10 April 2010

MP Sibu meninggal dunia

24 Rabiulakhir 1431H.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau (gambar)yang juga anggota parlimen bandar Sibu meninggal dunia di Hospital Selayang, hari ini akibat barah.

Lau, 68, dari SUPP memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.

Kematiannya akan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil - yang kesebelas selepas pilihan raya umum 2008.

Ia juga merupakan pilihan raya kecil kedua di Sarawak selepas DUN Batang Ai.

Pilihan raya kecil tersebut perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh berlaku kekosongan.

Pada pilihan raya umum 2008, Lau mendapat 19,138 undi manakala Wong mendapat 15,903 undi dan Lim (812).

Lau mewakili parlimen Sibu sejak 1990.

Dalam pilihan raya umum 2008, parlimen Sibu mempunyai 53,679 pengundi, dengan majoriti kaum Cina (60 peratus), Melanau (20 peratus), Iban (18 peratus) dan Orang Ulu (1.1 peratus).

Keluarga Lau memiliki kumpulan KTS - sebuah konglomerat yang terbabit dalam industri pembalakan dan media.

Kumpulan KTS memiliki beberapa akhbar termasuk Borneo Post dan Oriental Daily News.

Sementara itu, Bernama memetik setiausaha sulitnya, Peter Hu sebagai berkata, Lau meninggal dunia pada jam 11.10 pagi dan persiapan sedang diadakan untuk membawa jenazah mendiang ke kampung halamannya di Sibu. Mstar/-

SAMPAI BILA LAYANAN MESRA UNTUK ADUN BEBAS

24 Rabiulakhir 1431H.

Kenyataan Media (8 April 2010)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak sabar menunggu dalam tempoh yang tidak lama lagi apabila Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 pada bila-bila masa sahaja yang akan menentukan kedudukan 3 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak yang telah menjadi Bebas awal Februari tahun lepas yang lalu akan berakhir.

Persoalan yang akan timbul ialah, bagaimana kedudukan mereka selepas ini? Adakah mereka akan bertanding semula? Apakah tiket yang akan mereka bertanding selepas ini? Adakah Umno / Barisan Nasional (BN) bersedia memberikan ruang kepada mereka bertanding atas tiket BN? Atau PRU ke – 13 ini akan mengkuburkan masa depan mereka?

DPPN Pk yakin mereka akan memusnahkan masa depan mereka bersama BN dan mereka harus sedar masa sedang mengejar mereka. Sudah tentu rakyat akan menghukum mereka kerana telah mengkhianati amanah rakyat yang memilih mereka. Mahkamah Rakyat akan mengadili mereka jika mereka akan bertanding semula. Pada masa itu, barulah mereka sedar akan kedudukan mereka jika mereka kalah nanti.

Walaupun buat masa ini, ADUN-ADUN Bebas ini dilayan seperti 'menatang minyak yang penuh' oleh BN, tapi ianya hanyalah semata-mata untuk menjaga kepentingan politik jahat BN bagi mengekalkan perbuatan haram mereka di Perak melalui sokongan ADUN-ADUN Bebas ini. DPPN Pk juga merasa pelik kerana kes dakwaan rasuah ADUN Behrang dan Changkat Jering ini seolah-olah cuba dilengah-lengahkan oleh pihak-pihak tertentu, walhal kes perbicaraan ini tergolong dalam kes berprofail tinggi yang melibatkan kepentingan rakyat Perak yang perlu disegerakan.

Untuk rakyat, DPPN Pk meminta agar rakyat memastikan hukum setimpal kepada mereka yang mengkhianati amanah rakyat selama ini. BN sudah tentu tidak akan memberikan apa-apa keistimewaan kepada mereka jika mereka tidak memberikan manfaat kepada BN nanti. Tahniah kepada ADUN Bebas sekarang dan bakal menjadi sampah kepada BN.

DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

KENAPA UMNO INGIN KUASAI INSTITUSI MASJID DI PERAK?

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kecewa dengan tindakan Umno untuk terus menguasai Institusi Masjid apabila memastikan tindakan mereka dengan menyusun semua perlantikan Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) yang telah diberikan tauliah tempohari sebenarnya telah melanggari peraturan amalan yang telah dilakukan selama ini terutama perlu melalui proses temuduga telah diketepikan.

Panduan yang selama ini diikuti mengikut garis panduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diketepikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sedangkan JAKIM yang memberikan peruntukan selama ini telah dinafikan peranan yang sepatutnya diberikan keutamaan. Yang lebih parah ialah agen-agen Umno yang berada di dalam Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) merealisasikan sepertimana yang dikehendaki oleh Umno.

DPPN Pk mencabar agen-agen Umno yang berada di dalam JAIPk agar meletak jawatan kerana mereka telah merosakkan Institusi Masjid yang sepatutnya menjadi tempat penyatuan Umat Islam dan bukannya pepecahan kerana idelogi politik kepartian. Kemusnahan Institusi Masjid akan bertambah parah dengan tindakan semua yang melibatkan tanggungjawab yang sepatutnya diberikan kepada yang lebih layak tidak diberikan.

Umno yang bertanggungjawab memusnahkan dan merosakkan Institusi Masjid selama ini. Rakyat dan ahli kariah yang sepatutnya yang menentukan siapakah yang layak diberikan tanggungjawab dinafikan hak. Malah perlantikan Ahli Jawatankuasa Masjid telah dikuasai oleh Umno, dan lebih malang apabila sesiapa yang tidak menyokong Umno diketepikan untuk bersama membangunkan Institusi Masjid.

SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

APCO DAH LAMA MASUK KE KDN

24 Rabiulakhir 1431H.
Kedah Lama


SESI APCO WORLDWIDE
( 28/10/2009 )


Satu perjumpaan dengan konsultan media luar negara merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu. Ia bukan bertujuan mengagung-agungkan perunding media luar tetapi sebaliknya untuk melihat sejauhmana kepakaran dan pengalaman mereka boleh memberi manafaat kepada kita.

Lawatan APCO Worldwide dari United Kingdom pada 23 Oktober 2009 yang lalu ke KDN adalah siri kedua dari 4 siri pertemuan mereka dengan Unit Komunikasi Korporat. APCO Worldwide Pertemuan ini diisi dengan pembentangan tips-tips kaedah media. Lawatan ini adalah kesinambungan dari program 'Supporting The Goverment Of Malaysia: Building Intergrated Goverment Communication' anjuran JPM bertujuan meningkatkan lagi hubungan dua hala di antara media dan agensi-agensi Kerajaan. Pertemuan ini membolehkan kedua belah pihak saling berbalas tanya.

Encik Mike Granatt yang menjadi jurucakap kepada 3 rakannya yang lain bertanya strategi dan kaedah komunikasi yang dilaksanakan oleh Unit Komunikasi Korporat KDN. Team APCO itu melahirkan rasa kagum di atas tindakan kehadapan Unit Komunikasi KDN yang telah lama mengadakan pertemuan bersama editor-editor kanan media perdana dan mesyuarat pengurusan komunikasi peringkat kementerian. APCO juga kagum kerana penglibatan pengurusan atasan dalam kedua-dua aktiviti ini. Kedua-dua mesyuarat ini yang diadakan secara bulanan dipengerusikan oleh Dato Sri' Mahmood b. Adam. KSU KDN. Berkenaan dengan portal berita ikdn pula, APCO memaklumkan inilah kali pertama dalam lawatan pertama mereka ke lapan kementerian setakat ini, KDN yang paling menonjol dari siap siaga berurusan dengan hal ehwal media.

Portal berita ikdn dilihat sebagai kefahaman KDN menangani dan berurusan dengan media baru. Bagaimanapun APCO melihat KDN perlu juga memberi perhatian kepada pertemuan dengan wakil-wakil berita luar negara yang membuka pejabat mereka di Malaysia. Sungguhpun Puan Jamilah Taib, Ketua Komunikasi Korporat KDN memaklumkan bahawa perancangan itu berada dalam fasa kedua aktiviti Unit memandangkan kekurangan pegawai berkelayakan, Encik Mike berpendapat waktu itu tidak boleh dilengahkan lagi kerana media barat selalu membuat andaian sendiri bila mereka gagal mendapat sumber berita yang dimahukan.

Sumber dari : http://www.moha.gov.my/template03.asp?tt=news&newsID=290

Bagaimana kehidupan seorang Muslim ?

24 Rabiulakhir 1431H.
Ust. Ibrahim Zakaria.

Seseorang yang memiliki sifat sejati seorang muslim akan membuahkan nilai-nilai yang luhur dan mengandungi ibadah. Di antara sikap hidup seorang muslim yang terdapat dalam hadis qudsi ada tujuh sikap, sekaligus melengkapi dari sifat-sifat seorang muslim yang sudah disebutkan di atas, iaitu :

a.Mencintai para fakir miskin dan orang yang lemah.

Mereka ini adalah makluk Allah S.W.T. Taraf mereka adalah sama saja dengan kita. Menurut Allah manusia semuanya sama. Yang membezakan kita ialah di segi taqwa. Memang sudah menjadi sunatullah sehingga kehidupan di dunia ini harmoni, kerana adanya kumpulan fakir miskin dengan kumpulan kaya. Jika semuanya kaya, siapakah yang akan menjadi buruh, nelayan dan sebagainya. Jadi seimbangnya hukum Allah mengatur kelebihan dan kekurangannya.

Oleh itu yang kaya harusnya mengambil berat saudaranya yang miskin, seperti membayar gaji untuk pekaerjaannya. Bila yang miskin merasa di hargai, maka akan berdoalah ia untuk orang kaya itu dengan doa yang baik-baik.

b.Jangan melihat hanya kepada kemewahan.

Dalam urusan dunia, ekonomi dan harta, hendaklah kita sentiasa memandang ke bawah. Dengan demikian kita akan bersyukur kepada nikmat Allah. Jika selalu memandang ke atas, kita akan menjadi manusia tamak, yang tidak pernah mencukupi dengan apa yang Allah berikan yang mana akan menjerumuskannya bertuhankan kepada dunia dan harta. Demikianlah ajaran Nabi Muhammad S.A.W. Tetapi dalam soal ibadat, hendaklah kita memandang ke atas, berlumba mengerjakannya tetapi tidak pula menunjuk-nunjuk dan riak.

c.Mengerat hubungan silaturrahim.

Menjalinkan tali persaudaraan antara sesama muslim yang jauh atau dekat dengan satu jalinan agama Islam. Kerana dengan amalan ini rezeki kita akan lapang dan di murahkan oleh Allah serta di panjangkan umur. Begitulah ajaran Rasulullah S.A.W.. Dalam hadis yang lain Rasulullah S.A.W. menganjurkan agar menjalinkan hubungan silaturrahim dari peringkat keluarga, jiran, masyarakat, negeri dan seterusnya kepada sebuah negara. Baginda ada menyebut… Ertinya: " Carilah jiran lebih dahulu sebelum mendirikan rumah."

d.Jangan menanyakan perkara yang tidak bermanfaat.

Tingkah laku seorang muslim mencerminkan nilai-nilai luhur seorang yang beragama Islam. Perkataannya yang baik adalah merupakan nilai-nilai ibadah. Tidak baik bertutur akan menyinggung hati orang lain. Contohnya baru sahaja berkenalan terus ditanya hal-hal peribadinya,hartanya dan sebagainya. Sebaiknya berbuallah perkara yang berkaitan dengan keluarganya, seperti persekolahan anak-anaknya.

e.Menyatakan kebenaran walaupun pahit.

Rasulullah S.A.W. berwasiat kepada umatnya supaya berani mengatakan, menegakkan kebenaran walaupun menghadapi berbagai rintangan. Gunakanlah bahasa yang halus dan baik untuk tujuan itu tetapi memberi kesan dan tidak menyakitkan hati. Janganlah kebenaran itu tukarkan dengan kebatilan lantaran kita tidak mahu berhadapan dengan risiko, dan mementingkan diri sendiri. Di mana kita berada kebenaran harus di tegakkan. Sebab kepahitan itu akhirnya akan mendatangkan kemanisan untuk manfaat seluruh masyarakat.

f.Tidak takut cacian dan makian.

Setiap perjuangan dalam menegakkan keadilan dan kebenaran yang di redhai Allah, tidaklah lepas dari cacian dan makian. Hendaknya kita mencontohi dengan sikap keperibadian Rasulullah S.A.W. dalam memperjuangkan Islam di tengah-tengah kaumnya. Kita janganlah takut dan bimbang kerana mereka yang menentang kebenaran itu tidak mendapat petunjuk dari Allah S.W.T. Oleh itu kita haruslah memperbanyakkan doa kepada Allah, agar kita ditetapkan dan hati mereka terbuka untuk menerima hidayah Allah.

g.Mengucap kata-kata Hauqalah.

Ucapan Hauqalah ialah : Yang bermaksud, " Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan izin Allah." Orang muslim yang sejati, selalu mengucapkan kata-kata tersebut ketika
hendak melakukan suatu pekerjaan apapun, sekalipun dirinya menjadi seorang raja, berkuasa, kaya dan sebagainya. Tiada kekuatan, kekayaan, kekuasaan di dunia ini selain dari Allah. Janganlah manusia merasa sombong dengan apa yang ada dengan dirinya.

Demikianlah tujuh sikap hidup yang di wasiatkan Rasulullah S.A.W. kepada umatnya untuk di jadikan panduan siang hari dan cahaya di malam hari. Dengan berpegang kepada wasiat-wasiat Rasulullah S.A.W. tersebut, Insya Allah setiap muslim akan sejahtera dalam kehidupan ini dan membahagiakan pula kepada manusia lain.
Wassalam.

DI SEDIAKAN OLEH USTAZ IBRAHIM BIN ZAKARIA 019-2627636
PENGETUA MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL ABRAR
NO. 19 Atas Persiaran PM 3/2, Pusat Bandar Seri Manjung Seksyen 3,
32040 Seri Manjung Perak.
E Mail ibrahim_mtd07@yahoo.com
Segala sumbangan derma boleh lah di salurkan ke dalam akaun bank muamalat no 08030002138714

Tujuh Perkara Tanda-Tanda Takut Kepada Allah

24 Rabiulakhir 1431H.
Shah Bundy

MENURUT Abul-Laits tanda-tanda takut kepada Allah dapat dilihat dalam tujuh perkara;

Pertama, pada lisannya. Seseseorang itu yang menghindarkan daripada dusta, ghaibah, menyibar fitnah, berbual-bual kosong dan banyak bercakap. Malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca al Quran dan muzakarah ilmu. Dalam hal ini tentulah berzikir dengan nawaitu tidak betul, misalnya hendak menunjuk-nunjuk kealiman dan untuk dilihat sebagai orang yang senantiasa mengingati Allah.

Membaca al-Quran pula bukan untuk menghayati hukum-hukum dan perintah Allah tetapi untuk menunjuk kelunakan suara dan kebolehan melagukan ayat-ayat Quran dengan berbagai lagu dan irama. Manakala bermuzakarah tentang ilmu bukan mencari penyelesaian kepada sesuatu permasalahan yang timbul tetapi menegakkan hujah dan ego masing-masing.

Kedua, pada hatinya. Seseorang itu membuang masa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya. Perlunya membuang kedengkian kerana dapat menghapuskan kebaikan. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda; "Hasad dapat memakan kebaikan sebagaimana api yang membakar kayu." Penyakit hasad adalah amat merbahaya. Tidak ada ubat untuk mengatasi penyakit ini selain ilmu dan amal.

Ketiga, pada pandangan. Seseorang yang tidak suka memandang pada makanan, minuman, pakaian dan hal-hal lain yang haram. Tidak pula terpesona dengan dunia. Sebaliknya dia memanang dengan mengambil iktibar. Rasulullah s.a.w. telah bersabda; "Barang siapa memenuhi matanya dengan benda haram, maka Allah akan memenuhinya dengan api pada hari Kiamat."

Keempat, pada perutnya. Perut seseorang itu tidak diisi dengan barang dan wang haram, hasil curi, rompak, rasuah dan sebagainya. Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesuap makanan haram masuk ke perut, seluruh Malaikat di langit dan di bumi akan melaknati selama barangan itu berada di dalam perutnya. Jika mati di dalam keadaan demikian maka dia akan di tempatkan ke Neraka."

Kelima, pada kedua tangannya. Seseorang yang tidak menggunakan kedua tangannya untuk melakukan sesuatu yang haram melainkan untuk taat kepada Allah. Dirawikan daripada Ka'ab Akhbar dia berkata; "Sesungguhnya Allah telah membina bangunan dari zamrud hijau. Di dalam terdapat tujuh puluh ribu aula. Setiap aula terdapat tujuh puluh ribu pondok. Tidak dapat masuk ke kawasan itu selain orang ditawarkan barang haram, namun dia menolak kerana takut kepada Allah."

Keenam, pada langkah kakinya. Seseorang itu tidak menggunakan kakinya untuk melangkah ke tempat maksiat. Tetapi melangkah hanya untuk taat kepada Allah, mencari keredhaan-Nya serta untuk bergaul dengan para ulama dan orang-orang soleh.

Ketujuh, terlihat kepada ketaatnya. Seseorang itu menjadikan ketaatannya semata-mata mencari keredhaan Allah. Takut kepada riak dan munafik.

Sesiapa yang melakukan tujuh perkara itu dia termasuk dalam kategori orang-orang yang dikatakan Allah; "Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa dalam kebun-kebun dan mata air (Syurga)." - Al Hijr: 45.

Wassalam.

Malaysia wajib hentikan penderaan terhadap pekerja asing.

24 Rabiulakhir 1431H.
Nuruddin Muhammad

Amnesty International telah menggesa kerajaan Malaysia untuk menamatkan tradisi layanan buruk terhadap pekerja asing yang berhijrah ke malaysia untuk mencari sesuap nasi. Malah menurut AI, terlalu banyak lapora berkaitan rogol, penderaan, budaya paksa rasuah atau peras ugut oleh pihak penguatkuasa dan sebagainya.

Laporan daripada pihak Amnesty tersebut dipandang sepi oleh pihak kerajaan dengan mengambil alasan bahawa kes-kes berkenaan kerap kali berlaku terhadap pendatang secara haram. Kerajaan ragu berhubung laporan Amnesty International mengenai dakwaan penderaan terhadap pekerja-pekerja asing di negara ini, dengan Menteri Sumber Manusia dan Datuk Dr S.Subramaniam berkata laporan itu tidak tepat pula.(http://mstar.com.my)

Malaysia adalah salah satu negara terbesar pengimport tenaga buruh iaitu sebanyak 2.2 juta orang akan tetapi memiliki terlalu banyak rekod eksploitasi tenaga asing dalam pelbagai kes. Sebagai contohnya, pekerja asing dari Bangladesh, Indonesia and Nepal, kerap dipaksa bekerja dalam situasi bahaya seperti tampat mudah meletup, bertekanan tinggi, kedudukan tinggi, atau kawasan kimia.

Terdapat juga kes-kes penderaan dari segi seksual samaada dalam bentuk verbal atau fizikal.

Ramai pihak mendesak kerajaan untuk mengambil langkah penamat terjadap isu ini terutama terjadap penderaan dala salah laku pihak polis terhadap pekerja asing. Pekerja asing walaupun sering dilihat dari kaca mata merugikan negara melalui pengaliran wang negaraa keluar, kita tidak boleh menafikan bahawa banyak industri di malaysia terpaksa menggunakan buruh asing semata-mata sikap anak tempatan yang memilih dan tidak mahu bekerja. Malah sumbangan modal insan pekerja asing telah menyumbang hampir 20% tenaga kerja negara ini yang juga membina struktur ekonomi negara.

Hari ini media mendedahkan bahawa jumlah pekerja asing di negara kita adalah seramai 1.8 juta orang pada tahun lepas. Malah aliran wang keluar akibat pembayaran gaji kepada warga asing tersebut adalah sehingga RM 12.2 billion ( Bernama 17 Mac 2010).

Trapped: The Exploitation of Migrant Workers in Malaysia adalah tajuk dokumen yang boleh dimuat turun melalui internet, yang menghuraikan salah laku kerajaan dan penguatkuasa negara asia termasuk malaysia yang menjanjikan kerja yang bagus dalam masa yang sama mengeksploitasi tenaga manusia tersebut.

Kata Michael Bochenek iaitu penulis laporan tersebut, pengabaian hak kemanusiaan tenaga asing banyak disebabkan oleh agen tenaga asing yang zalim da tidak berperi kemanusiaan, sikap majikan dan polis yang korup.

Ramai pekerja asing di Malaysia adalah mangsa perdagangan manusia—mereka diambil bekerja dengan menggunakan tipu muslihat bagi tujuan eksploitasi. Laporan tentang pemerdagangan yang dikaji oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat pada tahun 2009 ternyata telah memberi status yang paling rendah kepada Malaysia, iaitu Tahap 3, dan menempatkannya di antara negara yang tidak mematuhi piawai minimum untuk membenteras pemerdagangan manusia dan tidak berusaha secara bersungguh-sungguh untuk berbuat demikian. Perdagangan dilakukan oleh individu agensi pengambilan kerja, tetapi Kerajaan Malaysia telah memudahkan penganiayaan tersebut. Peraturan longer terhadap para agen, undang - undang buruh dan polisi yang boleh menganiaya, dan amalan membenarkan majikan untuk merampas pasport pekerja mempermudahkan pemerdagangan untuk berkembang. (Laporan Trapped: The Exploitation of Migrant Workers in Malaysia versi Bahasa Melayu)

Jika anda pernah bekerja kilang, anda boleh melihat sendiri bagaimana pekerja ssing seolah dibuli untuk bekerja di kawasan yang sukar, bahaya dan memiliki potensi buruk. Malah agen-agen pekerja asing Malaysia kerap menipu pekerja dengan penipuan tiket kapal terbang, mengambil bayaran terlalu mahal untu urusan tiket dan Visa, mengambil komisyen bulanan yang membebankan dan sebagainya. Anda juga boleh mendapat banyak maklumat sahih berkenan agen yang tetap mengambil komisyen bulanan hampir RM 200 walaupun pekerja asing tersebut bekerja di tempat yang bermasalah ekonomi sehingga hanya mampu mendapat pendapatan RM 500 sebulan.

Lebik malang lagi, kegemaran polis di Malaysia yang suka ‘paw’ atau peras wang terhadap pekerja asing yang lalu lalang bersendirian. Ada pekerja yang kehilanga wang poket dan telefon bimbit keraka dirampaas polis yang kononnya mengadakan pemeriksaan pendatang tanpa izin.

