JAKARTA: Gempa bumi bermagnitud 5.6 menggegarkan wilayah timur Maluku di Indonesia hari ini, kata Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik negara itu.
Gempa itu berlaku pada 11:06 waktu Jakarta, dengan pusat gempa berada di 163 kilometer (km) barat daya daerah Maluku Barat Daya dan pada kedalaman 26 km di bawah dasar laut, lapor Xinhua memetik agensi itu.
Agensi itu tidak mengeluarkan sebarang amaran tsunami kerana gegaran tidak mencetuskan ombak gergasi atau tsunami. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan