06 Ogos 2009

Najib Razak lebih malang berbanding Abdullah Badawi

TUMPAT, 5 Ogos (Hrkh) - Mungkin nasib malang menimpa Dato' Seri Najib Razak apabila rakyat belum berminat kembali kepada Umno sebagaimana berlaku di awal pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sedangkan di era permulaan pemerintahan Abdullah Umno dan Barisan Nasional (BN) mendapat lonjatan luar biasa sehingga berjaya merampas semula Terengganu dan hampir menumbangkan PAS di Kelantan pada pilihan raya umum 2004.

Namun situasi itu tidak berlaku sekarang, malah rakyat terus mengekalkan mementum Mac 2008 apabila enam pilihan raya kecil yang diadakan selepas itu memperlihatkan penolakan rakyat terhadap Umno dan BN.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Kamarudin Jaffar berkata, sedangkan sejarah pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini jarang sangat menyebelahi pakatan pembangkang.

"Umno ternyata gagal mempertahankan kerusi parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya kecil yang diadakan awal tahun ini.

"Ini suatu perubahan yang belum kita lihat dalam sejarah politik Malaysia," katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis Pengurniaan Diraja Peringkat Jajahan Tumpat 2009 di Pantai Seri Tujuh dekat sini, baru-baru ini.

Oleh itu Kamaruddin yang juga anggota parlimen Tumpat berkata, Najib sekadar meneruskan kelemahan mantan Perdana Menteri sebelum ini.

Menurutnya situasi serupa juga dijangka berulang di Permatang Pasir, Pulau Pinang pada pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi berikutan kematian penyandangnya, Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman.

"Ketika pilihan raya kecil di Penanti BN tidak meletak calon dengan alasan tidak mahu membazirkan wang sehingga menjejaskan imej parti pemerintah di negara ini.

"Sedangkan perlembagaan negara menjelaskan sekiranya berlaku kekosongan, mesti diadakan pilihan raya tanpa mengira penyandangnya meninggal dunia atau meletak jawatan," katanya.

Beliau juga berkata, biar pun Umno dapat meningkatkan jumlah undi pada pilihan raya kecil di Manek Urai 14 Julai lalu, namun ia tidak menjadi ukuran sebenar kerana penggunaan jentera kerajaan begitu berleluasa sekali.

"Pada saya Manek Urai bukan contoh kelemahan PAS, tetapi sebaliknya menggambarkan kekuatan PAS mempertahankan serangan yang begitu hebat dan tidak demokratik daripada Umno-BN.

"Mereka menggunakan seluruh jentera kerajaan pusat dan menyogok wang begitu besar kepada pengundi," ujarnya.

Pada pilihan raya kecil tersebut PAS berjaya mempertahankan Dun Manek Urai dengan majoriti 65 undi melalui calon, Mohd Fauzi Abdullah.

HarakahDaily.Net/-

10 ulasan:

Cikgu Din berkata...

Mungkin inikah tanda kehancuran BN dan terpupusnya hayat UMNO pada PRU 13.

Awanama berkata...

Insyaallah....sedikit masa lagi BN/UMNO akan bangkit mempertahankan Islam dan Org2 Melayu....

Kanchong berkata...

Hang mana tau bro... mai kita tengok permatang pasir noo... jangan jadi Islam angkuh...

zackeye berkata...

Disamping kita bersyukur kepada Allah yang melimpahkan rahmatnya untuk PAS dan PR memenangi beberapa PRK diSemenanjung kita mesti juga bekerja untuk menzahirkan aspirasi yang digariskan didalam manifesto pada pilihanraya Mac 2008. Rakyat sedang membuka mata untuk melihat kemampuan PR memerintah secara professional dan membawa kebajikan dan keadilan untuk rakyat.
Kita tidak mahu kita menang pertempuran diPRK tapi bila sampai kepada peperangan diPRU13 kita kecundang lagi.

Utara Online berkata...

kenyataan syok sendiri,...rakyat dah mula tolak P.R
tgok sajalah di Manek Urai, Penanti!
PAS di Manek Urai pun bg duit,...aku ada di sana pada masa tu,...
Bagi upah kat student, ajk masjid, ajk surau, sogok ibu tunggal....
Perkembangan terkini,...korupsi di selangor menunjukkan P.R akan dibungkus!

david ahmad muniandy berkata...

aku ni paling respek adalah bapa kepada pemerintah, anak2 dah besar tetapi dah dewasa pemikiran tak matang. contohnya salah sorang bapa pak lah iaitu Badawi sorang ulama tersohor tetapi perangai anaknya hmmm buat rakyat meluat kepadanya.

Awanama berkata...

masya Allah umno pun da nak rampas hak milik kadazan dusun murut kat sabah.... diorang tu orang melayu ke............atau talian hayat orang umno.. nasib orang sabah bodoh kot.. diperalatkan..

Awanama berkata...

sama2 pikiaq apa nawaitu masing2?
satu nak pejuang bangsa konon, betui ke?
lanyak bangsa sendiri boleh lah...
tengok kes tanah adat orng melayu sah.. di kawasan KJ
banding dgn high chapperal? sapa pejuang atau pelingkup bangsa?
cakap tak serupa bikin.. ini ciri2 munafik..
orng2 melayu, pikiaq la..

azmi nordin berkata...

kt selangor...arak telah dirampas..
tp...ade sorg mamat dap ni suh pulang balik..
PAS bt pe? setuju ajelh kan...
Baru tau bile dh memerintah...ckp pandai la..

akulajuki berkata...

"Alif Mim Nun Wau" Alif tendanf Wau, ini "sarkis", kata Sudin dalam filem Pendekar Bujang Lapok sewaktu sampai di sekolah umum buta huruf di Kampong Pinang Sebatang.

he hehehehehe kah kah kah kah ….. nasib baik tak pecah perut. P.Ramlee sememangnya seniman yang mendahului zamannya dan dizahirkan melalui hasil-hasil karyanya. P.Ramlee mungkin sudah nampak dari dulu lagi UMNO ni macam sarkas dan melayan orang-orang Melayu macam haiwan sarkis yang jinak. Cakap panjang-panjang hanyalah retorik dan hoo-haa sahaja, kosong hampas tak ada makna. Dua PM terakhir tak ubah macam "master of the ring" kat sarkis.