31 Januari 2008

Cerita Ribut Angin Di Parit Buntar

Pagi sabtu 26 Jan yang lepas saya keluar seawalnya sebelum subuh untuk kegiatan sebelah pagi macam biasa, Dari mesjid bergerak ke tempat kematian di Pt Hj Wahab dan dijemput dalam kenduri kesyukuran ditempat yang berdekatan.


Dalam perjalanan kekedai photostat sekitar jam 12.30 dengan isteri kelihatan ramai orang di Simpang 3, rupanya ada kemalangan baru berlaku melibatkan 4 lori besar dan sebuah kereta Proton Saga. Setakat ini dimaklumkan oleh penduduk setempat tidak pernah berlaku kemalangan ngeri sebigitu dan seramai itu penontonnya.

Walaupun tidak ada yang kehilangan nya namun perlanggaran yang berlaku cukup ngeri. Terutamanya pemandu kereta Proton Saga berbangsa India walaupoun keretanya jadi macam tin kena pijak, dia masih panjang umur dan masih hidup. Cuma tulang rusuknya patah 3 batang dan mengalami luka kecil. Selain itu pemandu lori ayam dan kelindannya tersepit kaki mereka juga berjaya dikeluarkan dengan selamat. Semua bertepuk tangan bila bomba dapat menyelamatkan semua mangsa. Semasa itulah azan zohor mula kedengaran di kumandangkan di mesjid dan surau sekitar Parit Buntar.

Sesudah sembahyang zohor berjemaah di surau Taman Sri Tenggara, saya bergegas ke Mesjid PT Hj Wahab untuk solat jenazah pada jam 3 ptg. Selepas itu pergi mengajar Muslimat di Markaz UPU berdekatan.

Selesai program sekitar jam 4.15 ana mohon diri pergi dulu dari jemaah, masa itu hujan renyai-renyai mula turun. makin lama makin lebat. Kereta yang saya pandu baru bergerak sekitar 2 kilometer hujan mulai turun dengan lebat berserta ribut petir. Saya menghentikan kenderaan di dalam Sekolah Agama Al Falah. Disitu kilat sabung menyabung dan dentuman petir tang paling kuat menyebabkan bumi rasa bergegar.Isteri memaggil dengan talifon dalam keadaan sedikit ketakutan dari Parit Buntar memaklumkan kereta yang sedang terjemur ditengah hujan penggeranya berbunyi sendiri akibat dentuman petir itu.

Menunggu sekitar 15 minit saya bergerak ke arah Parit Buntar, masa itu angin kencang dan hujan lebat. Sekitar 3 KM saya memandu sekali lagi terpaksa menghentikan kenderaan bial melihat semua pokok yang ditiup angin semuanya condong ke arah jalan. Kelihatan masa itu macam air hujan yang berpusar-puusar dari bumi. Kelihatan juga kepingan zing yang diterbangkan angin. Saya bergerak perlahan ke Pusat Tarbiyah PAS yang terletak 1 km dari tempat berhenti itu. Pusat Tarbiyah PAS juga mengalami kerosakan dengan beberapa keping zing dibahagian dapur yang diterbangkan angin.

Saya selamat sampai ke Parit Buntar sekitar jam 4.40 petang, Sesudah menghantar Pak Din balik ke Taman Kerian, ana bergegas balik ke rumah. Lega semuanya selamat. Setelah sembahyang asar berjemaah kami bergegas ke hospital Parit Buntar ziarah ayah mertua yang sudah dua hari di sana. Sekitar jam 6 petang beberapa sms diterima memaklumkan banyak rumah yang rosak.
bersambung....

Tiada ulasan: