29 Disember 2021

MAHB ganti Aerotrain KLIA

 

MENURUT MAHB, sistem Aerotrain sering mengalami gangguan perkhidmatan, menyebabkan ketidakcekapan operasi.

PETALING JAYA: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) memulakan penggantian Penggerak Penumpang Automasi (APM) yang turut dikenali sebagai sistem Aerotrain yang telah beroperasi sejak 23 tahun lalu. Menurut syarikat pengurusan lapangan terbang itu, sistem Aerotrain itu sering mengalami gangguan perkhidmatan, menyebabkan ketidakcekapan operasi. Perkara tersebut katanya, menyebabkan ketidaksenangan kepada pelanggan yang akhirnya terpaksa menggunakan perkhidmatan bas alternatif. 

Tiada ulasan: