25 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
Kuala Lumpur: Seramai 1,329 jemaah haji Malaysia dari Maktab 92
yang menetap di Hotel Qars Al-Janadriyah di Makkah, melalui detik cemas
apabila asap dikesan di lobi bangunan 14 tingkat itu, pagi semalam.
Kejadian jam 8.15 pagi (waktu tempatan) itu menyebabkan keadaan menjadi kelam kabut, namun tindakan pantas petugas Tabung Haji mengumpul dan memindahkan mereka ke kawasan selamat, berjaya menenangkan keadaan.
Kejadian jam 8.15 pagi (waktu tempatan) itu menyebabkan keadaan menjadi kelam kabut, namun tindakan pantas petugas Tabung Haji mengumpul dan memindahkan mereka ke kawasan selamat, berjaya menenangkan keadaan.
Bahagian Hal Ehwal Awam Komunikasi Korporat Tabung Haji dalam kenyataannya berkata, siasatan mendapati asap itu berpunca daripada puntung rokok yang dicampakkan penghuni hotel dan masuk ke saluran paip.
“Puntung rokok yang tersangkut di paip itu mengeluarkan asap yang dikesan di lobi hotel,” katanya di sini, semalam.
Tabung Haji berkata, selepas disahkan selamat oleh pasukan bomba, semua jemaah kemudian dipindahkan semula ke Hotel Qars Al-Janadriyah kira-kira jam 10.30 pagi.
Sebaik asap dikesan, empat ambulans turut ditempatkan di pekarangan hotel sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang proses perpindahan jemaah haji.
Sementara itu, Ketua Biro BH Sarawak, Misiah Taib yang turut menginap di hotel berkenaan memuji tindakan pantas petugas Tabung Haji memindahkan jemaah ke tempat selamat bagi mengelak kejadian tidak diingini.
“Petugas Tabung Haji mengetuk pintu setiap bilik penginapan jemaah untuk memaklumkan kejadian itu. Kami diminta meninggalkan semua barangan, kecuali dokumen penting sebelum dipindahkan ke lokasi selamat.
“Sebagai langkah berjaga-jaga, jemaah dibawa turun melalui tangga kecemasan dan ketika itu memang ada bau benda terbakar dan kepulan asap,” katanya.
Misiah berkata, semua jemaah mulanya dikumpulkan di pejabat Tabung Haji berhampiran hotel, manakala mereka yang uzur dipindah menggunakan ambulans.
berita harian/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan