24 September 2021

Universiti Itali tawar pengajian sarjana kopi

 

Pelajar kursus ini akan mempelajari semua aspek mengenai kopi termasuk asal usul, pembuatan, perniagaan dan ekonomi. - Google

FLORENCE, Itali – Sebuah universiti di Itali menawarkan pengajian di peringkat sarjana dalam kursus khas untuk mempelajari apa yang perlu diketahui mengenai kopi, lapor laman Wionews, semalam.

Universiti Florence sudah pun mula membuka peluang mengikuti kursus tersebut yang akan bermula pada Januari 2022.

Setakat ini, kumpulan pertama sarjana dalam bidang kopi telah menerima penyertaan daripada 24 pelajar yang mengambil masa pengajian selama sembilan bulan.

Mereka akan mempelajari setiap ilmu dari sudut  praktikal dan teori mengenai kopi.

Penyelia kursus, juga ketua jabatan pertanian universiti tersebut dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kursus tersebut  akan merangkumi semua aspek perniagaan.

Ia turut merangkumi pembelajaran berkenaan pembuatan minuman berasaskan bijian itu seperti sejarah, kimia, teknologi dan ekonomi kopi.

Mereka juga akan dihantar untuk mendapatkan latihan indistri  dengan syarikat-syarikat berpengaruh dalam sektor tersebut.

Kumpulan pertama yang mengikuti kursus itu  akan mempelajarinya dalam dalam bahasa Itali tetapi universiti itu bersedia untuk menawarkannya dalam bahasa Inggeris jika mendapat sambutan baik. – Agensi

Tiada ulasan: