22 Januari 2014

Mayat budak dalam tandas

20 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
Dungun: Mayat seorang kanak-kanak perempuan ditemui dalam keadaan menyedihkan dalam tandas sebuah rumah yang belum diduduki di Taman Permint, Seri Paka Fasa Dua di sini, semalam.


Mayat kanak-kanak dipercayai berusia sekitar dua tahun itu yang masih berbaju petak berwarna biru tanpa seluar ditemui seorang pengawal keselamatan kawasan berkenaan, kira-kira jam 3.20 petang. 

Kastam Tahan Rakyat Jerman Cuba Seludup Dadah Bernilai RM700,000

20 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
JOHOR BAHRU: Kastam Diraja Malaysia mematahkan cubaan seorang rakyat Jerman yang menyeludup dadah bernilai hampir RM700,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Pengarah Kastam negeri, Datuk Ramli Johari berkata, lelaki itu memasuki Malaysia dari Hong Kong.

Insiden Marinatasha: Mana garis panduan hiburan?

20 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Insiden terbaru membabitkan artis Marinatasha Isnariah Mustapar yang dihalang membuat persembahan kerana bertudung menimbulkan kembali persoalan mana garis panduan hiburan untuk diikuti oleh artis dan juga penganjur.


Bagi Dewan Pemuda PAS, insiden ini jika tidak ditangani dengan baik, boleh mencetus kepada salah faham agama.

Ayuh MP BN undi tidak percaya kepada Najib

20 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyeru ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) berganding bahu dengan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) untuk mengemukakan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Demi kepentingan negara dan rakyat, katanya, Malaysia tidak mampu lagi mempunyai Perdana Menteri ‘kangkung’.

26 pengeluar ais diarah henti naik harga

20 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
Kuala Lumpur: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) semalam mengeluarkan Langkah Interim mengikut Seksyen 35 Akta Persaingan 2010 ke atas 26 pengeluar ais yang berkemungkinan melanggar Seksyen 4(2)(a) Akta Persaingan 2010.

MyCC mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai bahawa keputusan 26 pengeluar ais bersepakat menaikkan harga ais tiub boleh dimakan sebanyak 50 sen setiap beg dan RM2.50 setiap blok ais mulai 1 Januari lalu mempunyai kesan menghalang, menyekat atau mengganggu persaingan secara signifikan di Semenanjung Malaysia. 

Keputusan Piala FA

20 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
PKNS 3-2 JDT II 

Kuantan 0-1 Sabah

Terengganu 4-0 Shahzan Muda


Sime Darby 2-1 ATM


Negeri Sembilan 0-1 Felda Utd 


Kuala Lumpur 0-4 Kedah

Bila sinar sebenar akan menjelma?

20 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
Sinar mentari tahun 2014 dimulakan dengan penuh kesuraman. Setiap ibu bapa pasti merasai kesakitan yang teramat perit untuk menjengah ke tarikh ini. Di mana nak cari duit untuk menyekolahkan anak. 


Persoalan ini menjadi satu mimpi buruk dan seakan mahukan mentari 2014 disekat agar tidak menjelma selamanya.

PAS gesa Jakim hantar peguam ke Sweden

20 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: PAS menggesa pihak kerajaan khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk segera  menghantar wakil mereka ke Sweden bagi membantu kes pasangan Malaysia yang sedang ditahan reman di sana.


Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom perlu bertindak menghantar barisan peguam terbaik dari jabatan itu ke sana.