07 Mei 2008

Dua bulan telah berlalu.


Gambar kenangan dimalam kemenangan 8 Mac 2008

Esok, 8 Mei genaplah dua bulan usia saya menjadi wakil rakyat. Terasa pantas sekali masa berlalu .Ianya pergi tanpa kita sedari melainkan kerugian yang amat besar sekiranya tidak dimanfaatkan sebaliknya beruntunglah sekiranya telah dimaksimakan pengunaannya.

Seingat saya sejak malam sesudah kemenangan, Banyak waktu digunakan untuk berulang alik ke Ipoh dalam hal perlantikan MB Perak. Allahlah yang meberikan kekuatan kepada insan kerdil ini untuk sama-sama menempuh saat getir penubuh kerajaan Barisan Rakyat yang akhirnya dikenali dengan Pakatan Rakyat.
Kemenagan 6 Kerusi bersama-sama dengan teman-teman PAS yang lain dan 7 PKR dicampur 18 DAP benar-benar mencipta sejarah baru politik Perak. Penafian 28 kerusi yang diperolihi BN untuk menubuhkan kerajaan mengejutkan semua pihak.

Seperti BN yang tidak sangka akan kalah, begitulah kami tidak menyangka akan menang sehingga dapat menubuhkan kerajaan baru setelah 50 tahun.

Target pertama ialah 100 hari. Kata Tn. Hj. Mohd. Sabu semasa datang meresmikan Mesyuarat PAS Kawasan minggu lepas, "anta dapat nilai kerja-kerja awal dalam tempoh 100 hari pertama ini".

Sesudah itu bermuhasabahlah insan yang kerdil ini, sebanyak mana masa yang digunakan untuk melaksanakannya.

Tidak siapapun yang boleh mengatakan dia telah melakukan tugasnya sebelum orang memberi penilaian. Sesunggunya saya yakin Allah Maha melihat dan manusia ada sudut penilaiannya sendiri.

Ya Allah, berikanlah kekuatan jika benar telah Engkau berikan kekuatan kepadaku selama 100 hari yang berlalu itu. Seandainya jika ada kelemahan yang ada pada diri ini maka Engkau tambahkan demi untuk menguatkannya.

Genap sebulan Ir. Nizar menjadi MB Perak

BATANG PADANG, 17 April : – Setelah dilantik secara rasmi sebagai Menteri Besar Perak Yang Ke – 10 pada 17 Mac yang lalu, kini genaplah sebulan YAB Mohammad Nizar Jamaluddin menerajui Kerajaan Negeri Perak. Siri Lawatan Kerja ke Daerah Batang Padang merupakan kali yang pertama buat dirinya setelah manjawat jawatan itu.

Ketibaan beliau di Pejabat Daerah dan Tanah Batang Padang disambut oleh YB Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri serta pegawai-pegawai kanan.

Gambar kenangan di hadapan Bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Batang Padang

Dalam perjalanan pulang ke Ipoh, beliau sempat singgah sebentar di Kampung Kepayang, Simpang Pulai untuk menziarahi keluarga Allahyarham Afiq Zuhairi bin Ahmat Rozali, 18, yang meninggal dunia akibat demam panas. Afiq Zuhairi merupakan anak yang kelima daripada enam beradik dijadual mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Sentosa, Chenderiang. YAB Mohammad Nizar Jamaluddin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga serta menyampaikan sumbangan daripada Kerajaan Negeri Perak.

Sumber :http://www.perak.gov.my/bm/

Tuntutlah Ilmu.

“Dan seandainya pohon-pohon dijadikan pena dan air laut (dijadikan) tinta, ditambah tujuh laut (lagi) sesudahnya, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat (ilmu dan hikmah) Allah” (QS. Luqman: 27).



Meskipun Allah telah berjanji untuk meninggikan derajat orang orang yang diberi ilmu pengetahuan (QS. Al Mujaadilah: 11), namun kita diharapkan tidak menyalahgunakan penghargaan itu. Maksudnya, janganlah sekali kali kita merasa bahwa ilmu yang kita miliki sudah sangat tinggi dan juga jangan menuntut ilmu dengan maksud untuk bermegah-megah, menyombongkan diri, atau supaya dikagumi orang.

Di antara tanda-tanda orang merasa ilmunya sudah tinggi ialah berhenti dari mencari ilmu. Padahal Rasulullah SAW mengajak kita untuk menuntut ilmu seumur hidup, dari dalam buaian sampai ke liang lahat. Lebih-lebih ilmu Allah, sebagaimana dijelaskan dalam ayat di atas, luar biasa banyaknya dan tidak akan habis bila dipelajari. Dan yang dipelajari manusia hanyalah sedikitl sahaja, seumpama celupan jari tangan ke dalam lautan.

Tentunya menuntut ilmu tidak mesti di tempat yang formal sahaja, tetapi pada segala bentuk, keadaan dan masa. Ilmu dan pengalaman kadang-kadang didapati dari kesalahan-kesalahan yang dilakukan sebelumnya. Kebanyakan orang yang binasa hidupnya pada suatu ketika karena memulai hidupnya dengan cara yang salah dan berdosa, atau karena mencoba sesuatu yang berdosa di tengah perjalanan hidupnya. Itu adalah ilmu pengetahuan yang berasal dari pengalaman diri atau orang lain sehingga semuanya boleh menjadikan seseorang itu tahu erti sebenar kehidupan.