11 Julai 2021

Malaysia di landasan tepat capai imuniti kelompok

 Foto fail NSTP

Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Malaysia berada di landasan yang tepat bagi mencapai imuniti kelompok dalam masa terdekat, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pencapaian kadar vaksinasi harian negara melepasi purata per kapita dunia apabila mencatat sejumlah 250,000 dos suntikan sehari secara konsisten dan disasarkan 300,000 dos sehari mulai bulan ini.

'Hentikan berpolitik, fokus tangani COVID-19, bantu rakyat'

 Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR: Pemimpin politik perlu memberi fokus kepada usaha memerangi COVID-19 dan berusaha membantu rakyat yang terkesan disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang pandemik ini.

Almarhum Dr Mohamed Morsi pemimpin yang dizalimi

PADA 3 Julai 2013 adalah tarikh Almarhum Dr Mohamed Morsi, bekas Presiden Mesir yang telah dipilih secara demokrasi digulingkan dari jawatannya dalam satu rampasan kuasa oleh tentera Mesir yang diketuai oleh Presiden Mesir ketika ini, Abdel Fattah Al Sisi.

Siapa pun tidak menyangka yang Abdel Fattah Al Sisi, Menteri Pertahanan yang dilantik Allahyarham Dr Mohamed Morsi ketika menjawat jawatan Presiden Mesir berpaling tadah menggulingkannya.

Perlis tetapkan solat sunat Aidiladha di tanah lapang perkarangan masjid

 Solat sunat Aidiladha di Perlis ditetapkan di tanah lapang perkarangan masjid namun jika keadaan cuaca tidak mengizinkan, solat akan dilaksanakan di dalam masjid. Gambar menunjukkan Tuanku Syed Sirajuddin dan jemaah menunaikan solat sunat Aidilfitri di perkarangan istana. FOTO NSTP

ARAU: Solat sunat Aidiladha di seluruh Perlis akan dilaksanakan di tanah lapang dekat perkarangan masjid bermula pada jam 8.00 pagi selepas mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

COPA: Argentina juara

Pemain Argentina, Angel Di Maria meraikan kejayaan menjaringkan gol pasukannya pada aksi final Copa America menentang Brazil di Stadium Maracana, Rio de Janeiro, Brazil. - Foto AFP
Pemain Argentina, Angel Di Maria meraikan kejayaan menjaringkan gol pasukannya pada aksi final Copa America menentang Brazil di Stadium Maracana, Rio de Janeiro, Brazil. - Foto AFP

RIO DE JANEIRO: Argentina menjuarai Copa America 2021 selepas menewaskan Brazil 1-0 pada aksi final di Stadium Maracana, di sini, sebentar tadi.

Daripada guru vokal ke penjual yogurt, mampu raih pendapatan 6 angka

KOTA BHARU: Keputusan seorang bekas guru vokal mengubah kerjaya menjadi pengusaha sebuah kafe yogurt beku dinamakan Froogurtz, telah membuahkan hasil lumayan apabila perniagaannya itu meraih keuntungan mencecah RM100,000 sebulan.