10 April 2011

Blog sedang menuju kepada 12 juta klik.

06 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Salam dari bumi kenyalang...

Alhamdulillah hari ini tanpa disedari nampaknya blog Cina Islam sedang menghampiri julah klik yang ke 12 juta.

Dengan sokongan dari seluruh pengunjung dengan tidak jemu-jemu untuk mengikuti perkembangan pelbagai isu dan paparan pelbagai maklumat dalam blog ini, maka blog Cina Islam dengan segera akan mencecah jumlah klik yang membanggakan itu.

Pada tahap pencapaian sekarang didapati blog ini berada dalam tahap memiliki pengunjung yang tetap secara harian dan secara rutin dikunjungi oleh sekelompok pengunjung yang mahu melihat perkembangan isu Perak yang terkini.

Kerana itu setiap kali sidang DUN Perak berlangsung, maka bertambah mendadaplah klik untuk blog ini.

saya masih ingat apabil rekod menunjukakan hampir 300,000 klik dicipta pada sidang DUN paling kecoh yang menyaksikan rampasan kuasa speaker Sivakumar.

Sesungguhnya untuk melangsungkan keberadaan blog Cina Islam ini, kami masih mengharapkan sumbangan penulisan dan berita serta apa saja bentuk penulisan yang sesuai untuk dipaparkan dalam blog ini.

Selain itu kami juga mengharapkan cadangan dan teguran yang membina kearah memperbaiki persembahan blog.

Terima kasih dengan segala sokongan dan setiap kunjungan yang anda lakukan kepada blog kami yang seadanya ini.

Akhirnya saya mengharapkan Allah memberkati segala kerja amal kita dan ianya menjadi sebahagian dari amal soleh disisi Nya.

Hormat dari saya,
Drs. Khalil Idham Lim

1 ulasan:

Qaseh Bonda berkata...

Tahniah YB.

Segala usaha murni YB dan sokongan keluarga akan sentiasa diberkati Allah. Amin!!

Kadangkala orang2 melayu sendiri yang asalnya Islam yang konon tinggi ilmu dunia dan akhirat pun masih tak mampu berjuang dalam mencari redha Allah. Masih bertahan dengan membisukan segala kemunkaran dan membenarkan segala perpecahan di depan mata.

Pisau sudah ditangan bahkan pisau yang ada semuanya tajam2 belaka akhirnya karat seperti usia.

Teruskan perjuangan demi menegakkan Islam.