27 Januari 2014

Mesir umum pilihan raya awal

25 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

KAHERAH: Mesir semalam mengumumkan pilihan raya presiden awal yang bakal menabalkan jeneral yang menggulingkan Presiden Mohamed Morsi ketika kumpulan pejuang mendakwa menembak jatuh helikopter tentera pada pertempuran hujung minggu yang meragut puluhan nyawa. 

Presiden sementara, Adly Mansour mengumumkan pilihan raya itu menerusi televisyen sehari selepas 49 orang terbunuh dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dan polis serta ribuan penyokong Abdel Fattah al-Sisi. Sisi dijangka mengumumkan pencalonannya untuk pilihan raya itu yang dijadualkan pada pertengahan April. 

Semalam, kumpulan Ansar Beit al-Maqdis menunjukkan rakaman video pejuangnya menembak jatuh helikopter tentera dengan peluru berpandu di Semenanjung Sinai. 

Kumpulan itu juga mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan bom kereta di luar ibu pejabat polis di Kaherah pada Jumaat lalu yang meragut empat nyawa. - AFP

Tiada ulasan: