Memaparkan catatan dengan label Covid - 19. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Covid - 19. Papar semua catatan

15 Julai 2021

Kadar vaksinasi Malaysia antara terpantas di dunia

 Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, beramah mesra bersama penerima vaksin ketika membuat tinjauan Pusat Pemberian Vaksinasi Industri untuk sektor pengangkutan udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). - Foto NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, beramah mesra bersama penerima vaksin ketika membuat tinjauan Pusat Pemberian Vaksinasi Industri untuk sektor pengangkutan udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). - Foto NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

LONDON: Kadar vaksinasi Malaysia adalah antara yang terpantas di dunia, dengan suntikan pelalian COVID-19 mencecah lebih daripada 400,000 dos sehari.

Beberapa minggu sebelum ini, Kanada yang mempunyai jumlah penduduk hampir sama dengan Malaysia, pernah mencapai angka sedemikian.

13 Julai 2021

Vaksinasi capai sasaran , Kerajaan PN berada dilandasan yang tepat tangani Covid

 


1.Ketika Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin  mengumumkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 15 Jun lalu , beliau menyatakan hasrat kerajaan untuk mencapai pemberian lebih 300,000 dos sehari.

2. Data menunjukkan  sejak 5 Julai lepas Kejayaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berjaya mencapai sasaran kadar vaksinasi 313,761 dos sehari. Semalam, 12 Julai 2021 jumlah suntikan harian vaksin COVID-19 negara mencecah rekod tertinggi iaitu sebanyak 421,479 dos dengan pemberian dos pertama sebanyak 264,034 manakala dos kedua pula sebanyak 157,445 suntikan.

12 Julai 2021

COVID-19: Kes global lebih 186.7 juta, 4.029 juta kematian

 Foto AFP

Foto AFP

AMERIKA SYARIKAT: Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia melebihi 186.7 juta dengan lebih 400,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.

11 Julai 2021

Malaysia di landasan tepat capai imuniti kelompok

 Foto fail NSTP

Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Malaysia berada di landasan yang tepat bagi mencapai imuniti kelompok dalam masa terdekat, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pencapaian kadar vaksinasi harian negara melepasi purata per kapita dunia apabila mencatat sejumlah 250,000 dos suntikan sehari secara konsisten dan disasarkan 300,000 dos sehari mulai bulan ini.

10 Julai 2021

Covid-19: Kes harian baharu boleh melonjak 10,000?

 

BERIKUT adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 3 Julai hingga pukul 8:30mlm 9 Julai 2021.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 817 ribu. Di peringkat global, lebih 186 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 4 juta. Lebih 170 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 216 buah negara dan wilayah.

30 Jun 2021

Malaysia terima 2 juta dos vaksin dari Jepun, AS

KUALA LUMPUR: Malaysia dijadualkan menerima dua juta dos vaksin Pfizer dan AstraZeneca yang disumbang kerajaan Jepun dan Amerika Syarikat (AS) pada esok dan lusa.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata sebanyak satu juta dos vaksin AstraZeneca daripada kerajaan Jepun akan tiba esok, dan satu juta dos vaksin keluaran Pfizer sumbangan kerajaan AS akan tiba pada Jumaat.

Wanita 120 tahun lengkap 2 dos vaksin.


KOTA BHARU: Seorang warga emas berusia 120 tahun lengkap menerima dua dos suntikan vaksin secara pandu lalu di Pusat Pemberian Vaksin Khas (SPPV) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Wanita berkenaan, Siti Liah Mamat dipercayai wanita tertua di Kelantan dan individu yang dikenal pasti memenuhi kriteria menjadi antara 84 orang penerima suntikan vaksin di SPPV HUSM.

27 Jun 2021

Vaksinasi besar-besaran jalan keluar krisis pandemik


KUALA LUMPUR - Tahap jangkitan dalam masyarakat, kapasiti sistem penjagaan kesihatan awam dan kadar vaksinasi sewajarnya menjadi prinsip panduan atau penentu sebelum Malaysia memasuki fasa seterusnya mengikut Pelan Pemulihan Negara (PPN), iaitu strategi peralihan keluar krisis pandemik Covid-19 yang merangkumi empat fasa, menurut beberapa pakar ekonomi.

Mereka berpandangan meskipun jika petunjuk nilai ambang ini dicapai dan keadaan mencatatkan pengoperasian penuh, namun prosedur operasi standard (SOP) seharusnya menjadi amalan seluruh rakyat Malaysia, sekurang-kurang buat masa ini.

26 Jun 2021

Sindiket vaksin palsu di dua bandar India tumpas

 

MUMBAI - Polis India pada Jumaat melancarkan siasatan di dua bandar selepas mendakwa ribuan disuntik dengan vaksin palsu Covid-19.

Menurut pihak berkuasa di Mumbai, seramai 10 individu termasuk dua doktor di sebuah hospital swasta yang terlibat sindiket penipuan menyasarkan penduduk di kompleks perumahan kelas atasan di hab kewangan itu telah ditahan.

'Total lockdown' berjaya elak malapetaka: Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR- 'Total lockdown' yang dilaksanakan kerajaan berjaya mengelakkan 'malapetaka' seperti yang diunjurkan sebelum ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, negara sebelum ini berdepan risiko kenaikan kes jangkitan sehingga 13,000 kes pada 14 Jun.

268,604 suntikan sehari petanda positif kejayaan PPN

 

PPV MINES International Exhibition & Convention Centre yang mula beroperasi 14 Jun lalu mampu mengendalikan proses suntikan sehingga 10,000 sehari.

KUALA LUMPUR: Pemberian vaksin harian yang melepasi 250,000 suntikan bagi tiga hari berturut-turut adalah petanda positif kepada kejayaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pakar kesihatan komuniti, pengurusan hospital dan kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh, berkata ia menunjukkan kerajaan peka dengan suara rakyat dan mengambil maklum mengenai saranan pakar.

25 Jun 2021

‘Tak boleh makan durian selepas divaksin?’

NOOR Azmi Ghazali melihat proses suntikan vaksin Covid-19 kepada seorang penerima ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Merdeka, Tapah. 

TAPAH: Memakan buah durian tidak memberi kesan kepada individu sama ada selepas atau sebelum mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, tiada dalam amalan perubatan yang menyatakan demikian sebaliknya pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang adalah digalakkan sebelum dan selepas mengambil vaksin.

3 hari berturut-turut lepasi 250,000 dos suntikan, negara hampiri sasaran vaksinasi 10% penduduk menjelang Julai

Khairy berkata, selama tiga hari berturut-turut negara mencatatkan lebih 250,000 dos suntikan sehari selepas merekodkan 268,604 dos suntikan semalam.

PETALING JAYA: Negara semakin menghampiri sasaran 10% daripada jumlah populasi divaksin selepas 15% atau 4.9 juta individu berumur 18 tahun ke atas sudah menerima vaksin dos pertama setakat ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata, daripada jumlah itu seramai 1.89 juta atau 5.8% sudah lengkap dos kedua.

24 Jun 2021

Pemuda PAS cadang kedai makan buka 6 pagi - 10 malam


KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS mencadangkan kerajaan memanjangkan tempoh operasi kedai makan bermula jam 6 pagi hingga 10 malam bagi pesanan e-hailing.

Sepanjang pelaksanaan sekatan pergerakan penuh, operasi kedai makan hanya dibenarkan bermula jam 8 pagi hingga 8 malam.

23 Jun 2021

Empat vaksin China lulus untuk eksport


BEIJING: China mengumumkan senarai kemas kini empat vaksin yang mendapat kelulusan untuk dieksport termasuk buatan China National Pharmaceutical Group Beijing (Sinopharm Beijing), Sinovac Biotech (SVA), CanSino Biologics dan China National Pharmaceutical Group Wuhan (Sinopharm Wuhan).

Covid-19: Lebih 179 juta dijangkiti di seluruh dunia

Terdapat 179,093,146 kes Covid-19 dan 3,880,341 kematian di seluruh dunia setakat jam 10 pagi Rabu. - Foto AFP

KUALA LUMPUR - Berikut adalah maklumat terkini mengenai Covid-19 di Malaysia dan beberapa negara dunia setakat 10 pagi hari ini.

Data John Hopkins Coronavirus Resource Center menunjukkan terdapat 179,093,146 kes Covid-19 dan 3,880,341 kematian.

60 peratus penduduk divaksin menjelang akhir September - KJ


KUALA LUMPUR: Kerajaan menyasarkan 60 peratus penduduk di Malaysia divaksin menjelang akhir September ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, berkata setakat 19 Jun lalu, 4.08 juta individu mewakili 12.5 peratus populasi di negara ini menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 dengan 1.58 juta sudah pun menerima dua dos penuh.

Keputusan PKP 3.0 diumum sebelum tarikh akhir


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman beramah mesra bersama penerima vaksin ketika meninjau PPV Dewan Serbaguna Pagoh, Muar, Johor. - Foto NSTP/ Nur Aisyah Mazalan

TANGKAK: Kerajaan hanya akan mengumumkan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 disambung atau beralih ke fasa seterusnya, tiga atau dua hari sebelum sebelum tarikh akhir penguatkuasaannya pada 28 Jun ini.

22 Jun 2021

Elaun 19,000 sukarelawan kesihatan dinaikkan RM100 sehari

Muhyiddin (kiri) beramah mesra dengan penerima vaksin membabitkan Orang Asli ketika meninjau PPV Dewan Serbaguna Pagoh, Muar, Johor, hari ini. - NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

TANGKAK: Elaun atau sagu hati untuk sukarelawan kesihatan yang terbabit dalam proses vaksinasi dan pengurusan COVID-19 di negara ini dinaikkan kepada RM100 sehari, mulai bulan ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata seramai 19,000 sukarelawan kesihatan dijangka menerima sagu hati ini dengan implikasi kewangan tambahan berjumlah RM180 juta.

Hospital, doktor swasta beri 1 juta suntikan vaksin dalam 2 minggu

Kira-kira 100 hospital swasta dan 700 pengamal perubatan am di seluruh negara turut serta dalam PICK setakat ini, menurut ProtectHealth Corporation Sdn Bhd.

Hospital dan doktor swasta telah memberikan sejuta dos vaksin Covid-19 dalam tempoh dua minggu sejak mereka mula melibatkan diri dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia Dr Kuljit Singh berkata, kapasiti setakat 21 Jun adalah 90,000 suntikan sehari tetapi jumlahnya akan meningkat dalam beberapa minggu akan datang.