31 Januari 2010

Zambry adalah MB mahkamah pada 9 Feb ini?

15 Safar 1431H.

Kelmarin saya dihubungi oleh wartawan dari Konsep Era Pakatan bertanyakan apakah rumus terakhir mengenai kemungkinan yang akan berlaku di Perak dengan dikaitkan dengan pengumuman Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari akan datang.

Sesuatu yang baru saya katakan kepada wartawan itu. maklumlah apapun kita semua boleh jangkakan dan itulah suasana sekarang, macam macam ada.

Saya katakan bahawa antara yang saya jangka selain jangkaan DUN dibubarkan sebelum 9 Februari, namun kita juga kena fikir bahawa Mahkamah juga kemungkinan akan mengumumkan Zambry adalah Menteri Besar yang mewakilinya di Malaysia, maksud saya satu-satunya MB di malaysia yang naik cara mahkamah hanyalah Zambry.

Sesudah itu demi maruah Zambry akan ke Istana dan memohon perkenan DYMM Sultan Perak untuk pembubaran DUN Perak. Yang jelas kerajaan sementara Perak ditangannya dan dia seperti biasa akan pergunakan semua badan dan agensi untuk jadi komponen UMNO dan BN bagi menentang Pakatan Rakyat.

Apa pun hari 9 Februari semakin menghampiri kita, sehari yang berlalu makin dekat sehari dengan tarikh keramat itu.

Namun manakah rumus yang benar, kita tunggu dan lihat.

28 ulasan:

ali.alor setar berkata...

Semalam 29.1.10 Datok Sri ceramah dekat dewan bandaraya Alor Setar,antara kata2 DSNJ mari kita ramai2 munajat kepada tuhan agar kita mendapat kemenangan pada 9.2.10.Inshaallah,aminnnnn.

Awanama berkata...

memang rakyat dah tahu UMNO mempengaruhi mahkamah

Awanama berkata...

Zambry menang sebab orang UMNO dan BN

Awanama berkata...

Semua org dah tahu bahawa mahkamah di Malaysia di kuasai oleh UMNO. Jadi keputusannya mestilah akan diarahkan memihak kpd UMNO. Sejarah telah membuktikannya akan kes2 yang lepas,tunggu & lihatlah. Jika Mahkamah memihak kpd pembankang, tunggu & lihat jugalah apa yg akan berlaku

Awanama berkata...

memang boleh dipercayai era pemerintahan najib, campurtangan dalam institusi kehakiman

Awanama berkata...

Sedikit teguran: Pemimpin-pemimpin PAS wajar mengambil iktibar dari sejarah kehancuran Sarekat Islam Indonesia. Selidikilah pemasalahan mereka.

'Point' saya bukan dari sudut kerjasama Pakatan Rakyat - yang saya lihat amat baik, tetapi lebih kepada masalah dalaman PAS yang mungkin boleh berlaku jika lalai.

member pencen keramat berkata...

Orang bandar 80% dah tahu Mahkamah UMNO punya orang luar bandar 30% aja yang tahu jadi pada pendapat ana 9 feb ini berpehak kepada Zamry. tapi agak aja tapi kuasa Allah tidak siapa yang tahu

anakjati kualakurau berkata...

Setuju.. masalah dalaman PAS perlu kepada satu penawar yg mujarab .. sememangnya penawar tlh ada namun kurang berkesan krn banyak yang 'gila jawatan'... jd kena banyak muhasabah .. UMNO akan menGILA dengan berbagai cara .. krn mereka tahu.. rakyat dah 'tidak boleh tipu' ... menang MESTI kpd UMNO.. tak percaya ckp aku .. tanya la tv3 suku.. Berita depa nie.. pun dah GILA.. banyak 'point' ambil dari blog .. ini apa hal... nantikan keputusan 9 FEB .. kalau Nizar SAH pun UMNO susah .. kalau Zambry SAH pun UMNO susah .. susah krn UMNO bakal diTALKINkan...

Budak Perak berkata...

menang kalah bukan matalamat utama ...
matalamat utama kita adalah dawah islamiah kepada semua rakyat , supaya rakyat yang menyokong kita berilmu.. agar meraka istiqomah dalam perjuangan Islam memerintah bukan Islam diperintah-perintah.

Awanama berkata...

Cadangan saya demi menjaga ketuananMelayu eloklah Mahkamah Pesekutuan di tukar namanya kepada Mahkamah UMNO bersekutu

Awanama berkata...

Saya mencadangkan demi menjaga Ketuanan Melayu eloklah Mahkamah Persekutuan di tukar namanya kepada Mahkamah UMNO Bersekutu

Awanama berkata...

macam2.. klo keputusan mahkamah menyebelahi nizar pas cakap mahkamah adil tp bila keputusan mahkamah menyebelahi zambry pas cakap zambry MB Mahkamah.. PR semua betul..
mengarut...

Awanama berkata...

hahaha...umno lagi mengarut.bila mahkamah dah umum niza sah MB.x sampai 24 jam keputusan kuar ckp x sah...lagi mengarut.Mahkamah UMNO punya.kalau PR buat rayuan...nah 2 bulan baru kuar jawapan.tu pun blm pasti berpihak....UMNO dgn NGARUT,,kn x jauh bunyinyer..hehe

Awanama berkata...

sdra yb ni dah tak yakin. mula2 kata hari itu kata nizar akan menang, dun perak akan bubar.

jadi yb alam siber jer ler yb
anda tak layak pun jadi wakil rakyat

dalam pas pun bertanding kat kawasan dah kalahhh

Awanama berkata...

aha betul2...kawan-kwan aku banyak perangai mcm n..menyusahkan hidup org je.

Awanama berkata...

UMNO pertubuhan kebangsaan mahlamah bersatu

Awanama berkata...

mahkamah jadi balaci umno, caya tak.

Awanama berkata...

salam pepagi YB...

mula2 5-0,4-1,3-1-1,9hb 3-2 menang zambry = 9210

hari ini ahad datanglah beramai-ramai ke dewan mpm manjung untuk melihat dari dekat wajah 'juara rakyat 1 msia' yang akan membedak reta rakyat dan diehsankan kepada rakyat seolah-olah reta tu macam depa yang punya.

-zamrilol-

Awanama berkata...

kalau lah keputusan makamah berpihak kepada zambry.. maka betulah isu kalimah ALLAH yg di putuskan oleh makamah itu dari rangcangan Umno/bn..

Awanama berkata...

PADA SAYA SIAPA MENANG PUN TAKPA. JANJI DIA ORANG ISLAM. NIZAR PUN ISLAM.ZAMBRY PUN ISLAM.SEBAGAI ISLAM TAK BOLEH KITA TUDUH HAKIM MENYEBELAHI UMNO ATAU BN. MACAM MANA KITA BOLEH TAHU HATI SESEORANG HAKIM. SEBAB TU KALAU NAK BERKAT HATI-HATI. TERIMA SAJA KETENTUAN ALLAH.

JEMAAH TABLIGH, BALING

Awanama berkata...

Aku kecewa apa yang berlaku pada P.Pinang....Ini lah padahnya bukan melayu memerintah..dan mnindas kaum lain...terutamanya Melayu...

Awanama berkata...

tanpa nama berkata...
Aku kecewa apa yang berlaku pada P.Pinang....Ini lah padahnya bukan melayu memerintah..dan mnindas kaum lain...terutamanya Melayu...
*************************************************

Kat selangor apa kurangnya. Semua sama sahaja.. MPSJ menaikan kadar lesen pasar malam sebanyak 200%. Katanya arahan dari Kerajaan Negeri.

Memang naya betul rakyat. Mana slogan Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)???? Ini semua kaki kelentong rakyat.

* Rintihan Rakyat *

Awanama berkata...

akhir2.... ini nampak sangat makhamah cenderung membuat keputusan mengutungkan umno....zaman pak lah napak lebih baik....so macam keputusan sudah di jangka zamri mb makhamah...macam kes DSAI....napak macam sedang menghitung brapa tahun patut d penjara..

akuumnobangang berkata...

ahh korang pun 2 x 5 jugak...akai tak dak....

Awanama berkata...

umo lagi kaki kelentong +++ kaki sapu duit rakyat
perjuangan untuk diri sendiri,rakyat biar miskin janji projek untuk kroni saja

Awanama berkata...

nak ubah ada 3 prinsip..mulai dengan diri sendiri,mulai dengan benda yang sekecinya-kecilnya, dan mulai NOW...

Intai-intai berkata...

jadilah MB syok sendiri...Kami tetap dengan keputusan rakyat memilih DSNJ ...Hidup PR Allahuakbar

Awanama berkata...

tumbangkan UMNO dengan gerak kerja dari sekarang