Memaparkan catatan dengan label Kenyataan Media Idham Lim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kenyataan Media Idham Lim. Papar semua catatan

17 Jun 2021

Langkah Melaka Benarkan Solat Jumaat Lebih Ramai Wajar Diikuti Negeri Lain


Langkah Kerajaan Melaka melalui Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) membenarkan 100 jemaah solat Jumaat bagi tujuh masjid kerajaan dan 50 orang di masjid dan surau Jumaat di kariah seluruh negeri, mulai esok adalah berita yang menggembirakan untuk kita semua.

15 Jun 2021

TAHNIAH KEPADA DAMOK.



Gerakan Pembela Ummah(UMMAH) mengucapkan tahniah kepada Pelumba muda negara , Syarifuddin Azman atau lebih dikenali sebagai Damok mencipta sejarah buat sukan permotoran negara apabila menjadi juara dalam perlumbaan FIM CEV Repsol MOTO 3 Catalunya, Sepanyol .
Kejayaan yang dicapai oleh anak mudah kelahiran Selangor ini tentunya mengharumkan nama negara Malaysia dalam sukan pemotoran.

UMMAH UCAP TAKZIAH KEPADA 15 JEMAAH MASJID YANG MENINGGAL DI KEDAH


Gerakan Pembela Ummah(UMMAH) mengucapkan Takziah kepada ahli keluarga 15 jemaah masjid di Taman Mahsuri, Jitra Kedah disahkan meninggal dunia akibat dijangkiti COVID-19 sebagaimana yang telah disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman.

01 November 2013

Teks Khutbah Jumaat Pertahan GST, satu tindakan terdesak.


27 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Mimbar Jumaat terbitan JAKIM pada hari ini menggesa umat Islam menyokong pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta tidak meremehkan usaha kerajaan "memperteguh ekonomi ummah" melalui pengenalan cukai baru itu. Teksnya boleh dilayari secara penuh di WEB Jakim http://www.islam.gov.my/khutbah-online

Saya melihat ini merupakan satu tindakan terdesak dan tidak sepatutnya berlaku pada mimbar jumaat yang mulia itu. Nampaknya kelemahan dan kesilapan kerajaan tidak cukup  dipertahankan di media massa lain dan terpaksa digunakan mimbar jumaat.

26 Oktober 2013

Ziarah ayah Jamil Khir, Sepatutnya UMNO pergi dulu.

harakah azam visit jamil khir father 25101321 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dilaporkan kesal apabila PAS dilihatnya  cuba mendapatkan kelebihan politik dengan ziarah mereka ke rumah ayah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang sakit angin ahmar sejak tiga tahun lalu di Kampung Sedaka, semalam.

Akhirnya soal keikhlasan dijadikan modal oleh Mukhriz untuk menghadapi isu yang saya lihat boleh menambahkan sokongan kepada calon PAS ini. Satu alasan dan kenyataan yang membukti UMNO sudah kehabisan modal dalam berkempen