13 Julai 2021

Kejayaan Program Vaksin Malaysia tolak serangan kerajaan gagal.

Meneliti laporan yang didedahkan oleh Our World in Data yang dikelolakan oleh Oxford Martin School, Universiti of Oxford dan GCDL, kadar purata vaksinasi Covid 19 harian Malaysia dilaporkan kedua terbaik selepas Singapura dalam kalangan sembilan negara yang tersenarai.

Berdasarkan data berkenaan, setakat 9 Julai, Malaysia merekodkan 0.96 bagi setiap 100 orang, dibawah Singapura 1.3 dan diatas daripada Taiwan 0.65.

Malaysia juga merekodkan purata pemberian vaksin adalah ketiga tertinggi di dunia dengan 309,694 dos selepas Indonesia dan Amerika Syarikat.

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan sebanyak 324,745 dos suntikan vaksin diberikan pada 10 Julai 2021. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dos vaksin dalam negara sebanyak 11,075,493 dos .Anggaran 1juta selama 3 hari.

Dengan kerancakkan program vasinasi ini, Malaysia dijangka mengambil hanya akan masa 3 bulan bagi mencapai 90% keseluruhan rakyat divaksin.

Jika ini dapat dicapai, maka Malaysia menjadi negara yang paling berjaya.

Ada pihak-pihak tertentu yang sedang giat membuat tohmahan dan propaganda bahawa Malaysia gagal dalam memberi vaksin kepada rakyat.

Namun data dan fakta menunjukkan keadaan sebaliknya.Malaysia sedang berada dilandasan yang tepat, jelas dan menyakinkan.

UMMAH menyeru kepada semua pihak, NGO dan pimpinan masyarakat agar terus memberi sokongan dan kerjasama yang terbaik kepada Program Vaksinasi Kebangsaan.Ini bagi mencapai sasaran imunisasi berkelompok dengan segera bagi meletakkan negara kita dalam keadaan yang selamat.
MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
13 Julai 2021

Tiada ulasan: