20 April 2014

Gempa 5.0 magnitud gegar pulau Caribbean

21 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -
BASSETERRE (St Kitts): Gempa bumi berukuran 5.0 magnitud melanda timur pulau Caribbean di sini, namun tiada kerosakan dilaporkan. 

Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata gempa itu berlaku lewat petang semalam waktu tempatan, kira-kira 77 kilometer di utara-timur laut St Kitts. 


Gegaran itu turut dirasai di Anguilla dan pulau French Caribbean, St Barts. 

Gempa itu berlaku pada kedalaman 52 kilometer.

- AP

Tiada ulasan: