04 November 2021

Jangkitan baharu naik kepada 5,713 hari ini

 

PUTRAJAYA: Kes jangkitan baharu COVID-19 menunjukkan sedikit peningkatan apabila sebanyak 5,713 kes dilaporkan setakat tengah hari tadi, berbanding 5,291 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu perkongsian melalui media sosial berkata pertambahan kes baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif yang direkodkan naik kepada 2,492,343 sejak virus dikesan pada akhir Januari tahun lalu di Malaysia.

Tiada ulasan: