12 Februari 2009

Osman tidak dimasukkan ke HKL - Pengarah

Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Zaininah Mohd Zain hari ini menafikan bahawa Bekas (ADUN) Changkat Jering, Mohd Osman Jailu telah dimasukkan ke hospital itu baru-baru ini.

"Dia tidak pernah dimasukkan ke HKL," katanya ketika mengulas dakwaan adik Mohd Osman bahawa abangnya gagal hadir perbicaraan kes rasuahnya di Mahkamah Majistret di Ipoh semalam kerana dia dimasukkan ke HKL.

kegagalan menunjukkan sijil cuti sakit sehingga waran tangkap dikeluarkan kepada Osman hari selasa lepas.

Menurut Norliza, abangnya dimasukkan ke unit rawatan rapi pada malam Isnin.

Susulan dari berita ini akhirnya hampir membenarkan ada unsur pembohongan dari Osman yang saya pertanyakan adakah dia buat -buat sakit yang saya tulis dalam blog ini kelmarin.

Bagaimanapun, Norliza gagal menunjukkan sijil cuti sakit dengan mendakwa abangnya berada di bawah pengawasan doktor.

Majistret Sharmila Abdul Samad mengeluarkan waran tangkap ke atas Mohd Osman selepas Norliza memberitahu mahkamah bahawa abangnya dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung.

Kita tunggu hari pembicaraan yang ditangguhkan iaitu 15 Jun akan datang, apa pula lakonan yang Osman dan adiknya ?. Kalau lah benar sakit IsyaAllah sudah sembuh pada masa itu, cuma yang saya bimbangkan dia takut untuk muncul di khalayak ramai. mana lah tahu pada anggapannya ada telur busuk dan lemparan kasut sedang menunggu di pintu masuk mahkamah.

9 ulasan:

Unknown berkata...

better lemparan kasut..musti xtido malam la osman tu terbau bau kasut..hihi

Awanama berkata...

YA ALLAH, hancurkan lah pemimpin2 umno bn yang cuba merosakkan keamanan bumi mu Malaysia ini. Mereka melakukan rasuah Ya Allah, Mereka Menculik dan mengugut wakil2rakyat kami Ya Allah, mereka mengambil hak rakyat utk kemewahan mereka Ya Allah. Hancurkan lah mereka2 yang cuba merosakkan "kapal" ini Ya Allah.
Hacurkan lah mereka Ya Allah.
Hacurkan lah mereka Ya Allah.
Hacurkan lah mereka Ya Allah.

fital berkata...

mungkin dia bohong sunat

AntiRasisSampaiMati berkata...

ini bkn bohong sunat ini nmenye bohong si PENGECUT...

Awanama berkata...

Mana ada dalam Islam bohong sunat. Jgn pandai2 bt fatwa sbb ianya boleh membawa terpesongnya akidah.

Awanama berkata...

bohong sunat ke bohong terpaksa ke sah dah bohong belaka... memanglah YB2 lompat tu semua pembohong, kalau tak tentu dia secara sukarela letak jawatan kosongkan kerusi macam MP Kedah tu. takda pendirian, bacul, haprak...

Awanama berkata...

Kita tunggu apa yang akan Tuhan balas tunai kat YB pembelot tersebut! Satu dunia pengerak Islam solat hajat & munajat.

Power Renjis berkata...

sakit btl2 baru tau..masa sidang media skali ngan najib ari tu ok plak..takde plak nampak sakit2..

Achmad berkata...

SAKIT CUBAAN....TUR..BUKAN.....BETUL-BETUL2 NIE...CUBAAN...... MCM PERNAH DENGAR JER DIALOG TUR...HUHUUHKKK..... TAHNIAH YB LOMPAT-LOMPAT..!!.. bEE eNd bakal THE END.!!