20 Jun 2010

Penjelasan Tentang Batu jed

Batu jed banyak menghiasi barang kemas seperti cincin, rantai, gelang, serta alat perhiasan rumah. Lebih penting lagi, ia adalah simbol kemuliaan, keindahan, maruah, dan ketinggian taraf bagi orang China. Ia merupakan perhiasan yang paling digemari bukan kerana nilai atau harganya yang tinggi tetapi kerana ia dipercayai dapat melanjutkan usia dan membawa kesejahteraan hidup kepada pemiliknya.

Sebagai batu perhiasan, jed sebenarnya terdiri daripada beberapa unsur galian silika yang berlainan dan kaya dengan zink, kalsium, natrium, aluminium dan magnesium serta bahan-bahan kimia yang lain yang diperlukan bagi kesihatan manusia. Berdasarkan hasil kajian sains dan teknologi, bagi mereka yang selalu memakai jed, bahan-bahan kimia tersebut dapat menyerap ke dalam tubuh badan si pemakai menerusi kulit mereka. Hal ini amat berkesan bagi menyeimbangkan fungsi organ penting dalam badan sehingga dikatakan dapat merawat penyakit.

Jenis batu jed ada bermacam-macam. Antaranya terdapat sekurang-kurangnya 106 jenis batu jed yang dikatakan boleh dimakan atau disapu untuk merawat penyakit.

Terdapat juga batu jed yang dapat menerima cahaya matahari pada siang hari dan mengeluarkan sinar itu pada waktu malam. Berdasarkan penyelidikan perubatan tradisional China, cahaya itu berfungsi merangsang sistem kolateral badan untuk menjaga kesihatan manusia. Bagi warga emas yang selalu memakai gelang jed pula, gelang ini dikatakan boleh mengurut pergelangan tangan mereka. Hal ini dikatakan bukan sahaja membantu untuk memulihkan daya penglihatan warga tua, malah boleh menyebabkan mereka merasa semangat.

Berdasarkan catatan daripada buku perubatan purba China, jed juga boleh dikeman dalam mulut untuk membantu merawat penyakit perut, paru-paru dan kerongkong. Kaedah ini juga dikatakan baik bagi menjaga rambut dan mengekalkan semangat.

Sebab itulah, jed dikatakan benar-benar dapat membantu untuk menjaga kesihatan tubuh badan dan melanjutkan usia. CRI/-

3 ulasan:

Qaseh Bonda berkata...

Terima kasih atas info jed yang memberi makna pada saya walhal saya sendiri sedang memakai gelang jed yang dihadiahkan kawan yang datang dari Cina. Kabarnya, ibunya disana membuka kedai jed di Tanah besar.

Ramai orang cina yang menegur mengatakan jed itu hidup ditangan saya. Pun begitu saya tak pernah peduli. Apa yang saya tahu saya sukakan jed ini ditangan saya.

Kini sumber dari YB jelas, jed memberi makna pada pemiliknya. Mudah2an dengan izin Allah jed menghidupkan semangat kepahlawanan dalam diri saya.

Tulisan YB banyak menyentuh jiwa semua lapisan manusia.

Teruskan menulis dengan info yang hebat agar semua tertarik dengan keindahan Islam yang universal.

yue & nir berkata...

sy suka inf0 nhi, tima kasih.

Tanpa Nama berkata...

saya mau tanyakah, dimana bisa nak dapatkan batu jed dan berapa harganya?