Tokyo: Seekor kuda yang memiliki nama unik, muncul juara buat pertama kalinya dalam perlumbaan ke-12 yang disertai.
Sumomomomomomomomo menarik perhatian ramai kerana keunikan namanya sehingga menjadi sensasi di media sosial di Jepun, dengan peminat dan selebriti menyertai pasukan penyokongnya.
"Akhirnya ia menang - kuda yang memiliki nama yang boleh membuatkan pengulas menangis," tulis seorang pengguna Twitter.
"Akhirnya saya berjaya menyebut namanya dengan betul," tulis seorang lagi.
Televisyen Jepun menunjukkan pengulas sukan berhati-hati menyebut nama Sumomomomomomomomo yang mempunyai lapan 'mo' ketika ia menghampiri garisan penamat.
Nama berkenaan adalah berdasarkan permainan perkataan Jepun yang membawa maksud 'plum dan pic kedua-duanya adalah pic'.
Akhbar Nikkan Sports melaporkan, patung permainan kuda itu kini mula dijual berikutan populariti yang diraihnya.
Joki Naoki Machida berkata, sorakan dan sokongan peminat membantu mereka memenangi perlumbaan berkenaan.
"Apabila anda mendengar jeritan dan sorakan, ia adalah petanda yang baik ketika menuju ke garisan penamat," katanya.
AFP.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan