10 Oktober 2009

Undi calon bukan parti, pilih yang amanah - Dr Asri

TELOK KEMANG, 9 Okt:"Lihat kualiti calon, bukan lihat jenama parti. Pilih calon yang baik pada nilaian agama dan berkemampuan pada nilaian politik.Jika sekadar berkemampuan sahaja, tapi tidak amanah, maka penyelewengan akan berlaku."

Demikian pandangan sisi agama oleh bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin kepada Harakahdaily pagi ini bagi memilih ciri-ciri pemimpin yang wajar dipilih oleh para pengundi Bagan Pinang yang akan membuang undi Ahad ini (11 Oktober)

Beliau yang masih tetap dengan pendirian bahawa para pengundi mestilah memilih calon dan bukannya parti yang bertanding sekaligus merujuk istilah siyasah syar�iyyah yang disebut al-Quwwah dan al-Amanah iaitu yang ada kekuatan atau kemampuan atau ketangkasan melaksanakan tugas serta amanah terhadap tugasan tersebut.

Dua ciri yang disebut dalam al-Quran ini katanya bermaksud: �Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah� (Surah al-Qasas:26).

Gabungan dua ciri ini kata Asri penting dalam apa tugasan yang dihendak diserahkan kepada seseorang.

"Jika sekadar berkemampuan sahaja, tapi tidak amanah, maka penyelewengan akan berlaku.

"Jika sekadar amanah sahaja tetapi tidak berkemampuan atau tangkas dalam tugasnya, maka tanggungjawab akan terbengkalai," katanya tegas.

Bagi Pengundi Bagan Pinang katanya hendaklah dengan teliti menilai perkara ini dan kesimpulannya ialah memilih yang berkemampuan dan amanah kerana ianya memenuhi tuntutan Islam.

Beliau di samping itu turut menasihati penyokong kedua-dua parti yang bertanding agar sentiasa memikirkan kesan tindakan mereka pada nilaian agama, tanpa dipengaruhi emosi atau semangat yang tidak terkawal.

"Jika kita sesama muslim bergaduh dan �berperang� antara satu sama lain, apa yang akan terjadi kepada masa depan umat Islam dalam negara ini?"

Bekas pensyarah itu juga tidak mahu menyeru kepada parti kerana parti hanya nama yang dicipta yang perjalanannya ditentukan oleh insan-insan yang mendokongnya justeru menyeru kepada individu-individu yang menyokong atau mendokong kedua-dua parti bahawa tanggungjawab yang lebih utama dalam hidup adalah tanggungjawab terhadap Islam

"Maka mereka dalam apapun tindakan hendaklah memastikan masa depan Islam tidak tercalar dengan apa yang mereka lakukan.

"Mereka hendaklah selalu ingat amaran Nabi s.a.w: "Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari), seperti haramnya (mencemari) hari ini (hari korban), bulan ini (bulan haram) dan negeri ini (Mekah)...(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)," katanya merujuk insiden pergaduhan dan provokasi yang berlaku di Bagan Pinang baru-baru ini.

HarakahDaily.Net/-

5 ulasan:

Guru Tajwid berkata...

Sememangnya benar apa yang dikatakan oleh Dr Asri tersebut.

Sepatutnya untuk memilih calon mastilah dinilai calon itu berlandaskan kepada panduan agama. Bukan main pilih jer. Jangan hanya tengok pada jenama parti.

Borhan DR berkata...

Kalau calon tu dari UMNO macam mane nak kata baik.... UMNO tolak Islam... Apa buktinya UMNO tolak Islam? Sudah %@ tahun merdeka undang-undang masih rujuk kepada sistem barat....walaupun jelas inggeris menjajah lebih 400 tahun,, Alasan yang di beri ialah masyarakat majmuk... Saya nak tanya yang rujuk kepada sisitem undang-undang barat tu kenape... kalaudak negara majmuk jangan rujuk kepada sisitem yang dicipta manusia...rujuk pada yang Esa..kan Dia lebih berkecuali...? Ini jelas yang UMNO tolak islam.... jangan tengaok sisitem yang besar..yang kecil pun jelas UMNO tolah islam... Aurat..?.. Sosial..Judi...Arak...Pelacuran..... Kesimpulannya kalau dah UMNO pastinya calon itu jahat. Jadi dapalam pilihanraya kita perlu lihat parti bukan calon....

member pencen keramat berkata...

Lihatlah rekod pemimpin itu bak kata orang anjing kalu dah pernah makan taik kalu dia tak makan lagi pun dia tetap akan cium juga , fahami lah wahai pemilih di bagan Pinang buatlah perhetongan yang betul dan tepat tepuk dada tanya hati dan berfiker sejenak dengan tenang.

Awanama berkata...

kalau parti perasuah dan calon rasuah lagilah tak perlu undi

Awanama berkata...

yg nak melaksanakan amanah tu bukan keje sorang..keje secara jemaah...kalu pilih calon bebas yg amanah dan kuat..apa dia boleh buat? dah dia sorang je...mesti pilih parti, sebab orang ni akan ikut parti, diarahkan oleh parti...takde orang buat keje sorang2...tinggal kat mana2 rumah pun mesti lebih dari sorang..kalu tinggal sorang mcm orang mati Ikalu mmati org tak tau) kalu tinggal 2 orang mcm org sakit, tinggal 3 org baru ok...pendek kata mesti berjemaah...