Mereka yang ditangkap akan dihantar ke pusat tahanan imigresen, yang keadaannya amat jauh dari piawaian minimum antarabangsa. Ketiga-tiga pusat tahanan yang ditinjau oleh Amnesty International didapati terlalu sesak - malah, beberapa tahanan melaporkan mereka tidak dapat berbaring untuk tidur tanpa menyentuh orang di sisi mereka. Mereka kekurangan peralatan tidur, peluang mendapatkan air bersih, dan ubat bagi merawat yang sakit. Secara keseluruhannya, tahanan mengadu bahawa mereka sering kelaparan dan makanan yang diberikan kadang-kala busuk atau kurang masak. Tahanan duduk di dalam sel sepanjang hari tanpa sebarang kegiatan, kerap kali menghabiskan hari tanpa dibenarkan keluar untuk menghirup udara segar. Tiada peluang untuk senaman, mengerjakan ibadat, ataupun kegiatan lain. Tidak hairan apabila penyakit menyebar dengan cepat dalam keadaan sedemikian, dan pergaduhan antara tahanan adalah sangat lazim. Di samping itu, Amnesty International diberitahu tentang penderaan yang dilakukan oleh pihak pengawal. Selain itu, tahanan di bawah umur 18 tahun ditahan bersama dengan orang dewasa, dan ini bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

Umumnya, rakyat selalu dimomokkan bahawa pekerja asing membawa masalah sosial kepada kita. Malah mereka sering dikaitkan sebagai PATI yang salah disegi undang-undang. Soal kemanusiaan tidak perlu dialihkan kepada isu PATI. Malah jikaa PATI sekalipun, mereka tetap manusia yang dijamin hak oleh mana-mana undang-undang antarabangsa untuk dijaga. Setidak-todaknya kerajaan malaysia yang merupakan negara OIC pelru sedar membuat baik dan adil kepada manusia itu adalah wajib da ia sah tanpa mengira kaum, PATI, pekerja asing atau bumiputera.

Wahai orang-orang Yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang Yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan. ( Al Maidah : 8)

“Mereka... membuka semua pakaian saya kecuali sehelai kain kecil yang menutup kamaluan.... Saya kemudiannya diikat. Saya dipukul sekali dengan amat kuat dengan rotan. Kulit saya terluka dan amat sakit sekali. Ada darah. Saya tak dapat memakai pakaian dengan betul selama lima hari kerana sakit tersebut.” Demikian rintihan Pekerja asing Burma yang telah dirotan di Malaysia kepada pihak Amnesty International.

Amnesty International mengajak kerajaan Malaysian untuk melakukan reformasi undang-undang pekerja dan mengambil serius laporan salah laku penguatkuasa seperti polis dengan melaksanakan kajian khas yang telus dan bebas.

Dalam kes yang lain, layanan penguatkuasa kerajaan terhadap pelarian di negara ini juga terlalu buruk. Malah terlalu banyak maklumat mendedahkan sikap RELA yang menangkap borong kaum pelarian yang ada di negara ini walaupun mereka memiliki kad UNHCR. Malah jika tidak memiliki mana-mana kad jaminan sekalipun, mereka tidak seharusnya dikasari sepanjang berada dalam tahanan sementara.

Amnesty International sendiri mendedahkan bahawa pekerja asing kerap kali menjadi tumpuan kekejaman dan peras ugut sesetengah anggota polis dan anggota Ikatan Relawan Rakyat (RELA). Dari segi undang-undang, anggota polis dibenarkan memeriksa status imigrasi seseorang; RELA mempunyai kuasa yang sama hingga pertengahan 2009. Kedua-dua pihak polis dan RELA kerap kali menyalahgunakan kuasa itu dengan menganggap penangkapan sebagai kesempatan untuk mengaut keuntungan. ( laporan yang sama halaman 5)

Pemerhati Hak Asasi Manusia juga mendapati bahawa pihak berkuasa Malaysia mungkin akan gagal membezakan mangsa-mangsa pedagangan haram, pekerja asing yang telah didera dan pelarian daripada pekerja-pekerja tanpa izin. Mereka akan diusir tanpa diberi bantuan sewajarnya. SUHAKAM telah mendapati bahawa ramai wanita asing yang sedang ditahan di penjara-penjara Malaysia adalah mangsa-mangsa perdagangan haram.

Pengusiran secara besar-besaran yang lalu bukan sahaja telah menyebabkan pekerja-pekerja terkandas di dalam perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain untuk tempoh beberapa bulan tetapi juga telah menyebabkan kematian. Dan dengan peluang pekerjaan yang sedikit di negara asal mereka , ramai pekerja asing akan kembali semula ke Malaysia ,“ini sebagaimana yang dinyatakan oleh LaShawn R. Jefferson, Pengarah Eksekutif, Bahagian Hak-Hak Wanita, Pemerhati Hak-Hak Asasi Manusia” pada tahun 2004. Pengusiran secara besara-besaran hanya akan menjadikan mangsa-mangsa perdagangan haram dan pelarian-pelarian menyembunyikan diri dan ini akan meletakkan diri mereka mendapat risiko eksploitasi yang buruk.

Anggaran terkini oleh UNHCR mengenai pelarian yang berada di Malaysia ialah seramai 28,000 orang. Lebih kurang 10,000 adalah mangsa peperangan daripada Aceh, Indonesia dan 10,000 yang lain adalah orang muslim daripada Rohingnya (Burma). Pemerhati Hak Asasi Manusia mengalu-alukan kebenaran yang diberi oleh Malaysia kepada Rohingya untuk tinggal di negara Malaysia, tetapi masa depan pelarian lain terutamanya dari Aceh yang akan didera kalau dihantar balik ke Indonesia, adalah tidak terjamin. (sumber http://www.hrw.org)

Lihat sahaja tindakan kerajaan pada 2004 yang giat mengoperasi menangkap PATI secara besara-besaran. Akibatnya walaupun misinya adalah mengurangkan bebanan sosial dan panyalahgunaan hak di bumi Malaysia, hak pekerja tanpa izin untuk mendapat gaji penuh sepanjang bekerja secara ‘haram’ di Malaysia pelru dijamin. Dalam masa yang sama, pihak penguatkuasa berleluasa bertinda terhadap mereka atas alasan ia adalah dasar kerajaan untuk menghantar balik PATI ke negara asal walaupu sepanjang proses penghantaran, jaminan kemanusiaan kadang-kala diabaikan.

Muhammad Nuruddin Bashah
AJK Lajnah Penerangan Pemuda PAS Gopeng.

Pejabat UMNO Iskandariah Bertempat Di Pejabat Jabatan Penuntut Malaysia Cawangan Iskandariah

24 Rabiulakhir 1431H.
ibnuirfadzil.blogspot.com


Alamat Pejabat Kelab UMNO Iskandariah yang sama dengan alamat Pejabat JPMK Cawangan Iskandariah (umnoalexandria.org)


Pejabat JPMK Caw. Alex = Pejabat Kelab UMNO?

Ia bukanlah tuduhan melulu. Tetapi sekadar menimbulkan tanda tanya. Mungkin saya yang tidak tahu. Minta maaf kalau tersilap. Apabila saya membuka Laman Web Kelab UMNO Iskandariah, mendapati bahawa alamat pejabatnya sama dengan pejabat JPMK cawangan Iskandariah. Tetapi, Pejabat JPMK di Kaherah, tidak sama dengan pejabat UMNO Kaherah, yang terletak di Rab'ah. Sila lihat gambarajah berikut.


Alamat Pejabat JPMK di Kaherah dan Iskandariah (jpmk.info)

Alamat Pejabat Kelab UMNO Kaherah (umnocairo.org)


Cuma, saya sebagai seorang mahasiswa berharap agar ia tidak dipolitikkan, dan semua pegawai JPMK dapat menjalankan amanah mereka untuk membantu pelajar sebaik mungkin.