27 Januari 2014

Anwar nafi laporan jadi MB ganti Khalid

25 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan laporan media bahawa beliau akan menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Menepisnya dengan menyifatkan ia sebagai spekulasi, Anwar memberitahu pemberita bahawa beliau tidak bertemu Khalid minggu lalu berbincang mengenai surat peletakan jawatan.

"Kami jumpa setiap minggu... Paling baru pada Jumaat lepas," katanya.

Beliau mengulas laporan portal The Star Online hari ini bahawa Khalid bersetuju untuk melepaskan jawatannya bagi memberi laluan kepada ketua pembangkang Dewan Rakyat itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail juga mengesahkan Khalid terus kekal sebagai menteri besar.
malaysiakini.com

Tiada ulasan: