12 Mei 2009

Kepimpinan Ulama dipertikai, PAS Terengganu mula berubah?

Kalam Perantau (http://kalamperantau.wordpress.com)
Oleh : Mohd Shuhaimi Al-Maniri

Pemilihan PAS sekarang sedang mendapat perhatian bukan sahaja di kalanagan ahli-ahlinya, tetapi juga parti-parti sekutu. Malah parti-parti lawan pun turut mengikuti dari dekat pemilihan kepimpinan PAS yang akan diadakan dari 4 hingga 6hb. Jun, 2009 akan datang.

Ramai yang bertanya kenapa saya tidak menyentuh persoalan pemilihan kepimpinan yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Buka sahaja mana-mana akhbar harian dan alternatif, persoalan perebutan jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ketua Pemuda dan Ketua Muslimat serta Ketua Ulamak sedang hangat dibincangkan oleh media massa selain di markas-markas atau kedai-kedai kopi.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Malah pada satu peringkat, ada pihak-pihak tertentu cuba untuk memncing Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk turut sama bertanding jawatan Presiden yang sekarang ini disandang oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk melanjutkan polemik baru diantara kedua-dua tokoh ulamak tersebut.

Saya tidak bercadang untuk mengulas berhubung dengan pemilihan PAS diperingkat pusat dalam tulisan ini. Biarlah mereka yang terlibat menyelesaikan pemilihan ini mengikut tradisi parti yang diamalkan sejak lebih 25 tahun yang lalu.

Cuma apa yang menarik perhatian saya adalah apa yang disebut oleh seorang pakar undang-undang, Dato’ Takiyuddin Hasaan yang menjadi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, biar pun tidak tertulis dalam perlembagaan parti itu bahawa presiden dan timbalan presiden mesti terdiri daripada golongan ulama tetapi ia telah diterima umum sebagai satu undang-undang atau dalam istilahnya disebut 'satu konvensyen'. Dalam undang-undang, 'convention law' telah diterima umum yang mana tidak ada undang-undang bertulis tetapi ia adalah satu perkara yang perlu dipatuhi.

Kenyataan ini sekaligus menyokong kenyataan ustaz Mohd Daud al-Iraqi, Ketua Dewan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat yang baru - baru ini telah menyuarakan pandangannya agar Presiden dan Timbalan Presiden mestilah dikalangan ulamak.

Ia diperkukuhkan lagi dengan kenyataan Dato’ Mustafa Ali, mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang bertanggungjawab menggagaskan Kepimpinan Ulamak dalam PAS pada tahun 1982 yang lalu menyebut bahawa Presiden dan Timbalan Presiden mestilah dikalangan ulamak ketika merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu baru-baru ini.

Malah Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan sudah lama PAS ini dibawah pimpinan ulamak. Ulamak dulu tak berpelajaran tetapi ulama sekarang dah pandai dah. Dia ulamak, dialah juga professional. Jadi tak ada masalah hanya golongan ulamak professional yang layak menyandang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

PAS Terengganu menjadi harapan rakyat

Kebangkitan PAS di Terengganu sekarang ini begitu pesat sekali berbanding selepas terkena tsunami pada tahun 2004. Sungguhpun begitu pertembungan diantara UMNO dan PAS di Terengganu sekarang ini agak suram, memandangkan pertembungan sesama UMNO dari kem Idris Jusoh dan kem Ahmad Said lebih panas.

Setelah ditumbangkan oleh barisan muda UMNO pada pilihanraya umum 2004, PAS Terengganu dikatakan lambat atau terlalu ‘slow’ membuat perubahan kepada kepimpinannya berbanding dengan UMNO selepas mereka kecundang kepada PAS dalam tahun 1999.

Pencapaiannya dalam pilihanraya umum ke-12 pada Mac, 2008 baru-baru telah meningkat 2kali ganda berbanding dengan tahun 2004. Pencapaian ini sudah cuikup memberangsangkan jika dibandingkan dengan Selangor dan Perak. Tetapi agak ketinggalan jika dibandingkan dengan Kedah dan Kelantan.

Cuma yang menjadi perdebatan, selama mana PAS Terengganu hendak bergantung kepada tenaga-tenaga veteran yang telah melepasi zaman kegemilangan mereka untuk berhadapan dengan “budak-budak” baru UMNO.

Dalam pemilihan-pemilihan kepimpinan PAS kawasan-kawasan dan Dewan-dewan perubahan kepada tenaga baru telah berlaku. Paling drastik adalah perubahan Yang Dipertua Kawasan Besut kepada seorang ulamak muda, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad dengan barisan pelapis yang baru.

Kawasan-kawasan yang lain mungkin tidak membuat perubahan drastic dalam kepimpinan parti tetapi sedang menghayati “transformasi” untuk dilaksanakan dalam jangkamasa terdekat supaya kesinambungan perjuangan Islam yang dipelopori oleh 5 tonggak utama PAS Terengganu sejak tahun 1980’an, iaitu Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Dato’ Mustafa Ali, Dato’ Ustaz Harun Taib, Dato’ Wan Abdul Mutalib Embong dan Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik.

Buat pertama kalinya selepas sekian lama, jawatan Ketua Dewan Muslimat terlepas dari kalangan isteri pimpinan utama PAS Terengganu bila Ustazah Sapinah Jusoh dipilih menjadi Ketua Muslimat yang baru dengan pengunduran Ustazah Fatimah@zainab Ibtrahim.

Sementara Ketua Pemuda Terengganu juga bertukar kepada Ustaz Mohd Nor Hamzah setelah Ustaz Azman Safawi Abd Rani turut mengundur diri. Mungkin juga Ketua Dewan Ulamak Terengganu pun mendapat muka baru.

Persoalan yang timbul sejauh mana tenaga-tenaga baru ini mampu menggerak PAS Terengganu sebagaimana yang dilakukan oleh 5 tonggak PAS Terengganu terutama ketika masih muda dan bertenaga selama 3 dekad. Mampukah mereka meyakinkan rakyat menerima mereka sebagai pemimpin kerajaan selepas ini?

6 ulasan:

baei berkata...

Kepimpinan ulama semestinya daripada kalangan ustaz dan ustazah. tetapi pemimpin sedia ada yang profesional boleh juga diberi ilmu setaraf ulama dari masa ke masa supaya mereka juga akhir nanti boleh jadi ulama. PAS perlu berubah ke arah itu. selain itu, ustaz ustazah juga perlu didedahkan ilmu profesional supaya mereka mahir dalam perkara lain dalam soal pentadbiran.

Tanpa Nama berkata...

Tidak baik kita mempertikaikan kebolehan mereka sebelum diberi peluang menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Semuanya tidak akan berlaku tanpa izin Allah SWT.

Tanpa Nama berkata...

Drs,Dlm setiap pandangan atau lontaran ide tentu pasti mengundang pro dan kons.Sebagai sebuah jemaah dimana ahli ahli nya telah melalui proses tarbiah,siapa jua yg diangkat sebagai pimpinan mampu mengemudi bahtera partai mendepani detik detik lebih mencabar di masa mendatang.Hendak nya kita tidak melatah lalu menari mengikut tempo yg dikereograf oleh pihak partai lawan.Baris pelapis meskipun kritis tetap mewaris kehebatan Ayah Chik dan seikhlas Cik gu Pa. Nona Ratana Chulaborn.

Tanpa Nama berkata...

dalam islam mana ada demokrasi , mesti ikut nabi , sahabat tabiin, ulamak pewaris nabi, kalau tidak ikut kepala otak sendiri sama lah kita macam parti yang lain.
Setelah kewafatan Nabi ,pengganinya telah ditentukan oleh ketuanya(syeikh) , masalah sekarang tak mengagi bercakap islam.

Tanpa Nama berkata...

assalammualaikum....syabas,semua pejuang2 Islam dah boleh keluarkan pendapat masing2..
tp,kenapa mesti nak tau/tanya pandangan sesetengah individu???kenapa x ditanyakan apa pandangan Islam??

Unknown berkata...

Apa yang sepatutnya belaku ialah Kepimpinan Ulamak dalam Pas harus di mantapkan lagi dengan diberi kuasa yang lebih tinggi sehingga boleh memecat,meyikirkan Orang Nombor satu Nombor dua dan seterusnya dalam Parti sekiranya pemimpin itu meyelewang ,atau melakukan sesuatu bertentangan dengan dasar dan matlamat parti

Majlis syura ulamak harus di berikuasa yang mutlak sehingga boleh memberi arahan kepada pemimpin parti mengadap dewan bekenaan untuk di ambil tindakan yang sewajarnya;Kepimpinan ulamak hurus diberi kuasa yang tertinggi bukan saja syura tetapi tempat rujukan yang tetinggi,membuat keputusan muktamat,serta bertindak sebagai badan kehakiman dalam PAS sekiranya terjadi apa apa krisis dalaman.Skop yang lebih luas merangkumi aspek hukum,syarak yang termaktub dalam Al kuran ,sunah .Manakala pekara yang melibatkan pentabiran parti tidak melibatkan dasar dan segala tanggong jawap kuasa bukan legitative diserahkan kepada pihak pimpinan yang Profesional tanpa kelayakan ustaz atau ulamak mencukupi dengan kelayakan politik dan fikrah atau akedamik..
Saya sebagai akar umbi PAS amat memehami dengan apa yang tesurat dalam PAS salah satu matlamat serta tujuan PAS melalui kepimpinan ulamak untuk melahirkan satu saf pimpinan yang haraki bagi memimpin PAS kearah yang di redoai Allah.Dengan adanya yang pemimpin sebenar benar alim terbukti kesungguhan dan keiklasan perjuangannya yang sesuai dengan mengelarnya Ulamak yang betaraf haraki.di pantau dan dipandu oleh pemimpin yang beriman,agar peristiwa PAS masuk BN tidak berulang.

Maka Muncullah ulamak haraki seperti.Al marhom Utz Fadzil Mohd Nor,Tuan Guru Haji Yahya Junid,Al Marhom Tuan Guru Hj Yusof Rawa,Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat,Tuan guru Hj Abdul Hadi Awang.Al Marhom Al syahid Utz Hj Ibrahim Mahmud( Ibrahim Libya).

Disepanjang pimpinan ulamak seperti tersebut telah terbukit PAS dalam satu fikrah yang mantap tanpa ragu.Sehingga ada yang shahid.dalam mempertahankan prinsip perjuangan.Pemimpin tersebut tidak perlu kita pertikaikan lagi terbukti dari semua aspek kehidupan yang sederhana,dari amalan ,keperbadian,pengorbanan serta mewakafkan diri keluarga dan harta benda mereka pada perjuangan Islam ,Istikhomah,manhaj,walak semuanya menepati sebagai ulamak haraki yang yang tulin.Ini sebenarnya matlamat asal kepimpinan ulamak dalam PAS.dan Pas amat berjaya ketika itu.dari sudut manhaj walupun belum menang PRU.

Mereka mereka ni jelas dari segi keiklasan dalam perjuangan ,dari segi hujah,memberi hujah,mematakan hujan tidak kira dimana saja…Ahli PAS sendiri dari peringkat grass Root dapat menilai mereka serta sesuai untuk di nobatkan sebagai ulamak haraki.Kita mahu pencapaian ini di teruskan melahirkan lebih banyak Ulamak Haraki.bukan dengan merendahkan martabat mereka..Kita tidak mahu individu yang merasakan diri mereka ulamak tidak sehaluan memberi kenyataan yang contohnya soal shahid atau tidak Al marhom Ustaz Ibrahim Mahmod ketika belaku peristiwa MEMALI pada tahun1986.Apa yang saya saksikan hanya ulamak PAS yang haraki ,TG Ustaz HJ .TG Hj Yusof Rawa,Fadzil Nor,Hj Yahya Junid ,TG Nik Aziz Nik Mat dan beberapa orang guru Pondok saja lah yang berani mengeluarkan kenyataan bahawa yang terbunuh di Memali adalah shahid mana kala ada ulamak PAS ketika itu masih ragu ragu dan tidak berani mengeluarkan kenyataan kerana takut di tangkap ISA.

Sama ada kita sedar atau pun tidak apa bila kita mengimbas kembali sejarah PAS sejak ianya di tubuhkan terdapat banyak Individu yang pada mulanya kita mengangap mereka sebagai Ulamak atau Ustaz dan di beri kepecayaan dalam PAS untuk memimpin tepi telah mengkianati perjuangan PAS atau cuba membawa perjuangan Pas masuk kelubang biawak ada yang mengharapkan habuan duniawi dan pangkat dan ada yang mezahirkan ketidak keiklasan mereka dalam pemimpin.Pokoknya mereka tewas dalam perjuangan sebelum bertempur.Akhirnya nya mereka lari meninggalkan Pas

• Bekas Presiden PAS Hj Mohd Asri Muda
• Ustaz Otman Abdullah
• Tok Guru Hj Omar (Pasir Mas Kelantan)
• Hj.Hassan Adli
• Tuan Guru Hj Ahmad Badawi
• Mustafa Taib
• Ustaz Ghazali Lesong
• Ustaz Nakhaie Hj Ahmad
• Uztaz Razak daud
• Ustaz Othman Razak
• Ustaz Wan Ismail Macang
• Ustaz Omar Khalid
• dan banyak lagi

Mereka mereka yang tersebut di atas ini juga di nobatkan segai ulamak adalah pimpinan Pas dari peringkat pusat orang No satu dua dan seterusnya hingga peringkat kawasan ,bertaraf Tok guru ustaz dan Ulamak.Mereka juga terlibat dengan cuba untuk menjahanamkan PAS sebelum mengambil keputusan untuk keluar dari PAS satu ketika dulu.Adakah mereka ini kecewa dengan sikap PAS atau Ahli jahil dalam memilih pemimpin atau cepat tepengaruh dengan ketrampilan seseorang tokoh ugama.

Mari kita lihat pula siapa kah yang mengadai jiwa dan raga hingga terkorban dalam mempertahankan islam di sepanjang sejarah penubuhan PAS.Yang terkorban syahid

• .Prof Dr Zulkiflie Mohammad
• .Othman Talib
• .Samad Goal
• Utz Ibrahim Mahmud(Ibrahim Libya) dan 13 anak muridnya yang terkorban dalam peristiwa Memali

Siapakah mereka ini Ulamak /Ustaz yang bekelulusan ugama yang tinggi atau sekadar pejuang Islam yang tulin .Begitu juga dinegara negra yang sedang dalam medan Jihad.Iraq,Afganistan,Plastine,Filipina,Indonesia siapakah di barisan hadapan,Ulamak Ustaz,?????yang ramai terkorban.

Siapa boleh menjamin bahawasanya ulamak atau ustaz yang sedia dalam PAS tidak akan keluar dari PAS atau tidak akan mengkianati perjuangan PAS seperti yang belaku terdahulu dari ini..Siapa yang dapat menjamin bahawa ustaz dan ulamak dalam PAS bebas dari pengaruh habuan duniawi dan meletakan perjuangan terlebih dahulu melebihi dari segala kepentingan duniawi.
Mampukah Ulamak dan tuntutan semasa

Mari kirta renong sejenak dan apa yang telah belaku dan sedang belaku tidakan yang sedang di atur oleh pihak musuh. PM dato Najib telah meletak kan meriam meriam besar di semua negeri pakatan. Sebagai ketua Perhubongan negeri Senjata cangih seperti pengunaan SPRM,PDRM,SPR ,Kehakiman dan segala pekara yang melibatkan undang undang dan perlembagaan bagi menghadpi kita dalam PR.Permianan undang undang tipu muslihat yang berbebelit telah bejaya mengempur di negeri Perak.Tinggal lah MB Nizar yang bukan Ustaz atau ulamak menghadapinya hanya dibantu oleh golongan professional yang bukan ulamak atau ustaz.Dimanakah pergi nya ulamak dan Ustaz ustaz dalam menghadapi situasi seperti ini.siapakah yang mengambil tempat di barisan depan untuk berhadapan dengan isu ini. tidak kah beban ini akan di letakan keatas pemimpin yang professional dari PAS dan PR. Untuk menaganinya hingga makamah mengisthatkan Nizar sebagai MB Perak yang sah Sewaktu kepongan di Ustana Raja di kuala Kangsar dimana Ulamak dimana para Ustaz adakah sekadar duduk dan membuat kenyataan.Terus terang saya kata katakana.Mana majlis syura ulamak apakah tindakan mereka,mampukah hanya sekadar sembayang hajat tampa ulamak ini bagun memimpin menghadapi pihak musuh yang mengunakan senjata cangih ini.Resionalkah apabila ulamak mengatakan pemimpin No 1 dan No 2 PAS misti ulamak.
Saya tidak menetang ulamak atau ustaz tapi peranan dan martabat Ulamak dan Ustaz perlu di tempat yang sepatutnya seperti memberi arah pada president dan parti mengikut apa yang di kehendaki oleh Islam.Sebenarnya PAS memerlukan ULAMA HARAKI

Boleh kah kita beri alasan musuh sedang meruntuhkan kita dengan cara yang jijik ulamak PAS hanya mampu sembahyang hajat mana kala pemimpin PAS yang bukan ustaz atau ulamak…sedang bemandi gas dan air beracun di barisan hadapan sekadar itu sajakah peranan Ulamak /ustaz Pas..tapi apa bila mahu melantik pemimpin No satu dan No dua misti Ulamak misti ustaz…saya tidak nampak rasionalnya.

Ulamak bukan lah penentu kepada haraki Parti Islam Tetapi Kuasa yang berada pada majlis Ulamak itu lah menetukan kekuatan dan arah tuju parti .Sekiranya Ulamak ramai tapi tiada kuasa untuk menentukan atau mengambil tindakan atau menghukum maka seolah olah sebuah Negara tanpa intitusi kehakiman dan hakim tiada kuasa menghukum.Maka tiadalah makamah untuk mengadili perbicaraan justru tiadalah terbentuknya keadilan.Terbinanya kepimpinan PAS melalui kempimpinan ulamak amatlah tetap dan kena pada masa tapi dalam masanya yang sama kuasa penentu tidak diberikan dalam hal hal yang berkaitan dengan dasar sebaliknya presiden yang berkuasa. Ini satu keanehan dan kekerohan yang perlu dijernihkan

Kuasa memutuskan kepada Majlis syura ulamak

Fungsi majlis syura ulamak dari segi kuasa yang harus dimiliki secara mutlak pekara yang amat penting yang perlu kita perbetulkan dalam PAS alah bidang kuasa bertindak.kegagalan umpama memberi kenderaan kepada seorang yang pakar memandu tetapi stering nya di buang lantas nama kereta hanjya tinggal nama sebagai kenderaan tetapi tidak boleh memandu arah ini lah istilah yang tersurat dalam kepimpinan ulamak dalam PAS.

Apabila Pemimpin No satu atau No 2 dalam PAS juga menduduki kerusi Majlis syura Ulamak juga memegang jawatan No satu dan No Dua dalam Parti dimanakah rasionalnya sebagai sebuah parti islam yang bercirikan harakah boleh begerak secara yang sepatutnya.Sekiranya Presiden Tim Preseden melakukan kesilapan yang amat serious adakan beliau sedia menghukum diri beliau sendiri sebabagi ahli majlis syura Ulamak.Inilah kelemahan organisasi yang harus kita akui scara realiti.