17 Jun 2021

UMMAH SEMBAH MAKLUM GEMBIRA KEPUTUSAN MESYUARAT KHAS RAJA RAJA MELAYU


Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) meneliti dengan penuh teliti kenyataan media Penyimpan Mohor Besar Raja Raja yang telah dikeluarkan pada 16 Jun 2021, dimana Raja Raja Melayu telah bermesyuarat bersama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi membantu merangka formula penyelesaian untuk meringankan kesusahan dan tekanan hidup yang sedang dihadapai oleh majoriti rakyat ketika ini.

UMMAH sembah maklum sangat gembira dan berterima kasih diatas keputusan yang telah dibuat secara bijaksana yang memperlihatkan keperihatinan yang sangat tinggi Raja Raja Melayu kepada rakyat.

Ummah sedia maklum bahawa ada tujuh perkara penting dan utama yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan untuk dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Diantaranya ialah nyawa dan kehidupan rakyat mesti diutamakan, vaksinasi 80% rakyat secepat mungkin, program menangani wabak Covid 19 yang jelas, meredakan suhu politik yang panas, pentingnya kerajaan yang stabil dengan sokongan rakyat dan tiada keperluan meletakkan negara dalam darurat selepas 1 Ogos 2021.

Semoga dengan zahirnya pandangan dan cadangan yang telah dicambahkan oleh Raja Raja Melayu Pemerentah bersama Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong memberi kekuatan dan semangat kepada pentadbiran kerajaan melaksakana tugas dengan lebih berkesan bagi berhadapan dengan cabaran memutuskan rantaian Covid-19 dan menjayakan program imunisasi komuniti yang sedang digerakkan secara aktif dan terancang.

#DaulatTuanku


MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)

17 Jun 2021

Tiada ulasan: