JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud menggegarkan wilayah barat Sumatera Utara, Indonesia, hari ini, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan setakat ini, menurut agensi meteorologi dan geofizik.
Insiden berlaku pada jam 12.04 tengah malam dengan pusat gempa terletak di 130 kilometer (km) barat daya daerah Nias Barat dan pada paras 16km di bawah dasar laut, lapor Xinhua.
Gegaran dirasai pada tahap tiga hingga empat Skala Mercalli di daerah itu, Nias Selatan dan Nias Utara di wilayah terbabit, serta Pulau Mentawai yang terletak berdekatan Sumatera Barat. – BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan