KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyeru ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) berganding bahu dengan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) untuk mengemukakan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Demi kepentingan negara dan rakyat, katanya, Malaysia tidak mampu lagi mempunyai Perdana Menteri ‘kangkung’.
"Adakah ini Perdana Menteri yang sepatutnya disokong?
"Bolehkah ahli-ahli Parlimen BN bergabung dengan kami daripada PR untuk mengemukakan undi tidak percaya kepada Najib?
"Saya tanya demi kepentingan negara dan rakyat," katanya.
Mahfuz berharap mereka dapat mengambil keputusan yang lebih bermanfaat kepada rakyat dan negara.
"Daripada terikut-ikut gerombolan kangkung yang kononnya berjihad mempertahankan Perdana Menteri ‘kangkung’, lebih baik berjuang membebaskan negara ini dari Perdana Menteri seperti itu," katanya lagi.
Bagi Mahfuz, Malaysia bukan sahaja mempunyai perdana menteri bertaraf kangkung malah mempunyai kabinet yang menjadi bala besar kepada negara ini.
"Kabinet Malaysia tidak berkualiti. Mereka menjadi ahli kabinet atas ihsan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan (isterinya, Datin Seri) Rosmah (Mansor).
"Oleh itu hidup mereka hanyalah untuk membodek atau 'jack-up' Najib dan Rosmah sahaja. Mereka akan berlumba-lumba memuji dan menyokong inisiatif kangkung Najib," katanya.
Itulah kualiti Perdana Menteri dan kabinet Malaysia, katanya.
"Ia adalah sesuatu yang amat sedih - bala besar kepada negara," kata Mahfuz.
Harakahadaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan