan yang ingin ditanya oleh rakyat Malaysia adalah siapakah yang akan bertanggungjawab untuk kerugian yang besar ini? Sudah tentu kerugian RM2.52 bilion oleh syarikat penerbangan kebangsaan kita ini tidak boleh diterima semua, terutamanya apabila sebab utama ia diselamatkan oleh kerajaan adalah untuk menyelamatkannya daripada masalah-masalah salah urus dan model bisnes yang lemah.

Kerajaan mestilah mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab untuk kerugian yang besar ini dan mengambil tindakan ke atas mereka kerana itulah yang diharapkan oleh rakyat Malaysia.

Harakah Daily

Wanita cedera bom dihantar dalam bungkusan meletup

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

ALOR GAJAH 1 Mac – Seorang wanita cedera di bahagian kaki dan perut apabila sebutir bom buatan sendiri yang dihantar melalui sebuah bungkusan meletup secara tiba-tiba di rumahnya di Ramuan China Besar, Masjid Tanah di sini hari ini.

Mangsa, Norasyikin Md. Isa, 27, kini menerima rawatan di Hospital Melaka. - UTUSAN

NFC buka pasaran di S'pura 'tak masuk akal', kata PKR

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini membidas kenyataan "tidak masuk akal" oleh pengerusi National Feedlot Corporation (NFC) Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail berhubung tindakan syarikat berkenaan membuka pasaran di Singapura.

Rafizi berkata, NFC juga tidak berhak untuk bercakap mengenai pasaran baru di luar negara sedangkan pengeluaran daging oleh syarikat itu jauh meleset daripada sasaran.

"(Dr Mohamad Salleh) memberikan alasan bahawa pasaran Malaysia untuk membeli daging dari NFC terlalu kecil dan tidak dapat memenuhi pengeluaran NFC. Malah, beliau turut membayangkan hasrat NFC untuk membuka operasi di Indonesia dalam masa yang terdekat.

"Saya berasa kesal kerana alasan yang diberikan tidak dapat diterima akal oleh rakyat Malaysia. NFC sehingga sekarang masih gagal untuk mencapai sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan sebagai syarat untuk mendapatkan projek Pusat Fidlot Kebangsaan dan dana awam RM250 juta," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau membuat perbandingan itu berdasarkan sasaran pengeluaran yang dinyatakan di laman web jabatan berkenaan.

Katanya, lagi pengeluaran syarikat tersebut pada 2010 hanya memenuhi 0.8 peratus daripada sasaran yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar pada 2009.

Kenyataan Rafizi itu timbul ekoran penjelasan dibuat Dr Mohamad Salleh berhubung dakwaan bahawa NFC memiliki satu pasaraya mewah di Singapura.

Dr Mohamad Salleh dilaporkan ini sebagai berkata, NFC membina pasaran di Singapura, dan juga di Indonesia, untuk menampung kemampuan pengeluaran dagingnya sebanyak 78,000 tan menjelang 2015.

malaysiakini/-

Juru kimpal ugut abang ipar guna parang dihukum penjara

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU – Seorang juru kimpal dikenakan hukuman 12 bulan penjara selepas mengaku bersalah mengugut abang iparnya menggunakan sebilah parang dalam kejadian di Binjai di sini, 23 Februari lalu.

Hukuman terhadap Anuwar Ismail, 29, dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh datang ke rumah pengadu, Kamsan Jamian, 38, bertanya di mana kakaknya sebelum pengadu menjawab tidak tahu.

Tertuduh bagaimanapun terus mengacu parang dan mencekik leher pengadu.

Oleh sebab ketakutan, pengadu cuba melepaskan diri dan terkena parang di bahu pengadu. Pengadu yang tidak berpuas hati bertindak membuat laporan di balai polis Pengkalan Chepa.

Kejadian berlaku di hadapan rumah di Kampung Bawal, Jejulok, Binjai di sini, pada jam 2 petang.

Pada prosiding semalam, tertuduh mengaku bersalah menyebabkan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly mengenakan hukuman itu.

Dalam perkembangan sama, dia bagaimanapun menafikan tuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan kakaknya, Noorliza Ismail, 43, 15 minit sebelum kejadian ugut tersebut.

Dia didakwa dengan sengaja memukul mangsa dengan sebatang kayu penyapu sehingga mangsa mengalami kecederaan pada jam 1.45 petang, tarikh dan lokasi yang sama.

Susulan penafian itu, Mohd Fazaly Ali menetapkan 7 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes kedua tertuduh.

Kedua-dua kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad.

Sinar Harian

Abu Bakar seru pengikut hancur AS

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

JAKARTA: Guru agama Indonesia, Abu Bakar Bashir menuduh Amerika Syarikat dalang menyebabkan hukuman terhadapnya ditambah selepas mahkamah tertinggi Indonesia menguatkuasakan semula hukuman 15 tahun penjara atas kesalahan terbabit dalam keganasan.

Abu Bakar disifatkan sebagai pemimpin militan di Indonesia dan lantang menyokong perjuangan ala al-Qaeda tetapi sering menafikan dirinya pengganas.

Beliau yang muncul untuk menjalani pembedahan katarak kedua di sebuah hospital mata di Jakarta menggesa pengikutnya berjuang menentang Amerika sehingga negara itu hancur.

“Amerika adalah musuh Islam, jadi keputusan mahkamah terhadap saya semestinya arahan Amerika,” katanya ketika diiringi masuk ke dalam kenderaan polis.

“Kita perlu terus menentang Amerika sehingga ia hancur.”

Jun lalu, sebuah mahkamah rendah Jun lalu menghukum penjara 15 tahun terhadapnya kerana dikaitkan dengan kesalahan keganasan dan membiayai sebuah pertubuhan pengganas di wilayah Aceh yang didakwa merancang serangan maut terhadap Barat dan ahli politik.

Rayuan kepada Mahkamah Tinggi meringankan hukuman kepada sembilan tahun kerana kekurangan bukti dan usianya yang lanjut tetapi Mahkamah Agung pada Isnin lalu memutuskan hukuman asal 15 tahun penjara dilaksanakan. – AFP

Syria benarkan PBB pantau krisis

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

GENEVA 1 Mac - Syria semalam enggan membenarkan ketua kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memasuki negara itu bagi memantau keadaan krisis di sana.

Diplomat berkata, Penolong Setiausaha Agung PBB itu berada di Beirut, Lebanon bagi menunggu kelulusan visa untuk memasuki Syria.

Bagaimanapun, kata diplomat, kerajaan Presiden, Bashar al-Assad masih belum memberi maklum balas di atas permohonan lawatan PBB itu.

``Saya sangat kecewa kerana tidak dapat melawat Syria walaupun berulang kali memohon untuk bertemu pegawai tinggi bagi membincangkan situasi kemanusiaan dan keperluan untuk membantu mereka yang dibelenggu krisis itu,’’ katanya dalam satu kenyataan.

Syria menolak lawatan tersebut walaupun mendapat sokongan Rusia yang merupakan sekutu rapat Assad. - AFP

10 minit bertarung dengan belida

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KAMPUNG LAK LOK DALAM - Jangan pandang remeh kepada Sungai Besut yang mengalir lesu dari hutan belantara Keruak, Hulu Besut ke muara Kuala Besut kerana di dasarnya dihuni banyak ikan bersaiz besar.

Walaupun ramai tidak yakin sungai yang airnya tidak sejernih mana dan lesu pada musim kemarau itu, mempunyai ikan besar, namun seorang pemancing Hussin Ismail, 37, telah membuktikan di sungai itu terdapat spesies ikan besar.

Bagi Hussin, dia yakin itu dihuni pelbagai spesies ikan air tawar bersaiz besar, termasuk kelah.

Buktinya semalam, dia mencatat sejarah setelah lebih lima tahun memancing di sungai tersebut apabila berjaya menjinakkan seekor ikan belida seberat hampir 20 kilogram.

Menurutnya, dia berjaya menaikkan ikan itu kira-kira jam 8 pagi di sungai Kampung Amer dekat Alor Lintang.

“Saya tidak sangka pancing yang diletakkan umpan seekor ikan sepat disambar belida sepanjang satu meter itu,” katanya yang bekerja di sebuah syarikat menyedut pasir di Kampung Amer.

Hussin berkata, dia menggunakan sepenuh tenaga dan pengalamannya bertarung dengan ikan itu selama kira-kira 10 minit sebelum ia mengalah dan berjaya dinaikkan.

Dia tidak menjual ikan itu sebaliknya memanggil sepupunya, Mohd Asri Mat Hassan, 37, datang mengambil ikan tersebut di tempat dia memancing dan membawa pulang ke rumah di Kampung Lak Lok Dalam dekat Jertih.

“Ikan tersebut akan dibahagikan kepada saudara mara kerana saya tidak pernah melihat ikan belida sebesar itu begitu juga dengan ahli keluarga saya dan jiran,” katanya.

Hussin mengakui Sungai Besut mempunyai pelbagai spesies ikan bersaiz besar namun sukar untuk menyambar umpan dan semalam adalah rezekinya memperoleh ikan sebesar itu.

Sinar Harian

Jingga 13 selar Adnan, nafi belum buat laporan polis

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 1 Mac: NGO Jingga 13 hari ini menyelar kenyataan Setiausaha Agung Umno bahawa tiada sebarang laporan polis dibuat yang melibatkan Umno berhubung insiden serangan terhadap perseta Himpunan Hijau 2.0 di Pulau Pinang 26 Februari lalu.

Menyifatkan kenyataan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai 'berbohong', koordinatornya Fariz Musa berkata laporan serta bukti telah diserahkan kepada polis pada 28 Februari lalu lagi.

"Jingga 13 melalui Jingga 13 Pulau Pinang telah membuat laporan polis pada 28 Februari 2012 bertempat di IPD Bandar Perda, Bukit Mertajam yang turut disertakan rakaman gambar bukti tindakan provokasi dan brutaliti yang dilakukan oleh Umno yang rata-rata memakai topi berlogokan Umno dan tertera "Umno Seremban" serta termasuk dikenalpasti beberapa orang yang merupakan ahli pemuda Umno Balik Pulau," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian di Padang Kota Lama, Ahad lalu, peserta Himpunan Hijau 2.0 didakwa diserang kira-kira 50 lelaki yang dipercayai penyokong Umno.

Dalam serangan itu wartawan Kwong Yit Poh, Adam Chew cedera dan menerima 8 jahitan di lengan dan Lee Hong Chun, didakwa dipukul dengan topi keledar oleh kumpulan tersebut .

"Jingga 13 juga yakin bahawa Adun Telok Bahang yang juga merangkap Ketua Umno Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Mohd. Hilmi Yahya mengetahui siapakah dalang sebenar disebalik tindakan liar pemuda Umno menyerang wartawan dan rakyat yang berhimpun dengan aman tersebut.

"Ini kerana berdasarkan laporan Umno Balik Pulau , kira-kira 50 orang pemuda Umno Seremban bersama Pemuda Umno Balik Pulau sebelum itu mengadakan Program Gotong Royong Perdana bertempat di Sekolah Agama Rakyat Wungai Pinang , Balik Pulau sebelum pergi ke Padang Kota Lama," katanya lagi.

Laporan polis serta bahan bukti bergambar turut dilampirkan bersama kenyataan medianya.

Dalam pada itu, beliau turut mendesak agar segala tindakan melampau, menyerang ceramah dan program yang dihadiri Pakatan Rakyat dihentikan serta merta.

"Rakyat semakin takut dengan Umno yang dilihat sebuah parti yang terdiri para samseng yang akan membelasah rakyat bila-bila masa sahaja jika tidak mengikuti telunjuk mereka.

"Ini amalan 'budaya samseng' yang membuktikan Umno semakin tersepit dan ditolak oleh rakyat," katanya.

Harakah Daily

Tayar, topi mesti ada tanda SIRIM

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

PUTRAJAYA: Bermula 1 September ini, kerajaan hanya membenarkan penjualan tayar kenderaan dan topi keledar yang mempunyai tanda pengesahan Institut Penyelidikan Industri dan Standard Malaysia (SIRIM) atau mematuhi Peraturan UNECE bagi produk import, yang menunjukkan ia sudah melepasi piawaian seragam serta selamat digunakan.

Produk yang diluluskan SIRIM perlu ditandakan dengan’MS’ manakala yang diimport ‘EX’.
Peniaga yang didapati melanggar peraturan itu boleh dikenakan hukuman mengikut Akta Perihal Dagangan 2011.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tujuan utama peraturan itu diperkenalkan ialah bagi memastikan pengguna membeli produk yang berkualiti dan berisiko rendah untuk mendapat kemalangan serta kecederaan.

“Peraturan itu akan diwartakan pada Mac ini dan kementerian memberi tempoh enam bulan kepada pengeluar, peniaga dan pengguna untuk membuat penyesuaian yang diperlukan.

“Kementerian juga akan bekerjasama dengan Kastam Diraja Malaysia bagi memastikan larangan import tayar dan topi keledar yang tidak mematuhi standard yang ditetapkan itu,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Ismail Sabri berkata, peraturan itu juga diperkenalkan bagi menutup jurang kawal selia komponen automotif yang membabitkan kenderaan darat kerana pada masa ini tiada undang-undang khusus mengenainya untuk penguatkuasaan piawaian seragam mandatori bagi kenderaan penumpang dan perdagangan di premis perniagaan.

Beliau berkata, selepas tempoh enam bulan itu, kementerian boleh mengambil tindakan seperti penyitaan, menarik balik atau mendakwa mereka yang masih membekalkan tayar dan topi keledar tiada tanda kelulusan berkenaan.

berita harian/-

Bimbang anak dilarikan

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

TAMBUN – Seorang ibu membuat laporan polis berikutan bimbang keselamatan anak gadisnya yang bercinta bersama pemuda yang berasal dari Lombok, Indonesia yang kini tinggal di Kampung Changkat Banjar, Parit.

Percintaan Nor Atikah Mohd Zulkifli dengan lelaki dikenali Awaluddin atau kentoi, 22, menyebabkan dia berubah sikap menjadi panas baran sanggup meninggalkan keluarga untuk bersama lelaki itu.

Menurut Junaliza Jamaludin, 33, dia bimbang Nor Atikah dilarikan ke negara itu berdasarkan beberapa kes sebelum ini berikutan dia menentang hubungan percintaan itu.

Katanya, usaha membawa pulang anaknya untuk tinggal bersamanya di Taman Malar di sini, bertambah rumit apabila hubungan itu mendapat restu dari neneknya.

“Usaha kami untuk membawa pulang Atikah menemui jalan buntu kerana sikapnya yang kemaruk dengan janji manis lelaki itu.

“Bimbang dilarikan pemuda itu ke negaranya, saya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah, awal bulan ini. Saya sebagai ibu tidak mahu terjadi apa-apa terhadapnya,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Junaliza berkata, Kentoi juga pernah menghubunginya menyatakan perasaan cinta terhadap anaknya selain bercadang akan mengikat tali pertunangan pada bulan April nanti.

“Pada mulanya saya menganggap hubungan mereka sekadar kawan tetapi setelah lelaki yang bekerja di ladang kelapa sawit di Kampung Talang itu mengaku berasal dari Lombok, saya terus menjadi risau.

“Atikah berubah sikap menjadi panas baran dan tidak mengendahkan dua adiknya walaupun sebelum itu dia penyayang.

“Beberapa kali dia pernah melarikan diri dari rumah dipercayai mengikut lelaki berkenaan.

“Saya berharap pihak berwajib mengambil tindakan segera termasuk memasukkan anak saya ke pusat pemulihan kerana difahamkan mereka tinggal bersama di rumah itu,” katanya.

Katanya, difahamkan Nor Atikah turut membuat laporan polis terhadap dirinya dengan menyatakan kerelaan tinggal bersama datuk dan neneknya selain mempunyai konflik keluarga.

“Itu juga satu usaha untuk dia terus tinggal di kampung berkenaan dan tidak mahu berjauhan dengan pemuda Lombok itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman mengesahkan pihaknya menerima kedua-dua laporan itu.

Sinar Harian

Korea Utara setuju gantung program nuklear

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

WASHINGTON - Korea Utara telah bersetuju untuk menggantung program pengayaan uranium, selain ujian peluru berpandu jarak jauh dan nuklear, ekoran perbincangan dengan Amerika Syarikat (AS).

Menurut Jabatan Negara AS, Pyongyang juga bersetuju untuk membenarkan pemeriksa PBB untuk memantau reaktornya di Yongbyon untuk mengesahkan pematuhan ketetapan.

Sebagai balasan, AS sedang memuktamadkan proses penghantaran 240,000 tan makanan kepada Korea Utara.

Perkembangan ini muncul dua bulan selepas Kim Jong-un menerajui kepimpinan Korea Utara berikutan kematian bapanya, Kim Jong-il.

Laporan media asing juga berkata, langkah itu akan membuka laluan kepada penyambungan perundingan enam pihak dengan Pyongyang, yang terbantut sejak 2009.

sinar harian/-

Hilang suami, anak sulung

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD]

KOTA BHARU - Penantian selama enam jam seorang ibu di rumah akhirnya terjawab apabila anak sulungnya, Mariassa Alma, 4 rentung dalam kemalangan di Peringat, malam kelmarin.

Lebih menyedihkan, Marzuany Syuhaida Sukri 39, turut kehilangan suaminya, Che Arminudin Abdullah, 42, yang turut maut dan rentung setelah kereta Toyota Rush dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang lampu sebelum bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda,
Ford Ranger dalam kejadian jam 8.47 malam.

Marzuany Syuhaida berkata, dia menghubungi adik arwah suaminya, Arminudi, 37 yang berada di Kuala Besut supaya mencari suaminya kira-kira jam 1 pagi dan hanya dimaklumkan mengenai kejadian tersebut pada jam 3 pagi.

“Arwah ada memberitahu akan menemui kawannya selepas menghantar saudara, namun selepas kejadian, saya dimaklumkan mereka tidak bertemu. Memandangkan masa sudah awal pagi (1 pagi), saya sangat risau, puas saya hubungi dan menghantar sistem pesanan ringkas, tetapi semuanya tidak berjawab.

“Hati saya terdetik mungkin mereka terlibat kemalangan dan berita dari adik ipar itu mengesahkan firasat saya,” katanya kepada Sinar Harian semasa ditemui di Unit Forensik, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, di sini semalam.

Sementara itu, pemandu Ford Ranger, Azaizurien Ahmad, 33, beralamat di Kampung Bukit Kecik Melor dan penumpangnya, Siti Nor Azreen Md Yani 24, dari Kampung Gaug Lati, Pasir Mas, cedera dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) selepas di selamatkan oleh orang ramai.

Menceritakan detik sebelum kejadian, Marzuany Syuhaida berkata, sebaik pulang dari tempat kerja, dia langsung tidak bermesra dengan Marissa dan suaminya kerana sibuk melayan anak kedua, Mardiah Amani, 6 bulan.

“Biasanya setiap kali balik kerja, saya mencium Marissa terlebih dahulu, tetapi petang kelmarin dia baru bangun dari tidur dan bersama neneknya.

“Selepas solat Maghrib mereka turun dari rumah untuk menghantar saudara ke lapangan terbang, tetapi saya tidak melihat dan melambai tangan pada kali ini,” katanya yang bekerja sebagai guru di sekolah yang sama dengan arwah suaminya di Kolej Vokasional Pengkalan Chepa.

Marzuany Syuhaida berkata, suami dan anak perempuannya itu keluar dari rumah mereka dari Kampung Sri Kulim, Melor, di sini kira-kira jam 7.30 petang dan menuju ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa untuk menghantar seorang saudaranya.

Sinar Harian