17 Jun 2021

Langkah Melaka Benarkan Solat Jumaat Lebih Ramai Wajar Diikuti Negeri Lain


Langkah Kerajaan Melaka melalui Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) membenarkan 100 jemaah solat Jumaat bagi tujuh masjid kerajaan dan 50 orang di masjid dan surau Jumaat di kariah seluruh negeri, mulai esok adalah berita yang menggembirakan untuk kita semua.

Tujuh masjid kerajaan ialah masjid yang ditadbir secara terus oleh JAIM manakala masjid dan surau Jumaat (surau yang dibenarkan mendirikan solat Jumaat) adalah yang ditadbir oleh Pengerusi dan ahli jawatankuasa (AJK) dipilih anak kariah masing-masing.

Berita baik untuk umat Islam  Melaka itu di umumkan oleh Pengarah JAIM, Datuk Che Shukri Che Mat, dimana jemaah solat fardu dan solat jenazah tetap kekal 12 orang seperti yang ditetapkan sejak sekatan pergerakan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan sejak 1 Jun lalu.

Bagitu jugaa aktiviti lain di masjid masih ditangguhkan, iaitu majlis bacaan surah Yaasin dan tahlil, ceramah agama, akad nikah, kursus, bengkel, jamuan dan gotong-royong.

Keputusan Kerajaan Negeri Melaka ini patut menjadi contoh dan diikuti oleh semua negeri lain. Keputusan membenarkan jemaah masjid lebih ramai untuk mengerjakan Solat Jumaat adalah keputusan yang tepat dan perlu dibuat juga oleh semua negeri lain.

Jika banyak sektor yang melibatkan jumlah yang lebih ramai berkumpul seperti kilang dan pasar awam, adalah wajar jumlah 12 orang untuk solat Jumaat dipertimbangkan dengan wajar  dinegeri lain juga untuk dinaiklan jumlahnya dengan segera seperti yang dilakukan oleh Melaka.

IDHAM LIM



Tiada ulasan: