12 Februari 2009

MB Kedah nafi akan bubar DUN.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menafikan khabar angin beliau akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam tempoh terdekat kerana bimbang terdapat ahli DUN yang akan melompat parti.

Sebaliknya Azizan berkata, beliau selesa dengan keadaan sekarang dan tidak berhasrat untuk membubarkan DUN.

"Kalau saya berasa tak sedap, bila-bila masa saya boleh bubar DUN. Tapi sekarang saya rasa selesa, jadi tidak perlu," katanya kepada pemberita di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Azizan diminta mengulas khabar angin beliau akan menghadap Sultan Kedah, Tunku Abdul Halim Muadzam Shah dalam tempoh terdekat bagi memohon perkenan Tuanku untuk membubarkan sidang DUN.

Azizan berkata, sebelum memulakan mesyuarat Exco pagi ini, beliau telah menghadap Sultan Kedah untuk memberitahu perkembangan politik, kewangan serta masalah yang dihadapi oleh kerajaan negeri.

"Saya memang selalu menghadap Sultan kerana saya adalah menteri besar di bawah pemerintahan Tuanku, jadi saya kena memaklumkan pada Tuanku apa yang berlaku di negeri ini.

"Bukan saya menghadap Tuanku untuk bincangkan mengenai pembubaran DUN," jelasnya.

Kelmarin kita dikejutkan dengan perletakan jawatan ADUN Bukit Selambau,Arumugam Vengatarakoo.

Pilihan raya kecil yang akan mengisi kekosongan kerusi tersebut merupakan cabaran getir kedua belah pihak bagi membuktikan kekuatan masing-masing.

PR Selangor bermesyuarat hari ini, bincang ADUN hilang ?.

Pakatan Rakyat Negeri Selangor akan mengadakan satu mesyuarat hari ini bagi membincangkan bagaimana untuk menghentikan semua spekulasi yang timbul termasuk kehilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, mesyuarat yang akan dihadiri Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat itu turut akan membincangkan isu-isu semasa berkaitan negeri itu.

Beliau turut menafikan mengenai berita kehilangan Badrul Hisham seperti yang 'dibimbangi' Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Klang, Aziz Johari.

''Tak ada ...Saya rasa di Klang pun mereka tak jumpa satu sama lain... Tapi sekarang oleh kerana beberapa insiden yang berlaku di Perak kita agak sensitif tentang perkara ini.

''Esok saya akan jumpa dengan semua Ahli Parlimen dan ADUN untuk adakan perbincangan supaya tidak ada spekulasi yang akan diutarakan oleh mana-mana pihak," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini petang ini.

Aziz mengulas mengenai perkara berkaitan di dalam sebuah akhbar tempatan semalam yang bimbang dengan kehilangan Badrul Hisham sejak lima hari lalu yang kononnya ada kaitan dengan Barisan Nasional (BN).

Ditanya sama ada semua Ahli Parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat akan hadir pada mesyuarat esok, Abdul Khalid berkata, mereka yang ada di dalam negara dan tidak mempunyai urusan yang lebih penting pasti akan hadir.

Menjawab mengenai ura-ura beberapa ADUN pakatan pembangkang di Selangor akan melompat parti, Abdul Khalid sambil ketawa berkata:

''Dia orang tak berani melompat... Ini spekulasi... Pada saya setiap Ahli Parlimen dan ADUN bukan sahaja bertanggungjawab pada parti tetapi juga pada rakyat yang telah mengundi mereka.

''Jadi terpulang kepada mereka untuk membuat keputusan."

Osman tidak dimasukkan ke HKL - Pengarah

Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Zaininah Mohd Zain hari ini menafikan bahawa Bekas (ADUN) Changkat Jering, Mohd Osman Jailu telah dimasukkan ke hospital itu baru-baru ini.

"Dia tidak pernah dimasukkan ke HKL," katanya ketika mengulas dakwaan adik Mohd Osman bahawa abangnya gagal hadir perbicaraan kes rasuahnya di Mahkamah Majistret di Ipoh semalam kerana dia dimasukkan ke HKL.

kegagalan menunjukkan sijil cuti sakit sehingga waran tangkap dikeluarkan kepada Osman hari selasa lepas.

Menurut Norliza, abangnya dimasukkan ke unit rawatan rapi pada malam Isnin.

Susulan dari berita ini akhirnya hampir membenarkan ada unsur pembohongan dari Osman yang saya pertanyakan adakah dia buat -buat sakit yang saya tulis dalam blog ini kelmarin.

Bagaimanapun, Norliza gagal menunjukkan sijil cuti sakit dengan mendakwa abangnya berada di bawah pengawasan doktor.

Majistret Sharmila Abdul Samad mengeluarkan waran tangkap ke atas Mohd Osman selepas Norliza memberitahu mahkamah bahawa abangnya dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung.

Kita tunggu hari pembicaraan yang ditangguhkan iaitu 15 Jun akan datang, apa pula lakonan yang Osman dan adiknya ?. Kalau lah benar sakit IsyaAllah sudah sembuh pada masa itu, cuma yang saya bimbangkan dia takut untuk muncul di khalayak ramai. mana lah tahu pada anggapannya ada telur busuk dan lemparan kasut sedang menunggu di pintu masuk mahkamah.

Lantik 3 penasihat, 1 k.penerangan, membazir wang rakyat dan mendahului Sultan

"Tindakan Menteri Besar Perak yang ditolak rakyat, Zambry Abdul Kadir melantik 3 penasihat dan seorang Ketua Penerangan adalah satu pembaziran. Mereka terdiri daripada Mohd Najmuddin Elias yang dilantik sebagai penasihat Hal Ehwal Agama Islam; Chang Ko Youn (penasihat Hal Ehwal Kaum Cina), dan S Veerasingam (penasihat Hal Ehwal Kaum India) manakala Hamdi Abu Bakar dilantik Ketua Penerangan Kerajaan Negeri.

Organisasi Kerajaan Negeri dibawah pimpinannya tidak ubah seperti satu jawatankuasa Umno Cawangan dimana seorang Ketua Penerangan turut dilantik bagi membantu Zambry.

Perlantikan 3 penasihat ini juga dilihat sebagai satu bukti kelemahan beliau berbanding Menteri Besar yang di iktiraf Rakyat-Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin yang bukan sahaja arif tentang keperluan umat Islam tetapi memahami bahasa dan budaya kaum Cina dan India dinegeri itu.

Pemborosan beliau terbukti bila mereka yang berjawatan penasihat dan Ketua Penerangan ini di berikan taraf Exco. Bila mereka diberikan taraf exco bermakna mereka juga mempunyai kuasa yang eksklusif dalam sudut pentadbiran eksekutif dan segala emolumen dan juga kemudahan yang dinikmati oleh exco lain akan turut dinikmati mereka.

Ini adalah satu pembaziran kerana mereka ini tidak memegang apa-apa Potfolio yang besar sedangkan exco lain akan melakukan lebih banyak kerja berbanding mereka.

Pembaziran wang rakyat ini juga tidak sepatutnya dilakukan dengan melantik 2 calon pilihanraya yang ditolak rakyat. Dalam pilihanraya umum lalu, Chang tewas di Parlimen Beruas manakala Veerasingam pula kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungkai.

Sepatutnya mereka tidak dipilih kerana sudah jelas ditolak rakyat. Lebih ramai calon lain yang tidak bertanding selain mereka yang boleh ditawarkan jawatan itu memandangkan ianya hanyalah sekadar jawatan Penasihat antara kaum.

Beberapa persoalan berkaitan kedudukan Sultan juga wujud. Adakah Sultan memperkenan perlantikan mereka. Sememangnya Menteri Besar punyai kuasa melantik seberapa banyak penasihat jika dia rasa tak mampu jaga Kerajaan, tapi bila mereka diberikan taraf Exco sewajarnya beliau merujuk kepada Sultan untuk dapatkan perkenan.

Ini bermakna Menteri Besar Umno ini telah bertindak melebihi kuasa Sultan yang berhak untuk memperkenan atau tidak perlantikkan exco ini.

Awal-awal lagi beliau sudah tunjuk kebodohan dan kebiadapan beliau terhadap Sultan. Inilah sikap penderhaka sebenar, mereka hanya rujuk Sultan bila tersepit. Kalau dah berjaya merompak kuasa, Sultan tidak dipandang langsung.

Oleh hermansamsudeen/http://www.tranungkite.net

Sampai bila ?


Gambar yang diambil pada 10 Februari setelah sampai di hadapan pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Pejabat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.

Sekurang-kurangnya YAB Menteri Besar DS. Nizar dan rombongan adalah ADUN yang masih sah. Zalim sungguh kerajaan kudeta di Perak yang melarang kami masuk ke dalam.
Mengikut maklumat sampai hari ini bangunan tersebut dikawal ketat oleh pegawai keselamatan. Pertanyaan saya sampai bila ?

Ke mana Tajol menghilang ?

Setelah Tajol Rosli hilang jawatan sebagai Pengerusi UMNO Negeri Perak dan diganti dengan Najib, saya tidak lagi mengikuti apa-apa perkembangan dan komen mengenai suasana politik di negeri Perak.

Pada majlis bacaan yasin sempena dengan jubli Perak sultan Perak pada 2 Februari, beliau juga tidak kelihatan sedangkan pada penglihatan saya hampir 10 orang ADUN UMNO yang hadir.

Adakah Tajol tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Najib dan Zambry yang menjadi perampas hak rakyat dengan cara yang tidak beradab dan melanggar perlembagaan dan undang-undang yang ada ? Kerakusan dan sifat gilakan kuasa Najib dan Zambry sangat tidak disenangi oleh pemimpin UMNO sendiri.

Tengah hari tadi saya pun mendapat berita cakap-cakap yang didengar di Pejabat UMNO Perak yang telah sampai mengenai perkara yang sama pernah berlaku di Perak pada tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza.

Peristiwa pada tahun 1974 itu melibatkan bekas Menteri Besar Perak yang juga ayahanda kepada Tajol Rosli, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi.

Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.

Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi MB.

Saya yakin Dato'Seri Diraja Tajol Rosli arif sangat dengan apa yang berlaku kepada ayahandanya. Mungkin kerana itulah dia mengambil sikap untuk berdiam diri.



PAS kecam tindakan rampas Harakah dan Suara Keadilan

KUALA LUMPUR, 11 Feb : - PAS mengecam tindakan merampas akhbar Harakah dan Suara Keadilan di seluruh negara khususnya melibatkan Perak, Kedah dan Selangor.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menyifatkan tindakan tersebut sebagai pencabulan ke atas prinsip demokrasi.

"Kita yakin tindakan itu diambil ekoran daripada laporan krisis yang berlaku di Perak.

"Tindakan tersebut telah menyekat kebebasan media dan menghina rakyat kerana hak mereka untuk mendapatkan maklumat yang tepat telah dinafikan," tegas beliau.

Mahfuz juga kesal kerana dalam masa yang sama media arus perdana terus menerus dibenarkan melaporkan berita-berita yang telah diputar-belitkan semata-mata untuk mengaburi mata rakyat.

Media arus perdana kata beliau, mengambarkan Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai penderhaka tetapi ketika krisis pelantikan Menteri Besar di Terengganu dan Perlis, pemimpin Umno yang menolak cadangan Sultan tidak digambarkan sedemikian.

"Bila ia melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat, media arus perdana akan memberi gambaran yang buruk sedangkan pemimpin Umno ada yang bertindak lebih teruk dari itu," jelas Mahfuz.

Beliau merujuk tindakan Tan Sri Annuar Musa yang menabalkan Sultan Kelantan yang baru pada tahun 1993 kerana Sultan Kelantan yang sedia ada, Sultan Ismail Petra tidak sehaluan dengan pemimpin Umno Kelantan.

"Kalau nak dikirakan menderhaka tindakan Annuar Musa ini lebih derhaka berbanding yang Nizar," tegas beliau.

Sehubungan dengan itu, beliau mendesak agar arahan segera dikeluarkan agar perbuatan merampas Harakah dan Suara Keadilan serta akhbar alternatif yang lain dihentikan.Harakahdaily.-

Pengundi tidak mahu jual sayur kepada emak Hee Yit Fong ?

Saya mendapat banyak sebaran berita mengenai kejadian emak Hee yang melompat keluar dari Pakatan Rakyat di hina oleh penjual sayur di pasar Kantan, Chemor. Katanya apabila emak Hee hendak membeli sayur dipasar itu seorang pun penjual sayur tidak mahu menjual sayur kepadanya.

Petang ini saya mendapat pengesahan berita ini dari kawan yang berasal dari Chemor, mengenai kejadian yang sama.

Malang lah nasib Hee dan keluarganya, maka benarlah kata Dr. Lee Boon Chye kepada saya , kalau dia berani melakukan demikian bererti 3 generasinya akan dihina oleh orang cina.

Kerajaan kudeta lemah, 4 dilantik penasihat bertaraf exco

Zambry Abdul Kadir hari ini mengumumkan pelantikan tiga penasihat menteri besar kedeta dan seorang ketua penerangan kerajaan kudeta yang semuanya dikatakan bertaraf exco.

Mereka terdiri daripada Datuk Mohd Najumuddin Elias yang dilantik sebagai penasihat Hal Ehwal Agama Islam; Datuk Chang Ko Youn (penasihat Hal Ehwal Kaum Cina), dan Datuk S Veerasingam (penasihat Hal Ehwal Kaum India) manakala Datuk Hamdi Abu
Bakar dilantik Ketua Penerangan Kerajaan Negeri kudeta, lapor Bernama.


Chang merupakan timbalan pengerusi Gerakan peringkat nasional manakala Veerasingam adalah naib presiden MIC.

Dalam pilihanraya umum lalu, Chang tewas di Parlimen Beruas manakala Veerasingam pula kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungkai.

Mohd Najumuddin pula menang di DUN Batu Kurau, manakala Hamdi menang di DUN Pengkalan Baru.

Zambry turut mengumumkan portfolio bagi anggota exco kerajaan negeri kudetanya.

Dalam senarai itu, Zambry menjadi pengerusi Jawatankuasa Perancangan, Ekonomi, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Hasil Bumi, Pertanian, Perumahan dan Agama.

Manakala Hamidah Osman dilantik exco kanan kudeta dengan mempengerusikan Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, ICT, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita; Ramly Zahari (pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air), Mah Hang Soon (pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam).

Saarani Mohamad dilantik pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Perladangan dan Kebajikan; Mohd Zahir Abdul Khalid (pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi), dan Zainol Fadzi Paharuddin (pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan).

Zambry mengangkat sumpah sebagai menteri besar Jumaat lalu hasil dari kudeta yang berlaku selepas Barisan Nasional membentuk kerajaan negeri apabila kerajaan Pakatan Rakyat dinafikan haknya dengan kejayaan BN memperdaya 3 ADUN Pakatan Rakyat serta ADUN Bota yang kembali kepangkuan UMNO setelah menyertai Pakatan Rakyat selama 11 hari.

Masuk pejabat

Sebelum itu, pada jam 10 pagi tadi beliau secara rasmi memasuki pejabat Menteri Besar di Bangunan Darul Ridzuan dengan diiringi barisan exco kerajaan kudetanya.

Ketibaan mereka disambut kakitangan Pejabat Menteri Besar dengan diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Hashim.

Mengenai hanya enam Exco yang dilantik bagi menerajui pentadbiran negeri berbanding 10 exco kerajaan negeri Barisan Nasional sebelum ini, Zambry berkata ia bergantung kepada keperluan tertentu dan keputusan yang dibuat.

Katanya dari segi peraturan, menteri besar boleh melantik seberapa ramai Exco yang beliau mahu.

Satu kenyataan yang ingin menutup kelemahan pada kerajaan kudeta.

Jumlah exco kurang

Ketika ditanya mengenai polisi dan dasar kerajaan negeri yang baru dibentuk ekoran tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat selepas empat anggotanya keluar parti masing-masing untuk menyokong BN, Zambry berkata semua dasar kerajaan BN adalah untuk rakyat.

Zambry mendakwa selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri pada Mac lalu, mereka telah meneruskan polisi yang digariskan kerajaan BN sebelum itu.

Kenyataannya itu dilihat sebagai usaha untuk melindungi segala usaha baik yang dilakukan oleh pakatan Rakyat Selama ini.

"Kamu perlu tahu bahawa banyak polisi yang mereka (kerajaan Pakatan Rakyat) umumkan itu adalah polisi BN." dakwa Zambry dalam sidang akhbar itu.

Ketika ditanya sama ada beliau mendapat sokongan majoriti rakyat Perak walaupun selepas Sultan Azlan Shah tidak perkenan untuk membubarkan DUN ekoran kemelut politik yang melanda, beliau hanya menjawab dengan jawapan yang ingin menutup kelemahan dan usaha kudeta merampas hak pakatan Rakyat dengan berkata: "Ini adalah proses demokrasi. Adakah anda faham mengenai demokrasi? Adakah anda faham mengenai falsafah politik demokrasi?".

PENDIRIAN MAHASISWA PERAK UNIVERSITI MALAYA MENGENAI ISU PERAK

Institut beraja di negara telah bertapak di negara kita selama hampir 400 tahun sejak bermulanya empayar kesultanan Melayu Melaka dan kekal sehingga hari ini. Oleh yang demikian, institut beraja masih teguh walaupun beratus tahun menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran dari pihak-pihak yang ingin menjatuhkan institusi beraja pelembagaan di Malaysia. Maka dengan itu, saya terpanggil untuk menulis artikel ini akibat peristiwa yang berlaku di negara saya, iaitu Perak Darul Ridzuan. Rentetan peristiwa ini berlaku apabila berlakunya perubahan kuasa antara Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional dan hal ini berlaku apabila 3 orang adun Pakatan Rakyat bertindak keluar dari parti campuran itu dan mengistiharkan sebagai adun bebas dan menyebabkan Pakatan Rakyat kekurangan majoriti di dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perak dan bertindak menyokong Barisan Nasional.

Polemik ini menjadi berat apabila permintaan Dato Seri Ir Nizar Jamalludin, selaku ketua kerajaan Pakatan Rakyat memohon perkenan Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk membubarkan Dun ditolak baginda dan memberi laluan kepada Barisan Nasional membentuk kerajaan berdasarkan kekuatan 28 orang adun Barisan Nasional dan 3 orang adun Bebas berbanding Pakatan Rakyat 28 orang adun sahaja. Bahkan Dato Seri IR Nizar Jamaludin diminta untuk melepaskan jawatan Menteri Besar oleh Paduka Seri Sultan, tetapi beliau enggan meletakkan jawatan kerana merujuk kepada pelembagaan negeri iaitu artikel 16 (6), yang menyebut “ Menteri Besar diminta melepaskan jawatan apabila mendapat undi tidak percaya ketika sidang Dun dijalankan ataupun sidang Dun dibubarkan.” Oleh yang demikian timbul polemik antara pihak istana dan Pakatan Rakyat mengenai krisis pelembagaan negeri dan perlantikan Menteri Besar yang baru serta timbul isu saman kepada Paduka Seri Sultan Perak. Kalau kita melihat peristiwa di atas berlaku kes perderhakaan kepada Paduka Seri Sultan akibat kurang memahami pelembagaan negeri dan kurangnya meghormati institusi beraja.

Saya mewakili mahasiwa-mahasiswa Perak Universiti Malaya ingin menegaskan bahawa institusi beraja tidak perlu diheret kepada tujuan politik mana-mana pihak kerana jika tidak kesannya akan membawa padah yang buruk kepada institusi beraja itu sendiri. Hal ini kerana sejarah telah membuktikan bahawa institusi beraja di Malaysia masih kukuh kerana tidak mempengaruhi oleh mana-mana elemen politik kerana sifat konsep institusi beraja di Malaysia adalah menjadi perantaraan rakyat dan pemerintah seperti yang termaktub di dalam perlembagaan persekutuan dan negeri.

Maka saya ingin memohon cadangan kepada kebawah duli-duli raja-raja Melayu supaya membuat sidang khas majlis raja-raja supaya membincangkan masalah kuasa memerintah di Perak dan meminta perkenan untuk melantik Seri Paduka Baginda Yang dipertuan Agong Tuanku Mizan untuk menjadi perantara atau orang tengah antara Paduka Seri Sultan Perak dan Dato Seri IR Nizar Jamalludin serta Dato Dr Zamby Abdul Kadir agar dibincangkan mengenai isu ini dan mengambil pendekatan “win-win situatioan” antara dua pihak. Hal ini kerana jika ianya dibiarkan berlarutan akan menyebabkan pepecahan sesama rakyat Perak dan merosakkan nilai perpaduan antara rakyat dan pemerintah.

Selain itu keyakinan kita sebagai rakyat Malaysia kepada institusi beraja wajar dikuatkan dan perlu didalami khususnya kepada golongan muda. Jika dilihat pada hari ini, tiada satu kumpulan dari golongan muda khususnya mahasiswa dan mahasiswi yang mengambil tahu akan sistem beraja dan mengkaji sejarah institusi raja-raja Melayu serta menilai dan mengambil idea daripada titah-titah ucapan diraja. Kebanyakannya lebih banyak menumpukan kepada perjuangan peribadi dan politik. Oleh itu, saya juga berpendapat pihak istana seharusnya membuka ruang kepada golongan mahasiswa untuk berkongsi idea dan berdiskusi dengan institusi beraja agar nilai-nilai keyakinan terhadap keutuhan sistem beraja tidak hilang dengan begitu sahaja.

Sebagai penutup, saya tegaskan sekali lagi bahawa mahasiwa-mahasiwa Perak yang menuntut di Universiti Malaya ingin menyokong dan menjunjung daulat kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, selaku Canselor Universiti Malaya dan seluruh keluarga kerabat baginda dan kami anak-anak Perak di sini berikrar akan mepertahankan institusi beraja pelembagaan di Malaysia terutamanya di negeri kami dan mendoakan negeri Perak kembali aman. Daulat Tuanku.

Oleh :JUANI MUNIR BIN ABU BAKAR
PRESIDEN,
PERSATUAN MAHASISWA PERAK DARUL RIDZUAN (PEMARAK)
ARAS 2, BLOK F, KOMPLEKS PERDANA SISWA
UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR.
juanimunir@yahoo.com

K'jaan Pakatan Perak berjaya selesai isu-isu tertunggak

Sepanjang 10 bulan mentadbir Perak, kerajaan negeri telah dapat menyelesaikan dalam masa yang singkat, isu-isu yang sudah lama tertunggak, kata Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga.

Katanya, antara isu-isu yang dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak ialah ialah:

Sebagai menteri besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin membatalkan kesemua aktiviti membalak dan perladangan di kawasan Orang Asli di sekitar Gopeng yang menjejaskan lebih 2,000 penduduk Orang Asli

YB Sivanesan mengumumkan pemulangan kira-kira 400 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat tersebut, yang telah diperuntukan untuk aktiviti pembalakan oleh kerajaan sebelumnya di Mukim Teja dekat Gopeng.

Kerajaan negeri telah mengumumkan pemulangan kira-kira 500 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat Orang Asli Kampung Chang Sungai Gepai di Bidor, yang telah diperuntukkan sebagai tapak Taman Botani, oleh kerajaan sebelumnya.

Sebuah pasukan khas mengenai hak tanah Orang Asli ditubuhkan untuk mengiktiraf secara rasmi semua tanah adat Orang Asli di Perak. Pasukan itu mempunyai dua peringkat. Peringkat kedua dikendalikan secara eksklusif oleh masyarakat Orang Asli sendiri dan dewan mesyuarat di bangunan SUK disediakan untuk kegunaan Orang Asli.

Kerajaan negeri telah melantik seorang pegawai khas Orang Asli bagi negeri Perak yang ditugas untuk menyelesaikan semua masalah yang dihadapi Orang Asli di negeri tersebut.

Mengadakan siri perbincangan dengan rakyat dan NGO mengenai aktiviti pembangunan di Ipoh. Sebagai contohnya, pandangan awam diminta berhubung cadangan pembangunan Pasar Yau Tet Shin.

Penduduk Melayu dan Cina di kampung baru dan kampung tersusun diberi hakmilik kekal secara berperingkat.

Ambiga berkata, Majlis Peguam gembira melihat hasil-hasil yang positif yang dicapai dalam tempoh masa yang singkat untuk menangani isu-isu terbabit.

"Kita berharap kepentingan yang sama akan diberikan terhadap perkara-perkara berkenaan dan terus dilaksanakan tanpa sebarang kelewatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini..

"Malah, kita menggesa kerajaan negeri supaya bersikap pro-aktif berhubung isu-isu yang membabitkan Orang Asli, masyarakat yang terpinggir dan kurang bernasib baik," katanya.

Ceramah MB di Ipoh Malam ini.

Satu Ceramah Perdana akan diadakan di Dewan Chin Woo Ipoh pada jam 8.00 malam (Rabu / 11 Feb) ini.Penceramahnya ialah YAB Menteri Besar Perak, DS.Muhammad Nizar Jamaluddin, Dato" Ngeh khoo Ham dan Dr. Lee Boon Chye.

Muslimin dan dan muslimat dijemput hadir.

Osman Jailu, baliklah kempen di Bukit Gantang !

BUKIT GANTANG, 11 Feb. :- Banyak pihak juga membincangkan siapakah calon UMNO yang akan ditampilkan sebagai calonnya. Walaupun menurut banyak pemerhati politik pertandingan yang berlaku di Bukit Gantang dalam suasana politik Perak yang sangat memihak kepada pakatan Rakyat.

Kalau tidak terlalu bombastik dan happy ending pertandingan yang berlaku cuma memenuhi syarat supaya seorang ahli parlimen dari Pakatan Rakyat dipilih secara sah.


Maklumat dari pihak yang saya boleh percayai dan cakap-cakap di kedai kopi di Bukit Gantang mendapati sekurang-kurangnya terdapat 3 calon yang disebut setakat ini.

Calon populer ialah Kamalulai, Timbalan Ketua bahagian UMNO Bukit Gantang. Beliau adalah pensyarah di Kolej Islam Kuala kangsar.

Keduanya Ismail Sofyan, Calon yang kalah dalam pemilihan Ketua bahagian Bukit Gantang yang lepas. Beliau kalah kepada YB. Rosli yang juga ADUN Terong.

Terakhir ialah Pengarah Mardi Negeri Perak, Dr. Zamry. Dari segi akademik beliau lah yang paling layak menurut sumber itu.

Siapapun calon yang dikemukakan nampaknya percaturan sangat sukar . Siapapun yang disebutkan di atas nampaknya tidak dapat menghadapi gelombang rakyat yang berlaku di Perak sekarang ini.

Kemarahan rakyat kepada ADUN Changkat Jering yang berada dalam Parlimen itu, Mohd. Osman Jailu pasti akan menambahkan lagi majoriti undi di kawasan DUN berkenaan .

Ramai yang menunggu ke pulangannya untuk berkempen di Changkat Jering. Cuma yang kita ragui adakah dia sanggup muncul di khalayak ramai dan apa pula yang dia akan ucapkan dalam keadaan dia pun tidak pandai berceramah.

Sudah Ada MB Enggan Letak Jawatan Di Perak Sebelum Ini

DALAM mencari penyelesaian perang tempoyak di Perak hari ini bukan boleh dilakukan dengan cara menegakkan benang basah atau pun secara ‘keras kin’. Sebaik-baiknya ialah merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu. Perisitwa atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk dirujuk.

Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja.

Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak dipakai, diletakkan di kaki dengan apa lagi hendak dijadikan panduan? Maka jadilah kita seperti haiwan; harimau, singa, ular tedong dan monyet. Mereka mana ada kitab tata cara hidup.

Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu.


Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaini bapak kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza.

Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.

Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi MB.

Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, iala Presiden UMNO.”

Gara-gara keengganan Ghazali (foto) itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambannya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB.

Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjamban. Beliau benar-benar melaksanaan nazarnya, tidak mencukur janggut. Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar baru baginda membersihkan mukanya.

Ghazali berhenti menjadi MB Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihat agar Ghazali berbuat demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat perletakan jawatan sebagai MB 1977.

Cuplikan kisah ini saya petik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idrsis Shah, sdr Mokhtar Petah dan disedut daRI blog beliau;

Cuplikan itu seperti mana berikut:

DEWAN SANATE

Setelah tamat perkhidamatan di MAsir, Haji Mohd. Ghazali Jawi telah pulang ke tanah air dan dilantik sebagai ahli Dewan Sanat - senator. Dia telah memegang jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung UMNO.

Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) dan dilantik memegan jawatan Menteri Tanah dan Galian. Kemudian dia memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.

Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawan Menteri Besar pertama, pada tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah.

ARAB BERSATU

Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Dia telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah masih Raja Di Hilir Perak.
UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.

Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di antaranya anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad.

MENJADI PERUNDING

Mereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak, di antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf, Dato’ Abdul Malik Ahmad, Dato’ Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera, Allahyarham telah menggunakan Ishak Tadin menjadi ‘perunding’ antara Saultan Idris dengan Haji Ghazali Jawi.

Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan Idris Shah. Pada satu malam beliau telah (berkata – MSO) kepada Baginda, bahawa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda melantik Haji Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak.

MENGANGKAT SUMPAH

Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali Jawi untuk memegng jawatan Menteri Besar Perak.

Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil saya mengadap Baginda, di Istana Tambon, Ipoh. Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun.

PARTI POLITIK

“ Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjdi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,” kata saya kepada Baginda.

Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak.

Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana. Baginda telah setuju.

MENYIMPAN JANGGUT

Setelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar, dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa dari titah Baginda kepada orang ramai.

Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, “Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun.”

Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan, sehingga tahun 1977. Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menanda-tangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak.

BURUK SANGKA

Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala.

Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO – BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, ahli Dewan Negeri (berunding dengan pihak ibu pejabat polis, di Kuala Lumpur mengenai kes tersebut. Kes itu telah diganntung atau dimansuhkan. Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Masir.

Kata Mokhtar mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduH demikian, kerana ada kilat dan silaunya, ‘kata dulang paku sepih’.

http://msomelayu.blogspot.com/.

Siapa calon PAS di Bukit Gantang ?

BUKIT GANTANG, 10 Feb. :- Kehangatan mengenai siapa calon Pakatan Rakyat dan BN dalam pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang mulai terasa. Hampir setiap hari ada saja mesyuarat kedua belah pihak membincangkan siapakah calon yang akan ditampilkan oleh kedua belah pihak.

Apapun sejak menerima berita meninggal dunianya Hj. Roslan Sharom saya menerima komen dalam blog ini dan banyak sms yang mencadangkan calon-calon bagi PR yang mengikut pandangan mereka adalah yang terbaik, dan bagi saya tidak memandang rendah kepada semua cadangan tersebut.

Cadangan paling popular ialah DS. Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin , diikuti oleh Ust. Idris Ahmad dan Ust. Norazli Musa.

Mengenai cadangan DS. Nizar sebagai calon saya menerima komen dari seorang pembaca yang juga mencalonkan DS. Nizar namun menyatakan kedudukannya sebagai MB Perak pakatan Rakyat yang kita iktiraf akan terlucut kerana beliau kena letak jawatan sebagai syarat menjadi calon. Katanya lagi kita pertahan supaya dia jangan letak jawatan namun dia kena letak jawatan kalau dicalonkan di Bukit Gantang.

Selain itu nama AJK PAS Pusat, Ust. idris Ahmad juga hangat disebut di Bukit Gantang. Beliau pernah menjadi calon DUN Changkat Jering ditempat yang sama pada tahun 1999. Setelah itu pada PR ke 11 dan 12 beliau bertanding dua kali di Parlimen Jerlun.

Ketokohan Ust. Idris sangat bergantung kepada ketokohan peribadi dan latarbelakang keluarga Hj. Ahmad Sungai Petai yang sangat dihormati oleh masyarakat setempat.

Abangnya Datuk Hassan Hj. Ahmad adalah Mufti Negeri Pulau Pinang. Abangnya juga Datuk Salleh Hj. Ahmad adalah tokoh akademik terkenal sebagai pensyarah di UIA.

Nama yang disebut juga ialah Ust. Norazli Musa , bekas calon DUN Trong pada PR yang lepas dan Ketua Dewan pemuda PAS Perak.

Apapun bagi Pakatan Rakyat dan PAS siapa pun calon tidak menjadi masalah yang besar, semua boleh mencadangkan namun setelah pimpinan memutuskan semua akan akur dan bermati-matian memenangkan calon. Bukit Gantang akan menyaksikan gembelingan tenaga semaksima mungkin.

Permatang Pauh , Kuala Terengganu dan kini di Bukit Gantang akan meranapkan Impian kosong BN.

Dari permatang, pergi ke kuala dan kini di dua bukit. Satu di Perak dan satu di Kedah ayuh kita gerakkan tenaga untuk memenangkan calon kita.

Bola : Perak 2, Kelantan 3

IPOH, 10 Feb.:- Keputusan perlawanan bola sepak malam tadi, Kelantan menang 3 : 2. Pada separuh masa pertama Kelantan mendahului dengan 2 gol, Pasukan Perak sempat menyaingi Kelantan dengan kedudukan 2 sama pada satu masa.

Keputusan akhir berkesudahan dengan Kelantan menambahkan lagi satu gol sehinggalah wisel penamat dibunyikan.

YAB Meneteri Besar Perak yang juga Presiden PAFA , DS. Muhammad Nizar Jamaluddin telah berada di stadium menyaksikan perlawanan tersebut.

Sakit atau buat-buat sakit ?

Berita dan ramalan yang saya terbitkan dalam blog ini kelmarin mengenai siapa yang akan dilantik menjadi Exco kudeta di Perak ternyata benar semuanya. Ramalan kedua saya yang menyebut tiga ADUN lompat tidak terlibat dengan lantikan ini juga ternyata benar.

Persoalannya ke manakah mereka selepas ini ?, walaupun tidak dapat disahkan seratus peratus mereka bertiga tidak akan dilantik sebagai Exco namun ada berita yang saya terima bahawa Hee Yit Fong kemungkinan akan dilantik semula dalam kabinet kudeta itu sebagai Timbalan Speaker DUN Perak.

Ternyata mereka lebih teruk dari pepatah sudah jatuh ditimpa tangga, apa kan tidak jawatan yang telah pun hilang dan melayang datang lagi bala yang bersilih ganti.

Kalau lah benar mereka telah di katakan mengalami penyakit yang teruk, paling tidak yang boleh disahkan ialah penyakit tekanan mental. Bayangkan sehingga ini gambar mereka yang tersiar sejak mereka melompat keluar dari Pakatan Rakyat hanya diambil di Istana sahaja.

Kalau lah benar hendak berkhidmat lebih kuat seperti didakwa Jamaluddin kenapa kena bersembunyi begitu lama dan tidak muncul di khalayak ramai.

Dengar khabar Hee juga tidak balik ke rumah sampai saat ini. Saya kasihankan kepada jiran dan rakan serta semua penyokong yang berkerja kuat untuk dia sampai menang di Jelapang. Seorang OKU yang begitu dihormati sebelum ini sekarang di caci dan di maki dan ada yang sudah berkumpul sambil membakar gambarnya.

Jamaluddin dan Osman sejak awal lagi bila mula muncul setelah surat dia berhenti jadi ADUN di terima oleh Speaker mula mendakwa sakit dan mendapat rawatan. Adakah mereka minta sakit atau buat-buat sakit ?

Sehingga kelmarin saya menerima berita dari Hospital Selayang bahawa Osman betul berada di CCU Selayang. Malah waran tangkap kerana beliau tidak hadir di mahkamah kelmarin dikaitkan dengan kesihatannya.

Jamaluddin mengemukakan surat sakit, lalu dia terlepas dari waran tangkap.

Sakit dan sembuh adalah kehendak Allah SWT, dan satu ujian bagi manusia yang beriman. Tetapi janganlah kita buat-buat sakit. macam cerita seorang yang buat-buat cerita emaknya mati sehingga dapat cuti, akhirnya emaknya betul-betul mati. Secara kebetulan atau tidak apa yang terjadi didunia ini kadang-kadang disebabkan ikhtiar dan doa kita juga. Allahu aklam.

Apa lagi yang akan berlaku hari ini ?

Teringat saya mengenai pertanyaan Tok Guru Nik Aziz kepada YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam perbualan melalui talipon kelmarin. Tanya Tok Guru apakah yang nak dilakukan hari ini.

Sebetulnya sejak akhir bulan Januari yang lepas suasana politik di Perak menghangatkan pemberitaan di blog kesayangan ramai ini dan di bolg-blog yang lain. Kelmarin hits mencecah 22,000 setelah hari isnin dan selasa menurun kepada 14,000 dan 18,000 sahaja.

Saya yakin berita mengenai meninggal dunianya Ahli Parlimen Bukit Gantang , Hj. Roslan shaharom dan Cubaan Ir. Nizar, Exco dan ADUN yang ingin masuk pejabat SUK gagal menyebabkan kenaikan jumlah pengunjung di blog ini.

WM juga mengambil beberapa langkah untuk cuba mengawal beberapa komen yang melampau dan merentasi batas akhlak dan tatasusila Islam. Saya harap semua yang memberi komen biarlah berpada-pada, jangan terlalu menyerang tetapi lebih baik banyak menerangkan dan menjelaskan maklumat yang saudara ada.

Bila ditanya kepada saya, apa lagi akan berlaku hari ini, saya katakan macam-macam akan jadi. Kita tunggu dan lihat.

Pilihanraya dua tempat diketahui Jumaat ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Jumaat ini untuk membincangkan kedudukan kerusi parlimen Bukit Gantang, Perak dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, Kedah.

Pegawai perhubungan awamnya Sabri Said dalam kenyataan berkata
mesyuarat khas itu juga akan memutuskan tindakan selanjutnya berhubung kedua-dua kawasan berkenaan, lapor Bernama.

Selepas mesyuarat itu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan mengadakan sidang akhbar yang dijadualkan pada 11 pagi di Bilik Gerakan SPR di Putrajaya.

Anggota parlimen PAS di Bukit Gantang, Roslan Shaharum meninggal
dunia semalam akibat serangan jantung.

Selang beberapa jam selepas itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula mengumumkan peletakan jawatan V Arumugam sebagai wakil rakyat Bukit Selambau dan anggota exco kerajaan negeri.

Pada pilihanraya umum lalu, Roslan menewaskan calon BN Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, manakala Arumugam yang bertanding atas tiket ebas menewaskan S Krishnan, juga daripada BN.

Sementara itu, Dewan Rakyat dilaporkan sudah memaklumkan kepada suruhanjaya itu mengenai kekosongan kerusi Bukit Gantang.

Timbalan Yang Dipertuanya Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata notis bagi memaklumkan kekosongan kerusi itu dihantar selepas menerima dokumen rasmi berhubung kematian Roslan, lapor agensi berita itu.

Roslan menang majoriti 1,566 undi, manakala Arumugam meraih 7,695 undi.