01 Jun 2010

Khairy gagal ketepi perintah bayar RM100 juta kepada Anwar

17 Jamadil Akhir 1431 H

KUALA LUMPUR, 31 Mei: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin Abu Bakar gagal mengenepikan perintah untuk membayar RM100 juta kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas gagal mengenepikan 'penghakiman engkar' (judgment in default) yang diperolehi Anwar sebelum ini.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Nazri Yahya juga mengarahkan beliau membayar kos yang terlibat dalam prosiding hari ini.

Penghakiman engkar terhadap Khairy diperolehi oleh Anwar pada 4 Disember 2008 selepas beliau (Khairy) gagal memfailkan kehadiran selepas disaman Anwar.

Namun begitu, Khairy telah memfailkan rayuan untuk mengenepikan perintah itu pada bulan Februari 2009 lalu.

Anwar menyaman Khairy ekoran ceramah beliau di Lembah Pantai pada 20 Februari 2008 yang antara lain membayangkan Anwar sebagai seorang yang homoseks, rendah moral dan tidak mengamalkan akhlak Islam.

Dalam perbicaraan di depan penolong kanan pendaftar hari ini, Khairy yang juga anggota Parlimen Rembau diwakili oleh Muhammad Shafee Abdullah dan Badrul Munir Bukhari manakala Anwar diwakili oleh Sankaran Nair dan Wan Anuar Syahadat.

Harakahdaily/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Setiap yang benar atau haq itu adalah seperti air. Yang bathil musnah oleh laluan air walaupun ia batu. Batu yang menghalang akhirnya akan pecah dalam berbagai bentuk perubahan alam dan makhluk.

GELOBANG AIR LAUT SEDANG MENUJU PANTAI. MAKA JANGAN KAMU CAMPUR YANG HAQ ITU DENGAN YANG BATHIL. JANGAN SEMBUNYIKAN JIKA KAMU TAHU.

BELJARLAH HUKUM METAFIZIK DENGAN MENSUCIKAN ROHANI~ahmadnun@gmail.com