14 Jun 2014

Piala Dunia, Thailand tarik balik perintah darurat

16 Sya'aban 1435. [MOD] -


Junta tentera Thailand menarik balik perintah berkurung di seluruh negara ini.
  
Majlis Keamanan dan Ketenteraman Negara (NCPO) mengumumkan perkara itu petang semalam.
  
Rakyat Thailand yang gilakan sukan bola sepak sebelum ini melobi agar perintah berkurung ditarik balik buat seketika bagi membolehkan mereka menonton siaran perlawanan Piala Dunia 2014 di luar rumah. 
Bola sepak merupakan sukan paling diminati di Thailand dan pada masa ini, seperti kebanyakan negara di rantau Asia Tenggara, ada kemungkinan berbilion baht akan bertukar tangan menerusi pertaruhan oleh peminat dan kaki judi dalam menyokong pasukan kegemaran mereka.
  
NCPO berkata perintah berkurung ditarik balik berikutan keadaan semakin pulih dan bagi menghidupkan semula industri pelancongan.
  
Perintah berkurung dikuat kuasakan di negara ini selepas pihak tentera merampas kuasa pada 22 Mei lepas.
  
- Bernama

Tiada ulasan: