13 Julai 2021

Vaksinasi capai sasaran , Kerajaan PN berada dilandasan yang tepat tangani Covid

 


1.Ketika Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin  mengumumkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 15 Jun lalu , beliau menyatakan hasrat kerajaan untuk mencapai pemberian lebih 300,000 dos sehari.

2. Data menunjukkan  sejak 5 Julai lepas Kejayaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berjaya mencapai sasaran kadar vaksinasi 313,761 dos sehari. Semalam, 12 Julai 2021 jumlah suntikan harian vaksin COVID-19 negara mencecah rekod tertinggi iaitu sebanyak 421,479 dos dengan pemberian dos pertama sebanyak 264,034 manakala dos kedua pula sebanyak 157,445 suntikan.

3. UMMAH merasa bangga dengan kejayaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai sasaran lebih 300,000 dos suntikan vaksin sehari dan ini adalah satu  pencapaian yang baik dan landasan tepat untuk membawa negara keluar daripada kemelut pandemik Covid-19.

4. Sekaligus kejayaan ini menepis tohmahan jahat dari pihak yang tidak bertanggung jawab yang mengatakan kita adalah kerajaan yang gagal.

5. UMMAH menyeru seluruh rakyat Malaysia bersama kerajaan Perikatan Nasional (PN) memastikan Malaysia bebas COVID-19 . Sesungguh kejayaan program Pelan Pemulihan Negara adalah bergantung kepada sokongan rakyat Malaysia.

6. UMMAH juga mengucapkan tahniah kepada semua rakyat Malaysia yang sentiasa peka dengan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sehinggakan mereka sanggup hadir dan berbaris panjang di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Kesedaran yang tinggi dari pelbagai lapisan masyarakat hadir di PPV untuk di Vaksin membuktikan dakyah yang disebarkan oleh golongan anti vaksin gagal.

7. Kejayaan Program Imunisasi Covid-19 ini adalah untuk memastikan negara berjaya mencapai imuniti kelompok seperti yang digariskan dan seterusnya membawa rakyat negara kita kembali menjalani kehidupan sebelum pandemik Covid-19.

#bantuancovid19

#bantuanPKP

#BantuanB40

#MenangBersama

#MalaysiaPrihatin

#SelamatkanMalaysia

#RayuanSumbangan

#sumbangancovid19

 

KHALIL IDHAM LIM

Setiausaha Agung,

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)

13 Julai 2021

Tiada ulasan: