Kenaikan harga minyak ternyata membebankan rakyat Malaysia termasuk dalam masalah kenaikan harga barang. Sekali pandang ramai beranggapan yang untug adalah pengusaha stesen minyak. namun kita tidak tahu realitinya mereka juga mendapat masalah yang besar bila harga minyak naik.
Bayangkan kalau dulu setangki minyak tidak sampai RM 30,000 sekarang kena tambah modal untuk membeli dengan harga RM 40,000. Modal bertambah tetapi komisen jualan tetap pada kadar lama walaupun sudah beberapa kalai berlaku kenaikan.
Tidak tahan lagi dengan masalah itu, sebanyak 3,500 pengusaha stesen minyak di seluruh negara merancang menutup operasi selama lapan jam pada 26 Jun ini dan menolak penggunaan kad kredit jika kerajaan tidak menaikkan komisen penjualan minyak.
Pemangku Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Mejar (B) Abdul Wahid Bidin berkata, pihaknya menunggu keputusan daripada kerajaan Isnin ini sama ada bersetuju atau menolak permintaan PDAM untuk menaikkan komisen daripada tiga peratus kepada enam peratus.
Sekiranya kerajaan menolak cadangan itu, katanya, ketetapan yang diambil oleh ahli-ahli persatuan itu sebelum ini adalah untuk menutup stesen minyak dari pukul 7 pagi hingga 4 petang.
Abdul Wahid berkata, walaupun telah beberapa kali berlaku kenaikan harga petrol dari RM1.10 hingga RM2.70 seliter, kerajaan tidak menaikkan komisen kepada pengusaha stesen minyak.
Beliau berkata, apabila harga minyak naik sehingga RM2.70 seliter untuk petrol sementara diesel pula meningkat RM1 kepada RM2.58 seliter, ia sangat membebankan pengusaha stesen minyak di seluruh negara.
Mengenai penolakan penggunaan kad kredit pula, beliau berkata, ia adalah langkah yang paling menjimatkan kerana para pengusaha stesen minyak tidak perlu membayar caj perkhidmatan kepada bank-bank. Caj perkidmatan 1% kepad setiap pembelian yang dipotong dari jumlah jualan melalui kad oleh bank kepada pengusaha adalah sesuatu yang tidak adil dan membebankan.
Kita mungkin melihat kalau RM100 minyak dibeli dengan kad, pengusaha akan dipotong 1 sen. Tetapi pernahkah kita kira berapakah kalau hasil jualan dalam lingkungan ratusan ribuan yang terjual dengan kad. Tidakkah ribuan ringgit juga terpaksa dibayar oleh pengusaha stesen kepada bank.